Hanya Yang Kedua

By darimatapena

238K 6.2K 252

Auni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cin... More

Part✓2
Part✓3
Part✓4
Part✓5
Part✓6
Part✓7
Part✓8
Part✓9
Part✓10
Part✓11
Part✓12
Part✓13
Part✓14
Part✓15
Part✓16
Part✓17
Part✓18
Part✓19
Part✓20
Part✓21
Part✓22
Part✓23
Part✓24
Part✓25
Part✓26
Part✓27
Part✓28
Part✓29
Part✓30
Part✓31
Part✓32
Part✓33
Part✓34
Part✓35
Part✓36
Part✓37
Part✓38
Part✓39
Part✓40
Part✓41
Part✓42
Part✓43
Part✓44
Part✓45
Part✓46
Part✓47
Part✓48
Part✓49
Part✓50
Part✓51
Part✓52
Part✓53
Part✓54
Part✓55
Part✓56
Part✓57
Part✓58 END

Part✓1

13.2K 185 2
By darimatapena

                      Cover by bunnyaf


"Auni! bukak pintu ni. Auni!"

Gadis itu cemas bila tiada sahutan dari dalam. Api marak kian laju dari arah dapur menambah kan kegusaran hati. Bahang api terasa panas menerpa di keseluruhan tubuh. ah! tapi rakan sebilik dia masih berada di dalam.

Tombol putar nya namun tidak menampak kan hasil pintu masih berkunci dari dalam.

"Auni bukak pintu. Rumah terbakar!"

Tangan nya makin kuat mengetuk pintu.
Tiba-tiba serpihan demi serpihan jatuh menapak depan mata membuat gadis itu panik lalu dia menjerit. Airmata laju mengalir seraya dia berlari ketakutan menuju pintu keluar.

"Auni bangun lah"

Rayu nya dalam hati. Dia yang tiada pilihan terus keluar dari bangunan tingkat Lima bangunan tersebut.
Telinga nya menangkap bunyi siren bomba. Mungkin ada yang sudah membuat laporan mengenai kebakaran.
Flat yang disewa baru genap empat bulan itu keseluruhan hampir musnah. Punca dari kebakaran itu dia masih tak pasti. Dia tidak mengunakan dapur sejak dari semalam.

Ya- Allah kau selamatkan Auni kawan aku.
Bisik nya masih dalam keresahan Mengenangkan nasib Auni kawan dia yang malang.

Auni mengesat matanya. Pandangan masih kabur. Matanya membulat melihat asap kelabu memenuhi ruang bilik.
Astagafirruallahalazim dia mula cemas. Dia terbatuk kuat bila terhidu asap yang agak tebal.

Dia berlari ke pintu bilik tombol yang panas membuatkan tangan dia tak mampu mencapai tombol pintu. Panas nya.

Dia binggung sendiri mahu menyelamatkan diri. Tangan nya pantas mencapai tuala untuk di jadikan alas untuk dia memegang tombol itu. Pintu berjaya di kuak. Namun ruang di depan sudah habis dijilat api.

Ya-Allah fikiran dia dah buntu. Tangan dia mula capai selimut untuk memukul api didepan namun usaha dia tidak menampakkan hasil. Sia-sia semua nya api terus marak. Gadis itu makin panik. Dia berserah sahaja jika hari itu ajal dia sampai. Dia redha.

"Ibu. Abah  Along. Adik minta maaf kalau adik ada buat salah"

Bisiknya pasrah. Mata dipejam tanda dia akur jika badan dia dijilat api selepas ini.

Badan dia sudah bermandikan peluh.
Bahang panas terasa menerpa segenap batang tubuh nya. Kulit terasa dibakar oleh haba. Gadis itu hanya mampu menanggis semahunya.

Dia sudah lemas dengan asap yang memenuhi rongga hidung. Dia terduduk dihujung dinding sedaya upaya dia menjauhi dirinya dari api yang marah. Gigi dikancing mengigit tahan perasaan gerun. Lututnya di peluk erat seakan dia tidak mahu lagi memandang kedepan.

