BAB 16

65 7 0
                                    


"Arella Aderyn, after class come to my office." Suara milik Evran bergema di dalam dewan kuliah memanggil namaku.

Haih... kemarin elok je senyum-senyum bagai. Siap bagi dinosour lagi. Hari ni dah macam beruang kutub. Aku buat dosa apa lagi hari ni?

Aku melihat ke arahnya dan mataku bertembung dengan mata miliknya.

Kenapa mata yang cantik tu tak reti nak lembut? sayangnya. Mata cantik tu tajam bak pedang.

Evran memulakan kelasnya tapi aku perasan seolah-olah matanya asyik mengerling ke arahku pada setiap masa. Ataupun... itu hanya imaginasi?
Selepas tamat kelas, aku mengemas barang milikku dan menyuruh Ayleen balik dulu sebab nak pergi jumpa mamat beruang kutub tu.

"Selamat berdating." Ayleen mengenyitkan mata dan berlalu pergi.
Dating kepala otak dia!

Aku pergi ke bangunan pensyarah dan naik ke tingkat 11 menggunakan lif dan berjalan je arah bilik Evran.

Mengetuk perlahan.

"Come in." Suara garau milik Evran terdengar dari dalam mengizinkanku masuk.

Aku masuk dan berjalan ke arah mejanya dan apa yang aku dengar? suara game candy crush.

"Have a sit." Aku duduk berhadapan dengannya.

Evran meletakkan telefon miliknya ke atas meja dan bersandar ke kerusi sambil menyilangkan tangan ke dada.

"Don't you have anything to say?" Evran berkata sambil mata cantiknya menikam mataku.

Keningku berkerut.

"Saya nak balik."

Evran mengjulingkan mata ke atas.

"Bukan tu."

"Kenapa dr panggil saya?"

"About your assigment." Evran berkata tenang.

Telan air liur aku dibuatnya.

"Ya kenapa?"

"Should I tell you the reason? You copy Ayleen's assigment right? I know she probably give you permission for copy but you shouldn't. I already told you, if you don't understand, meet me. Not copy someone's assigment. I won't be mad if you come and ask me but I'll be mad if you copy." Evran berkata tegas dan matanya mencerlung garang ke arahku.

Terus aku tundukkan kepala ke bawah memandang lutut dan bermain dengan jari sendiri. Gerun dengan pandangannya.

"I'll let you go this time but with one condition. No second time. If you make same mistake, I won't hesitate to fail you on this subject."

Aku angkat kepala apabila dia mengatakan ada syarat.

"What's the condition?"

"You'll have private lesson with me. No objection. I won't take 'no' as answer."

Private lesson? jadi aku kena hadap muka dia ni lah walaupun hari cuti?

"But dr—" Belum sempat aku menghabiskan ayat, suara garau milik Evran memotong.

"No excuses. Our class will be on  Saturday or Sunday. I'll inform you later. You can leave now." Evran mendekatkan kerusinya ke meja dan membuka komputer serta fail dan membuka penutup pen untuk memulakan kerja selepas mengarahkan ku pergi.

Aku bangun dari kerusi dan menundukkan sedikit badan tanda hormat dan berlalu ke arah pintu. Sebelum membuka tombol pintu, aku berpaling ke arahnya.

"Saya minta maaf." Aku memulas tombol dan keluar dari biliknya lalu menutup pintu.

Aku berjalan ke arah lif dengan muka tak puas hati. I know I did wrong but  there is no need to do private lesson right? Kan dah kacau hari cuti aku!

Tapi salah siapa yang meniru kan? ni lah padahnya buat kerja last minit!

Evran berada di beranda kondominium menyiapkan kerja yang tergendala. Sesekali dia meraup rambut nya kebelakang disebabkan angin malam yang bertiup.

Evran mengambil cawan dan mendekatkan ke bibir. Dia meneguk perlahan dengan muka kosong.

Evran meletakkan cawan di sisi meja dan mula menaip sesuatu di laptop miliknya. Sesekali matanya memandang ke arah laptop dan tangan kekar nya galak menulis di atas kertas.

Tangannya terhenti apabila telinganya menangkap bunyi telefon yang minta diangkat. Dia menyandar ke kerusi sambil menyilangkan kaki dan jari jemarinya mengetuk meja manakala tangan kanan memegang telefon dan melekapkannya di telinga.
"Yes Medina. What do you want?" Evran berkata sambil mata kuyunya memandang ke arah langit yang dipenuhi bintang. Tanpa sedar bibirnya menguntumkan senyum.

"Are you free this weekend? We can hang out together. Yeah you know, it's been a long time, Nich." Medina bersuara lembut.

Hujung minggu ni? bibirnya menguntum senyuman lebar apabila teringat Arella.

"Hello, are you there?" Medina bersuara apabila tiada jawapan diterima daripada Evran.

"Yeah, I'm here. Are you come back to Malaysia?" Pelik apabila Medina yang berada di luar negara mengajaknya keluar.

"Of course. That's why I asked you to hang out together. I missed you so much, Nich."

Evran ketawa kecil tapi jelas berpura-pura.

"I'm sorry but I have something to do." Evran mengelak. Tapi sebenarnya dia memang ada benda nak dibuat. Jumpa kekasih hati.. ehek...

"Hm okay but after you finished your work, we can meet right? or should I go to your kondominium?"

"No! You can't come to my kondo. That's inappropriate behavior for woman come to men's house." Evran bersuara tegas tanda dia tidak suka.

"Okay so can we meet outside then?" Medina memujuk. Takut-takut kalau Evran menekingnya.

"I'll think later or maybe no." Evran menutupkan panggilan dan melempar telefonnya ke atas meja.

Evran membiarkan telefonnya berdering lagi. Dia malas nak jawab panggilkan Medina. Mengjengkelkan.

Evran membuka telefonnya dan mencari kontak milik Aaren. Jari jemarinya menaip pantas di atas papan kekunci dan dibalas oleh Aaren.

Dia tidak menjawab soalan Aaren dan terus menyimpan nombor milik Arella. Dia meminta Aaren memberikan nombor milik Arella.

Meet me on Saturday at Nasken Coffee. Exactly at 3PM.

                                                  -Evran-

Evran menunggu balasan Arella sambil menyisipkan air lemon. Tangannya laju membuka mesej  apabila telefonnya berdenting.

Saya tak jumpa orang gila yang tak ada nama.

                                                   -Arella-

Bibir Evran tersenyum.

Perlu ke saya tambah assigment awak jadi dua kali ganda dari orang lain?

                                                        -Evran-

Tidak menunggu lama, Arella membalas.

Lah dr rupanya. Jangan kan dua kali ganda. Satu pun saya tak sanggup.

                                                         -Arella-

Evran tersenyum dan dan ketawa kecil. Dia tidak membalas malah terus menyambung kerjanya yang terhenti disebabkan Medina tadi.

To Be Continue ♡

Don't forget to vote dear 🍓

His AderynOnde histórias criam vida. Descubra agora