Baby or Daddy? | Jungkook

By iamputr1

37.5K 4.4K 1K

[ HIATUS FOREVER ] "Sisi manja ala baby dan sisi rawr macam daddy Kook hanya untuk Yeonnie. Limited edition!"... More

•➴➵ INTRO ➶➴•
⸙͎۪۫⋆ Chapter 1
⸙͎۪۫⋆ Chapter 2
⸙͎۪۫⋆ Chapter 3
⸙͎۪۫⋆ Chapter 4
⸙͎۪۫⋆ Chapter 5
⸙͎۪۫⋆ Chapter 6
⸙͎۪۫⋆ Chapter 8
⸙͎۪۫⋆ Chapter 9
⸙͎۪۫⋆ Chapter 10
⸙͎۪۫⋆ Chapter 11
⸙͎۪۫⋆ Chapter 12
⸙͎۪۫⋆ Chapter 13
⸙͎۪۫⋆ Chapter 14
⸙͎۪۫⋆ Chapter 15
⸙͎۪۫⋆ Chapter 16
⸙͎۪۫⋆ Chapter 17
⸙͎۪۫⋆ Chapter 18
⸙͎۪۫⋆ Chapter 19
⸙͎۪۫⋆ Chapter 20

⸙͎۪۫⋆ Chapter 7

1.8K 240 64
By iamputr1

Masuk hari ini, sudah genap seminggu Jungkook bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Haeyeon.

Namun, layanan Haeyeon pada Jungkook masih lagi kaku dan dingin bak salju. Bila ditanya, jawab sepatah.

Rasa dipalau tu memang sakit kan?

"Hyung.. Kenapa noona tak layan Kook? Dia tak suka ke Kook kerja kat sini?" kedengaran satu keluhan lembut terbit di bibir Jungkook.

Bukannya dia tak suka kerja di sini. Dia amat sukakannya kerana bagi Jungkook, kerja-kerja rumah ni dah sebati dalam diri.

Tapi setiap kali melihat ekspresi wajah Haeyeon yang sentiasa beku dan tiada perasaan, semangatnya mula pudar.

Jimin menggeleng perlahan. "Haeyeon memang macam tu. Nanti bila dah lama-lama, dia okay lah."

Lelaki itu tersenyum nipis. Jungkook masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan yang Jimin berikan.

Kepalanya ligat memikirkan bagaimana mahu mengambil hati majikannya yang seorang itu.

Buntu sudah dirinya!

"Nak aku tolong tak?"

Jimin menoleh kepalanya ke arah Jungkook yang sedang leka berfikir.

"Hyung tahu ke?" soal Jungkook dengan bibir yang memuncung.

Soalannya dibalas anggukan oleh Jimin. Lelaki itu menarik Jungkook agar mendekatinya.

Jimin mendekatkan bibirnya ke telinga Jungkook lalu membisikkan sesuatu.

✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧

Haeyeon yang baru saja selesai memeriksa keadaan salah seorang pesakit warga emas di situ menghela nafas panjang setelah punggungnya dihenyakkan ke atas kerusi.

Penatnya tak boleh dibawa berbincang. Seharian dia tidak dapat duduk. Kali ini barulah merasa tenang sekejap.

Sudah waktu makan tengah hari namun dirinya masih lagi di situ. Ada beberapa orang jururawat sedang bertugas di wad yang menempatkan pesakit warga emas.

"Yeri, kau tak lunch ke?" gadis yang sedang fokus menyusun rekod-rekod itu ditegur.

"Aku dah lunch. Kalau kau nak makan, pergi je lah. Bukannya aku seorang kat sini. Lagipun patient semua tengah makan." jawab Yeri dengan senyuman manis di bibir.

Baguslah, lagipun dirinya sudah lapar ni.

Haeyeon mengangguk akur. Punggung diangkat lalu berjalan perlahan melewati satu per satu katil pesakit.

Ada yang datang melawat dan membawa makanan dari rumah, ada juga yang makan makanan hospital. Waktu-waktu begini ramai juga pelawat yang datang ke wad itu.

Haeyeon terpandang seorang wanita yang mungkin berusia dalam 60-an sedang termenung tanpa menyentuh makanan yang terhidang di depannya.

"Mak cik, kenapa tak makan?" soal Haeyeon lembut setelah berdiri di sisi wanita itu.

Dia hanya menggeleng. Makanan itu ditolak sedikit.

"Tak nak. Tak sedap." jawabnya pendek.

Berbagai-bagai kerenah pesakit di sini. Ada yang mendengar kata, ada juga yang keras kepala. Biasalah, melayan orang tua perlu bersabar seperti melayan kerenah budak-budak.

"Kenapa tak sedap?" soal Haeyeon lagi.

"Nak masak sendiri. Hospital punya makanan tawar." wanita itu merungut perlahan.

Haeyeon geleng kepala lalu meletakkan tangannya pada bahu wanita tua itu.

