Prolog

29.4K 963 72
                                    

       "Dapat call tak abang?" Puan Rosnaida sudah gelisah di ruang tamu bahagian atas. Saudara mara yang lain berada di ruang tamu bahagian bawah.

"Tak dapat, ma.. Dari semalam abang  call tak dapat." Raez yang lengkap berbaju melayu berwarna putih duduk di sofa sambil memicit dahinya.

Ya, hari ini adalah hari pernikahan Raez Rafael dengan tunangnya, Effa Amalin. Tunang yang dia kenal semasa sambung belajar dahulu. Menurut Hana adik Raez, Effa itu sangat lembut orangnya.  Perwatakkan sopan dan penuh beradab. Sebab itu abangnya jatuh cinta dan kekal setia hingga sekarang.

Dan aku?

Aku, Nadhira Sofea yang meminati jejaka itu sejak berumur 14 tahun. Sejak aku tahu apa itu makna suka, dan rasa suka itu jatuh pada dia, Raez Raffael. Ketika itu kami semua berkumpul di rumah tok ma ketika berhari raya. Memandang mata yang penuh dingin tanpa riak itu, hati yang mulanya mengalun indah terus terdiam menyepi. Rupanya dia adalah orang yang sangat tidak beramah. Tapi makin lama terpandang sosok penampilan dan karekter itu, hati ini tetap berdegil mahu melanjutkan rasa indah itu supaya berpanjangan.

Lantas aku membuat keputusan untuk mengekalkan rasa itu dan disimpan di lubuk hatiku yang paling dalam. Di ceruk yang takkan mampu dilihat oleh orang. Hanya aku dan Allah sahaja yang tahu. Dan aku adalah orang yang paling pandai dalam hal menyorok dan menyembunyikan hal ini. Buktinya ia kemas terbalut hingga kini aku berusia 18 tahun.

Duduk di sofa yang sedikit jauh darinya, melihat mukanya yang stress dan tertekan itu, aku jatuh kasihan. Dan dengan pemandangan seperti itu sahaja sudah membuatkan aku tak mampu melarikan anak mataku dari lantai wajahnya. Kenapa mata aku sering memilih untuk memaku pada wajah itu? Kenapa mata aku sering nampak yang elok dan baik sahaja dari dirinya.

Mungkin aku belum betul-betul mengenalinya, oleh kerana itu semua yang indah-indah sahaja yang terpamer pada dirinya.

"Aida, macam mana? Kalau tak dapat teruskan, tok kadi nak minta diri. Dah 3 jam dia menunggu." Ayah aku menghampiri mama Raez yang aku panggil Mak Long. Ibuku dan Mak Long adalah sepupu.

Di belakang ayah, muncul pula Pak Long dengan wajah yang turut gusar dan tertekan. Pak Long menghampiri Mak Long yang sedang mengalirkan air mata. Ibuku dan juga Mak Ngah iaitu adik ipar Mak Long duduk disofa berkembar tiga. Pak Ngah pula berdiri disamping Raez yang kini turut berdiri sambil bercekak pinggang.

Menurut cerita Tok Ma, ibu dan Mak Long sangat rapat kerana mereka membesar bersama. Mak Long hanya mempunyai adik lelaki manakala ibu pula adalah anak tunggal. Oleh sebab itu mereka sangat akrab seperti adik beradik.

"Abang.. Mintak tangguh lagi sikit. Kita usaha telefon saudara Effa yang lain. Mungkin mereka tahu Effa kat mana." Mak Long sudah merintih sambil memegang tangan Pak Long.

"Mummy dia sendiri pun tak tahu Effa kat mama, tak kan saudara lain nak tahu. Abang rasa kita batalkan aje lah." Pak Long sudah membuat keputusan.

"Abang bergaduh dengan Effa ke?" Soalan yang sama ditanya oleh Mak Long berulang kali pada Raez sejak tadi hingga lelaki itu kembali duduk tegak dan menghela nafas kasar. Memang dari dulu Mak Long memanggil Raez dengan panggilan 'abang'.

"Tak ada ma.. Pagi semalam okey aje." Raez sudah menanggalkan songkoknya lalu diletak di atas meja kopi.

"Bang, macam mana kalau kita cari pengganti?" Mak Long terus bersuara sambil mengesat air mata di pipi.

"Batalkan saja ma.. Abang tak nak teruskan." Raez sudah membuat keputusannya sendiri.

"Abang nak batal?? Majlis sanding esok tau! Apa mama nak jawab bila tetamu datang tengok pengantin tak ada? Kalau majlis nikah saja, mama tak kisah,saudara mara kita saja!"

RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now