Ustaz, Tunggu Saya!

By aeinsohko

809K 31.8K 4.3K

Aisya Rabecca - seluar slack, jeans, kemeja-T , mini skirt dan semua jenis pakaian tak cukup kain. Itu semua... More

Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 04
Bab 05
Bab 06
Bab 07
Bab 08
Bab 09
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Promote Time
Bab 52
Epilog
✨Farewell ✨
UTS Beraya #1
UTS Beraya #2
UTS Beraya #3
UTS Beraya #04
UTS Beraya #5
UTS Beraya #06

Bab 41

11.1K 477 80
By aeinsohko

Terimalahhhh bab paling merapu...








"Demam pula?" nada mak di corong telefon seakan tak percaya. Aku menggaru kepala yang tak gatal.

Aku pun pelik. Hamidi baru sahaja kebah dari demam. Semalam, suhu tubuhnya tiba-tiba sahaja naik.

Kebetulan pula mak menghubungiku hari ini. Untuk bertanya khabar. Sementara Hamidi sedang tidur berselubung dalam selimut, aku menjawab panggilan mak di beranda bilik sahaja.

Nak jawab jauh-jauh, bimbang kalau-kalau Hamidi tersedar dari lenanya.

"Ya mak, semalam suhu Id tiba-tiba naik." jawabku perlahan.

"Dia tengah buat apa tu?"

"Tengah tidur, mak."

Mak diam seketika.

"Dah bagi dia ubat?" tanya mak lagi.

Aku menggaru hujung kening. Mak ni, macam tak kenal pula anak dia...

"Ecca dah bagi, tapi err..." teragak-agak pula aku ingin memberitahu.

"Id tak makan?" tebak mak. Aku mengangguk. Walhal, bukannya mak nampak anggukan aku.

Mak mengeluh di hujung talian.

"Hmm tak apalah, nanti mak datang sana." ujar mak.

"Err baik mak,"

"Kamu pula, dah makan ke belum?" tanya mak tiba-tiba.

"Err dah mak, Ecca dah makan." jawabku perlahan.

"Hmmm baguslah, jangan sebab Id taknak makan, kamu pun tak makan sama." Pesan Mak.

"Baik mak,"

"Hmm kalau macam tu, mak letak dulu ya? Nak pergi rumah Mak Nab sekejap," pamit Mak.

"Ada apa-apa ke rumah Mak Nab, mak?"

"Tak ada apa pun, saja je nak menziarah. Bosan duduk rumah, Si Alia tu asyik terperap je dalam rumah." rungut mak. Aku tersengih.

"Hehe iyalah mak, sampaikan salam Ecca buat semua ya?"

"InShaa Allah, nanti mak sampaikan."

"Mak letak dulu, ya? Assalammualaikum..." pamit mak.

"Okay, wa'alaikumussalam..." jawabku. Mak memutuskan panggilan.

Sebaik mak memutuskan panggilan. Aku melangkah masuk kedalam bilik. Mata terus sahaja memandang kearah katil, tempat beradu Hamidi.

Keningku bertaut. Kosong. Mana Hamidi? Tidak semena kedengaran seseorang muntah dari dalam tandas. Diikuti dengan batuk keras.

Laju sahaja langkahku kebilik air. Tombol pintu dipulas segera. Berkunci. Makin risau hati aku.

"Habib," panggilku bersama ketukan pintu.

"Buka pintu ni, bagi Aisya masuk." arahku. Nada tak usah kata, risau bukan kepalang.

Tiada respon buat seketika sebelum kedengaran air keluar dari pili. Tidak lama kemudian, barulah pintu dibuka dari dalam. Hamidi keluar dengan muka basah. Air menitik-nitik dari wajahnya. Mungkin baru sahaja membasuh muka.

Dia tersenyum nipis sebaik memandangku.

"Sorry," tuturku perlahan. Air dimukajya disapu sekaligus membetulkan rambutnya. Hamidi berkerut dahi.

"Sorry kenapa pula?" tanya Hamidi pelik sambil ketawa kecil.

"Tinggal Habib tadi," balasku. Tubuhnya dipeluk.

"Aisya risau. Habib buat Aisya risau." ujarku. Muka disembam kedadanya. Hamidi ketawa kecil.

"Habib baik-baik je, jangan risau okay?" kepalaku dikucup lembut.

Aku mengangkat kepala, mendongak memandangnya.

"Kita pergi hospital, nak?"

Hamidi menggelengkan kepala seraya tersenyum kecil.

"Klinik?" aku masih mem'bida'. Tetap juga Hamidi menggelengkan kepala.

