BAB 11

75 7 0
                                    


Aaren tersenyum lebar apabila dia mendapat mesej daripada Evran yang memaklumkan bahawa dia mahu ke bengkel kereta dengan Arella.

Haih.... bilik sebelah tu je nak bermesej bagai. Tahu lah malu.

♡♡♡

Tidurku terganggu apabila telefon ku berbunyi nyaring di sebelah telinga. Aku mencapainya dengan malas dan menjawab panggilan entah siapa.

"Hello?" Aku menguap. Haih... siapa lah yang kacau tidur aku pagi pagi ni. Dah lah lepas subuh tadi terus aku terlentang atas katil. Ni lah padahnya tidur lewat malam semata-mata nak tengok k-drama.

"Waalaikumussalam." Terdengar suara garau di dalam talian.

Mata aku tiba tiba terbuka luas dan terus ku duduk di atas katil dengan muka terkejut.

"Dr?"

"Are you still sleeping? Saya ada kat bawah ni. Turun cepat. Nak pergi bengkel."

"Dr ada kat bawah?!" Aku terus berlari ke tingkap bilik dan melihat kereta mercedez benz hitam yang amat kukenali.

"Ya, pergi bersiap. 10 minit." Dia terus menutupkan panggilan.

Aku terus mencapai tuala dan berlari ke bilik air.

Selepas aku mandi, aku memakai seluar hitam bersama baju kemeja putih dan tudung shawl hitam.

Aku memakai lipstick and bedak sedikit supaya tidak kelihatan pucat. Nanti orang ingat mayat hidup.

Aku merapikan tudungku supaya menutup dada dan tersenyum.

"Perfect!" Aku terus berlari keluar rumah dan mengunci pagar rumah sewa nanti ada perompak masuk. Naya.

Aku membuka pintu dan terus masuk. Tidak mahu dia menunggu terlalu lama.

"You're late. I told you just 10 minutes but I need to  wait for you 15 minutes. This is already 11:26." Dia terus memecut laju membelah jalan raya yang sibuk itu.

Aku tercengang. 5 minit je kot!

Aku menilik pakaiannya. T-shirt hijau, seluar hitam dan cermin mata hitam. Aku melihat ke arah pakaianku. Kalau orang ingat kitorang couple macam mana?

Tak mahu!

Bermula perkara negatif di dalam otakku sehingga menarik perhatian orang sebelah.

"Are you okay?" Dia berpaling ke arahku apabila lampu isyarat berwarna merah.

"Ha?" Aku tersedar dari lamunan.

"Ohh saya okay." Aku senyum.

Mimik mukanya seperti tidak percaya tapi dianggukkan jua dan memulakan pemanduan apabila lampu bertukar hijau.

Telefon milik Evran berbunyi nyaring. Dia menyeluk poket kirinya dan menghulurkan kepada aku.

"Ha? Kenapa?" Aku melihat ke arahnya.

"Tolong jawab, saya tengah drive."

Aku mengangguk dan mengambil telefon mahalnya itu. Omo omo ni kalau jatuh ni hm mahu licin duit aku nak ganti.

"Charles." Aku melihat ke arahnya seakan bertanya, kena jawab ke ni?

Tapi dia hanya memandu tanpa menghiraukan aku yang tertanya tanya. Aku mengetap gigi dan menjawab panggilan. Mungkin kawannya.

Alasan! padahal dia memandu dengan tangan kanan je. Tangan kiri kan boleh guna! ni nak menyusahkan aku.

"Loud speaker." Dia memberi arahan.

Aku mengikuti arahannya.

"Evran, ambik aku kat airport. Sekarang." Charles terus menutup panggilan sebelum Dr Nich menjawab.

Aku melihat dia mengetap gigi dan mengeluh.

"Kita pergi airport dulu, ambil kawan saya." Dia terus memberi signal ke kiri.

Aku hanya mengangguk tanpa banyak soal. Kan kalau aku pandai pandai menyoal, ada jugak dia tinggal aku tengah tengah jalan.


Seorang jejaka yang tinggi lampai seperti Dr Nich dan abang Aaren berjalan ke arah Dr Nich. Aku duduk dalam kereta diam diam. Dr Nich je yang keluar.

Tidak tahu lah apa yang mereka borakkan di luar, tapi kelihatan seperti Charles ketawa manakala Dr Nich menunjukkan riak menyampah sebelum mereka masuk kereta.

"Woah... Who's this beautiful lady?" Charles senyum senget.

Aku hanya senyum dan melihat ke arahnya yang sedang duduk di seat belakang.

Aku telan air liur. Agak seram juga apabila nampak tatu ular di lengannya.

"Don't play around, Charles. She's Aaren's sister and my student." Evran menjeling.

Mata hitam pekat milik Charles nampaknya tak berkelip memandang Evran sebelum tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang putih dan bersih.

"So what's her name?" Kenapa dia tak terus tanya aku je.

"Call her Arella."

Charles senyum manis.

"Jom pergi makan. Aku lapar." Charles senyum tidak bersalah.

"Aderyn, tak apa ke kalau pergi makan dulu?" Dr Nich bertanya.

"Saya okay je." Aku mengangguk padahal dalam hati huwaaa nak balik! tak mahu duduk dengan dua orang laki! kalau lah ada abang sekali, tak adalah kekok sangat.

"Siapa Aderyn?" Charles bertanya sambil memandang pelik ke arahku dan Evran.

"Arella Aderyn, that's my name." Aku senyum ke arahnya.

"Ehh kenapa kau panggil-" Charles tidak menyambung ayatnya apabila dia dapat mengesan sesuatu.

"Ok paham." Dia hanya tersenyum dan menyandarkan badannya ke arah kerusi kereta.

Selepas makan, Dr Nich membawa aku pergi ke bengkel dan mengambil semula kereta aku.

Selepas aku berterima kasih dengannya kerana belanja makan tadi dan teman aku ke bengkel walau aku tidak minta, aku terus balik ke rumah dengan memandu sendiri.

"Arghh penatnya!" Aku merebahkan badan ke atas sofa.

"Seronok dating?" Ayleen sengih nakal dan duduk di atas sofa yang berangkai dua.

"Dating kepala otak kau! pergi makan lepastu ambil kereta je. Bukan pergi fun fair." Aku menjeling tajam ke arah Ayleen yang tersengih sengih.

"Ha, eloklah tu. Nanti kau boleh ajak Dr Nich pergi fun fair pulak lain kali." Dia ketawa.

"Emmph!! tak kuasa aku! baik aku duduk rumah." Aku mengjulingkan mata ke atas.

Ayleen masih lagi tersenyum lalu mengelengkan kepalanya perlahan.

"Bosan lah asyik duk rumah je. Jom lah kita keluar, nak tak?" Dia mengangkat kening.

Aku membetulkan posisi dan duduk di atas sofa dengan betul menghadap dia.

"Pergi mana?"

"Hm kedai abang kau ke?" Dia sengih.

"Heh? tak nak lah aku. Oh ya lupa nak cakap, tadi sebelum pergi makan, Dr Nich pergi ambil kawan dia kat airport. Kawan dia tu Ya Allah hensem gila!"

"Tak dapat Dr Nich, dapat kawan dia pun jadilah." Ayleen ketawa.

Aku turut ketawa.

"Jangan mimpilah. Aku nampak tatu ular kat lengan dia." Aku mematahkan angan angan Ayleen.

"Alaa....." Dia mengeluh kecewa.



To Be Continue♡

Don't forget to vote dear 🍓

His AderynWhere stories live. Discover now