9 •• Kerja

21K 886 65
                                    

Turun ke bawah, aku terus mencari kelibat Hadif. Dia sedang berdiri dengan muka yang resah sambil melihat telefon.

"Hadif.. Sorry." Aku menyapanya dari belakang.

"Diraa.. Kau ke mana?" Dia terus menyoal aku. "Eh, tangan kau kenapa ni?" Dia meraih tanganku yang berbalut tapi aku tarik semula dengan sopan.

"Aku jatuh tadi. Tapi dah okey."

"Aku bawak kau ke klinik dulu la. Tengok balutan tu macam nak terbuka semula." Dia menunjukkan balutan tangan aku yang seperti nak terburai. Dengan pantas aku setuju dengan cadangannya. Aku pun tak beritahu apa-apa pada Raez. Jadi, boleh lah aku balik sendiri.

Beg tanganku ditarik oleh Hadif dan dia selamba menggalas di bahunya. Tanpa sedar tindakan itu mencuit hatiku. Aku ketawa kecil di belakangnya kerana bagi aku ianya kelihatan sweet dan kelakar. Pakai baju formal, tapi galas beg tangan perempuan.

Keluar dari pintu utama, Hadif menunjukkan arah di mana dia memarkirkan kereta. Ketika ingin melintas jalan, lenganku ditarik lembut memaksa aku untuk menoleh ke belakang dan melihat siapa yang menegurku.

"Nak ke mana?" Soal Raez sambil mengerutkan keningnya. Pandangannya terhala pada Hadif di sebelahku yang sedang berdiri dan menggalas beg tanganku dan kemudian kembali memandangku semula.

Aku juga turut terdiam tanpa kata memerhati keduanya bersilih ganti. Raez lebih tinggi dari Hadif. Dan Raez lebih tough dari Hadif yang sekeping. Hadif juga kelihatan mengerutkan keningnya sambil memerhati ke arah Raez. Aku pernah menunjukkan gambar ahli keluargaku pada Hadif. Dan aku kenalkan Raez sebagai saudara sepupuku. Mungkin dia sedang mengingatinya kembali.

Kemudian aku lihat ke arah Raez yang sedang merenung ke arah tanganku yang berbalut.

"Kenapa dengan tangan?" Tidak tunggu lama, Raez terus menyoal aku.

"Jatuh." Aku hanya memberikan jawapan pendek.

"Hadif, aku balik dulu lah. Nanti aku call kau." Aku mencari alasan untuk beredar kerana tidak senang dengan pandangan Raez yang mencerlung tajam pada Hadif. Hadif yang masih diam memerhatikanku dan menganggukkan kepala sebagai jawapan. Aku terus mengambil beg tanganku di bahu Hadif dan terus beredar meninggalkan Raez di belakang.

Masuk ke kereta, dia terus menarik tanganku yang berbalut. Aku memerhatikan wajahnya yang nampak berkerut sejak tadi.

"Macam mana boleh jatuh?" Tanya Raez sambil terus meneliti tanganku.

"Macam tu lah. Dah nak jatuh." Aku menjawab acuh tak acuh. Sengaja tak mahu panjangkan topik ini. Aku segera menarik tanganku mengelak dari bersentuhan denganya terlebih lama. Namun, dia menarik tanganku semula. Balutan itu ditanggalkan.

"Balutan ni tak kemas. Siapa yang balut?" Tanya dia lagi dengan tangan yang sibuk merungkaikan balutan itu.

"Staff di pejabat tadi."

"Luka dalam ni. Dira kena apa ni?"

"Tertolak pasu dan pasu tu pecah."

"Pakai seatbelt, abang bawa Dira pergi klinik." Dia memberikan arahan sambil menekan sesuatu di telefon miliknya.

Aku pula hanya mengikuti sahaja apa yang disuruh olehnya. Di dalam perjalanan, Hadif menghubungiku. Aku jadi ragu-ragu mahu menjawab panggilan tersebut. Aku toleh sebentar memandang Raez yang turut menoleh ke arahku.

"Hello..." Aku diam sejenak untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Hadif.

"Ya.. Aku on the way ke klinik. Tak ada apalah.. Okey je ni." Aku beritahu Hadif yang kedengaran risau terhadap aku.

RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now