"Makan ubat?" tetap juga menggelengkan kepala. Bibir tetap juga tersenyum.

"Habistu nak apa? Semua taknak, macam mana nak sihat?" aku melepaskan pelukan.

"Nak sayang ada je. Sayang ubat Habib, kan?" hidungku dicuit. Aku mengeluh.

"Not funny," tegasku. Hamidi ketawa kecil. Kesannya, dia batuk. Aku berdecit. Tangannya ditarik kearah katil. Tubuhnya didudukkan.

"Duduk sini, Aisya nak turun ambil bubur." arahku.

"Nak ikut," aku menjengilkan mata.

"Sakit pun masih degil, kan?!" Hamidi menggaru hujung keningnya sebaik 'dimarahi' aku.

"Sayang dah makan?" tanya Hamidi. Aku hanya sekadar mengangguk.

KURRR....

Hamidi memandangku tajam dengan jongketan kening. Aku hanya tersenyum seolah tiada apa-apa.

Alahai perut ni pun satu, waktu-waktu beginilah dia ingin berbunyi.

"Kenapa tak makan lagi?" tanya Hamidi tegas.

"Aisya dah makanla,"

"Tak takut ke tipu suami?" tanya Hamidi lagi. Aku menggigit bibir bawah.

"Tipu sikit je," aku bermain dengan jariku.

"Tak kiralah sikit ke banyak ke, tetap tipu juga. Faham?" tak ubah seperti anak kecil, aku hanya mengangguk bagai dimarahi si ayah.

"Sorry,"

"Lepastu buat lagi?" tanya Hamidi. Laju sahaja aku mengangguk. Hamidi menjengilkan mata kegeraman. Tidak sempat Hamidi mengeluarkan kata. Aku berlari keluar bilik.

"Aisya turun sekejap, nanti Aisya naik balik!" laungku sambil mengatur langkah seribu.

Aku menyediakan bubur untuk Hamidi. Mangkuk berisi bubur diletakkan diatas dulang. Segelas air masak. Dulang ditatang penuh cermat naik keatas.

Pintu bilik dikuak. Sekali lagi katil kosong. Sebaik aku meletakkan dulang diatas meja sisi katil, Hamidi keluar dari bilik air.

"Muntah lagi?" tanyaku dengan kerutan didahi. Hamidi angguk kecil. Dia atur langkah kembali kearah katil.

"Aisya ada masak bubur. Aisya suapkan, ya?" Hamidi menggelengkan kepala.

"Tak ada selera," ujarnya. Aku melabuhkan punggung disisinya yang sudah membaringkan badan. Pucat sahaja mukanya.

"Sikit pun taknak?" aku masih mencuba nasib. Hamidi menggeleng.

"Hmm... Habib dah tak sayang Aisyala tu," aku menunduk.

"Apa pula cakap macam tu?"

"Iyalah, Habib tak hargai pun apa yang Aisya buat. Aisya masakkan bubur untuk Habib makan supaya cepat sembuh, tapi sikit pun Habib taknak." nadaku dilirihkan sehabis mungkin. Agar usaha untuk meraih rasa bersalah Hamidi berjaya.

"Sayang,"  Melihatkan Hamidi ingin bangun dari perbaringan, tahulah aku bahawa usahaku hampir berjaya.

"Okay, suapkan Habib cepat." Hamidi membuka mulut, siap untuk disuap. Mangkuk berisi bubur dihulurkan kepadaku.

"Tak payahlah, Habibkan tak berselera."

Orang dah mengalah, lagi nak jual mahal.

"Tiba-tiba berselera pula, nyum nyum..." ujar Hamidi. Aku memandang tepat pada matanya. Dalam.

Hamidi menjongketkan kening.

"Nak suap tak?" tanya Hamidi. Lambat-lambat aku mengangguk. Sudu berisi bubur disua kemulutnya.

"Bismillah..."

"Sedapnya sayang masak..." pujinya. Aku hanya senyum mendengarkannya. Nak ambil hati aku la tu.

"Lepasni makan ubat, okay?"

Hamidi senyum kelat.

"InShaa Allah," jawabnya.

"Tadi mak call, dia bagitahu yang dia nak datang sini. Itupun lepas Aisya bagitahu Habib demam." tuturku. Comot ditepi bibir Hamidi disapu dengan ibu jari.

"Sayang bagitahu mak ke?"

Aku mengangguk.

"Waktu mak call, Habib tengah tidur. Bila mak tanya pasal Habib, Aisya bagitahulah yang Habib demam." terangku. Hamidi hanya mengangguk kecil.

"Sayang,"

"Hmm?"

