EMERALD

By asterhyzells_

22.9K 2K 823

[ROYAL FANTASY+ROMANCE] [COMPLETE] DAVIDRIAN ETHAN, selalu berpakaian hitam. Seorang yang pendiam malah selal... More

PROLOG
BAB 01
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
EPILOG : BAB 43

BAB 02

731 66 13
By asterhyzells_

Armelyn melilaukan matanya mencari kelibat seseorang. Namun hampa, langsung tiada sesiapa yang lalu-lalang di situ. Armelyn berjalan tanpa arah. Sungguh dia tidak terbiasa dengan tempat lain selain rumahnya. Dia tidak pernah keluar daripada kawasan rumahnya sejak Puan Karina menjaganya.

"Maaf Cik, saya nak tanya sikit. Dekat mana konservatori taman hijau?" soal Armelyn.

"Ermm Cik Armelyn jalan terus lepas tu Cik Armelyn belok kanan. Lepas tu Cik Armelyn belok kanan lagi, lepas tu belok kiri dua kali." ujar dayang itu dengan senyuman dibibir. Armelyn terpinga-pinga seketika cuba mengingati.

"Cik Armelyn nak saya tunjukkan?" soal dayang itu ramah. Armelyn sengih sebelum mengangguk.

"Ikut saya. Oh ya, Cik Armelyn jangan panggil saya Cik sebab saya dayang dekat sini. Malulah saya kalau dayang lain dengar Cik Armelyn panggil saya Cik." ujar dayang itu.

"Lah.. Habis tu saya nak panggil apa? Saya tak kenal sesiapa pun dekat sini." jujur Armelyn.

"Cik Armelyn panggil saya Dahlea. Dan untuk pengetahuan Cik Armelyn, baju warna ungu macam yang saya pakai ini, maksudnya orang itu ialah dayang."

"Macam itu. Tapi sekarang ini saya betul-betul ada dalam istana ke? Ke ini tempat lain? Seram semacam je sebab tak nampak orang pun." komen Armelyn.

"Iya, ini memang dalam istana. Orangnya ada tapi masing-masing sibuk dengan pekerjaan mereka. Cik Armelyn tak pernah datang ke dekat istana ini? Tak akanlah masa majlis tari-menari tak pernah datang?"

"Saya tak pernah keluar. Dari masa saya berumur 13 tahun. Saya tak pernah keluar langsung. Sebelum tu saya ada lah keluar."

"Kenapa macam tu?" soal Dahlea.

"Rahsia." Armelyn sengih.

"Ish Cik Armelyn ni perahsia orangnya. Opss terbanyak cakap pula dengan Cik Armelyn. Oh ya, itu pintu masuk. Saya kena pergi dulu ni. Ada kerja nak kena buat." pamit Dahlea.

"Terima kasih Lea." ucap Armelyn dengan senyuman lebar di bibir.

"Sama-sama." balas Dahlea. Armelyn melangkah masuk ke dalam. Matanya melilau mencari gerangan lelaki yang menyuruhnya ke situ.

"Mana dia ni?" gumam Armelyn.

"Dekat belakang kau." jawab satu suara membuatkan Armelyn terkejut. Lagi terkejut apabila wajah Ezra betul-betul di hadapan wajahnya ketika dia berpusing ke belakang. Mata mereka bersabung seketika.

"En-encik... Kenapa Encik suruh saya datang ke sini?" Tergagap-gagap Armelyn bertanya seraya cuba membetulkan posisinya. Boleh patah pinggangnya kalau lama-lama berdiri dalam keadaan itu. Ezra tidak mempedulikan soalan Armelyn malah dia berjalan ke arah meja yang terletak cantik di dalam konservatori taman hijau itu. Punggung dilabuhkan di atas kerusi batu.

"Duduk." arah Ezra. Armelyn akur.

"Kau kenal siapa aku?" soal Ezra. Armelyn geleng.

"Seriuslah kau tak kenal? Bonda aku, kau kenal pula." Ezra mendecit.

"Siapa bonda Encik?" soal Armelyn. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Orang yang kau panggil Permaisuri." jawab Ezra tenang. Armelyn yang terkejut automatik berdiri. Mulutnya melopong dengan mata yang tidak terkelip sambil memandang ke arah Ezra.

"Ma-maaflah Tuan Putera. Saya cuma kenal Permaisuri dan Raja. Saya tak begitu kenal dengan dunia luar." ujar Armelyn takut-takut. Sungguh, dia langsung tiada keyakinan hendak menegur orang luar. Terkurung di dalam rumah selama bertahun-tahun bagaikan terkurung di dalam gua yang jauh terletak di dalam hutan.

