Vol 1 | She's My Heroin : My...

By Gadiscanon

1.5M 64.1K 3.8K

Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted wit... More

Bab 1❤
Bab 2❤
Bab 3 ❤
Bab 4❤
Bab 5❤
Bab 6❤
Bab 7❤
Bab 8 ❤
Bab 9❤
Part 10❤
Bab 11❤
Bab 13❤
Bab 14 ❤
Bab 15❤
Bab 16❤
Bab 17 ❤
Bab 18 ❤
Bab 19❤
Bab 20 ❤
Bab 21❤
Bab 22❤
Bab 23❤
Bab 24❤
Bab 25 ❤
Bab 26❤
Bab 27❤
Bab 28 ❤
Bab 29❤
Bab 30 ❤
Bab 31❤
Bab 32❤
Bab 33❤
Bab 34 ❤
Bab 35 ❤
Bab 36❤
QUESTION TIME!
Bab 37❤
Bab 38❤
Bab 39❤
Bab 40❤
Bab 41❤
Bab 42❤
Bab 43❤
Bab 44❤
Bab 45❤
Bab 46❤
Bab 47❤
Bab 48❤
Bab 49❤
Bab 50❤
Bab 51❤
Bab 52❤
Bab 53❤
Bab 54❤
Bab 55❤ [Akhir]
SPECIAL CHAPTER
SPECIAL CHAPTER [LAST]
membebel
MMM VOL 2

Bab 12❤

26.2K 1.2K 30
By Gadiscanon

Sudah beberapa kali Ryan asyik mengerling Aarif yang menggigit jarinya sambil sebelah tangan nya setia memegang stereng kereta. Tidak senang duduk dia melihat Aarif sebegitu.

Aarif jika berasa tidak sedap hati pasti dia menggigit jarinya sehingga jarinya berdarah. Sudah tabiat. Sama sepertinya yang akan merokok apabila fikiran nya diganggu dengan perkara yang tidak menyenangkan.

"Asal bro? Dari tadi kau gigit jari kau tu? Aku tengok macam orang tak betul dah. " tegur Ryan memecah kesunyian di malam hari itu.

"Aku risau keadaan adik aku. Aku.. Arghh! " Aarif menekan pedal minyak dengan kuatnya membuat kereta itu bergerak begitu pantas.

Lemah jantung Ryan apabila disergah begitu. Terundur dia sedikit apabila kereta itu berserak dengan laju.

"Rileks bro! Kau nak mati awal ke apa?! Kau ingat dengan cara ini kau dapat lepaskan kemarahan kau?! Noo! " gertak Ryan. Simpati tu memang simpati tapi soal nyawa ni bukan boleh bawa main.

Dengan kelajuan penuh melanggar lampu isyarat dan memotong kereta lain dengan kelajuan penuh! Memang simpang maut lah jawabnya!

"Stop Aarif Mohammad! " jerit Ryan. Dengan itu juga kereta yang tadinya laju perlahan lahan kelajuan nya menurun. Aarif berhenti di bahu jalan seketika.

"Aku tak tahan Ryan! Aku tak tahan! Dulu ibu aku sekarang adik aku pula?! Kenapa dia tak ambil aku saja jadi galang ganti dia!? Kenapa?! "

Lantang suara Aarif bergema di ruangan kereta itu. Ryan faham akan perasaan Aarif. Dari mula ibunya meninggal yang berlaku depan mata nya dari situ dia tidak senang duduk dengan keselamatan keluarga nya. Disebabkan itu dia terlibat untuk menjadi seorang badboy atas kerana keselamatan keluarganya.

Kalau diingatkan kisah hidup Aarif memang menyedihkan. Dia sendiri tak pernah rasa apa yang dirasakan oleh Aarif kawannya tapi dia hanya mampu membantu apa yang patut bukan dari segi mental tapi fizikal.

Aarif berubah hampir seratus peratus apabila teringat akan kejadian itu. Dia akan cepat sedih dan hilang kawalan dalam sekelip mata. Hanya seorang sahaja yang mampu meredah kemarahan nya. Iaitu Aisyah adik kesayangan nya.

Dia pun akui akan kemesraan mereka seolah pasangan kekasih itu. Pertama kali dia lihat pun dia ingat Aarif adalah kekasih Aisyah namun meleset sekali apabila Aarif beritahu Aisyah adik kandungnya.

Aisyah diamanatkan oleh ibu nya kepada Aarif. Mana mungkin dia akan lepaskan begitu sahaja janji dia pada ibunya.

Sayu sahaja dia mendengar suara esakan kecil daripada Aarif. Pasti dia teringat akan kejadian lalu. Sungguh tragis!