"PLING!!!!"

Auni tersentak bila grill di tingkapnya jatuh ke lantai  Dua orang masuk dari tingkap lengkap berpakaian Bomba.
Dia masih panik tidak mampu berbuat apa. Kaki nya mengeletar mengenangkan maut di depan mata.

"Yaz kau nampak tak?"

"Jap Jack aku try masuk. Kau stay. member dia cakap kat bilik ni kan?"

"Ha iye kalau tak salah"

Kedua berbicara sesama sendiri.

"Encik. Saya kat sini"

Beritahu Auni cuba bangun walau dalam kesukaran dia cuba untuk bersuara. Salah seorang dari mereka menghampiri Auni yang kian lemah. Nafasnya separuh sesak.

"Cik! Awak okay? kami bawak awak keluar jangan risau okay!"

Auni mengangguk sahaja. Badannya dipapah hampiri tingkap yang berjaya dibuka. Lelaki itu arahkan dia untuk bersedia panjat atas tingkap dia menurut sahaja. Dalam hati dia sempat bersyukur sebab pasukan menyelamat datang tepat pada masanya. Kalau tak memang Arwah lah dia.

Pandangan nya mula membutang tatkala melihat kebawah. ini sahaja kah pilihan yang dia ada turun dari tempat yang tinggi adalah mimpi buruk pada dia.

Dia pernah jatuh dari pokok setinggi lebih dari 15kaki. Kejadian itu membuatkan tangan dia patah dan terseksa beberapa bulan. Wajahnya pucat serta merta bila pandang ke arah lelaki yang berada dibelakang dia. Wajah lelaki itu tidak begitu jelas Auni tatap seketika.

"Cik turun sekarang"

Bahunya terasa didorong membuatkan dia makin cuak. Dia dah gelabah sebab teringat kejadian lama.

"Encik saya taknak turun dari tangga ni. Saya taknak! saya takut!"

Auni naik semula. Kedua-dua lelaki itu dah berpandangan melihat gelagat Auni yang gayat. Dalam maut dibelakang pun masih lebih gerun pada ketinggian.

"Maghi cepat lah Yaz. Nape tak turun lagi"

Lelaki selang dari tangga tempat Auni meletak kaki pula binggung menunggu kedua nya.

"Jap Jack. Dia takut ni"

Wajah Auni cuak. Sekali lagi dia diarahkan untuk lekas-lekas turun.

"Cik turun lah. Tak apa kami ni tak kan biar cik jatuh dan cedera. Dah memang tugas kami pastikan cik adik ni selamat"

Pujuk lelaki dia atas itu lagi. Auni memandang kebawah. Dia bagai nak pitam. Ya-Allah aku tak boleh.

"Turun lah cik. Cik nak kita mati rentung sama-sama ke?"

Melihat gadis itu tak hirau dengan kata- kata dia lelaki yang berada diatas bahagian mula bertindak. Dia mula mengarahkan Auni berpaut pada dia.
Sia-sia lah mereka naik jika tak dapat menyelamatkan mangsa.

"Saya takut. Saya takut tangan saya patah lagi Encik"

Namun lelaki itu tidak hirau dia mula menuntun Auni dengan cermat. Mulanya baik sahaja. Mereka turun berhati-hati.
Sampai selang tempat tangga kelima.
Lelaki yang menunggu dibawah sedikit darinya mula menghulurkan tangan dia.

"Hati-hati. Jangan le risau my bunny"

Tiba-tiba Auni tersentak. kata kata itu seperti dia pernah dengar dalam mimpi ke  erk?