"It's okay. Aku tak peduli. Apa yang aku nak, aku nak kau balas budi kau tu."

"Macam mana? Tuan Putera cakaplah apa yang saya perlu buat." Armelyn masih lagi berdiri. Segan hendak duduk. Disangkanya tadi lelaki itu cumalah orang biasa sahaja namun sangkaannya meleset.

"Kau kena jadi pembantu peribadi aku."

"Pembantu peribadi? Macam dayang ke?" soal Armelyn. Ezra mengangguk kecil.

"Lebih kuranglah. Tapi kau kena layan aku dari segi hantar makanan, buat air atau apa-apalah. Cuma untuk aku dan bukannya orang lain." tegas Ezra.

"Jadi saya perlu tinggal dekat sini lah?" soal Armelyn lagi. Ezra mengangguk.

"Tapi macam mana dengan ibu dan adik saya? Saya tak boleh tinggalkan mereka Tuan Putera." ujar Armelyn.

"Aku tak kisah. Aku dah uruskan hal itu. Kau tak payah pedulikan mereka berdua dan tumpukan dekat apa yang aku suruh je. Kalau tak, aku pancung kau!" ujar Ezra. Armelyn menelan air liur. Takut!

"Ba-baik Tuan Putera." balas Armelyn tergagap-gagap.

"Sekarang ini, aku nak kau pergi jumpa Cik Ayu dan tukar pakaian kau. Kalau kau tak tahu dia dekat mana, tanya sahajalah sesiapa macam kau tanya dayang tadi."

"Baik." balas Armelyn sepatah sebelum bergerak pergi. Dia berjalan tanpa arah mencari kelibat seseorang. Kenapalah Ezra tidak tunjuk sendiri sahaja?

"Dahlea!" sergah Armelyn dengan sengihan. Dahlea yang sedang menyiram pokok sudah mengurut dada. Terkejut dia rasa macam mahu luruh jantung.

"Eh Cik Armelyn. Terkejut saya."

"Saya minta maaf hehe. Awak kenal tak Cik Ayu? Tuan Putera suruh saya cari dia untuk ganti pakaian." ujar Armelyn.

"Kenal-kenal. Dia tukang jahit dalam istana ini. Mari saya bawa Cik Armelyn pergi jumpa dia." balas Dahlea. Paip air ditutupnya sebelum dia berjalan seiringan dengan Armelyn.

"Cik Ayu itu baik orangnya. Semua pakaian untuk keluarga diraja, dia yang buat. Maksud saya pakaian untuk ke mana-mana majlis. Pakaian biasa tu taklah. Untung Cik Armelyn sebab dapat pakai pakaian yang dia buat. Maknanya Cik Armelyn ni berpangkat tinggi jugalah eh?" Dahlea memandang Armelyn meminta jawapan.

"Taklah. Saya orang biasa macam awak juga. Tuan Putera cakap saya kena jadi pembantu peribadi dia."

"Pembantu peribadi? Wah! Pangkat Cik Armelyn lagi tinggi daripada Ketua Dayang Istana tahu tak?" Teruja Dahlea.

"Jangan panggil saya Cik Armelyn. Panggil Armelyn atau Melyn je. Tuan Putera tu macam mana orangnya? Jahat atau baik?" soal Armelyn ingin tahu. Rasa seram pula hendak bekerja dengan Ezra.

"Ermm Tuan Putera tu baik je tapi Tuan Putera nakal orangnya. Tuan Putera suka kacau orang dalam istana ni. Selalu nampak Tuan Putera kena kejar dengan sepupu-sepupu Tuan Putera sebab Tuan Putera kacau." cerita Dahlea.

"Macam tu. Macam manalah nasib saya lepas ni?" keluh Armelyn.

"Bertenanglah. Tuan Putera tak jahat pun. Itu, kita dah sampai. Masuklah jumpa Cik Ayu. Saya tunggu awak dekat luar ni." ujar Dahlea. Armelyn mengangguk kecil sebelum masuk ke dalam. Terlihat seorang wanita yang berusia 30-an sedang meneliti satu pakaian, Armelyn lantas menghampiri.

"Awak siapa ya?" soal wanita itu agak terkebil-kebil.

"Saya Armelyn."

"Ouh Armelyn. Saya Cik Ayu, orang yang Tuan Putera suruh bagi baju. Saya dah siap jahit. Apa kata awak cuba?"vCik Ayu mengukir senyuman lebar sambil menghulurkan sehelai gaun berwarna hijau muda dengan lapisan luar berwarna putih nipis. Di penghujung gaun, manik rama-rama berwarna hijau tua cantik dijahit. Ringkas namun cantik.

