Fly me to the moon

By CikNaweeeee

163K 14.9K 1.1K

"Hey, don't cry. I'm here for you, Hanna. I'll fly you to the moon" - Amir ... More

Preface
I ada
didn't, haven't
Care
Langit cantik harini
problem
Netflix
Mc Donald's
Pace
12&13
One Punch Man
Bella
Fat Girl
Between us
Panic Attack
Macam tu
Gaji
Jelly
Bun
No Hugs
Kiss
Pubg
Door
'pulang semula'
365
Ice Cream
teman
Tonight
sayang
Too
Failed!
A sharp take
you.
post-storm
emergency
'tolong'
hookups
cupid

Tokyo Ghoul

4.9K 391 33
By CikNaweeeee

Amir tersedar dek pergerakan Hanna yang meringkuk ke bawah lengannya dan tangan kecil itu kini memeluk selesa tubug Amir. Amir tersengih. Tangan kirinya diangkat dan jam tangannya dikerling. Pukul 6 petang. Patutlah langit luar pun sudah kelihatan gelap.

Kepala Hanna yang sedang tidur diusap.

"Sayang? Bangun lah" beberapa saat kemudian, mata Hanna celik. Dia mendongak memandang Amir. Sejujurnya Amir masih malu kerana kantoi dengan Hanna tonton filem 365 days. Walaupun rasanya, Hanna tak tahu filem itu filem yang bagaimana.

"Lama ke Hanna tidur?" soal Hanna. Kata-katanya kedengaran kurang jelas akibat mamai. Amir tersengih. Dahi Hanna dikucup sekali.

"Tak lama pun. Tapi dah petang ni. Kita kena mandi, solat then siap-siap nak keluar makan" kata Amir. Takkan nak suruh Hanna masak. Dia sendiri penat. Lagikan Hanna.

"Lapar" kata Hanna.

"Kita makan kat kedai tomyam boleh?" soal Amir. Hanna mengangguk. Pelukannya dileraikan kemudian Hanna berdiri. Dia menggeliat kecil dihadapan Amir. Nak aje Amir rangkul semula pinggang itu dan tarik Hanna masuk kedalam dakapannya semula.

"Amir balik rumah tau" kata Amir. Hanna mengangguk.

🌼🌼🌼

"Bye, Amir balik dulu" kata Amir. Berura-ura berjalan pulang. Cepat-cepat Hanna tarik lengan Amir.

"Tak nak teman Hanna tidur?" soal Hanna. Amir ketap bibir.

"Boleh?" soal Amir. Semalam di kampung pun, Amir tidur sekatil dengan Hanna. Tapi sekadar tidur.  Tiada apa-apa yang berlaku.

"Boleh" kata Hanna. Hanna pun, mahu berlama-lama dengan Amir. Hanna selesa. "Amir tukar baju dulu boleh?" soal Amir. Hanna menggeleng. Dia memandang Amir atas bawah. "Nak tukar apanya"

"Amboi. Tak bagi abang tukar baju?"

Hanna tersengih. "Jom" tangan Amir ditarik masuk ke rumah. "Malam ni Hanna nak tengok movie. 365 tu. Nak tengok dengan abang. Abang kata best tadi"

Amir sudah pucat. Dia mengetap bibir. Siang tadi, Hanna tanya cerita itu tentang apa. Amir jawab, cerita tembak-tembak.

Silap langkah.

"Kita tengok anime lah" Amir memujuk.

"Taknak. Harini satu hari dah tengok anime. Habis season 3. Jadi malam ni Hanna nak tengok movie tu. Tukar selera" kata Hanna. Tangan Amir ditarik ke sofa. Laju televisyen itu dibuka.

"T-tak. Tak boleh" tergagap Amir dibuatnya. Alat kawalan jauh di tangan Hanna diambil. Kedua-dua bekah tnagan Hanna dipegang dan dia mengubah kedudukannya, menghadap Hanna. Hanna tiba-tiba menjadi serius.

Dah kenapa Amir ni..

"Amir bukan tak.."

"Abang" Hanna membetulkan. Tak dapat Amir nak pandang wajah Hanna. Malu dan segan. "Okay" balas Amir. Dia meneguk liur.

"Abang bukan taknak tengok movie tu dengan sayang, tapi, tadi abang tipu. Movie tu bukan pasal tembak-tembak. Movie tu pasal..." Amir terdiam sejenak, memikirkan kata-kata yang sesuai.

"adult" ujar Amir sepatah.

"Hanna adult. Abang pun adult" kata Hanna. Pandangan matanya beralih ke tangannya dan tangan Amir yang sedang bertaut.

