BAB 17

61 7 0
                                    


Aku tersenyum membaca mesej Evran. Eh? Kenapa aku senyum ni? Terus aku masamkan muka dan melemparkan telefon ke atas katil.

Mampu lempar atas katil je. Lembut sikit. Kalau lempar kat dinding kan tak pasal-pasal kebulur tiga bulan nak beli telefon baru.

Aku bangun dan pergi ke ruang tamu. Menghendap Ayleen senyap-senyap yang sedang bergayut dengan abang Aaren.

"Hi abang!" Aku menjerit di telefon milik Ayleen yang ditekapkan di telinganya.

"Opocot terkejut mak kau!" Ayleen menampar bahuku kuat. "Kau ni kenapa main menjerit macam tu? dah tak reti nak beri salam?"

Aaren yang berada di dalam talian ketawa.

Aku menekan loud speaker dan tersengih kepada Ayleen.

"Hi Arella. Abang nak pesan ni, jangan lah menjerit macam ular merayap atas badan. Kesian buah hati intan tak berpayung abang, silap hari bulan boleh pekak." Aaren berkata.

Ayleen buat muka tetapi jelas sedanf tahan senyum.

"Hm yela. Abang je la ada buah hati. Rella tak ada pun." Aku duduk bersila di atas sofa bersebelahan Ayleen.

"Eh habis Dr Nich tu? kan nak pergi dating nanti." Ayleen mencucuk-cucuk bahuku dengan senyum senget.
"Mana ada dating!"

"Dating? Rella nak keluar dengan Evran ke? bila? kenapa abang tak tahu?" Aaren bersuara pelik.

"Mana ada dating! Dr Nich tu ha buat private lesson." Aku bersuara meluat.

"Private lesson?" Aaren ketawa. "Ada-ada je lah dia. Kalau dia ngorat cakap kat abang, biar abang cakap kat umi ayah."

"Tak payah cakap kat abang tak apa. Rella terajang dia dulu. Ada hati nak ngorat orang." Aku mengjulingkan mata ke atas.

"Ye ye lah tu nak terajang. Entah-entah kau jatuh tersungkur dulu depan dia." Ayleen ketawa.

"Mustahil. Aku tak akan lemah depan lelaki." Aku mengelengkan kepala. "Setakat pakej ayat buaya tiga suku, aku pun boleh!"

Aaren berdehem di dalam talian.

Aku dan Ayleen berpandangan dan ketawa.

"Ian.. Kitorang tak cakap awak pun." Ayleen bersuara.

Ian? Aku memandang Ayleen dengan muka yang pelik.

"Ian tak cakap pun melur yang cakap Ian." Aaren bersuara.

Melur? Ian?

"Jap.. Siapa Ian dan Melur ni? Aku dah ketinggalan bas ke apa?" Aku memandang ke arah Ayleen yang tersenyum.

"Hm lembapnya lah yang ni sekor. Abang lah Ian. Melur lah Ayleen." Aaren berkata sambil ketawa kecil.

Dahi aku berkerut tanda tidak faham.

"Haih kau ni. Melur tu Jasmine. Ian tu singkatan Adrian." Ayleen mengeluh dan mengeleng kecil.

Ouh... Baru aku mengangguk faham. Jasmine Ayleen.. Adrian Aaren...

"Charles!! Kenapa kau ni?! Aku tengah sibuk kan!" Suara di dalam talian menjerit nyaring. Yang penting itu bukan suara Aaren.

"Asyik Doraemon je, jom lah Shin Chan pulak." Suara lain di dalam talian menyampuk. Aku dapat tangkap suara Aaren yang mengeluh.

"Abang kena end call dah ni. Bye Rella and my melur. Assalamualaikum." Aaren berkata.

"Waalaikumussalam." Aku dan Ayleen menjawab serentak sebelum jari Ayleen menutup panggilan sebelum ketawa.

"Kau gila ke?" Aku berpaling ke arah Ayleen yang ketawa macam orang tak siuman. Tiba-tiba je ketawa.

"Haah. Tergila-gilakan abang kau." Ayleen masih lagi dengan sisa ketawanya.




"Apa korang ni bising-bising?" Aaren melihat ke arah Evran dan Charles yang berebut alat kawalan tv atau bahasa mudahnya remote.

"Aku nak tengok Shin Chan!" Charles menjerit.

"No! This is my turn! I want Doraemon!" Evran menjerit.

"Bosan lah asyik Doraemon je!" Charles buat muka dan cuba merampas remote tv di tangan Evran.

Aaren merampas remote di tangan Evran dan menukar siaran kepada Upin Ipin.

"Aaren!" Evran dan Charles menjerit serentak.

"Giliran aku pulak. Korang dah tengok cerita kan tadi." Apabila Evran dan Charles ingin merampas remote di tangan Aaren, dia segera menyelitkan ke bawah punggung.

Evran dan Charles membuat muka tidak puas hati dan duduk di atas sofa. Kasar. Macam nak terkam orang.
"Doraemon Shin Chan tu cerita Jepun. Kali sekala kita tengok lah cerita Melayu." Aaren senyum lebar melihat muka tidak puas hati kedua sahabatnya.

"Tapi aku bukan Melayu." Evran dan Charles berkata serentak. Memang diorang aslinya bukan orang Melayu. Evran di Jerman dan Charles di England.

"Tapi korang ada kat Malaysia sekarang. So, hiduplah dengan cara orang Melayu. Makan nasi guna tangan bukan sudu garfu. Basuh pinggan guna tangan bukan sarung tangan." Aaren berkata selamba.

Aaren hanya berkacukan Turki bukan orang Turki asli. Tetapi mukanya mengikut muka ayahnya yang sememangnya orang Turki yang berkahwin dengan orang Melayu.

"Kau lah tolong basuh pinggan, Mr Chef." Charles senyum senget.

"Mr Ceo yang pemalas, sila basuh pinggan sendiri." Aaren mengjulingkan mata ke atas.

"Hmmph" Charles menyilangkan tangan.

Aaren hanya mengeleng kepala melihat sikap kawan baiknya. Mata coklat cairnya mengerling ke arah Evran yang sibuk melihat Upin Ipin tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Can you make something to eat? I'm hungry."  Evran melihat ke arah Aaren.

"I'm hungry too." Charles membuat 'puppy eyes' ke arah Aaren.

"Korang berdua ni memang menyusahkan aku." Aaren tetap bangun dan melangkah ke arah dapur.

Charles dan Evran tersenyum lalu mereka cuba mengambil remote di bawah punggung Aaren apabila dia bangun. Tapi sayang, Aaren bawa remote tu ke dapur.

Licik!

To Be Continue

Don't forget to vote dear 🍓🌹

His AderynWhere stories live. Discover now