"Kalau Habib tak ada, Sayang boleh jaga diri sendiri tak?" tanya Hamidi. Tiba-tiba sahaja.

"Tak boleh," jawabku selamba tapi tegas. Mukanya langsung tidak kupandang.

"Mana boleh macam tu," komennya. Aku memandangnya tajam. Berdecit geram.

"Dah tak ada soalan lain ke dekat dunia ni?" tanyaku geram.

"Sayang, Habib tanya je, kan?" pujuk Habib. Daguku dipegang dan diangkat memandang tepat ke matanya.

"Tapi Aisya tak suka soalan tu," nadanya sudah berubah sebak. Mata juga sudah berair. Soalan ini begitu sensitif buat seorang isteri.

"Heyy, shhh janganlah nangis." Hamidi ketawa kecil. Mangkuk ditanganku diambil lalu diletakkan diatas meja. Aku yang sudah berjuraian airmata ditarik kedalam pelukan.

Dah kenapa cengeng sangat aku ni?!

Tubuh Hamidi didakap erat.

"Habib tak boleh pergi mana-mana, Habib kena selalu ada dengan Aisya. Habib kena protect Aisya. Kena jaga Aisya." ujarku dalam tangis.

"Kalau Habib terpaksa pergi juga?"

"Aisya terpaksa ikut sekali,"

"Kalau sayang tak boleh ikut? Macam mana?" Hamidi masih melontarkan soalan.

"Kenapa pula Aisya tak boleh ikut? Aisya isteri Habib,"

Hamidi senyum kecil.

"Sayang, tak semua tempat yang Habib pergi, sayang boleh ikut sekali tau." ujar Hamidi. Rambutku dibetulkan.

"Contoh tempat yang kononnya Aisya tak boleh ikut sekali?"

"Tandas awam lelaki," jawab Hamidi selamba sambil tersenyum tanpa rasa bersalah.

"Habib!" perutnya dipulas geram bertubi-tubi, tapi dielak oleh Hamidi. Sakan dia mengertawakan aku.

"Uhuks uhuks..." itu dia, kena bayar cash sebab kenakan isteri waktu tengah sakit. Kan dah terbatuk. Ubat taknak makan, haa geram pula aku.

"Habib, okey tak?" tanyaku risau apabila melihat Hamidi bangun menuju kearah bilik air. Langkah Hamidi diikuti. Tidak sempat aku masuk sama kedalam tandas, Hamidi menutup pintu. Bukan sekadar tutup, malah kunci juga. Aku tercengang sendirian.

Aku berdiri kaku dihadapan pintu tandas. Batuk Hamidi masih kedengaran. Takkan batuk sampai masuk tandas?

"Habib?" aku mengetuk pintu. Bunyi air keluar dari pili membuatkan aku diam.

"Habib okay, jangan risau." balas Hamidi dari dalam. Dia berdehem beberapa kali. Mungkin membetulkan kotak suara.

Tidak lama kemudian, pintu bilik air dibuka dari dalam.

Hamidi mengukir senyuman kelat. Mataku sudah berbening. Entah mengapa hati terasa sakit amat melihat keadaannya yang pucat. Demam bukan main teruk, tapi taknak pergi hospital. Nak tunggu nazak dulu? Allahu... Nauzubillah, moga dijauhkan.

"Kita pergi hospital, jom." aku menarik tangannya. Hamidi menarik kembali.

"Sayang," dia menggeleng kecil. "Habib okay," sambungnya.

"Tak, Habib tak okay!"

Tanpa sedar aku menaikkan suara.

Aku kemam bibir. Rasa bersalah menyelubungi diri.

"Sorry," ujarku perlahan. Menunduk menekur lantai.

Tubuhku ditarik kedalam pelukannya. Aku menyembamkan muka kedadanya. Perlahan-lahan airmata mengalir melalui pipi.

"Habib cepatlah sembuh," ujarku dalam sebak.

"Shh... Jangan nangis lagi," belakangku diusap. Ubun-ubunku dikucup.

Aku angkat kepala, memandangnya. Hamidi senyum kecil. Sisa airmata yang masih ada disapu lembut.

"Eyy apa ni, pesakit pula yang kena pujuk doktor." ujar Hamidi sarkastik.

"Doktor Aisya, boleh tolong saya tak?" tanya Hamidi. Suka suki dia panggil aku doktor.

Aku menjongketkan kening.

"Teman pesakit awak ni tidur sekejap, kepala dia rasa pusing-pusing. Dah beribu-ribu bintang ada dekat dahi ni." sambung Hamidi lagi. Aku mencebik. Melebih je dia ni.

