8 •• Effa Amalin

23.7K 947 87
                                    

Siap merapikan diri, aku ambil keputusan untuk turun ke bawah. Melihat jika ada apa yang boleh aku bantu. Tapi langkahku terhenti di anak tangga paling bawah apabila mataku bertembung dengan sepasang mata yang sudah lama aku tidak lihat.

"Diraa...? Bila balik sini?" Tanya Raiq dengan wajah yang ceria.

"Dah seminggu lebih Dira balik sini. Raiq apa khabar?" Tanya aku cuba beramah. Seingat aku, Raiq memang sentiasa baik denganku. Dia yang selalu ada selain Hannah, Rubiena dan mama untuk menghiburkan aku ketika berada di rumah ini dahulu.

"Alhamdulillah.. Sihat macam yang Dira lihat sekarang.. Lama menghilang.. tak beritahu Raiq pun." Nada dia seperti berjauh hati. Gayanya kini santai apabila badannya bersandar pada kekisi tangga. Aku pula berdiri berhadapan dengannya.

"Maaf.. Dira..." Bicara aku terhenti apabila aku lihat seseorang sedang berdiri berhampiran dengan kami.

"Ehem! Jom lah." Suara Raez tegang dan dingin. Aku pula yang serba tak kena. Tak tahu apa yang perlu diucapkan pada Raiq, aku hanya tundukkan kepala tanda aku meminta diri dan terus melangkah ke ruang tamu.

"Kak Dira!!!" Rubiena yang sedang duduk terus bangun dan menerkam ke arahku. Aku tergamam tetapi turut memelukknya erat.

"Kak Dira, lamanya tak balik sini? Abang tunjuk gambar Kak Dira jer masa study kat sana. Rindu laaaa.." Lagi sekali aku terkedu mendengar bicara Rubiena. Pantas aku toleh ke sisi mencari wajah Raez yang sedang duduk santai di sofa. Tapi riaknya biasa-biasa saja. Tenang menghala ke kaca TV.

"Ruby sihat? Kak Dira sibuk kat sana." Aku mempamerkan senyum lebar dan dia menarik aku untuk duduk di sofa two seater.

"Kak Hannah asyik tanya Kak Dira jer. Mesti dia rindu sangat."

"Ye ke? Akak pun dah lama tak jumpa dia. Ruby cuti ke hari ni?"

"Haah. Hari ni ada discussion je dengan prof. Kak.. lepas ni buat cookies yang macam hari tu boleh? Lepas akak pergi, dah tak ada siapa yang buat cookies untuk Ruby." Rubiena mengerdipkan matanya. Perwatakkannya lembut berbanding Hannah. Dan dia sangat manja.

"Boleh aje. Nanti lapang sikit, akak buatkan untuk Ruby, ye."

"Okay. Kali ni Ruby nak sembuyi betul-betul." Kata-katanya berunsurkan nada tidak puas hati sambil menjeling Raez yang turut meleretkan senyum melihat cebikkan adiknya.

"Kenapa..?" Aku jelas tidak mengerti maksud disebalik kata-katanya.

"Ya lah! Tu ada hantu yang suka curi semua cookies yang akak buatkan untuk Ruby dulu. Dia masuk bilik Ruby senyap-senyap lepastu dia makan sampai habis!" Muncung mulut Ruby sambil menjeling Raez yang sudah lebar senyumannya. Jarang aku tengok Raez senyum panjang begini.

Fahamlah aku cerita sebenar tentang cookies yang selama ini Ruby asyik rungutkan. Raez selamba bangun dan beredar dari situ. Meninggalkan aku dan Rubiena yang rancak berborak.

***

Sambil berborak dengan bapa mertuaku dan Raiq selepas makan malam, Raez muncul dengan berpakaian kemas.

"Nak ke mana Raf?" Tanya bapa mertuaku. Aku pula yang tak sedap hati.

"Keluar sekejap papa." Dia hanya berhenti sebentar sebelum menuju ke pintu utama.

Aku yang duduk di situ makan hati sendiri apabila diperlakukan begitu. Untuk apa dia bawa aku pulang ke rumah familynya kalau pada akhirnya dia buat macam aku tak wujud dalam rumah ni. Aku yang kena pandai bawa diri sendiri. Perangainya langsung tak ubah seperti masa awal perkahwinan kami dulu.

Hingga ke larut malam jam menginjak ke angka 12 tengah malam, Raez masih belum pulang. Bersama dengan rasa sakit hati aku memaksa mata untuk berehat dan beradu.

RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now