BAB 19

54 6 0
                                    


Kelantan. Selamat datang ke kampungku! Selalu orang cakap rumahku syurgaku, tak salah kan kalau kita cakap kampungku syurgaku?

"Tok mak!" Aku berlari ke arah tok makku yang berdiri di depan rumah untuk menyambut kepulangan kami sekeluarga kecuali abang Aaren yang bertolak lewat sikit. Ada hal katanya.

"Bertuah punya budak. Tak salam tak apa terus peluk aku!" Mulut membebel tapi tangan peluk juga cucunya ni.

"Assalamualaikum." Ibu, ayah dan Ayleen berjalan ke arah kami. Terus aku lepaskan pelukan apabila mereka hendak menyalam tok mak.

"Tok mak sihat?" Ayleen bertanya bersama senyuman manis.

"Alhamdulillah, tok mak sihat kat sini. Kamu je ni ha dah lama tak balik jenguk tok mak." Kata tok mak.

Ayleen hanya tersengih.

"Ibu dengan ayah masuk dalam dulu, korang berdua pergi ambil barang kereta." Ibu mengeluarkan arahan dan menarik tangan ayah dan tok mak masuk ke dalam rumah meninggalkan aku dan Ayleen di luar rumah yang panas dengan matahari yang memancar terik. Fuh! Cair make up!

"Jangan curi tulang ya, Arella." Ayleen menjeling ke arahku sambil tangannya membuka bonet kereta.

"Mana ada. Aku ni ringan tulang tau! Bukan curi tulang!" Aku senyum manis dan mula mengangkat beg pakaian.

Ayleen mengjulingkan mata ke atas.

"Ye ye lah tu. Aku dah kenal kau sangat dah." Dia mengambil beg pakaian dan meletakkan di dalam rumah.

Aku ketawa dan mengikut langkahnya.

Seketika kemudian selepas mengangkat segala barangan Puan Amira yang sangat banyak, Cik Arella kita terbaring kepenatan di atas kusyen rumah.

"Ewahh minah ni sorang. Baru angkat barang sikit dah penat. Mengalahkan orang puasa." Ayleen duduk di atas kusyen sambil mengeleng kepala.

"Kau tak tahu, ni lah pencapaian pertama dalam hidup aku. Selama ni kekasih hati kau tu yang angkat barang. Aku tolong goyang kaki je."

Ayleen mengecilkan mata. "Selama ni kerja kau jadi beban kekasih hati aku la ni ek?"

Aku ketawa.

"Ha.. apa ni, kekasih hati apa ni? Ayleen ada boyfriend ke? Cakap kat ayah. Nanti ayah bagitau daddy kamu." Ayah datang dan menolak kakiku lalu dia melabuhkan punggung ke atas kusyen.

Laju sahaja kepala Ayleen terteleng memandang Encik Fawwaz dan mengjeling ke arahku yang senyum senget.

"Ayah... sebenarnya Ayleen— emmphh!!" Belum sempat aku menghabiskan ayat Ayleen bangun lalu menekup mulutku kuat. Jahanam punya kawan!

"Sebenarnya apa? Tak elok bercinta ni. Kalau nak, cakap kat ibu ayah. Cakap kat daddy. Kitorang boleh masuk minang terus." Ayah mengeleng kepala.

Erk... macam gelojoh je perempuan masuk minang.

Aku menolak tangan Ayleen.

"Tapi bukan lelaki ke yang masuk minang?" Aku bersuara.

"Zaman sekarang dah berubah. Kamu tahu apa? Perempuan kena buat first move kalau tak nanti melepas." Ayah senyum yakin dan menyilang tangan.

Aku dan Ayleen tersengih.

"Jadi ibu lah mengorat ayah dulu?" Aku dan Ayleen ketawa.

Wajah Encik Fawwaz serta merta merah padam.