"Tapi pesakit tu kena juga makan ubat. Kalau tak makan, tak ada guna juga doktor temankan pesakit tu tidur." jawabku. Hamidi tersengih melihat muka tegasku.

"Okay doktor, tapi tak janji tau." belakang lehernya digosok dengan senyuman dibibir. Paling mengejutkan, pipiku sempat diciumnya. Aku terpana seketika. Ahhh malunya...!

Seperti yang dipinta tadi, permintaan untuk aku menemaninya tidur. Tapi sebelum tu...

Sempat juga berperang seketika.

"Sayang Aisya tak?" tanyaku serius.

"Mestilah sayang," jawab Hamidi.

"Kalau sayang, makan ubat. Kalau tak, Aisya tak nak teman Habib."

Hamidi mencebik.

"Tak payah temanlah kalau macam tu," ujar Hamidi perlahan. Selimut ditarik menyelubungi keseluruhan badannya.

Aku tercengang seketika. Mood sensitive dia dah datang dahhh...

Aku pun dibelakanginya. Kepala yang tak gatal digaru. Satu kerja pula nak memujuk baby besaq ni.

Aku membaringkan tubuh disebelahnya. Selimut turut ditarik untuk menyelubungi diri. Tubuh Hamidi dipeluk. Tiada sebarang tindak balas.

Tidur pun mengiring sambil berpeluk tubuh. Suami siapa entah.

"Taknak peluk Aisya ke, hmmm?" tanyaku perlahan.

Satu...

Dua...

Tiga...

Pelukan dileraikannya. Dia berpaling menghadapku. Kini aku pula dipeluknya. Mata langsung tidak dibuka.

"Kenapa taknak makan ubat?" tanyaku perlahan. Penuh hati-hati.

"Sebab..." tanganku ditariknya dekat ke mulutnya.

"Aww, sakitlah..." jeritnya terus menarik tanganku dari pegangannya. Ada pula digigit jari kelingkingku. Hamidi sengih bersalah.

"Sorry," dia mengucup jari kelingkingku. Kononnya menyembuhkan. Tapi sememangnya menyembuhkan.

Kemudian dia ketawa kecil.

"Baru gigit jari dah sakit, kalau makan terus agaknya boleh runtuh rumah ni sebab sayang jerit." ujarnya.

"Kenapa pula nak makan Aisya?" tanyaku tak puas hati.

"Tadi suruh makan ubat, kan?"

"Memanglah, tapi Aisya bukan ubat!" balasku geram.

"Eh, siapa kata?" dia menjongketkan kening. Aku menjulingkan mata keatas. Dia dah nak mulaa dahhh...

"Sayangkan ubat Habib," dipelukku erat seerat-eratnya. Aku hanya membiarkan. Tak padan dengan sakit, tapi gatal bukan main lagi. Nasib baik sayang, kalau tak dah lama aku cepuk.

"Tapi, ubat kalau berlebihan boleh jadi racun kan?" tanyaku perlahan. Entah mengapa soalan itu terlintas.

"Nak ke jadi racun untuk Habib?" tanya Hamidi kembali sebagai jawapan bagi soalanku. Aku menggeleng kecil.

"Kalau taknak, duk diam-diam." ujarnya. Aku hanya mendiamkan diri. Disandarkan kepala didadanya. Tenang sahaja ombakan dadanya. Aku ukir senyum kecil.

Beberapa seketika kemudian, kedengaran dengkuran halus. Sudah tidur rupanya.

Aku mendongak memandang mukanya yang tenang. Selimut diselak sedikit. Haih, lemas juga berselubung macam ni. Udara tak cukup.

"Cepat sembuh, ya? Aisya nak manja-manja dengan Habib. Jangan sakit lama-lama tau, sebab Aisya tak pandai jaga diri sendiri. Aisya perlu kan Habib." ujarku perlahan.

*********
Hamidi dipimpin keluar dari bilik air. Ingatkan, makin lama makin sembuh. Tapi aku silap, masuk hari ketiga. Suhu badannya naik mendadak.

Tubuhnya didudukkan atas katil. Tuala kecil diatas bahu digunakan untuk mengelap kering rambutnya. Baby besaq baru siap mandi.

"Aisya ambil bubur dengan ubat sekejap. Habib rehat dulu," ujarku. Kali ini Hamidi tidak membantah, mungkin dah sedar bahawa dirinya amat memerlukan bantuan ubat. Tulah, ego sangat taknak makan ubat. Kan dah mendapat.

Sebaik aku naik kembali kebilik, Hamidi sudah terlelap. Mungkin tidak larat. Kesian pula aku tengok. Nak kejutkan tak sampai hati, kalau tak kejutkan nanti tak makan ubat pula.