"Ke, Hanna tahu sebenarnya cerita ni cerita yang macam mana?" soal Amir. Tiba-tiba pipi Hanna menaik. Dia menahan senyum. Amir pun turut senyum lebar. Dia mengigit bibir sekali kemudian tangannya beralih ke pipi Hanna. Pipi itu dicubit.

"Hanna pernah tengok ke?" soal Amir. Hanna menggeleng. "Cuma Hanna macam boleh predict cerita tu macam mana. Tengok la cover dia" kata Hanna.

Aih, Hanna ni dah pandai eh sekarang..

"So?" soal Hanna. Amir menggeleng.

"Takmau lah sayang. Abang cuma tengok sebab abang curious"

"Hanna pun curious"

"Masya Allah dia ni. Abang dah tengok, abang demo jela apa yang jadi" kata Amir. Dia tiba-tiba mencapai hujung bajunya, berura-ura untuk menanggalkan baju yang dipakainya.

"Hah?" Hanna jadi keliru.

"Boleh tak?" Amir yang tak berbaju mencuit fabrik baju Hanna dibahagian leher. Satu jarinya dicangkuk di kolar itu kemudian jari itu kebawah. Hanna kaku.

"Abang.."

"Ye sayang?"

"Tak apalah. Kita habiskan tokyo ghoul malam ni" kata Hanna. Amir tersengih. Dia kembali bersandar dan tangannya di depangkan ke sisi, sebagai tempat untuk Hanna bersandar. Tapi, Hanna tak sandar. Jadi, Amir tunggu sehingga Hanna selesai buka anime itu di televisyen.

Tapi, Hanna kekal duduk tegak.

Mungkin, Hanna tak mahu sandar. Amir menukar posisinya sedikit. Tiba-tiba tangannya terpanggil untuk membelai-belai rambut Hanna.

"Abang pakai lah baju" kata Hanna, langsung tak memandang kearah Amir.

"Kenapa?"

"Kan sejuk"

"Abang tidur shirtless. Buka aircond pun shirtless" kata Amir. Hanna terdiam.

"Okayla, abang pakai baju" Amir mengalah. Kemeja T lengan panjang yang dipakainya tadi disarungkan semula ke badan. Barulah, Hanna sandar semula kepadanya.

Pinggang Hanna Amir cuit. "Hei, malu eh" kata Amir.

"Tak la. Badan abang sejuk nanti" kata Hanna. Matanya ralit menonton televisyen.

"Abang cuti esok?"

Amir mengangguk dua kali.

"Esok Hanna masak" kata Hanna.

🌼🌼🌼

Pagi itu, Amir terbangun apabila bunyi deringan penggera telefon bimbitnya. Lepas subuh tadi, Amir pesan pada Hanna yang dia mahu tidur sebentar. Lain macam pula tidur di katil Hanna.

Empuk. Selimut Hanna turut empuk. Bantal pun sama. Tambah lagi, bauan yang menenangkan dari air humidifier memenuhi bilik. Amir tak pernah seselesa itu. Lepas ini, dia perlu beli air humidifier untuk rumahnya pula.

Hari itu, Amir belikan pun kerana psikitari Hanna di hospital kata Hanna perlukan tidur yang cukup. Jadi, sebab itulah Amir beli alat itu. Untuk bantu Hanna dapat tidur yang cukup.

Amir menggeliat. Bunyi kelentang kelentung di dapur. Amir tersengih. Agaknya Hanna sedang memasak. Keluar sahaja ke ruang tamu, Amir mengangkat kening.

Seorang lelaki berkemeja kelabu dan seluar slack sedang duduk sambil makan di meja. Hanna pula sedang mencuci pinggan. Amir mengawal nafasnya, cuba untuk kekal tenang.

"Oh, ni Amir ya?" soal lelaki itu.

"Haah. Amir, ni abang Hanna" kata Hanna. Amir yang tak berbaju itu terpacak tegak di ruang tamu, memandang insan yang tak dikenalinya di dapur dengan penuh hairan.

Hanna panggil dirinya Amir, dan insan itu abang.

Sejujurnya, Amir masih mamai. Dia tak dapat mencerna situasi ini. Hanna mendekati dirinya dan lengan Amir dipegang lembut.

"Sayang, apa ni?" soal Amir. Hanna berkerut. "Abang Hanna datang"

🌼🌼🌼


Continue Reading

You'll Also Like

215K 7.1K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
211K 14.1K 39
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
57.5K 7.2K 14
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
280K 15.2K 56
BUKAN KALI INI Pertemuan Dhea Haneesa dengan seorang lelaki bernama Tengku Elhan membuatkan hidupnya tidak tenang. Kemana sahaja dia pergi, pasti lel...