Mustahil. Mana mungkin ada orang yang percaya bahawa Haida Zahra tak bersalah. Selain dirinya sendiri, tiada seorang pun yang tahu kebenaran bahawa bukanlah dia yang menyebabkan kematian Arin. Semua orang hanya tahu menuduhnya. Kecuali Aryan. Lelaki yang baru hadir dalam hidup Zara itu lansung tidak mengendahkan khabar angin yang tersebar. Baginya, bukan saja Zara tak bersalah malah dimatanya, Zara itu seakan-akan bidadari bersayap hitam. Meskipun debu-debu fitnah cuba menyeliputi keindahan gadis itu, sayap keadilan yang tertanam di dalam nadi Zara tidak tersorok. Namun, dapatkah Aryan mengekalkan tanggapannya. Lagi-lagi dengan adanya Harith Xavier, orang yang paling membenci Zara. " Kau perhatikan macam mana aku binasakan hati dia perlahan-lahan," - Harith. "Mungkin kau masih anggap aku ni perempuan lemah yang kau kenal dahulu. Maaf, tapi kau silap. Perempuan lemah tu dah mati," - Zara. " Tapi, aku nak tolong kau. " - Zayed Aryan. "Apa sebenarnya muslihat kau ...?" [Trigger Warning] First Published : 2018 Update & Finished : 2020 I was in high school when I wrote this. Please be consider. But I don't mind comment and critics.