BAB 12

73 7 0
                                    


Evran, Aaren dan Charles duduk di sebuah cafe milik Aaren yang mempunyai pemandangan bandar raya Kuala Lumpur yang sibuk lagi padat itu.

Aaren bukan sahaja mempunyai restoran. Dia juga mempunyai syarikat tetapi dia bekerja dari rumah. Apa-apa yang berlaku, setiusaha dia akan beritahu.

Prince's Cafe

"You have a nice sister, Ar." Charles berkata sambil mulutnya penuh.

"Just like me." Aaren berkata sambil senyum senget.

"Kau? muka macam anjing tapi adik kau muka macam bidadari."

Tersembur air yang diminum Aaren sampai terkena tingkap yang disebelah mereka.

"Pengotor lah kau." Evran menjeling sambil menghulurkan tisu.

Charles ketawa sampai menarik perhatian beberapa orang pelanggan lain.

"Kalau adik aku bidadari, aku bidadara. Apa orang kata? like sister like brother." Aaren berkata sambil lap air di tingkap.

"Bidadara?" Evran dan Charles berkata serentak dan ketawa.

Aaren menjeling tajam ke arah dua sahabatnya.

"Bidadara celah mana kau ni ha? baik pun tidak, rupa pun tak ada." Charles berkata dengan sisa tawanya.

Evran hanya tersenyum dan menyisipkan sedikit latte miliknya.

Aaren mencebik. Sedikit pun tidak terasa dengan kata kata Charles.

"Korang dua ikut aku balik kampung." Aaren berkata.

Evran terus mengangkat kepala sambil berkerut kening.

"Nak! dah lama tak jumpa ibu ayah." Charles berkata teruja.

Bukan sahaja Evran yang rapat dengan Puan Amira dan Encik Fawwaz. Charles juga.

"Nanti lah aku fikir." Evran berkata.

"Tak payah fikir. Aku dah cakap kat ibu ayah korang ikut." Aaren berkata bangga sambil mengenyitkan mata.

Charles dengan riak teruja manakala Evran dengan muka mendatar.

"Aku ada hal kat U." Evran memberi alasan.

"Arella cakap lepas exam terus cuti. Kau tak ada alasan. Takkan kau nak mengajar hantu pula wahai Dr Nich?" Sinis Aaren sambil mata menjeling Evran.

Evran mengeluh dan mengangguk dengan paksa rela juga akhirnya.

"Alahh kau, nanti kau boleh jumpa 'Aderyn' kesayangan kau tu." Charles senyum nakal.

Evran tidak terkesan dengan usikan Charles dan terus diam.

"Aderyn? kenapa panggil adik aku Aderyn?" Aaren mengerutkan kening.

Charles memberi isyarat mata kepada Aaren dan tersenyum lebar sebelum Aaren terangguk angguk macam buruk belatuk.

Evran paham yang dimaksudkan oleh pandangan mata Charles dan Aaren tapi dia hanya mendiamkan diri dan mata dia beralih kepala pemandangan bandar.

S

etelah seminggu aku berperang di dalam dewan peperiksaan bagai nak putus habis sel sel otak. Akhirnya hari yang ditunggu tunggu... aku melangkah keluar dari dewan dengan muka bangga.

Aku menjejakkan kaki ke luar dewan drngan perasaan bangga.

"Over lah kau!" Ayleen yang memerhati aku sedari tadi hanya mampu gelak.

Aku mengjelingnya tajam.

"Biarlah aku." Aku jelirkan lidah ke arah dia.

Ayleen senyum dan merangkul lenganku sambil kami berjalan bersama menuju ke parking kereta.

His AderynWhere stories live. Discover now