Hanya Yang Kedua

By darimatapena

238K 6.2K 252

Auni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cin... More

Part✓1
Part✓2
Part✓3
Part✓4
Part✓5
Part✓6
Part✓7
Part✓8
Part✓9
Part✓10
Part✓11
Part✓12
Part✓13
Part✓14
Part✓15
Part✓16
Part✓17
Part✓18
Part✓19
Part✓20
Part✓21
Part✓22
Part✓23
Part✓24
Part✓25
Part✓26
Part✓27
Part✓28
Part✓29
Part✓30
Part✓31
Part✓32
Part✓33
Part✓34
Part✓35
Part✓36
Part✓37
Part✓38
Part✓39
Part✓40
Part✓41
Part✓42
Part✓43
Part✓44
Part✓46
Part✓47
Part✓48
Part✓49
Part✓50
Part✓51
Part✓52
Part✓53
Part✓54
Part✓55
Part✓56
Part✓57
Part✓58 END

Part✓45

4.5K 110 8
By darimatapena

Auni melangkah turun dari tingkat atas. Entah bagaimana semalam dia terlelap lepas tu bangun subuh tadi dah atas katil. Dalam keadaan elok lah.

Dia susun langkah ke dapur bila terdengar bunyi seperti orang bertukang. Dia terpaku seketika lihat Jack lambung telur dalam egg pan lepas siap dia letak dalam pinggan. Lepastu buat lagi satu telur mata dengan cara yang sama. Auni berdiri sahaja depan dapur. Patut lah banyak sangat barang memasak. Lelaki ni memang terror bab kat dapur.

Kerdil nya rasa bila dia hanya guna skil satu je kat dapur. Auni dia minat masak. Tapi lebih kepada masakan melayu lah. Western mana dia reti.

"Aik dah bangun? Sini lah saya buat Americans breakfast untuk awak"

Jack panggil Auni. Dia macam semalam ikut sahaja bila di rumah orang kita jangan melawan. Kalau tuan rumah ajak makan ke minum jangan sampai dua tiga kali panggil baru nak datang. Itu sebahagian adap juga pesan ibu.

Auni tarik kerusi. Mata nya leka perhati Jack yang tengah siapkan sarapan.

"Sepatut nya saya yang buat breakfast ni macam terbalik pula"

"Takpe lah sekarang ni saya ada masa nak masak. Kalau saya dah bertugas. Jangan kata masakan saya. kelibat saya pun awak jarang nampak"

Sibuk sangat ke nanti kalau dah bertugas. Ke dia sibuk cari awek nak jadikan bahan experiment cinta dia macam malam tadi dia buat. Auni hanya diam membuat spekulasi dalam hati.

"Okaylah siap! Americans breakfast cara saya. Telur goreng bukan jenis Sunny sides up tu loya sebab separuh masak. Yang lain tu basic lah Americans breakfast lah sausage and baked beans"

Auni angguk sahaja. Dia pun setuju tak suka telur separuh masak. Atas meja ada french toast yang dah siap buat Auni jadi kagum.

"Jap saya ambik peel fresh untuk awak"

Macam puteri pulak kena layan pagi-pagi macam ni. Auni menompang dagu dan senyum. Kenapa lah seronok sangat dapat layanan macam ni.

Jack siap hidang air padanya,

"Jemput lah"

Auni angguk sahaja. dia capai sudu suap sausage dalam mulut. Ermmm. Rasa dia macam dari syurga..ish dia pun dah melampau macam Jack baru malam tadi ter bluetooth tanpa sengaja ayat tu.

"Sedap. Awak pandai masak"

Puji Auni.

"Tak lah pandai. Saya just praktik kan buat semua sendiri dalam adik beradik saya kan takde perempuan. Saya dulu selalu tolong mama kat dapur cuci pinggan masak membiskut semua tu"

"Seriously membiskut pun?"

"Serious lah. Nanti kita buat semperit susu eh sama-sama"

"Okay. Tapi saya buat tak sedap tau"

"Kan dah kata semalam apa-apa yang isteri masak semua sedap bagi saya"

Auni dah kelu. Dia terus suap makanan kedalam mulut.

"Awak memang suka pancing perempuan kat mana-mana ke?"

Auni sengaja bukak topik yang agak panas. Dia risau kalau dia ter syok sendiri semalam. Tengok lah perangai lelaki depan dia ni.

"Takde lah. Saya ni friendly je"

"Tapi ayat awak kat budak promoter tu dah macam level confident macam biasa awak buat"

"Semua lelaki macam tu. Cuma cara berbeza. Saya itu yang saya buat setakat tu je lah. Awak nak tau ada lelaki jenis yang depan makwe diaorang nak tegur awek mana-mana kecut perut. Cuba kat belakang makwe mesej noty-noty mintak gambar naked tu semua. Tu saya memang tak berani buat"

"Habis tu awak nak mengurat terus ke?"

Jack ukir senyuman. Dia capai tisu. Auni dah termanggu Jack lap sos tepi bibir Auni macam tu je.

"Comot!"

Kata nya lepas tu senyum manis lagi. Auni dah tak jadi teruskan soalan dia dah stuck dengan perbuatan Jack.


Zalikha menghempas punggung diatas kerusi. Wajahnya nya di raup seketika. banyak pula kerja yang dia kena buat serabut betul lah kepala dia. Kenapa lah Auni ni cuti lama sangat dekat melaka. Jack pun dia tak dengar khabar dari Yazzer. Dia pun tak berani nak tanya.

