The Rose [ C ]

Galing kay minbrown_

324K 15.3K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... Higit pa

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 51

4.6K 212 5
Galing kay minbrown_

"Laa kenapa turun ?"

Dahi aku berkerut sambil memandang ke depan. Pelik dengan soalan abang Fiqri.Kenapa ni ? Dia tak bagi aku turun dah ke ? Aku dah jadi orang asing dalam rumah ni?

"Kenapa ? Iya dah tak boleh nak makan sini dah ke ?"

Abang Fiqri tertawa kecil. Lagi buat aku sangsi dengan dia."Tak maksud abang,kenapa tak breakfast dekat katil. Baru lah sweet-sweet gittuw. Darah manis kan ?"

Aku berdesir kecil bila abang Syahmi sambut gurauan abang Fiqri. Muka aku ni dah panas. Bila-bila masa je aku nak tibai abang Fiqri ni.

"Kau sabar Fiq. Ni baru first day ada banyak lagi hari. Untuk sehari dua ni bagi kitaorang breakfast dengan family. Nanti dah pindah rumah baru,setiap hari breakfast atas katil."

"Extra morning kiss kan ?" Tambah abang Fiqri membuatkan aku mengetap gigi. Dia tak nampak ke hidung dan telinga aku ni dah keluar asap tebal macam motor legend tu.

"Yup lebih dari tu. Special extra lagi."

Aih suami aku ni melayan je abang Fiqri ni dah kenapa. Lupa ke bini ada kat sebelah ni. Nasib baiklah aku ni dah ditakdirkan tak nampak,kalau tak mata aku tercemar tengok dua lelaki yang miang tak bertempat dengan senyuman mintak kaki aku melekat dekat mulut sorang demi sorang. Lantaklah abang ke suami ke..

"Ayah ! Tengok abang ni cakap benda tak senonoh. Iya nak breakfast dengan tenang ni."

Ayah pula ketawa kecil."Abang tak sabar nak anak buah tu. Hah Syahmi,buat kerja kasi laju ye. Ayah tak sabar nak pegang cucu ni."

Mak aih. Ayah pun satu kaki jugak !

"Pergi honeymoon tempat yang best-best sikit tau. Baru ada feel pengantin baru."

"Hahah insyaallah Fiq,ayah. Doa-doalah ye mana tahu secepat mungkin. Dapat pulak yang comel-comel."

Otak dia..Macam ni rupanya ye perangai sebenar abang Syahmi ni. Tak sangka selama ni aku tertipu dengan suara dia yang lembut menusuk kalbu yang boleh buat bunga pun kembamg setaman. Kau tunggu ye encik suami,siap kau aku pulas-pulas telinga dia.

Eh geram cheq !

"Haih sabarlah Iya. Lelaki kalau otak tak melencong ke tempat lain memang tak sah. Dah Iya makan cepat nanti ibu bawak Iya lari keluar. Biar suami Iya tidur tak berteman."

Yes ! I support you ibu. Ibu memahami aku. Uwwu aku happy. Biar padan muka abang Syahmi.

"Dah-dah makan. Merah dah muka Iya tu kang nanti ada pulak aksi pinggan terbang kat dapur ni." Usik ayah membuatkan aku tersenyum kecil. Lega aku bila ayah berhentikan drama ekspress typical drama melayu.

Tak ada benda lain ke nak cakap ?

Aku tersentak kecil bila tangan kanan aku digenggam. Nak pujuk aku lah tu. Tak nak maafkan dia. Habis aku blushing teruk kat sini. Macam mana aku nak makan dengan tenang ?

"Sorry,sayang."

***

"Sayang bawak baju sikit je. Nanti kita balik sini lagi sebelum pindah rumah kita."

"Kita tidur rumah umi dengan abah berapa hari ?"

"Sehari je. Lusa kita balik sini ambik barang Iya."

Aku mengangguk lalu beg pakaian dizip kemas. Aku menghampiri abang Syahmi yang berada di katil. Belum sempat aku nak duduk,tangan aku ditarik tanpa sempat aku tahan sebelum aku terjatuh atas katil. Eh kenapa tinggi semacam ni ?

