EMERALD

By asterhyzells_

22.9K 2K 823

[ROYAL FANTASY+ROMANCE] [COMPLETE] DAVIDRIAN ETHAN, selalu berpakaian hitam. Seorang yang pendiam malah selal... More

BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
EPILOG : BAB 43

PROLOG

1.9K 91 167
By asterhyzells_

Story by asterhyzells_

Title: EMERALD

Genre: Fantasy + Romance

Warning:
-Bahasa Kesat
-16+

Start: Thursday, 27 Ogos 2020
End:-

Ezra memandang pokok bunga mawar dihadapannya. Bunga mawar dihidu sedikit sebelum dipetik.

"EZRA! Kenapa petik bunga tu? Habislah bunga bonda!"rungut Engku Delisha.

"Bunga ni cantiklah bonda. Alah, Ezra petik satu je pun. Bonda hadiahkan teruslah dekat Ezra pokok yang dalam pasu ni eh,"Ezra tayang sengih.

"Kau nak jadi Mak Nyah ke? Buang tabiat suka bunga?"soal Dhia.

"Lelaki tak boleh suka bunga eh? Kalau nak suka bunga kena jalan macam ni eh?"Ezra mula berjalan dengan gaya lembut. Mulalah Dhia menggeletis kegelian.

"Bodohlah kau ni Ezra. Aku patut rakam je tadi!"ujar Fazlan dengan tawa besarnya.

"Sudah-sudahlah merapu tu. Pergi masuk sarapan. Nanti lewat pula pergi kelas,"Engku Delisha menggeleng kecil melihat telatah Ezra dan Fazlan. Itu baru dekat istana. Dekat tempat belajarnya, belum tahu lagi macam mana perangainya.

"Whuuuuu"sorakan-sorakan pelajar mulai kedengaran sebaik sahaja Ezra masuk ke dalam kawasan tempat belajarnya. Tentu sahaja dia mempunyai ramai peminat kerana wajah tampannya.

"Hai sayang!"suara itu mampu mematikan sorakan pelajar lain. Mana tidaknya, dia merupakan kekasih hati Ezra.

"Hi too,"tangan Ezra mula bergerak memeluk pinggang ramping milik Claire. Masuk sahaja ke dalam kelas, Claire melabuhkan punggungnya di atas paha Ezra. Sekali sekala mahu juga dia bermanja.

"Petang nanti teman I keluar tau? I ada tempat nak pergi dan I perlukan peneman."Claire menjuihkan bibirnya, membuat muka sedih.

"Okay. Tapi you nak pergi mana?"soal Ezra.

"Nak pergi shopping eh?"tebak Qhairil dengan mata menyepet. Claire menggelengkan kepalanya.

"Taklah. I nak pergi hospital."

"Kenapa? You ada sakit dekat mana-mana ke?"Ezra mula risau. Kedua-dua tangan Claire diteleknya seketika.

"Kebelakangan ni I selalu pening kepala. Ubat tak membantu langsung. Jadi I terfikir nak jumpa doktor. You teman I tau nanti? Janji eh?"jari kelingking dihulur dengan senyuman dibibir.

"Yelah, I janji. Kita pergi makan aiskrim sekali nanti nak?"Ezra menjongketkan keningnya.

"You belanja eh?"soal Claire dibalas anggukan kecil oleh Ezra.

"Uwuu ni sayang ni! Muah! I kena balik ke kelas dulu. Balik nanti kita jumpa eh? Bye!"pamit Claire. Sempat dia menghadiahkan ciuman di pipi milik Ezra. Sebaik sahaja kelibat Claire tidak kelihatan, Qhairil dan Fazlan mara menghampiri Ezra.

"Bila kau nak bagitahu dia pasal tu? Kau dah tak ada perasaan dekat dia. Tambahan pula Nena (panggilan untuk nenek) memang tak sukakan dia."ujar Qhairil. Bahu Ezra ditepuknya beberapa kali.

"Petang nanti lepas balik hospital."jawab Ezra lemah. Tidak dapat dibayangkan reaksi Claire apabila dia mengatakan tentang itu.

"Kau dah fikir rebus-rebus pasal putus ni weh?"sampuk Fazlan.

"Adoii! Sakitlah!"Fazlan menggosok kepalanya yang dipukul oleh Qhairil dan Ezra serentak. Sakit dua kali ganda rasanya.

"Patutlah tak pernah nak lulus bahasa melayu. Rebus-rebus kepala kingkong kau! Yang sebetulnya masak-masak!"ujar Qhairil.

