BAB 7

88 6 0
                                    

Selepas aku kenal Iris sebagai adik Dr Nich, aku tidak bertembung dengan Dr Nich di universiti kecuali kalau di dalam dewan kuliah.

Ayleen pura-pura demam jadi dia terbongkang tidur di dalam rumah sewa kami berdua. Aku seorang je lah yang datang hari ni.

Kalau diikutkan niat baik aku ni memang aku join kawan baikku yang satu itu tidur di atas katil tetapi aku ada hal untuk dibincangkan dengan pensyarah sebab itulah aku kuburkan niat baik aku ni.

Sedang aku sibuk chatting dengan Puan Amira semasa memilih barang di supermarket.... Bushhh!!

Aku terlanggar seseorang dan telefonku jatuh.

"Ahh! Encik ni buta ke?!" Aku menengkingnya dengan agak kuat tetapi di bahagian alat tulis tiada orang selain aku dan orang itu.

Aku tunduk dan mengambil kembali telefonku.

"Excuse me?"

Aku melihat siapa gerangan yang berani menjatuhkan telefon kesayangan aku. Gulp...

Aku tengking dia ke tadi? air liur pun rasa pasir dah sekarang.

Evran melihat ke arahku sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Siapa yang langgar siapa?"

Huh siapa? takkan aku kut!

"Siapa lagi? takkan saya yang langgar dr." Aku menyilangkan tangan ke dada. Wahh..... angkuhnya. Tak apa sekali sekala.

"Siapa yang berjalan tak tengok depan? siapa yang main telefon? kalau nak jalan sambil main telefon baik rukuk terus." Dia senyum sinis.

Ark.. terus kelu lidah aku nak menjawab. Rukuk dia suruh aku?

"Suka hati saya lah nak main telefon ke nak main gitar ke apa ke. Ada saya menyusahkan dr ke?" Aku merengus.

"Yes you are. Awak beruntung sebab langgar saya. Kalau awak langgar orang lain? lepastu dengan mulut ada emas tak reti minta maaf memang layak kena maki lah jawabnya."

Ewahhh.... sedap je dia cakap macam tu! aku lagi rela terlanggar duda-duda kaya raya dari terlanggar dia tau!

"Pembetulan. Saya TERLANGGAR bukan sengaja langgar lagipun ni bukan salah saya sorang! ni salah dr juga sebab tak mengelak."

"Jadi sekarang awak nak salahkan saya?"

"Exactly."

"Okay then." Evran berlalu pergi.

Aku ternganga. Macam tu je? Huh.. biarlah bukan masalah aku. Aku melilih barang-barang yang aku mahu dan meletakkan di dalam troli.

Aku beratur  di kaunter dan di belakangku ialah Dr Nich yang  elok bermain dengan telefonnya. Huh.. tadi cakap orang!

''RM 39.80." kata cashier.

Aku menghulurkan kad kepadanya.

"Maafkan saya, tetapi mesin rosak dan buat masa sekarang kami tidak menerima bayaran secara di atas talian."

Baru sekarang dia bagitahu aku?! aku mana lah ada duit cash sekarang ni. Maklumlah zaman moden semua guna online.

"Er... saya tak ada duit cash sekarang ni." Redha je lah Rella.

"Pay for her too." Evran menghulurkan not 100 kepada cashier. Aku berpaling ke arahnya.

"Terima kasih." aku sembunyi senyum.

Aku mengambil barang-barang ku dan melihat ke arahnya.

"Apa?" Evran mengangkat kening.

"Terima kasih sebab tolong bayarkan. Nanti saya bayar balik."

His AderynWhere stories live. Discover now