Eh bukan dulu. Aku pernah dengar. Auni sempat berfikir sendiri. Matanya beralih pada lelaki diatas yang paling hampir dan lelaki bawah yang sedikit jauh dibawah dia siapa yang panggil sebegitu. Dia kurang pasti pula. Dia berada di tengah-tengah antara mereka tapi panggilan tu? Ah apasal dia mengusik ketika dia tika nyawa nak melayang pula. Lelaki yang dibawah ambil keputusan turun dahulu. Tangga tidak stabil pulak jika mereka bertiga berada di atas bersama. Tiba-tiba sahaja gadis itu terpijak dua sekali gus tangga buatkan dia hampir jatuh.

"Astagfirullahaladzim"

Lelaki diatas panik sempat dia meraih lengan itu sekali lagi. Tubuh gadis itu dia paut erat.

"Yazzer hang pa okay ke? Jangan gebeh eh"

Lelaki dibawah mula menyoal lagi. Sebab dia dah tunggu lama. Auni mengurut dadanya mujur sahaja dia tidak terjatuh ke bawah. Dia pandang lelaki yang paut dia. Jantungnya dah rasa berdebar bila sepasang mata itu pandang dia.

"Okay Jack. okay"

Akhirnya mereka selamat turun.

Seorang gadis terus meluru dapatkan Auni yang baru turun. Wajah Auni pucat masih trauma lagi. Hampir saja nyawa dia melayang.

"Kau okay tak ni?"

Soal gadis itu tampak cemas.
Tubuh Auni dibelek nya untuk periksa keadaan gadis itu. Auni mengangguk perlahan. Namun wajah dia masih tak sampai darah. pucat lesi!

"Aku okay Fara"

Pandangan dia masih tumpah pada seorang bomba tadi. Matanya cuba menangkap kelibat lelaki itu yang mula menarik gelung hos dan buat kerja memadam api.

"Cik okay?"

Auni mengalih pandangan nya pada. Lelaki di depan dia. uniform yang sama namun tanda nama dia tercatit Zack zikri.

Auni mengangguk perlahan. Matanya pandang sekilas wajah lelaki didepan kemudian pada lelaki yang awal tadi yang tengah bantu kawan yang lain sambung kerja memadam.

"Nanti ada dokumen penting yang dah tak dapat diselamatkan cik berdua boleh buat laporan polis"

Pesan lelaki itu lagi. Hanya Fara yang berbual seketika dengan Bomba tersebut.
Auni hanya bagai terpaku pandang sesuatu matanya bagai tak dapat di alihkan. Kenapa dia berasa begitu tertarik dengan Bomba yang seorang tadi. Mata dia coklat dan begitu menawan. Auni terpukau.

"Encik Bomba. siapa nama kawan awak yang sorang tadi?"

Sedar tak sedar soalan itu yang terpacul dari bibirnya membuatkan Fara dan lelaki Bomba itu termangu dan berkerut tak memahami.

"Ouh. tu PB Yaz. Syed Yazzer"

Jawap lelaki itu seraya tunjuk kearah rakannya yang sedang sibuk melakukan tugas overhaul. Auni angguk kecil. Pandangan dia masih berpusat pada lelaki yang berada tidak jauh dari mereka.

"Syed Yazzer?"

Akhirnya Auni disuruh untuk membuat pemeriksaan di hospital. Risau kalau dia terlalu banyak menghidu bau asap yang boleh membahayakan.

Mereka berlalu namun matanya masih lagi tak boleh berhenti memandang ke arah lelaki itu. Hati bagai dah tertarik pada lelaki yang bernama Syed Yazzer walau wajah  dia tidak jelas. Tapi pandangan matanya seakan sampai ke injap dalam hati Auni.

"Yaz. Awek tu macam minat kat kau lah"

Zack zikri hampiri kawan dia yang sedang sibuk mengemas dibelakang jentera.
Api itu berjaya dikawal setelah 20 minit berlalu. Wajah Syed Yazzer berkerut hairan.

"Awek mana? mengarutlah kau ni Jack"

Ujar nya masih fokus pada kerja mengemas. Sesekali Zack zikri atau lebih mesra dengan Jack pula ambil alih bantu dia memusing tempat menyimpanan hos dibahagian tepi jentera bomba tersebut.
Tugas yang tidak mengira masa itu kadang agak memenatkan. Namun demi tugas pada negara kepenatan itu tidak di hiraukan.