"Sama je lah. Rebus-rebus kategori memasak juga!"balas Fazlan tidak mahu mengalah. Bertabah sahajalah yang mampu kerana mereka mendapat sepupu bengap seperti Fazlan.

"Suka hati kau lah bongok! Aku dah fikir masak-masak. Kalau diteruskan juga, nanti lain pula jadinya. Kau orang tahu Nena tu macam mana. Dibuatnya dia sisihkan aku setiap hari, sia-sia hidup!"Ezra menghelakan nafasnya perlahan.

"Satu je yang aku mampu cakap,"Fazlan menepuk bahu Ezra dua kali sambil memandang raut wajah Ezra.

"Apa dia?"

"Kalau kau disisihkan, padan muka."

"Sial!"Ezra menendang kuat paha Fazlan sehinggakan Fazlan jatuh meniarap di atas lantai.

"Adoi! Sakit gila!"tempik Fazlan.

"Siapa suruh kau cari pasal? Memang kenalah. Sedap tak? Nak lagi?"Ezra sudah mengacah-acah hendak menendang Fazlan.

"Duduk tempat masing-masing!! Apa yang bising sangat ni? Fazlan kenapa meniarap dekat bawah tu?"soal Sir Riz.

"Fazlan nak tahu macam mana rasa cium lantai tu Sir. Buat eksperimen rasa cium lantai! Lebih kurang macam itulah."ujar Ezra.

"Sial kau!"Fazlan menampar belakang kepala Ezra. Sir Riz hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Dah! Tak payah nak bergaduh. Buka buku sekarang!"arah Sir Riz.

Armelyn mencapai penyapu bulu ayam lalu rak-rak di dalam rumah itu dibersihkan. Sudah menjadi rutin hariannya membersihkan rumah atas arahan Puan Karina iaitu ibu angkatnya. Dek kerana terhutang budi dengan Puan Karina, Armelyn hanya mampu akur membuat segala suruhan Puan Karina.

Ketika ayahnya meninggal, Puan Karina lah yang mengutipnya dan menjaganya dari terkontang kanting sendirian di dalam rumah besar milik ayahnya. Namun sikap Puan Karina dan anaknya semakin lama semakin suka memaksa. Ditambah pula, baru-baru ini Puan Karina kerap memukulnya.

Entah apa kesalahan yang telah dilakukannya. Setiap kali pulang dari kerja pastinya Puan Karina akan pulang dalam keadaan mabuk. Puan Karina kerja apa pun dia tak tahu.

"Armelyn!! Woi sini sekejap!"jerit Suzana dari tingkat atas. Laju Armelyn berlari naik. Lambat seminit, mahu bertambah lebam pada badannya jika Suzana mengadu kepada Puan Karina.

"Cik Suzana nak apa?"soal Armelyn dengan nada lembut.

"Warnakan kuku kaki aku. Buat cantik-cantik!"arah Suzana.

"Tapi-"

"Kau tak payah nak bagi alasan eh! Buat sekarang atau aku mengadu dekat ibu aku!"ugut Suzana. Terkocoh-kocoh Armelyn mengambil tempat duduk untuk mewarnakan kuku Suzana.

"Siapa suruh kau duduk atas sofa? Kau tak layak tahu tak?"Suzana menendang perut Armelyn sehinggakan jatuh terhantuk pada almari. Armelyn yang meringis kesakitan dipandang tanpa belas kasihan.

"ARMELYN!!"suara Puan Karina memetir di tingkat bawah.

"Alamak! Ibu dah balik!"Suzana menelan air liur kelat. Sudah diingatkan oleh ibunya agar tidak mengganggu Armelyn menyiapkan kerja rumah.

"Woi perempuan! Kau nak pergi mana? Tunggu sini!"arah Suzana melihatkan Armelyn berura-ura ingin pergi.

"Tapi Puan Karina panggil dekat bawah..."

"Kau dengar je lah cakap aku! Dasar bodoh!"geram Suzana.

"ARMELYN!"sergah Puan Karina dihadapan pintu bilik. Suzana yang melihat wajah Puan Karina merah padam, menelan air liur. Bila-bila masa sahaja gunung berapi ibunya akan meletus.

"Kau tak dengar ke aku panggil haa?! Kau buat apa dekat bilik Suzana?! Kau kacau dia ke Suzana?!"soal Puan Karina. Suzana lantas menggelengkan kepalanya.

"Ma-mana ada kacau! Sebenarnya Armelyn tu yang datang kacau Suzana. Dia cakap dekat Suzana yang dia nak rehat sekejap tapi jangan bagitahu dekat ibu. Sebagai balasan, malam nanti dia buatkan kek untuk Suzana!"ujar Suzana.