"Habib," kejutku perlahan. Dahinya disentuh. Masih panas. Nak letak coolfever tapi ditegah. Katanya macam budak-budak. Apa-apa jelah...

"Habib, makan ubat dulu. Lepastu sambung tidur balik, okay?" Hamidi menggeliat kecil.

"Hmm..." dia mencelikkan mata.

"Aisya suapkan Habib bubur, okay? Lepastu makan ubat," Hamidi hanya mengikut. Tak larat nak membantah. Nak membebel lebih-lebih, kesian pula. Tak apa, kita postpone dulu bebelan tu sampai dia sembuh.

Aku membantu Hamidi bangun, menyandarkan tubuhnya di kepala katil.

"Nak makan sikit atau banyak?" tanyaku.

"Sikit," jawab Hamidi pendek. Dah agak bahawa itu jawapannya. Aku tersenyum kecil.

Bubur disua kepadanya. Satu suap pun ambil masa yang lama untuk ditelan. Apa-apa jelah asalkan budak besar ni makan.

"Kalau esok suhu masih sama, Aisya bawa pergi hospital tau. Fullstop."

Hamidi hanya diam tidak menjawab.

"Dengar tak?"

"Ya sayang, Habib dengar." balas Hamidi lemah. Baru sahaja aku ingin menyua suapan seterusnya. Telefon Hamidi berdering minta diangkat.

"Aisya ambil, ya?" aku meminta izin. Manalah tahu dia taknak terima mana-mana panggilan dari sesiapa. Hamidi mengangguk.

Mangkuk bubur diletakkan diatas meja. Aku bangun untuk mengambil telefonnya yang terletak diatas meja solek sejak kelmarin. Nampak tak yang dia tak hiraukan pasal phone dia.

Doktor Adi.

Aku memandang Hamidi. Sejak bila suami aku ada kawan bekerjaya sebagai doktor?

"Doktor Adi call, nak Aisya angkat tak?" tanyaku. Hamidi yang tadi bersandar elok kepalanya pada kepala katil sambil memejamkan mata, terus sahaja membuka mata.

"Tak payah lah, tak penting rasanya." jawabnya.

Deringan mati. Tapi hanya seketika sebelum kembali berdering. Dihubungi penama yang sama.

"Mungkin benda penting, Habib taknak jawab?" tanyaku lagi.

Hamidi mengeluh perlahan. Tangan menghulur kepadaku, meminta telefonnya. Aku akur, telefon diberikan kepadanya.

"Assalammualaikum," Hamidi memberi salam. Aku melabuhkan duduk disisinya.

"..."

"Ada je dekat rumah,"

"..."

"Aku okay. Cuma pening sikit."

Aku menjongketkan kening kepadanya. Pening sikit? Boleh tahan juga mamat ni menipu.

Bunyi loceng rumah ditekan membantutkan niatku untuk mendengar lagi perbualan mereka.

"Aisya turun sekejap," ujarku tanpa mengeluarkan suara. Hamidi mengangguk kecil.

Langkah diatur turun kebawah. Langsir diselak terlebih dahulu, mengintai gerangan tetamu.

Mak dan Alya.

Cepat aku membuka pintu utama. Remote pagar sudah ditekan awal-awal lagi.

Salam mak dibalas. Tidak lupa juga aku membantu mak mengangkat begnya. Alya? Budak tu gagah lagi nak angkat beg ringan tu. Hehe...

"Mak dah lama sampai ke?" tanyaku. Kut-kut la aku tak peradan yang mak dah sejam berdiri dekat luar pagar.

"Baru je sampai," balas mak.

"Mak datang naik apa?" tanyaku. Melihatkan kereta Arifi juga tak ada. Hanya Mak dan Alya berdiri tegak diluar pagar.

"Naik teksi. Awalnya Arifi nak hantar, tapi tiba-tiba ada kerja pula. Malas nak tangguh-tangguh, mak sewa teksi ajelah." balas mak.

"Kenapa tak bagitahu Ecca, boleh Ecca ambilkan."

"Tak payah nak susah-susah. Id sakit pun dah banyak menyusahkan. Buat penat kamu je nanti." balas Mak. Dia melabuhkan punggung diatas sofa.

"Angah mana, kak?" tanya Alya. Cari angah dia rupanya. Patutlah terjengul-jengul dari tadi kepala dia tu.

"Ada dekat atas, tengah rehat rasanya. Tadi kawan dia call," jawabku.

"Okay!" tak sempat bertanya lebih, Alya sudah bagai kipas kudung menyusup naik keatas.

