Berkahwin atas dasar mahu tutup aib keluarga bagi pihak perempuan? Itu sungguh mengejutkan Haider kerana dirinya perlu menerima hakikat ini. Kenapa perlu dia yang berkahwin dengan perempuan yang penuh dengan dosa dan terlalu angkuh dengan kemewahan sendiri? "Mengapa aku yang perlu melakukan semua ini ya allah? Takdir apakah yang sedang kau rencanakan untuk aku?" Bagi Tiara itu satu kepuasan bagi dia. Berkahwin dengan lelaki yang tinggi ilmu agama dan imam masjid? Sangat tidak disangka. Tetapi kisah apa dia? Asalkan dia bebas melakukan apa sahaja kerana dia tahu Haider tidak akan berani menegurnya. Tetapi itu hanyalah sebuah khayalan dia sahaja. "Kau takde hak nak tegur aku lah pak imam, kau tu bukan sempurna sangat pun." Kuatkah Haider mahu menghadapi segala ujian ini bersama Tiara yang tidak habis menguji kesabarannya? Mampukah mereka mendapat kebahagiaan yang diinginkan seperti pasangan di luar sana? Adakah ini cinta bagi mereka? "Takdir yang menemukan kita , luka bagaimanapun kita pasti akan ada kebahagiaan disebaliknya" ⚠️⚠️⚠️ Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dari idea saya sendiri, semoga memberi iktibar kepada anda semua❤️ Start : 18/10/2023 End : Cover by : PutraRize_