"Mana ada, sayang." Ayah mengeleng kepala sambil menutup mata dengan telapak tangan. Terus aku dan Ayleen ketawa terbahak-bahak.

"Apa korang gelak-gelak ni? Macam puntianak dah. Dari dapur boleh dengar." Ibu dan tok mak berjalan ke arah ruang tamu dan duduk di kusyen.

"Ibu, dulu ibu ke yang mengorat ayah dulu?" Ayleen bertanya dengan sisa tawanya.

Terus berkerut wajah Puan Amira. "Kenapa tanya ibu soalan macam tu?"

"Ayah cakap perempuan kena buat first move." Laju aku menjawab sambil menyiku lengan ayah.

Ibu mencebik.

"Cerita lah macam mana ibu dengan ayah kenal." Aku menggoyang-goyangkan lengan ayah tetapi dia buat tak endah.

"Ibuu...." Ayleen mencuit-cuit lengan ibu tetapi ibu buat-buat tak tahu.

"Tok mak!" Aku dan Ayleen menjerit serentak.

"Opocot! Apa korang ni! Suka sangat menjerit." Tok mak mengelengkan kepala.

"Cerita lahh." Aku dan Ayleen berkata serentak serta membuat muka comel.

"Tok mak tak nak masuk campur. Bak kata orang putih, mind your own business, your ladies. Don't jaga tepi kain orang." Kata tok mak selamba. Entah mana orang tua ni belajar orang putih pun aku tak tahu.

Terus ibu dan ayah meletuskan tawa manakala aku dan Ayleen hanya mencebik tidak puas hati.

"Okay ayah cerita, tapi korang dua duduk diam-diam pasang telinga je okay?" Terus bersinar mata aku dan Ayleen.

"Ayah jatuh cinta kat ibu masa kitorang di universiti. Tapi masa tu ayah dah nak habis belajar, ibu pula baru masuk. Ada satu hari, ibu terlanggar ayah dan air yang ibu pegang jatuh kena kasut ayah. Ayah nak marah tapi bila tengok ibu yang langgar, ayah tak jadi marah. Sebaliknya, ayah jalan macam tak ada apa yang berlaku."

Aku, Ayleen, ibu dan tokmak hanya tahan senyum dan biarkan ayah sambung bercerita.

"Bila ayah habis belajar, ayah ingat ayah takkan jumpa ibu. Ayah redha walaupun hati ayah nak sangat dekat dengan ibu. Tapi, Allah dah aturkan cantik. Ayah berjaya jadi seorang doctor dan hidup ayah dah stabil. Ada duit, ada kereta, ada rumah. Allah dah takdirkan ibu jadi nurse kat tempat ayah kerja. Ayah ingat tu mimpi. Sangkaan ayah, peluang untuk jumpa ibu sangat tipis." Ayah tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua belah pipi.

"Hati ayah kuat nak memperisterikan ibu. Ayah buat solat istikarah berulang kali meminta petunjuk daripada Allah dan apabila hati ayah yakin, ayah pergi ke Kelantan dan jumpa dengan tok mak. Ayah betul-betul ikhlas nak memperisterikan ibu. Ibu terima ayah. Ayah bersyukur sangat-sangat. Ibu bagi ayah dua cahaya mata.  Aaren dan Arella. Permata hati ayah." Ayah senyum lagi. 
Aku perasan mata ibu merah menahan air mata.

"Ayleen, Zayyan dan Charles pun anak ayah." Ayah memandang ke arah Ayleen bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir sebelum dia berpaling ke arah pintu rumah.

"Assalamualaikum." Terpancul muka tiga orang lelaki dari luar pintu rumah sebelum mereka masuk ke dalam rumah dan menyalam ayah, ibu dan tokmak.

Bila mereka sampai? Abang Aaren tak cakap pun Dr Nich dan Charles pun balik kampung?

To Be Continue ♡

Don't forget to vote, dear 🍓

His AderynWhere stories live. Discover now