"Pantang tengok angah dia sakit, ada je nak mengusik." bebel Mak. Aku tersenyum kecil.

"Mak nak duduk bilik mana? Atas ke bawah?" tanyaku.

"Mana-mana jelah," jawab mak.

"Kalau macam tu, mak duduk sebilik dengan Alya, ya? Ecca dah siapkan bilik." ujarku. Mak hanya mengangguk.

"Mak rehat-rehatlah dulu, Ecca buatkan air sekejap."

"Hmm... Mak nak naik atas, nak jenguk Id sekejap." pinta mak. Aku hanya mengangguk.

"Beg mak tu, biarkan je. Nanti mak suruh Alya yang angkatkan." sambung mak lagi.

Aku hanya akur. Setelah bayang mak hilang, aku atur langkah ke dapur. Membancuh air untuk mak. Sekali-sekala mak minum dalam bilik, ala-ala mem besar gitu.

*******
Dulang ditatang penuh hemah mendaki tangga. Sebaik sampai ditingkat atas, mak keluar beriringan dengan Alya dari bilikku.

"Sampai ke atas kamu bawakan air, buat susah je." komen mak. Aku hanya tersengih. Air sunquick diletak diatas meja kecil dipenjuru ruang atas.

"Minumlah dulu," jemputku.

"Akak, bubur yang akak buatkan tu ada lagi tak?" tanya Alya tiba-tiba. Aku mengangguk.

"Ada lagi dekat bawah, Alya nak ke?" tanyaku pelik. Macam-macam betul budak ni. Alya mengangguk laju.

"Kalau Alya habiskan, akak tak kisah kan?" tanya Alya lagi. Aku berkerut dahi, sebelum ketawa kecil.

"Habiskan jela, nak harapkan angah Alya habiskan, jawabnya tunggu dia sembuhla..." balasku. Alya tersengih.

Mak menggeleng kecil melihat kerenah Alya.

"Id dah tidur, dia kata sakit kepala." ujar mak.

"Laa tidur pula... Ecca minta diri sekejap ya, Id tak makan ubat lagi tu." pamitku risau. Pintu bilik ditolak.

Benarlah, Hamidi sudah lena. Berselubung elok dengan selimut. Hamidi didekati.

"Habib," kejutku perlahan. Rambutnya dikuak ke belakang. Tatkala tangan bersentuh dahinya, dapat dirasakan bahawa suhunya tinggi.

"Habib, makan ubat dulu..." sambil-sambil itu dahinya disapu dengan tuala lembab.

"Hmmm..." Hamidi membuka sedikit matanya. Aku tersenyum kecil.

"Habib bangun makan ubat dulu, lepastu Aisya teman Habib tidur. Okay?" lambat-lambat Hamidi mengangguk.

Aku membantunya bangun dari perbaringan. Sebiji bantal diletakkan di belakangnya sebagai sokongan. Ubat yang telah tersedia diatas meja, diambil.

Seketika, dahiku berkerut. Mangkuk yang tadinya berisi bubur sudah licin tanpa sisa.

"Habib yang habiskan bubur?" tanyaku. Hamidi menggelengkan kepala. Lagilah berkerut dahiku.

"Habistu siapa yang habiskan?"

"Alya," jawab Hamidi pendek. Haih adik ipar yang satu tu, macam-macam betul perangainya.

Ubat dihulurkan kepada Hamidi. Diambil dan ditelan sekaligus. Selepasnya, cepat-cepat dia mencapai air. Aku ketawa kecil melihatkan itu. Berkerut-kerut dahinya tatkala menelan ubat.

"Sayang,"

"Ya?"

"Sakit," ujarnya sepatah. Aku berkerut dahi.

"Sakit dekat mana?" tanyaku risau.

"Kepala,"

"Hmm, Habib baring dulu. Aisya nak ambilkan minyak angin sekejap," sambil itu aku membaringkannya. Sebaik Hamidi selesa berbaring, aku melangkah ke arah first aid kit yang terletak di penjuru wardrobe.

Sebaik kembali ke katil, Hamidi sudah memejamkan matanya. Berkerut-kerut dahi, mungkin menahan sakit kepala.

Aku memanjat katil, meletakkan tubuh disisinya. Penutup minyak angin dibuka, diletak sedikit ketapak tangan sebelum disapu ditepi kepalanya.

Baru sahaja beberapa urutan, Hamidi mengubah posisi tidur. Menghadap aku. Tangannya laju sahaja memelukku.

Asal sakit je manja. Asal manja je tak kira waktu.