Sementara menunggu Armelyn menukar pakaian, Cik Ayu mengeluarkan beberapa jenis alatan dandanan. Semuanya atas permintaan Ezra sendiri. Kalau Ezra tidak suruh, tidak adanya dia mahu buat memandangkan Armelyn bukanlah keluarga Diraja.

"Dah siap." Armelyn bersuara.

"Okay duduk." arah Cik Ayu. Armelyn yang agak terkebil-kebil hanya menurutinya. Apa-apa sahajalah! Asalkan bukan mahu bunuh dia sudah.

"Rambut awak teruk sangat. Sukar nak sikat. Dahlea! Awak ada dekat luar ke? Masuk sekejap!" arah Cik Ayu.

"Kenapa Cik Ayu?" soal Dahlea.

"Awak tolong cucikan rambut Armelyn. Guna bilik air saya je. Pastikan awak syampu betul-betul." suruh Cik Ayu.

"Baik Cik Ayu. Jom." Dahlea menarik perlahan tangan milik Armelyn menuju ke bilik air.

"Awak baring elok-elok. Takut terkena baju tu pula nanti. Kalau basah, mahu mengamuk Cik Ayu." Dahlea ketawa kecil.

"Cik Ayu pun seram juga orangnya. Muka pun garang semacam je."

"Kadang-kadang macam itulah."

"Dekat istana ni ada berapa orang Putera? Puteri?" soal Armelyn menukar topik.

"Hmmm tak pastilah. Sebab ada yang belajar di luar kota, ada yang dah pindah. Tapi kalau ikutkan yang sekarang ni ada enam orang Putera dan tiga orang Puteri. Dah siap ni, jom keluar. Nanti lambat pula." ujar Dahlea.

"Okay. Terima kasih sebab tolong basuhkan rambut saya." ucap Armelyn.

"Sama-sama."

"Duduk cepat. Awak masih ada banyak benda lagi nak kena buat Armelyn." tegas Cik Ayu.

"Baik Cik Ayu." balas Armelyn. Cik Ayu mula mengerjakan rambut dan wajah Armelyn. Solekkan tipis dikenakan pada wajah Armelyn manakala rambut Armelyn pula digaya cantik.

"Wah cantiknya! Cik Ayu pun berbakat juga ni nak dandan muka orang dan rambut orang." kata Dahlea.

"Biasa sahajalah. Dah, Lea tolong bawa Armelyn ronda-ronda kawasan istana dulu. Kenalkan dia tempat-tempat dalam istana ini. Kan nanti tersesat pula bila Tuan Putera suruh buat apa-apa." ujar Cik Ayu. Dahlea hanya akur. Mereka mula bergerak meronda kawasan istana.

"Yang ini dapur. Hanya tukang masak atau dayang yang bertugas sahaja boleh masuk ke dalam. Hujung sana tu laluan yang dilarang. Tak boleh masuk sesuka hati sebab ada makhluk penunggu dekat situ. Sesiapa je yang masuk, akan ditemui mati esoknya." ujar Dahlea.

"Hah? Seriuslah? Seramnya!!" Armelyn lantas memeluk lengan milik Dahlea.

"Lah awak penakut juga rupanya. Tapi saya lagi penakut daripada awak tau?" Dahlea tergelak kecil.

"Bahh!" sergah seseorang dengan gelak ketawa besar. Armelyn sudah menyorok di belakang badan Dahlea. Takutkan orang sahaja!

"Tuan Putera? Terkejut patik." Dahlea mengurut dadanya.

"Sorry." Fazlan sengih.

"Siapa dekat belakang ni? Lawa semacam je..." Fazlan mengerutkan dahinya.

"Oh ini Cik Armelyn." Dahlea memperkenalkan seraya menarik tangan Armelyn untuk memunculkan diri.

"Wow Melyn rupanya. Cantik! Jom ikut aku pergi jumpa Ezra. Mesti cair dia nanti!!" Fazlan menarik pergelangan tangan Armelyn yang berlapik baju mengikutinya.

"Habis tu saya macam mana?" soal Dahlea sendiri. Tidak pasti hendak ikut atau pun tidak. Akhirnya dia memutuskan untuk menyambung kerjanya sahaja.

"Kau tarik tangan anak siapa pula ni?" tegur Qhairil. Ezra pula terpegun seketika dengan kecantikan Armelyn. Tidak perlu pakaian diraja atau mahal. Pakaian ringkas seperti ini pun sudah tampak cantik pada dirinya.