Pintu depan ditolak. Baru sebut je Yazzer dah muncul depan dia. Zalikha biarkan Yazzer yang datang padanya. Sebab dia tak larat.

"Hai sayang"

"Hai abang buat apa kat sini?"

"Abang nak singgah tengok Zal kejab. Lepas ni Abang nak pergi jumpa Jack. Bincang pasal tindakan pada dia tu, semalam diaorang check CCTV tangga memang pernah ada kaki pau kat taman tu"

"Ooo.. Diaorang syak Jack kena pau ke?"

"Lebih kurang atau ada dendam peribadi yang saja nak kenakan antara kami. But tu I tak berani nak komen. diaorang pun tak amik port pasal siapa yang orang ni nak sabotaj sebenarnya. Asalkan ada bukti nak tunjuk pada pegawai penyiasatan nanti. Settle lah"

Zalikha dah hilang kata-kata. Kalau orang dia upah tu di tangkap habis lah dia.

"Diaorang teruskan siasatan tak?"
Soal Zalikha sudah cuak.

"Ye diaorang teruskan risau kalau Jack ni tak bersalah dan ada perbuatan khianat. Kalau ikut Peraturan-Peraturan Pegawai awam kelakuan dan tatatertib. Dia memang dah kena buang kerja. Tapi dia punya prestasi kerja sebelum ni bersih. Banyak harumkan nama jabatan. Ikut budi bicara ketua jabatan nanti pada pihak penguat kuasa tatatertib. Harap dia dapat kelulusan nak sambung kerja lagi"

Zalikha diam dan angguk lemah. sebenarnya perbuatan nya dah banyak susahkan Zack zikri. Dia mula rasa serba salah.

"Abang nak keluar dah. Zal nak pesan apa-apa?"

"Erm. kalau Zal ikut. Boleh?"

Suara Zalikha lembut meminta kebenaran membuatkan Yazzer diam pada mulanya.
Dia pandang wajah Zalikha yang seperti berharap.

"Erm okay. But Jack tak suka bincang benda macam ni dengan orang lain. Sayang duduk diam-diam nanti"

Pesan Yazzer. Zalikha mengangguk sambil mengukir senyuman. Lega betul dia dengar Jack masih berada disini. Mati-mati dia ingat Jack balik melaka dengan Farisha pekerja dia selepas apa yang berlaku.

Jack ketik lock keretanya. Langkah di bawa ke dalam hemma cafe setia alam.
Jack susun langkah ke Yazzer yang duduk dimeja sudut sikit.

"Assamualaikum bro"

"Waalaikumusalam. Duduk lah"

Jack pandang hairan. ada satu gelas minuman di atas meja yang pasti bukan Yazzer. dengan riak Jack sahaja Yazzer dah dapat tangkap apa yang berlegar dalam kepala kawan dia.

"Maaf aku bawa Zalikha. Dia pergi toilet"

Jack mengeluh sendiri. Dia tarik kerusi dan duduk. Dah mood nya tiba-tiba hilang bila dengar nama Zalikha. Dia tak suka!

Kejap lepas tu Zalikha pula datang duduk bersama mereka membuatkan Jack dah rasa panas punggung nak duduk.

"Jack kau kata kena pukul kan. Semalam polis check CCTV memang ada dua orang lelaki yang mencurigakan masa kau naik guna lif tu"

"Aku harap diaorang siasat benda ni.secara terperinci lah. Aku bukan apa Yaz aku takut kalau tindakan tatatertib pada aku ni takde kompromi. Kau pun tau aku sayang keje aku ni"

"Aku faham Jack. Kau jangan risau. Ketua jabatan kata dia boleh kemuka kan rayuan sebab kes kau ni tak libatkan urusan dalaman jabatan. Kira kes kelakuan yang jejaskan dalam jabatan dan kes berat macam dadah baru serta merta di lucut jawatan tanpa kompromi lagi"

"Harap macam tu lah. Aku kena tangkap tu pun luar waktu kerja aku. Cuma macam jejaskan imej aku sebagai pegawai awam lah. Orang kata apa jenis manusia tak bertamadun ikut nafsu. Itu pandangan orang pada aku sekarang ni"

"Habis apa plan kau?"

Jack pandang wajah Yazzer kemudian pada Zalikha yang sudah cuak wajah nya.

"Bersihkan nama aku dan nikah dengan Farisha"

Jack menduga sahaja sebenarnya dia dah berjanji dengan Auni. taknak terlalu mengembar gemburkan perihal mereka yang telah bernikah.

"No!!"

Zalikha bangun dan tiba-tiba menampar kuat meja.
Jack dan Yazzer dah sama-sama termanggu. Jack pun berpeluh dengan tindakan Zalikha yang agak di luar jangkaan dia.

God damn it! jerit hati Jack cemas.

BERSAMBUNG

Continue Reading

You'll Also Like

97.7K 3K 12
Pada Yuhana, kalau lelaki yang dah lama kenal boleh tinggalkan dia, apatah lagi yang baru jumpa. Dia memilih untuk hidup sendiri. Tapi sebab desakan...
939K 35.2K 94
Izznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan...
279K 18.3K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
68.2K 2.5K 16
[ 07 | COMPLETE romance - humor ] *unedited* Kerana sifat degil dan nakal Nurin, dia dikahwinkan dengan Qhabir. NURIN, si gadis yang nakal dan degil...