"Nice."

"Abang ?" Ya allah. Bawah aku abang Syahmi ? Habislah suami aku kena hempap dengan aku.

Aku cuba untuk bangkit tapi dia peluk aku erat. Tak nak lepas. Ni bukan sengaja aku terjatuh tapi dia sengaja jatuhkan aku.

"Just stay in this position nicely. Abang suka."

Aku mencebik."Eleh, awal-awal bolehlah suka-suka,sweet-sweet bagai. Nanti bila dah lama kahwin duduk sebelah pun tak nak."

"Sayang." Pipi aku dicubit perlahan."Kenapa cakap macam ni ? Sayang ragu-ragu dengan abang ?"

Aku tergemap. Tak terfikir pulak assumption aku buat dia fikir aku ragu-ragu dengan dia. Alamak aku dah buat dia kecik hati. Aku dah buat suami aku terasa.

"Bagitahu abang sayang,jangan pendam."

Aku menghela nafas perlahan lalu kepala aku sandarkan atas dada dia. Sejak dah kahwin ni kan,aku suka dengar degupan jantung dia. Buat aku tenang dan damai. Gittcheww.

"Iya.."

"Hmm ?"

Cakap je lah adu kau ni. Kang dia merajuk baru padan muka kau. Tak dapat dah nak peluk dia malam-malam sebelum tidur. Tak dapat morning kiss daripada dia pagi-pagi.

Aih melalut !

"Iya bukan apa. Walaupun Iya tak nampak abang,tapi Iya tahu abang hensem."

Eh tiber.

"Yang hensem tu abang terima."

Ngeee suka la tu. Siapa je nak mengaku diri tu tak hensem kan ?

"Kalau dah hensem,mestilah abang ramai fans kan ? Orang hensem macam abang ni kahwin dengan budak baru lepas spm ? Buta pula tu. Jauh panggang dari api. You deserve someone better,abang."

Abang Syahmi mengeluh perlahan lalu kepala aku diusap lembut. "Sayang.. Kenapa suka mempersoalkan takdir Allah ? Abang lari pergi dekat orang lain,kalau Iya jodoh abang. Abang tetap tak boleh lari. Tak kisahlah Iya sempurna ke tak ke,yang penting Iya isteri abang."

Mata aku terpejam bila abang Syahmi kucup dahi aku sekilas."Kalau Iya rasa Iya tak layak berdiri sebelah abang,abang yang patut tak layak berdiri sebelah sayang."

"Sayang kena yakinkan diri sayang,yang sayang lebih hebat dari orang lain lagi-lagi abang. Iya throwback balik moment Iya dari Iya kecik sampai besar. Ada Iya sentiasa tersenyum sampai sekarang ? Ada Iya boleh membesar macam orang lain sampai sekarang ?"

Tanpa sedar air mata aku mengalir. Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih sangat. Aku takut dia tinggalkan aku. Aku takut dia hina aku memandangkan sekarang aku sepenuhnya hak milik dia.

Dia arkitek yang berjaya sedangkan aku ? Spm pun tak ada. Apa yang ada je dekat aku yang serba kekurangan ni. Nak duduk sebelah dia pun aku rasa malu sangat-sangat. Rasa macam anak gelandangan duduk sebelah anak orang kaya yang bertaraf tinggi.

Aku rasa kerdil.

"Sayang jangan menangis."

Makin lebat air mata aku dibuatnya. Orang kata kalau orang tengah menangis,jangan ditegur. Nanti makin teruk. Tengok je lah aku sekarang ni. Kalau boleh nak meraung meroyan macam baru kena tinggal dengan partner.

"Okay dengar abang cakap ni,"

Aku sorokkan muka di celah leher dia. Nak pengsan bau minyak wangi dia. Bapak wangi ! Duduk rumah je kot. Kalah aku yang jarang keluar rumah.

Lantaklah. Yang penting aku suka bau suami aku.