"Awek tadi lah. Yang kau selamatkan tadi. Dia dah macam kena rasuk tengok kau"

Syed Yazzer hanya tersenggih mendengar Jack ketawa sambil mengusik dia.

"Siot lah kau ni Jack"

Syed Yazzer berlalu sahaja. Dia tak berapa kisah dengan kata-kata Jack. Syed Yazzer sudah pun berumah tangga. Dia bahagia bersama isterinya Zalikha. Namun belum ada rezeki lagi mahu menimang cahayamata walau sudah 5 tahun hidup bersama.

Sarung tangan dibuka perlahan rakan setugas dia yang lain sudah menutup kawasan tersebut sebagai kawasan larangan.

Dua minggu berlalu selepas kejadian kebakaran itu. Mereka mula berpindah di rumah sewa baru. Kejadian kebakaran hari itu adalah berpunca dari masalah litar pintas. Keadaan wayar yang tidak di selengaraan dengan baik menyebabkan punca utama litar pintas berlaku.
Sempat juga kedua nya pulang ke kampung untuk menguruskan dokumen pengenalan diri yang telah rosak.

Fara menghampiri Auni sedang balut sesuatu di meja nya. Dia pegang bahu Auni
Gadis itu memang jenis yang pendiam kadang-kadang. Namun dia yang paling ngam untuk dijadikan teman berkongsi untuk menyewa.

"Kau buat apa ni?"

Auni mengeleng sebaik sahaja mendengar soalan Fara. bungkusan tadi cepat disorokkan ke dalam laci. Kelakuan dia sedikit sebanyak buat Fara kehairanan.
Wajah Auni agak cuak seperti sembunyi kan sesuatu.

"Hurm Fara kau tau tak mana tempat cawangan Bomba yang hari tu selamatkan Kita?"

Soal Auni bertanya lembut Fara dah mengerut dahi kemudian dia tersenyum.
Ada-ada saja Auni ni. tak habis lagi ke terkenang kan Abang bomba yang selamatkan dia. Mujur sahaja dia ada terima request add friend dari Facebook Zack zikri salah seorang ahli bomba itu.

"Aku tak sure lah. Tapi member dia ada add aku kat Facebook. nanti aku stalker FB dia. Mana tau ada info pasal abam Bomba yang seorang tu"

Beritahu Fara memandang Auni sambil tersenyum. Auni ni jarang bersikap begini.
Gadis didepan Fara angguk perlahan.
Fara pun berlalu selepas ajak dia untuk makan bersama. Namun gadis itu menolak kerana dia masih belum berselera otak dia masih ralit fikirkan sesuatu.

kejap bungkusan tadi segera dikeluarkan dari drawer. Auni termenung seketika kemudia dia menongkat dagunya.

"Syed Yazzer"

Bibirnya menguntum senyuman.
Bahagia dia bila terbayangkan sepasang mata coklat milik Yazzer. karakter lelaki itu nampak sederhana. Namun cukup buat hati dia rasa terpikat. Yazzer buat dia teringat sesuatu.

=BERSAMBUNG=

Continue Reading

You'll Also Like

549K 15.3K 25
Sara Irdina dan Haridz Hakimi disatukan kerana satu insiden. Perkahwinan mereka terjadi hanya kerana perangkap rakan baiknya sendiri. Sakit hati tid...
68.1K 2.5K 16
[ 07 | COMPLETE romance - humor ] *unedited* Kerana sifat degil dan nakal Nurin, dia dikahwinkan dengan Qhabir. NURIN, si gadis yang nakal dan degil...
332K 12K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
4.7K 362 18
S H O R T S T O R Y "Jika kau jodohku, aku akan pastikan kau jadi milikku" IDHAM FARHAN. Lelaki yang sudah jatuh cinta pandang pertama dengan pekerja...