"Semua tu tak betul Puan. Cik Su-"

"Kau diam! Kau cuba rasuah anak aku eh? Kau dah muak buat kerja rumah apa semua ni? Eh! Kau dah lupa ke yang kau tu terhutang budi dekat aku? Kalau tak disebabkan aku kutip kau, dah lama kau terkontang-kanting sendiri tau?"ujar Puan Karina seraya menarik kuat telinga Armelyn.

"Ya, Melyn ingat. Maafkan Melyn"rayu Armelyn. Dia meringis kesakitan apabila tarikan Puan Karina pada telinganya semakin kuat.

"Aku takkan maafkan kau selagi aku tak denda kau! Penat-penat aku bekerja, kau nak goyang kaki pula eh?! Ikut aku!"rambut Armelyn ditariknya menuju ke bilik stor. Tubuh gadis kecil itu ditolak kuat masuk ke dalam.

"Rasakan ni!"batang penyapu diangkat lalu badan gadis itu dijadikan sasarannya. Bertubi-tubi pukulan menyinggah di atas badannya. Gadis itu hanya mampu menangis dan merayu agar Puan Karina berhenti memukulnya.

"Sakit ibu. Berhenti.. Ark!"

"Berani kau panggil aku ibu! Kau memang patut kena lebih!"

"Tak nak! Sakit! Maafkan Melyn!!"rayu Armelyn.

"Kau tunggu malam nanti. Tepat pukul 12 malam dan jam besar berbunyi, aku ada hadiah istimewa untuk kau."ujar Puan Karina dengan nada lembut namun penuh kesinisan. Rambut Armelyn yang ditarik tadi dilepas kasar sebelum dia keluar dari bilik stor.

"Puan! Jangan kunci Puan! Benarkan saya keluar!"Armelyn mengetuk-ngetuk pintu bilik stor setelah menyedari dirinya dikunci. Jika malam, pastinya bilik stor itu gelap memandangkan lampu rosak. Sekarang masih lagi pagi dan dia harus menunggu sehingga pukul 12 malam.

Mata dikedipkan beberapa kali untuk menghilangkan kabur. Untuk seketika dia cuba menggerakkan tangannya. Namun hampa, tangannya terikat.

"Sayang..."David menoleh sebaik sahaja mendengar suara lembut itu. Automatik dia mula menangis.

"Ibu... David takut hiks..."ujar David.

"Sshhh jangan nangis. Mari ikut ibu. David kena dengar cakap ibu. David duduk senyap-senyap dekat sini. Jangan buat sebarang bunyi dan jangan keluar."kata Amsya. Ikatan pada tangannya cuba dileraikan kemudian ikatan pada tangan David turut dileraikan juga.

"Boleh ikut apa yang ibu cakap tadi sayang?"soal Amsya lagi. Bimbang David tidak mengikut rancangannya. Dia tahu tidak mudah untuk budak berumur tujuh tahun berada dalam situasi ini. David mengangguk kecil dan menutup mulutnya dengan kedua tapak tangan. Matanya memerhati Amsya yang kembali duduk di tempat tadi.

"ADA HATI KAU NAK LARI!! AKU TAKKAN BENARKAN KAU TERLEPAS ENGKU REZA!!"suara tekingan seseorang menyentakkan Amsya dan David. Kelihatannya leher Engku Reza dicengkam kuat lalu tubuh Engku Reza dihentak ke dinding.

"Abang, tolong lepaskan suami Amsya. Dia tak salah apa-apa. Amsya yang nak lari dengan dia."tangis Amsya. Penculikan ini dirancang oleh abangnya sendiri. Abangnya sangat benci dengan Engku Reza kerana Engku Reza seorang yang angkuh pada mulanya. Tapi tidak menyangka pula seteruk itu sekali bencinya pada Engku Reza.

"Jangan harap! Kalau tak disebabkan si bodoh ni larikan kau, tak adanya benda ni berlaku!!"jerkah Daren. Sesaat matanya tertumpu ke arah tempat di sebelah Amsya. Keningnya bertaut rapat. Budak itu hilang...

"Mana anak kau Amsya?"Daren mencengkam rahang Amsya. Engku Reza pula dibiarkan dengan anak buahnya.

"Aku tanya mana anak kau Amsya?!"tempik Daren sehingga mengejutkan David. Amsya tetap membisu. Tanpa dijangka, Daren menampar pipi Amsya tanpa henti. Amsya tetap tidak membuka mulut. Hanya ringisan sakit kedengaran.