"Rose yang abang sayang dan cinta,adalah Rose yang dilindungi oleh semua orang. Look,masa Iya sakit. Iya ada abang Fiqri yang jaga. Masa Iya down,Iya ada ayah dan ibu yang bagi semangat. Masa Iya sedih,kawan-kawan Iya semua ada dengan Iya. Tak ada seorang pun yang tinggalkan Iya."

Belakang aku diusap perlahan."Jangan selalu down dengan diri sendiri. Abang nak Iya lawan semua tu. Sayang ada abang,ada ayah dan ibu,ada mama dan papa,ada umi dan abah. Ada semua lah. Kalau Iya rasa Iya nak mengalah,fikir perasaan abang. Apa yang abang rasa kalau Iya terus down dengan diri sendiri ?"

"Can you just think about how I feel then ?"

Aku peluk abang Syahmi dengan erat sampaikan bibir aku menyentuh kulit leher dia. Air mata dah tak mampu nak berhenti mengalir. Sekarang aku sedar yang aku sebenarnya selfish. Aku cuma kata aku redha dengan ketentuan Ilahi tapi sebenarnya tak. Aku ungkit-ungkit kenapa aku diuji sebegini tanpa aku sedar. Aku cuma fikirkan diri aku yang malang dengan takdir Allah sedangkan di luar sana ada yang lagi teruk daripada aku.

Aku memang selfish,overthinking, mengada-ngada,such an attention seeker and all about negative thought dah seakan sebati dalam diri aku.

Aku lupa siapa yang pinjamkan aku udara. Aku lupa siapa yang bagi aku pinjam nikmat mata. Dan Allah ada hak untuk ambil semula hak dia.

Aku sepatutnya bersyukur bukan mempersoalkan.

"Sentiasa ingat dalam hati,abang sayang Iya seorang. Abang milik Iya dan abang akan cuba sedaya upaya bahagiakan Iya."

"Iya mintak maaf."

Aku harap,ni maaf aku yang terakhir atas kesilapan aku.

"Abang maafkan. After this,let's create our happiness together. Kita hidup macam pasangan suami isteri lain. Kalau ada yang tak kena,just spill the tea. Abang tak nak ada rahsia antara kita okay ?"

"Okay. Iya sayang abang."

"I love you too."

Aku tersenyum halus. Mungkin sebab inilah aku dijodohkan diusia yang muda sebegini. Ada orang yang betul-betul aku perlukan. Ada orang yang betul-betul aku boleh sayang sepenuhnya. Ada orang yang aku betul-betul boleh bergantung harap.

Dan tugas aku dekat dunia ni hanyalah perlu bersyukur. Bukan mempertikaikan.

"Sayang.."

"Hmm ?"

"Nak baby."

Erkk !

***

"Assalamualaikum umi,abah."

"Waalaikumusalam menantu umi dah sampai. Alhamdulillah. " Aku berlaga-laga pipi dengan umi. Sekarang baru aku sedar,bukan fizikal yang orang pandang.

Tapi hati.

"Umi masak apa ni ? Sedapnya bau sampai ke luar." Aku memeluk lengan abang Syahmi sambil menapak masuk ke dalam. Bau masakan yang enak membuatkan nafsu makan aku meningkat.

Bau ni macam,

"Umi masak ketam masak lemak cili api."

Kan ! Aku dah agak makanan favourite aku. Ya allah umi ni penyambut menantu yang terbaik ni !

"Jom lah makan dulu abah dah lapar ni." Ujar abah membuatkan aku tertawa kecil. Comel je abah ni macam ayah. Kalau lapar je mesti ajak semua orang untuk makan sekali.

Jarang nak makan seorang diri.

Aku menapak dengan penuh berhati-hati sebelum aku didudukkan di kerusi. Aku rasa segan pula bila dengar senduk bertemu dengan pinggan menandakan seseorang sedang menyenduk nasi ke pinggan.

Sedangkan aku ? Duduk sambil tunggu nasi atas pinggan.

Agak-agak bahagia tak suami aku nanti ?

