BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)

By lemonlied21

326K 14.1K 1.3K

"Aku menyesal kerja di sini!" "Aku menyesal jumpa dia!" Teriak Amra Amirah. "Aku menyesal kerja kat kedai a... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
46

45

8.3K 438 188
By lemonlied21

"Ami nak pergi mana pagi pagi macam ni?" kata mak bila dia melihatku menuruni anak tangga.

"Ami nak jumpa kawan kejap mak"

"Kawan mana satu? Mak tengok kamu ni asyik keluar rumah je. Kawan mana pun mak tak tahu. Ami jangan buat yang bukan bukan tau" kata mak dengan curiga.

"Ish! Mak ni sampai kesitu pulak. Ami betul betul nak jumpa kawan mak. Ami nak tolong dia sementara Ami free ni"

Mak menjeling ku.

"Jangan lama sangat balik tau. Awas kamu" kata mak dengan nada mengancam sebelum dia berlalu.

Aku mengambil telefon ku untuk menempah servis Grab.

"Okay thank you" kata ku kepada akak pemandu Grab.

Aku sampai di halaman rumah mewah Boss Hairi.

Aku berdiri didepan pintu rumahnya lalu aku menekan nombor password di tombol pintu tersebut.

Macamana aku tahu password rumah ni? sebab Encik Ezad yang beritahu aku.

"Tet" Pintu pun terbuka.

"Assalamualaikum" kataku sebaik saja aku melangkah masuk.

Aku meletakkan bag tangan ku di atas kerusi di ruang tamu lalu menuju ke bilik Boss Hairi.

Aku membuka pintunya perlahan.

Terlihat tubuh nya terbaring di atas katil.

Aku melihat makanan yang aku masak kelmarin pun masih ada di atas meja dan sepertinya tidak dijamah langsung.

Aku sedih.. Tapi aku dengan pantas membuang perasaan tu jauh jauh.

Tak apa Ami. Its okay.

Aku mengangkat makanan tersebut untuk dibersihkan lalu aku pun keluar dari bilik nya.

Aku berfikir sejenak, rumah besar macam tak ada pembantu ke? Pembersih tak de ke? Hairan aku.

Sambil ku berfikir aku membuka peti sejuk.

"Hmm.. Nak masak apa hari ya?" kata ku sambil mencari cari bahan.

Aku tak tahu apa nak masak. Jadi aku mengambil telefon ku lalu aku mesej Encik Ezad.

"Assalamualaikum, Saya nak tanya Encik Ezad tahu ke makanan kesukaan Boss Hairi?"

Ting!

"Waalaikumsalam Cik Amra, setahu saya Tuan Hairi suka semua jenis makanan.. Tapi makanan paling kegemaran dia adalah udang. Cik Amra nak masak ke?"

"Ahaha ye Encik Ezad.. Tapi saya tak lah hebat sangat"

"Kalau Cik Amra yang masak saya yakin sedap. Tapi saya takut Tuan Hairi masih takde selera makan"

"Hmm.. Saya pun risau juga.. Tapi tu lah.. saya nak perlahan lahan nak tarik selera dia untuk makan dulu sebab tu saya tanya makanan kesukaan dia"

"Saya harap dapat lah Cik Amra dia berselera makan kembali. Saya percaya Cik Amra :)"

"Saya harap macam tu lah Encik Ezad. Ok Encik Ezad terima kasih :)"

Aku hanya tersenyum sumbing.

Aku meletakkan telefon ku di atas kaunter dapur lalu berjalan ke Freezer

Hm.. Udang.. Mana udang..

"AHA" teriak ku perlahan apabila aku menemui bukusan udang didalam Freezer yang sejuk ni.

Aku menyedia kan bahan bahan yang akan aku gunakan.

"Oh..alamak.. Lupa potong bawang putih lagi rupanya" kataku sendiri apabila ku meyedari ada bahan yang belum tersedia.

Aku mengambil bawang putih satu ulas lalu mengupas nya dengan cara menekan bawang putih tersebut dengan pisau.
Kemudian aku mencincang bawang putih tersebut sehingga lah ia menjadi halus.

"Ouch!" teriak ku perlahan kerana jari ku terluka.

Darah pun menitik nitik dari jari tangan ku.

Aku terus menyuci tangan ku di sink dan mengelap darah ku yang menitik tadi.

Di tengah kekusyukkan ku membersihkan, aku merasa ada seseorang yang memerhatikan aku.

Apabila aku mengangkat wajah ku..
Rupanya Boss Hairi berada 2 meter dari depan ku.

Rambut nya tidak rapi, wajah nya juga tumbuh misai dan janggut.
Dia hanya memakai baju T-shirt hitam lengan panjang dan seluar panjang berwarna kelabu.

Aku dengan cepat mengalihkan pandangan ku.

Boleh pula kau nak 'tengok' dia kan Ami.

Tapi sejak bila dia ada kat situ?

Jantung ku mula melaju bila dia mengerakkan kerusi roda nya menghampiri ku.

"S-saya belum siap masak lagi.. Boss tunggu lah kat ruang tamu ke.. Kat mana ke" kata ku tak tentu rasa.

