SINOPSIS Dia. Seorang lelaki berkarisma yang memeluk Islam kerana terpegun mendengar suara adzan yang merdu dari rumah Allah menyeru umat-Nya menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim. Daripada seorang yang lalai dengan hiburan dunia, kembali ke jalan Allah yang diredhai. Jatuh cinta kepada adik kawan baik sendiri? Satu benda yang tidak pernah terlintas di dalam kepala! Jodoh dan pertemuan itu milik Allah. Sudah ditakdirkan Putery Arella Aderyn itu milik Muhammad Zayyan Mikael selamanya. Aderyn. Satu nama yang memenuhi hati yang kosong tidak berpenghuni. Hati yang tidak terselit sebarang cahaya. Kini, bercahaya seperti matahari yang menyinari dunia. Tetapi, alam perkahwinan tidak selamanya indah. Ada ujian yang diturunkan oleh Allah untuk mereka berdua. Satu rahsia terbongkar dan mengejutkan pemilik dan pujaan hati Zayyan Mikael. Satu penyakit yang membuatkan Aderyn tidak boleh memberikan zuriat lagi membuatkan Zayyan terkedu. Mampukah mereka berdua menghadapi cabaran bersama sehingga akhirnya ataupun tersadung di tengahnya?