ONGOING Start: 13 February 2022 End : Hidupnya terlalu sepi dan tidak pernah merasa indah. Maya Raihana, Kata orang gadis ini kasar dan tiada satu pun perwatakkannya yang bisa menarik perhatian para jejaka. Erti kata lain, dia bukan gadis pilihan sama sekali. Dalam diam, perwatakkannya itu menarik perhatian seseorang. Ya, hanya Maya Raihana sahaja yang berani dan bisa mencuri hatinya. Pertemuan pertama dia dan jejaka itu bukan lah indah seperti yang dibayangkan. Dia jatuh cinta pada Maya Raihana. Dia percaya yang dia akan bahagiakan Maya Raihana dan tidak akan gagal lagi kali ini. " So...bila aku boleh masuk meminang kau?" - Adrian "Siapa cakap aku nak kahwin dengan kau? Tak hingin aku nak bersuamikan duda!" - Maya Raihana Dalam menjalani bahtera cinta mereka berdua, sudah pasti ada yang tidak pernah merestui. Haris Rizqi, lelaki itu adalah lelaki yang paling dibenci Maya, tidak pernah sekalipun dia berhenti mengambil hati Maya. Dia mahukan gadis itu menjadi miliknya "Kalau i tak dapat u, jantan tu pun akan dapat benda yang sama! Mark my word!" - Haris Rizqi