Ryan yang melihat keadaan Aarif turut bersimpati. Apa tidaknya dia susah senang mereka bersama. Tiap kali dia dibelenggu kesusahan pasti Aarif lah orang pertama yang tolongnya.

❤❤❤

Aisyah berbatuk kuat apabila asap yang tidak henti henti masuk ke ruang biliknya. Tudung dicapai nya sebelum melilit di kepalanya. Tidak lupa juga dengan kain basah yang sudah dicurahkan dengan air paip.

Kain basah itu ditekup di hidungnya sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Tergamam Aisyah seketika apabila melihat separuh dari rumahnya telah terbakar dijilat api!

Ayahnya dicari diseluruh tempat sebelum semua ruangan rumahnya terbakar. Tidak lama itu sekujur tubuh lemah terbaring tidak jauh darinya menyapa pandangannya.

"Ayah! " jerit Aisyah kuat. Dengan kudrat yang bersisa dia melajukan langkah ke tempat ayahnya.

Namun langkah nya terhenti apabila satu kayu yang diulit api itu menghalang jalannya. Dicari jalan lain namun semua tidak dapat dia lalui!

Tapi bagaimana dengan dia? Penghadang jalan itu memisahkan dia dengan ayahnya malah dengan pintu utama untuk keluar dari rumah itu. Ya! Ayah nya terbaring lemah berdekatan dengan pintu utama bukan itu juga ayahnya juga hampir dengan sepotong kayu yang sudah terbakar!

"Tolong! Tolong! " jerit Aisyah dengan tangisan yang kuat. Pandangan nya kabur tatkala air mata nya bergenang di tubir mata.

Aarif yang baru sampai terkejut apabila melihat rumahnya dijilat api dengan marak nya. Patutlah hatinya asyik memikirkan tentang keluarga nya.

Ryan yang melihat turut terkejut. Pasti angkara orang ITU. Tiada siapa lagi yang hanya berdendam dengan Aarif melainkan orang ITU. Buat masa sekarang.

Aarif berlari laju mendapatkan mereka. Buka sahaja pintu utama itu sekujur tubuh terbaring lemah.

"Ayah! Astaghfirullahallazim! Ryan kau bawa ayah aku masuk dalam kereta! " pinta Aarif laju.

Ryan hanya akur sebelum mengendong tubuh tua itu ke tempat yang lebih selamat.

Marzuki diletak perlahan lahan di tempat duduk belakang. Nadi Marzuki di cek oleh Ryan. Lemah!

Ryan segera menelefon Jordan untuk datang dengan segera ke sini sebelum menerjah masuk ke dalam rumah itu kembali.

"Aisyah! Syah! " laung Aarif kuat. Sungguh dia berasa takut bercampur dengan risau dan marah. Siapa sahaja yang buat ini pasti akan menerima hukuman setimpal dengannya.

"Abang.. " sayu Aisyah. Dia tidak mampu berdiri mau pun bercakap. Asap yang tebal dengan kesakitan yang dia rasakan sukar untuk dia mengeluarkan suara mahupun bangun mencari abangnya.

Aarif yang mendengar suara itu segera mendapatkan nya walaupun kedengaran sayup sayup sahaja. Mata nya terkalih pada Aisyah yang terbaring lemah di sebalik penghadang jalan itu.

"Syah! Syah! Bangun Syah! " risau Aarif. Mata nya meliar mencari sesuatu untuk mendapatkan adiknya. Namun semua barang dalam rumah itu terbakar.

Ryan turut mencari sesuatu untuk mereka mudah melintasi penghadang itu. Cukuplah dia lihat Aarif menjadi tidak tentu arah selepas pemergian ibunya. Dia tidak mahu melihat Aarif begitu buat kali kedua.

Aisyah menangis teresak esak namun tidak menghasilkan sebarang bunyi. Kepala nya berdenyut denyut mengusai seluruh badannya. Mata nya perlahan lahan terkatup rapat sebelum sempat dia melihat kelibat seseorang yang dia kenal.

"Ryan.. " katanya perlahan dengan perasaan geram.

Dengan sekelip mata dunia nya menjadi gelap gelita. Hitam. Hanya itu yang menyapa pandangan nya.

Continue Reading

You'll Also Like

2.8K 324 3
"Love. Loyal. Trust. Just trust this, mia cara..." Darleen Airish si ulat buku. Hari-hari lapangnya hanya dihabiskan dengan novel. Anggap saja dia g...
3.2M 124K 52
"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT...
652K 27.2K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
102K 3.1K 38
Love story cold man with stubborn woman.