"Ni Armelyn. Yang Ezra bawa balik tu. Cantikkan dia?" sengih Fazlan. Armelyn menunduk. Malu pula bila berhadapan empat jejaka itu.

"Jadi, pakaian ni padan untuk kau?" soal Ezra. Armelyn mengangguk kecil.

"Baguslah. Mulai esok baru kau mulakan kerja kau. Hari ni aku bagi kau kenal-kenal dulu kawasan istana. Aku tak nak kau sesat bila aku suruh kau buat sesuatu." ujar Ezra.

"Biar aku teman kau kenal-kenal kawasan istana ni. Eh mana pula perginya dayang tadi tu? Aduh tertinggal pula!" Fazlan menepuk dahinya.

"Dah jom ikut aku." ajak Fazlan. Armelyn akur.

"Shit! Aku lupa nak ambil Eshaf dekat sekolah!!" Ezra menilik jam tangannya.

"Biar aku yang pergi sambil dia. Kebetulan aku ada urusan dekat luar." ujar David. Ezra hanya mengangguk kecil.

•••

Eshaf mencemberutkan wajahnya. Sudah sejam dia menunggu kedatangan Ezra namun batang hidung lelaki itu langsung tidak kelihatan.

"Weh, tak payah nak cemberut lebih-lebih. Sekejap lagi dia sampailah tu." tegur Danial. Bahu sahabat baiknya itu ditepuk beberapa kali.

"Diamlah pendek. Kau kenapa tak balik lagi?" soal Eshaf.

"Aku tertinggal bas. Aku tunggu bas kedua pulalah. Rumah aku jauh kalau nak balik jalan kaki."

"Kau gila ke apa? Bas kedua pukul 8 malam tahu tak? Tak akan kau nak tunggu lagi 4 jam?"

"Dah terbiasa." balas Danial.

"Kau balik dengan aku je lah. Nanti aku tumpangkan." ajak Eshaf.

"Malaslah aku. Aku tak suka terhutang budi dengan orang. Budi orang tu susah nak dibalas tahu tak?" cemberut Danial.

"Kau memang pelik. Makan yogurt pun guna sudu terbalik. Macam manalah aku boleh berkawan dengan kau ni?" Eshaf menggelengkan kepalanya.

"Mungkin sebab kau pun pelik macam aku." Danial ketawa besar.

"Apa-apa je lah Dani." balas Eshaf. Dia lah kawan pertama Danial. Semua orang di sekolah menjauhi Danial kerana sikap peliknya.

"Tu kereta kau dah sampai eh?" soal Danial. Eshaf mengecilkan matanya sehinggalah David menurunkan cermin tingkapnya.

"Eshaf, masuk." suruh David.

"Sekejap abang! Kau ikut aku!" ujar Eshaf sambil menarik tangan Danial.

"Kau dah kenapa tarik aku?" soal Danial terpinga-pinga.

"Aku paksa kau ikut aku balik. Tak ada bantahan kalau kau masih nak berkawan dengan aku!" Paksa Eshaf. Danial hanya akur dalam keadaan masih terpinga-pinga.

"Duduk depan. Aku nak duduk belakang. Tak suka aircond." ujar Eshaf lagi.

"Siapa ni Eshaf?" soal David.

"Kawan Eshaf. Eshaf tumpangkan dia balik." jawab Eshaf tenang. Danial disebelah David mengangguk beberapa kali dengan sengihan lebar. Comel! David yang memandang ke arah Danial lantas memusingkan kepalanya ke depan semula.

"Aku nak melencong pergi tempat lain sekejap. Lepas tu baru aku hantar kau." ujar David.

"Okay. Kau hensem." Danial sengih lagi. Eshaf di belakang sudah menggelengkan kepalanya. Sudah mari dah perangai pelik Danial, namun Danial seorang yang jujur. Danial betul-betul memaksudkan kata-katanya sebentar tadi.

Continue Reading

You'll Also Like

9.7K 823 10
Well, Tahun Lepas Family Along Harash, then this year.. Family Along Ayden pula ya. Hehehehe jom baca macam mana kecohnya hari mereka lebih-lebih lag...
446K 14.2K 65
Gelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam k...
278K 16K 53
Adwa Sofea dan Aakiff Muhammad Cliche! Do. Not. Read if you Hate Grammatical Errors and Typos
331K 9.2K 65
Biar beribu kali kau menolak, Aku sasarkan target berpeluru cinta... ****** "Kita tidur asing-asing ke?"Dengan polos aku bertanya. Bukan aku tak tahu...