BAB 3

97 7 0
                                    


"Apa benda kau mengarut ni? mana tahu Dr Nich tu dah berbini tiga mahu semua kejar aku dengan kuali bontot hitam." balasku dengan nada jengkel.

"Dr Nich tu setia tau! tengok gaya pun dah tahu." balasnya.

"Kau tak tahu. Kau tak boleh tengok orang dari luaran. Mana tahu dia tu songsang? ntah-ntah nampak je normal padahal suka lelaki." balasku selamba.

"Astagfirullah al azim.... dosa memfitnah lagi besar dari dosa membunuh. Bertaubatlah kamu sebelum terlambat. Ish ish ish. Dia mengelengkan kepala beberapa kali.

Auch... terkena batang hidung sendiri.
"Hehehe daripada kau cakap pasal dia, baik aku balik rumah sewa aku. Boleh jumpa babyboo aku." Aku bangun dan membuang plastik ais krim di tong sampah berdekatan.

"Kau ingat kau sorang je ada babyboo? aku pun ada lah!" Ayleen turut bangun dari kerusi dan merangkut lenganku lalu kami berjalan bersama ke arah keretaku yang terparking tidak jauh dari taman.

    Hmm nak makan apa eh lunch nanti? sedap jugak makan nasi goreng pataya. Ha... tak pun chicken shop! baru lah ala-ala orang putih aku. Hihihi.

Aku tengok jam di pergelangan tangan aku. Okay... 3 minit lagi!

"I'll end this class now....."

Ayat yang ditunggu tunggu!

"Don't forget to send your assigment to me. Today is due right? before 5:40 PM in my office."  Dia berjalan keluar dari dewan kuliah dengan selamba setelah membatalkan niatku untuk makan nasi!

Damn it!

"Kau dah siap ke?" Ayleen menyiku lenganku.

"Kau nampak muka aku ni macam dah siap ke?"

"Mana tau dah insaf." Dia mengjongket bahu.

"Habis kau tu dah siap ke?"

"Alhamdulillah tak. Moh ler kita ke library."

"Kau memang kawan aku!" Aku ketawa bebas.

Macam ni lah berkawan... sorang tak siap, yang sorang tu tak siap jugak lepastu sama-sama kalut.

Alhamdulillah..... selepas aku korbankan masa lunch aku. Akhirnya, siap juga assigment ni. Dr Nich ni pun satu, tak ada hari lain ke nak mintak.

Aku melihat ke Ayleen yang sedang nyenyak tidur. Maklumlah dalam perpustakaan ada air corn. Memang sedap lah nak membuta.

Aku lihat jam di pergelangan tanganku. 4:25 PM. Boleh lagi ni kot nak tidur kejap.

Aku letak kepala di atas lengan dan perlahan lahan terlelap atas jasa penghawa dingin.

Haish siapa pulak yang mengganggu lena aku ni. Perlahan lahan aku celik mata dan melihat ke arah Ayleen yang senang menggoncang badan aku.

"Arella! Bangun pun kau! aku ingat kau dah mati tadi." Dia tersengih macam kerang busuk.

"Sebabtu je kau kejut aku?" Aku memukul lengannya kasar. Kacau je! tak tahu ke tidur di bawah penghawa dingin ni nikmat!

"Pukul berapa sekarang ni?" Aku bertanya sambil menguap.

Dia melihat ke arah jam di pergelangan tangannya.

"Ouhh baru pukul 5:30. Awal lagi ni boleh lah kita makan ais krim dulu."

"Hmm sedap jugak makan ais krim. Aku nak yang kitkat punya." Aku mengemas barang-barang ku dan letak di dalam tote bag.

"Aku nak cornetto." Kami bangun dan keluar dari perpustakaan dan menuju ke kedai.

         Sedang elok aku dan Ayleen sedang melihat Frozen II  di televisyen. Aku merasakan seperti lupa akan sesuatu.

His AderynDonde viven las historias. Descúbrelo ahora