"Aku tanya sekali lagi!! Mana anak kau? Kalau kau diam, aku takkan teragak-agak nak bunuh anak kau!"ugut Daren. Amsya tetap mendiamkan diri. Sama ada dia bagitahu atau tidak, Daren tetap akan melakukan perkara yang sama.

"ARGHHH!!"Daren mula serabut. Dada Engku Reza menjadi sasarannya. Hanya dalam beberapa detik, satu peluru menembusi jantung Engku Reza. Tidak cukup dengan itu, kepala Engku Reza pula menjadi sasarannya.

"Reza!!"Amsya semakin teresak-esak.

"Ayah..."kedengaran suara David menangis kuat. Amsya membulatkan matanya. Dia kena selamatkan anaknya sekarang...

"Dekat situ engkau rupanya budak kecil. Pergilah jumpa dengan ayah kau."Daren mengacukan pistol ke arah David yang sudah ketakutan. Amsya lantas berlari ke hadapan David sebelum sempat Daren melepaskan tembakan.

Banggg!!

Daren tersentak. Dia sudah membunuh adik kesayangannya sendiri. Kepalanya ligat mencerna apa yang sudah dia lakukan. Seketika tadi tangannya naik menampar pipi adik kesayangannya itu. Malah dia mencengkam kuat rahang adik kesayangannya.

"Bos, pengawal istana dah masuki kawasan ini! Kita kena lari bos!"ujar salah seorang anak buahnya. Daren bagaikan berada di dalam dunianya sendiri. Suara itu langsung tidak dia dengari dan mereka mula diserbu oleh pengawal istana. Sudah tidak sempat untuk mereka melarikan diri lagi.

Danial menarik kerusi kosong. Masih awal dan tiada sesiapa pun di sekolah mewah itu. Langit pun masih lagi gelap.

"Psstt sekolah. Nanti mesti banyak homework. Aku benci homework!!"meja dihadapannya ditendang kuat.

"Apa nasib aku baru 16 tahun kena acah jadi budak 18 tahun. Mesti susah segala atuk nenek homework nanti."Danial menjuihkan bibirnya sedih.

"Ehem!! Ehem!!"kedengaran bunyi deheman dari arah belakangnya. Muka protes Danial berubah cuak.

"Kau siapa? Kenapa duduk tempat aku? Ni kelas budak Enam Zerich. Kalau kau tu 16 tahun, patutnya kau masuk kelas Empat Mylea."ujar Eshaf.

"Betullah ni kelas aku. Aku 18 tahun!! Yang aku maksudkan tadi tu urmm... haa perangai aku. Aku comel."Danial memuncungkan mulutnya sambil berpeluk tubuh.

"Kau pelik. Dah ke tepi! Ni tempat duduk aku!"halau Eshaf.

"Ah takde-takde!! Tempat ni aku dah chop tadi. Sekarang ni, tempat ni, aku punya!! Kau duduk tempat lain!"Danial tidak berganjak. Meja yang berada dihadapannya dipeluk kuat.

"Woi!! Tapi ni tempat aku!! Tepi sana!!"Eshaf sedaya upaya menarik Danial menjauhi tempat duduknya.

"Huwaa!!! Aku nak tempat duduk tu!!"Danial mula menangis. Kaki dihentak-hentakkan pada lantai tanda protes. Eshaf menutup telinganya. Bingit!!

"Anak alien hutan manalah ni mendarat dalam kelas aku..."omel Eshaf.

"Okay fine! Kau ambillah tempat duduk aku."Eshaf mengalah. Perangai si Daniel ini buat dia rasa nak layangkan kaki sahaja dekat muka comel tu.

"Terima kasih."Danial kembali duduk di atas kerusi milik Eshaf. Hingus yang meleleh dikesat pada baju yang Eshaf pegang.

"Woii baju sukan aku tu sitan!!"Eshaf rasa bagai hendak mengamuk sahaja. Namun melihatkan wajah Danial yang seakan ingin menangis semula, dia cuba sabarkan sahaja hatinya.

"Pakcik Alien, Makcik Alien, cepatlah datang ambil anakmu ini. Hodoh perangainya."Eshaf buat muka pasrah.

Continue Reading

You'll Also Like

465K 20.5K 57
General Fiction | Romance. (In Editing) ••••• Every human being lives in pairs. The faith is very important in a relationship for a long time. Living...
326K 15.2K 67
(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan...
164K 6K 83
[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke...
9.7K 813 10
Well, Tahun Lepas Family Along Harash, then this year.. Family Along Ayden pula ya. Hehehehe jom baca macam mana kecohnya hari mereka lebih-lebih lag...