"Sakit lagi?" tanyaku. Hamidi mengangguk. Sambil itu, jari masih memicit kepalanya.

"Sayang penat?" tanya Hamidi perlahan. Aku mengintai sedikit wajahnya, mata tertutup. Entah sedar entah tidak suami aku ni.

"Sikit je," demi mendengarkan itu, tanganku yang tadinya mengurut dahinya dicapai. Dibawa dekat kebibirnya, dikucup lama.

"Terima kasih sebab berpenat untuk Habib," Hamidi mendongak memandangku. Aku ketawa kecil.

"Sakit-sakit pun ada mood romantik lagi?" tanyaku mengusik. Hamidi senyum kecil.

"Kesian sayang Habib, penat." tanganku diusapnya. Sekali lagi dikucup tanganku. Kemudian ditarikku untuk berbaring bersama.

"Sayang pun kena rehat tau, dari semalam sayang jaga Habib."ujar Hamidi.

"Lepasni Aisya rehat, lagipun mak baru je sampai. Takkan Aisya nak biarkan macam tu je, hmm? Tak elok, kan?" balasku. Rambutnya dibetulkan. Terpejam-pejam matanya. Eleh, aku betulkan rambut je. Feeling lebih pula dah...

"Mak faham, jangan risau."

"Taknak lah macam tu. Aisya tak selesa, apa pula kata mak nanti."

"Mak faham yang menantu dia penat. Lagipun tadi mak sendiri kata, sayang nampak penat sangat."

Aku gigit bibir.

"Sini, baring tepi Habib." ajak Hamidi. Aku menggeleng.

"Tak sudi?" tanya Hamidi. Nadanya jelas menunjukkan dia berjauh hati. Merajuk pula dah...

Aku merebahkan badan disisinya. Dipeluk pinggangnya.

"Badan Habib panaslah, tak sedap nak peluk." aduku. Hamidi menjongketkan kening.

"Tapi nak peluk juga!" Hamidi dipeluk erat menerbitkan tawa kecil dari bibir Hamidi. Hamidi kucup dahiku sekilas.

"Habib cepat sembuh tau," ujarku. Atau lebih tepat, pintaku.

"InShaa Allah, kan Habib dah ada doktor terbaik dunia untuk rawat Habib. Lagipun,  Habib demam je bukannya sakit kritikal." ujar Hamidi.

"Sekalipun doktor terbaik langit yang rawat, tapi kalau tak makan ubat tak ada guna juga..." omelku.

"Habib dengar tau sayang kutuk Habib,"

Aku sengih tak bersalah. Muka disembamkan kedadanya. Menghidu bau badannya. Aroma untuk melelapkan aku.

********
Aku melarikan mukaku apabila terasa ada sesuatu dimukaku. Ditepis jua, malah masih ada.

"Janganlah," rengekku. Ditepis 'benda' di hidungku. Mendengarkan ada tawa kecil, aku membuka sebelah mataku. Terhidang wajah Hamidi dengan senyumannya.

"Seronok tidur?" tanya Hamidi lembut, rambut yang berjuntai diselit ketelingaku. Aku menutup kembali mata, mengangguk kecil sebelum kembali mengangkat sauh untuk berlayar ke alam mimpi.

"Kesian sayang Habib, penat ya?" aku mengangguk kecil.

"Sayang, taknak bangun lagi ke?" tanya Hamidi. Aku menggeleng lagi.

"Hmm... Sayang nak solat pukul berapa? Dah pukul 2 dah ni," ujar Hamidi.

"Hah! Pukul berapa?!" serta merta aku bangkit.

"Pukul 2, sayang."

"Eyy kenapa Habib tak kejutkan awal-awal? Aisya tak masak untuk tengahari lagi, kesian mak dengan Alya nanti. Eyyy Habib pun tak makan lagi kan?!"

Kalut aku bangun, turun dari katil.

"Sayang, solat dulu..." tegur Hamidi.

"Tapi Aisya tak masak lagi untuk tengahari,"

"Mana lagi penting? Solat ke masak?" tanya Hamidi.

"Masak!" jawabku tanpa berfikir panjang.

"Hmmm?" Hamidi menjongketkan kening.

"Eh tak, solat! Solat lagi penting!" cepat-cepat aku membetulkan sasulanku.

"Ya solat lagi penting, sekarang ni solat dulu baru fikir pasal masak."

Baru sahaja aku ingin berlalu untuk mengangkat wudhu', baru aku teringat akan keadaan Hamidi yang tidak sihat. Tangan dilekapkan didahinya. Sudah suam-suam, beransur pulih.

Alhamdulillah!