"Why are you still in my house?" katanya dengan suara nya yang sedikit garau.

"Um.. " kata ku tanpa melihat nya. Malah aku pura pura menyibukkan diri dengan mengambil beberapa pinggan yang tidak aku perlukan.

Kau buat apa ni Ami....

"Im talking to you" katanya dengan serius tapi masih tidak ku hiraukan.

"Amra!"

Aku terhenti.

Aku menelan air liur ku.

"Look. At. Me"

Dengan perasaan takut aku pun mengangkat wajahku untuk melihat nya yang sudah ada di depan ku.

Wajah nya sangat serius. Bukan seperti Boss Hairi yang aku kenal..
Cara tatapan nya pun seolah olah aku ni bukan sesiapa, seperti aku ni hanya lah orang lain.

"Kenapa awak ada kat sini?! Awak tahu tak ini rumah saya dan siapa awak nak masuk sesuka hati dan buat benda ni semua!" Marah nya

Ya Allah.. Sabar Ami.. Sabar

"Saya.. nak tolong boss... Tu je.. Saya sendiri nak jadi helper boss" kataku perlahan.

"Huh?? Helper? Apa awak merepek ni Amra? Saya tak perlukan semua tu. Kalau saya nak pun saya tak perlu awak pun yang jadi helper saya"

Aku hanya menahan rasa.

Dia betul betul dah tak nak jumpa aku ke?
Dia dah tak kesah tentang aku ke?

"Saya nak ni hari terakhir awak kat rumah saya. Saya tak nak tengok muka awak lagi"

".. And just forget everything... Everything between us..."

Lalu dia pun berpaling dan pergi dari hadapan ku.

Air mata ku mula jatuh tapi aku mengusapnya dengan pantas.

Aku menarik nafas dalam dalam lalu aku hembuskan perlahan.

Aku tanpa sedar berjalan menuju ke bilik nya.

Aku membuka pintu bilik nya tanpa mengetuk.

Wajah nya serius melihat ku seperti marah dan juga terkejut.

"Apa masalah Boss sebenar nya?" tanya ku kepadanya.

Dia berpaling melihat ke arah jendela.

"Saya tak faham.. Boss tahu sikap boss yang macam ni.. takkan pernah dapat menyelesai kan masalah..
Kenapa boss marah dan tak dapat menerima apa yang terjadi tetapi boss menempiaskan semua kemarahan dan ketidakpuasan boss tu kepada orang lain?"

"Awak takkan faham" katanya dengan mendatar.

"Macamana saya nak faham kalau boss sendiri tak beritahu saya. Saya memang nak faham apa yang ada dalam hati boss, fikiran boss dan semua saya nak faham. Tapi yang boss lakukan hanya menjauhkan diri boss dari orang orang yang ada di sekeliling boss.
Kalau boss nak saya faham.. Buat saya faham.. Beritahu saya... Biar kita faham sama sama.. Share dengan saya kesedihan boss apa semua.. Saya akan cuba ringankan apa yang boss rasa.. Saya tak sanggup tengok boss bersikap macam ni selama nya.."

Dia diam seperti batu.

Tanpa sedar air mataku mengalir.

"Saya nak boss bangkit... Saya tak nak boss jadi macam ni... Saya nak boss kembali tersenyum seperti sebelum ni.. Saya nak Hairi Ilham yang saya jumpa dulu..."

Dia menoleh melihat ku.

"Awak rasa semua nya boleh menjadi seperti biasa ke? Dalam keadaan saya yang macam ni awak rasa orang lain akan memandang saya sama seperti dulu ke? Tak... Bila mereka tengok saya mereka hanya akan simpati dan kesihan dengan saya"

Dia mendengus perlahan.

"Buat apa nak kesah tentang pandangan orang? Itu bukan lah alasan untuk boss menjadi lemah dan tak nak bangkit..
Lagipun simpati atau tak semuanya tertakluk bagaimana boss melihatkan diri boss kepada mereka.
Dan saya tak rasa pun orang akan simpati dan kesihan kat boss sekarang sebab saya rasa boss sekarang ni penuh dengan ego dan sombong. Sombong tak nak menerima apa yang Allah tentukan. Ego tak nak menerima pertolongan orang"

Dia ketawa perlahan

"Kalau awak tahu saya ni sombong dan ego.. Kenapa awak masih kat sini? Awak tak perlu payah payah datang sini lagi. Saya tak perlukan awak" katanya dengan serius

"Saya tahu... Boss tak perlukan saya.. Tapi saya ikut kata hati saya.. Walaupun saya dah dapat agak perlakuan boss terhadap saya.. Walaupun saya rasa saya mungkin akan terluka dengan kelakuan boss .. Tapi kalau saya pilih untuk pergi.. saya hanya akan risau..."

Dia memalingkan wajah nya dari melihat ku.

"..sangat risau... Sebab saya takut lelaki bernama Hairi Ilham ni tak nak bangkit.. Saya takut dia merasa dia lemah.. Saya takut dia merasa kehilangan segalanya.. Saya takut dia tak nak bahagia lagi... Saya takut dia akan merasa kesunyian.. Saya takut dia akan lupa kan saya..dan saya takut... Saya tak dapat berjumpa dia lagi.." kataku sambil menahan perasaan ku yang bergejolak.