"Sayang,kita kongsi okay ? Abang kopekkan ketam."

Aku terkejut. Takkan lah sampai macam tu sekali ? "Eh tak apa. Iya makan sendiri."

"Iya tak makan ketam ke ?" Soal abah membuatkan aku tersentak. Aku rasa umi pun tengah pandang aku sekarang ni. Aku tak makan ketam ?

Manusia yang paling rugi dalam dunia ni.

"Tak abah. Iya makan je. Cuma tu lah.." Aku menyentuh lengan abang Syahmi. Kesian pula dia nak kena layan aku. Dia pun lapar. Lagi-lagi dia yang memandu tadi.

"Abang makan lah. Ketam ni Iya boleh kopek sendiri."

"It's okay sayang. Bagi lah abang layan isteri abang ni."

Ya allah dia ni pun. Nak bersweet-sweet janganlah depan mak mertua aku. Aku malu ! Dia tak faham ke ?

Umi tergelak kecil."Dah Iya layan je si Ami ni. Nanti perut dia lapar baru dia tahu. Iya makan puas-puas."

Aku tersengih kecil mengiyakan kata umi. Kalau boleh nak je aku buat macam tu tapi aku tak nak derhaka dengan suami sendiri. Aku masih ada tangan boleh makan sendiri.

"Macam ni,abang kopek kulitnya lepas tu isi letak dalam pinggan. Iya suap okay ?"

"Hmmm.."

"Boleh tak ?"

Abah berdehem tiba-tiba membuatkan senyuman aku mati. Alamak kau buat drama tak laku dekat meja makan ni dah kenapa ?

Depan mak ayah mertua pulak tu.

"Tengok diorang ni pun dah kenyang umi. Lain kali kita pergi honeymoon umi. Anak dah besar."

"Hish apa abah ni."

Aku tergelak kecil. Comel lah dua-dua ni. Aku fikir nak marah aku tadi.

"Boleh je abah,umi. Ami sponsor nanti."

"Hahah dah makan. "

***

Aku menapak satu-persatu anak tangga menuju ke tingkat atas. Nak kepastian sama ada abang Syahmi dah selesai solat isyak ke belum. Saja aku turun bawah borak dengan umi memandangkan aku tengah datang bulan. Nak tidur awal lagi masalahnya. Aku mengantuk pun tak.

Aku mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum menapak masuk lalu dikunci. Bunyi pancuran air dari dalam bilik air memberi aku jawapan. Tapi aku pelik,kenapa suami aku mandi malam-malam ? Tak sejuk ke ?

Aku menapak perlahan-lahan ke katil apabila bunyi pancuran air terhenti. Belum sempat aku nak duduk,terdengar suara lelaki menjerit.

Yang pasti bukan suami aku.

"Amii !!! "

Weh ya allah. Astaghfirullahalazim ! Jantung aku nak tercabut. Aku salah masuk bilik ke ?!

"Ya allah,sorry-sorry."

"Weh bodoh !" Kedengaran bunyi pintu bilik dibuka kasar. Aku dah mula gugup. Kenapa aku boleh salah masuk bilik orang ni ?

Bilik lelaki kot masalahnya !

"Ami !!"

"Muhd Akmal Syahmi ! Wife kau sesat masuk dalam bilik aku ! Ambik cepat !"

Aku meraba dinding untuk menapak keluar. Tubuh aku dah menggigil kecil. Tak tahu nak rasa apa tapi sumpah aku rasa takut gila-gila. Kalau boleh nak je aku pura-pura pengsan kat sini.

"Jangan dekat-Ami ! Cepatlah gila !"

Aku pejam mata bila suara abang kepada abang Syahmi memetir. Mungkin sekarang dia dekat depan aku ?

"Ya allah." Aku rasa lega bila aku ditarik ke dalam pelukan abang Syahmi. Sumpah ketar lutut aku weh.

"Akif macam mana dia boleh masuk bilik kau ?"

"Mana lah aku tahu aku tengah mandi. Bahaya siot ! Nasib baik aku tak naked tadi."