Usai solat, aku bergegas turun kebawah. Lupa seketika akan Hamidi yang tidak sihat sepenuhnya.

Sesampai di dapur. Kelihatan Mak sedang menghidangkan makanan. Aku garu kepala yang tak gatal. Rasa bersalah semestinya. Menantu jenis apala...

"Haaa Ecca, mari makan. Mak baru je nak naik panggil kamu." mendengar saja ujaran mak itu, lagilah buat aku rasa bersalah.

"Ada apa-apa lagi yang Ecca boleh tolong?" tanyaku. Menghilangkan sedikit rasa bersalah yang terbuku dalam hati.

"Ouh, mak dah siapkan air. Ecca tolong ambilkan ya? Ada dekat dapur," pinta mak. Aku angguk kecil sebelum melakukan sebagaimana yang dipinta mak.

Sebaik aku meletakkan jag air diatas meja. Hamidi turun diikuti Alya. Larat pula nak turun.

"Kenapa tak bagitahu nak turun?" tanyaku dengan nada berbisik sebaik Hamidi berdiri disisi.

"Mana sempat nak cakap kalau sayang dah kalut turun bawah macam rumah terbakar," balas Hamidi berbaur perlian. Aku mencebik.

Sempat Hamidi hadiahkan kucupan sebelum menarik kerusi dan melabuhkan punggung. Aku membulatkan mata, berani dia buat macam tu depan mak dan Alia?

"Mak, tengok angah buat adegan tak senonoh depan budak bawah umur!" adu Alia. Aku pula, tak usah cakap. Muka dah sah-sah panas terbakar dek perasaan malu.

"Kamu ni Id, kalau ya pun nak bermanja dengan bini janganlah depan Alia. Budak ni mentah lagi," sokong mak.

"Mana ada mentah mak, anak dara mak tu dah layak kahwin dah." balas Hamidi.

"Taknak lah kahwin awal-awal! Nak enjoy dulu," Alia melabuhkan punggung.

"Enjoy-enjoy juga, jangan sampai menambahkan stok dosa." pedas sahaja Hamidi membalas. Eh sejak bila dia pandai berpedas-pedasan.

Alia berdecit geram.

"Habib," tegurku. Dia ni, kadang-kadang memang tak makan saman juga kalau dibiarkan Hamidi berdebat dengan Alia. Memuncung Hamidi hasilnya.

"Sayang, nak tu..." Hamidi menunjukkan kearah gulai tempoyak ikan patin.

"Selera pula nak makan harini," komenku. Sambil-sambil itu dicedok sedikit kuah dan lauk yang dipinta Hamidi kedalam pinggannya. Hamidi buat-buat tak dengar.

"Sayang,"

Aku menjongketkan kening.

"Suapkan," bisiknya. Aku memincingkan mata. Tak teragak betul suami aku, dengan mak dan Alia kot.

"Makan sendiri, Hamidi." tegas saja mak menegur.

Aku yang awalnya ingin senyum mengejek membatalkan niat apabila Hamidi berubah riak. Nasi dikuis-kuisnya. Dia nak tunjuk mengada dia pula...

"Sini Aisya suapkan," pinggan Hamidi ditarik kearahku. Aku mendekatkan kerusi dengan Hamidi.

Tak salah rasanya layankan mengada dia. Lagipun sudah kira perkara baik bila Hamidi ingin menjamah makanan berat. Takkan nak biarkan selera dia hilang pula, kan? Jadi, layankan sahaja...

"Kalau asyik duk suap kamu, tang mana isteri kamu nak makan, Athief Hamidi?" tanya Mak. Kalini, bukan nama samaran yang dipakai tetapi nama penuh.

Hamidi garu kepala yang tidak gatal. Hamidi pandang aku dengan riak bersalah.

"Aisya makan lepas ni," bisikku perlahan.

"Tak apalah, Habib makan sendiri. Sayang makanlah nasi sayang tu," ujar Hamidi. Pinggannya ditarik. Di hulurkan pinggan berisi nasi kepadaku. Dia tersengih.

"Sorry," bisik Hamidi perlahan. Aku mengangguk kecil.

TBC

















Bab ni, sumpah mengarut. Kbye






Btw, korang apa khabar?

Continue Reading

You'll Also Like

562K 21.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
3.1K 230 16
(n.) Adam milik Hawa dan Hawa milik Adam.
46.6K 1.3K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
238K 9.6K 30
Diana. Siapa dia tu? Orang tak kenal. Orang kenal dia gadis brutal nama D. " Wahh.. Kau nak gaduh ngan aku? Meh ah. Tapi aku kasi pilihan. Kau nak a...