"Sebab tu saya ada kat sini.. Saya nak tolong lelaki tu... Dan saya akan sentiasa di sini dan takkan kemana mana sampai boss betul betul tak buat saya risau dan takut lagi.." sambungku lagi

Dia masih dengan kaku menghadap jendela nya.

"Saya nak pergi dapur dulu" kataku sebelum aku keluar dari bilik nya.

Sebaik saja aku menutup pintu bilik Boss Hairi, aku menarik nafas perlahan lalu hembus untuk melepaskan semua tekanan yang aku rasakan tadi semasa bersamanya.

"Ha...... Fuh....." Lega ku.

Kau mesti jadi keras kepala dan keras hati Ami..
Kau mesti.. Wajib

Selepas aku siap memasak Butter Prawn untuk Boss Hairi, aku menghantar makanan tersebut ke biliknya.

Bila aku buka pintu bilik nya, Boss Hairi tak ada.

Dia kat mana? Hmm..

Aku meletakkan makanan yang ku bawa tadi di atas meja di tepi katilnya dan aku juga meninggalkan satu nota kecil di atas meja tersebut.

Selepas tu aku melilau lilau di dalam bilik tersebut..

Dia pergi mana?

Aku hairan.

Dia marah sangat kat aku kut...

Tak pe Ami... Biar lah dia marah.. Sekurang kurang nya biar dia fikir sendiri kenapa orang marah kat dia.

Aku mengangguk sendiri mendengar kata hati ku.

Aku keluar dari bilik nya

Lalu aku mencuba membuka perlahan lahan setiap pintu yang ada di sepanjang koridor.

Aku membuka pintu bilik ofis perlahan lahan dan aku melihat sosok tubuh nya.

Tangan nya sebelah menutup wajah nya.

Apabila aku mula mendekat, aku mula sedar yang dia..

D-dia menangis?

Dia menangis tersedu sedu.

Aku kaku.. Dan hati ku seperti remuk melihatnya menangis seperti itu.

"Arghh!" teriaknya sambil menumbuk numbuk kaki nya.

Lalu dia menjatuhkan semua barang yang ada di atas meja ofis tersebut ke lantai.

"ARGH!"

Aku tanpa sedar berlari kearah nya lalu aku menarik tangan nya

"Boss! Boss!"

Tapi dia masih berteriak dan ingin melepaskan tangannya dari ku.

"Hairi! Hairi Ilham!" teriak ku untuk menyedarkan dia.

Lalu dia mula melihat ku dengan air matanya yang terus mengalir.

Air mataku mula berjatuhan.

"Hairi... Tolong jangan macam ni.... Tolong.." kataku sambil menangis.

Aku tanpa sedar memegang wajahnya dengan kedua tangan ku.

Aku menyapu air matanya yang mengalir dengan jari jari ku.

"Amra... Saya dah kehilangan segalanya... Saya dah mati..." katanya sambil menangis teresak resak.

"Tak... Awak masih ada segalanya... Ayah awak.. Ezad dan semua orang masih menunggu awak.. Allah hanya beri awak satu ujian.. Satu sahaja... Awak jangan putus asa.. Saya percaya awak kuat.. Awak mampu... Saya yakin dengan Hairi Ilham.. yakin sangat sangat.."

Dia tunduk dan dia masih menangis dengan perlahan.

"Awak mungkin tak sedar betapa penting nya awak kat hidup seseorang.. Mungkin bagi mereka awak lah dunia mereka, jiwa mereka, hidup mereka... Awak mungkin rasa awak tak penting.. Tapi bagi seseorang.. awak adalah segalanya.."

"Mereka pun nanti akan pergi tinggalkan saya..." katanya perlahan..

"Tapi saya takkan tinggal kan boss... Saya akan sentiasa di sisi boss..sampai bila bila..."

Dia mengangkat wajahnya melihat ku.

Dia hanya menatap ku lama..

***

"Tapi saya takkan tinggal kan boss... Saya akan sentiasa di sisi boss..sampai bila bila..." katanya kepada ku dengan perlahan.

Aku mengangkat wajah ku untuk melihatnya.

"Saya takkan tinggalkan boss.." katanya lagi sambil mengukir senyuman manisnya

Tiba-tiba seperti ada cahaya yang menyelubungi diriku.

Seperti ada sesuatu yang mengalir didalam darah ini yang membuatkan aku tersedar dan menguatkan ku.

Aku menatap wajahnya yang lebut.

Amra...

Secepat itu kah dia merubahku?

Tetapi layak kah aku untuk dia...


Continue Reading

You'll Also Like

35.8K 1.2K 44
Kebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict...
159K 9.8K 59
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
160K 5.4K 66
Ivy Adelia. Anak tunggal kepada Dato Aqhar Qayyed dan Datin Inara Alisa, hidupnya bagaikan tuan puteri semua apa yang dia mahu pasti ditunaikan. Ibu...
372K 14.7K 76
Satu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tida...