Telinga aku ditutup tangan abang Syahmi. Habis tercemar."Jom sayang."

Aku membuntuti abang Syahmi. Masuk sahaja dalam bilik,aku terus peluk dia erat. Aku takut campur rasa berdosa. Setahu aku masa dia tunjuk aku bilik dia betul-betul sebelah tangga. Tapi sebelah kiri.

Eh jap. Kenapa aku pergi arah kanan ?

Ah sudah !

"Iya mintak maaf. Iya tak sengaja masuk bilik abang Akif. Iya ingat bilik abang sebab-"

"It's okay sayang. Tak sengaja kan ?"

Malu aku dibuatnya. Dah lah siap kunci pintu pulak tu. Siap nak baring lagi kat katil. Mampus aku nak kena berhadapan dengan dia lagi.

"Akif tu abang kedua,abang. Dia baru lepas balik kerja lah tu."

Aku mengangguk perlahan lalu melabuhkan duduk di sebelah dia. Baru dua hari aku jadi isteri dah mula buat hal.

"Tadi abang ada lah borak dengan Umi sikit,"

"Abang borak apa ?" Eshh sibuk je aku ni. Biarlah dia nak borak dengan mak dia.

"Abang cadang nak bawak Iya tinggal rumah kita. Tapi umi tak izinkan,umi cakap bahaya tinggal Iya sorang-sorang kat rumah lagi-lagi bila abang pergi kerja. Umi kata kalau duduk sini dengan umi adalah yang boleh tengok-tengokkan Iya. Iya macam mana ?"

Hmm..Kenapa dia tanya aku ? Kalau aku cakap aku nak duduk bawah ketiak dia tiap-tiap hari dia bagi tak ?

"Iya tak kesah. Kalau abang tak selesa tinggal sini,Iya ikut je abang nak duduk mana-mana."

Tapi kan kalau duduk dengan Umi pun best jugak. Bolehlah aku belajar masak ke kemas rumah ke basuh baju ke. Sekurang-kurangnya keselamatan tu ada lah had dan terjamin.

Tapi kalau dia nak tinggal rumah yang dia nak beli tu pun aku tak kesah. Mungkin dia nakkan privasi. Nak peluk cium aku pun dalam bilik. Kalau rumah sendiri kat mana-mana pun tak kesah.

Katanya..

"Kalau Iya tinggal sini,Iya selesa ke ada Akif ? Kadang-kadang abang Atif pun ada singgah balik sini."

"Abang Atif ?"

"Abang first."

Ouh..So kira adik-beradik suami aku ni semua lelaki lah ?

Semua hensem-hensem ke ? Kalau yang si Akif tu hensem jugak..Nak lah aku recommend dekat Aisyah ke Rabi ke Afiy ke. Dapatlah jadi adik ipar kan ?

"Selagi Iya tinggal dengan umi insyaallah Iya selesa. Andai kata umi ada hal,abang hantar Iya balik rumah ibu."

"So kita tinggal sini ?"

"Yupp."

Dahi aku dikucup perlahan. "Sementara je tau sayang. Nanti kita pindah rumah kita sendiri."

"Okay abang."

***

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

4.8K 171 32
Neya gadis cantik idaman jejaka, seorang yang lemah lembut dan cukup berdikari. Namun diusia 26 tahun, Neya masih tidak pernah memikirkan untuk berum...
577K 23.9K 46
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYE...
2K 128 18
Dᴀʀιᴇʟ Lᴇᴀɴᴅʀᴇ X Eιғғᴇʟ Dᴀɴᴇᴇɴ Eiffel Daneen dengan teori novelnya tidak pernah berpisah. Bagaikan kuku dengan kulit. Namun, itu tidak menjadi masal...
522K 19.3K 41
2 0 2 0 [KARYA 2] Adrian Alexnder × Haura Raissa T A M A T Know as 'Dark World' *Abaikan typo/grammar #Ditulis ketika newbie TUAN ADRIAN ALEXNDER seb...