"Kalau mak cik nak masak sendiri, kena lah sihat dulu. Kalau sakit tak boleh masak. Bila mak cik dah sihat, baru mak cik boleh keluar dari hospital dan masak banyak-banyak kat rumah." Haeyeon mengusap lengan wanita itu.

Dia berharap agar pujukannya diterima oleh mak cik tersebut.

Wajah tua itu memandang Haeyeon agar membenarkannya balik ke rumah. Tapi, Haeyeon segera menggeleng. Makanan itu ditarik supaya dekat dengannya.

"Nak Yeon suapkan tak?" sesudu bubur disua ke arah mulut wanita itu.

Pada mulanya dia enggan membuka mulut. Tapi disebabkan melihat wajah manis Haeyeon, dia akur dengan permintaan jururawat muda itu.

Bibirnya tergaris sebuah senyuman nipis.

"Haa, macam tu lah. Mak cik kena sihat tahu? Nanti boleh keluar cepat."

Kata-kata semangat dari Haeyeon membuatkan wanita itu turut gembira. Hilang sudah rasa lemahnya seperti tadi.

"Yeon!"

Mirae, memanggil Haeyeon dari pintu utama wad sambil berlari-lari anak menuju ke arahnya.

"Ya. Apa?"

"Ada orang nak jumpa kau."

Kening Haeyeon berkerut.

Siapa pula yang ingin berjumpa dengannya di sini? Si pendek itu ke?

"Kat mana?"

Bibir Mirae memuncung ke arah pintu wad itu. "Dia duduk tunggu kau, betul-betul kat tepi pintu wad tu."

Mangkuk bubur itu dia letakkan pada tangan mak cik tersebut dengan berhati-hati.

"Mirae, kau tengokkan mak cik sekejap. Aku nak pergi tengok orang tu." pinta Haeyeon.

Mirae hanya mengangguk akur lalu mengambil alih tempat Haeyeon. Gadis itu mula berjalan keluar dari wad.

✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧⋄⋆⋅⋆⋄✧

Mata Haeyeon melilau cari bayangan seseorang yang mahu berjumpa dengannya itu.

Kata Mirae tadi, dia duduk di kerusi tepi wad. Tak ada pun!

Tiba-tiba, matanya melekat pada satu figura yang berjalan mendekatinya dengan membawa dua buah botol air mineral serta mangkuk tingkat sambil menayang riak wajah teruja.

"Noona!"

Apa pula budak ni buat kat sini? Aigoo..

Haeyeon tegak berdiri menanti Jungkook tiba di hadapannya. Tak sudah-sudah tayang gigi arnab dia tu.

Ingat comel ke?

"Noona, noona.. Kookoo bawa lauk makan tengah hari untuk noona. Jimin hyung kata, noona selalu tak makan tengah hari sebab jimat duit nak bayar bil nanti." kata Jungkook dengan penuh lengkap sampaikan apa yang Jimin kata padanya tadi itupun dia sampaikan juga.

Membulat mata Haeyeon apabila Jungkook berkata begitu.

"Apa? Jimin cakap macam tu?"

Kepala bulat Jungkook mengangguk laju. Mangkuk tingkat yang berisi lauk itu dihulurkan kepada Haeyeon.

"Ambil lah, noona. Kookoo dah masak special untuk noona tahu?" kata Jungkook lagi dengan penuh teruja.

Haeyeon tegak di situ. Mangkuk tingkat yang Jungkook berikan itu masih lagi tidak bersambut.

Jungkook hairan.

Lah.. dah jadi batu ke?

Haeyeon menolak perlahan mangkuk tingkat yang Jungkook hulur itu berserta dengan gelengan.

"Bawa balik. Aku tak nak makan. Lain kali jangan datang sini lagi." pesannya dingin diselitkan dengan sedikit nada tegas.

Jungkook yang sudah terngaga itu dibiarkan lalu masuk semula ke dalam wad untuk menyambung kerja.

Bukan kejam.. tapi tak tahu mengapa dirinya bertindak begitu.

Mahu saja Jungkook menangis di situ apabila Haeyeon menolak juadah makanan tengah hari yang dimasak dengan penuh kasih sayang itu.

Apa ni, hyung?!

🍁🍁
heyyo! dua hari dah tak update kan? mohon tampar put berjemaah. semalam nak update, tapi kali ni wattpad pulak buat hal. nak update je mesti lag. mahu disepak agaknya :)

i know its boring right? but i've try my best 😢 sorry a lot!

Continue Reading

You'll Also Like

11.6K 1K 57
[completed] [ STRAWBERRY KISSES ] [SEASON : ONE] Sour like a strawberry and sweet like a kiss. You make me learn about life, but I give you trauma. ...
1.8K 118 5
She fall first, he fall harders. Ayat ini pasti selalu akan ada di setiap novel-novel cinta tidak kesah bagaimana konsepnya jalan ceritanya. Namun b...
619K 37.6K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...
27.4K 776 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :