Bab 13

4K 218 2
                                    

"Rabia !"

"Weh hahaha.." Aisyah disebelah sudah terkekek-kekek ketawa melihat wajah cemberut Rabiatul. Faqira mengusap dadanya kerana terkejut. Punyalah kusyuk dia termenung sekali ada benda jatuh kat depan dia. Nasib baik bukan rotan cikgu yang mendarat atas meja. Baru nak menggigil.

"Eii jangan lah panggil Rabia !" Kaki dihentak geram. Sakit tau telinga titew dengar.

"Ni apahal ni tiba-tiba hempas buku ? Nak kena hempuk dengan aku pulak ke ?"

Rabiatul tersengih. Tali beg sandang yang masih disangkut di bahu dibetulkan sebelum tangan Aisyah dipegang. Wajah comel cuba ditayang.

"Korang..Hari ni kan dah start training..Jom stayback ?"

"Nooo.." Laju Aisyah menarik kembali tangannya lalu disilang di dada. Wajah serius di pamerkan membuatkan Iylia tergelak kecil. Dah agak sangat dengan respon Aisyah ni.

"Aku tak nak." Bantah Aisyah laju.

"Aku pun." Afiy memintas. Roti coklat disumbat ke dalam mulutnya sebelum berdiri di sebelah Rabiatul.

"Aku..." Iylia mengangkat kepala."Tak nak stay." Kepala dijatuhkan kembali. Nak stay petang panas-panas macam ni ? Wuu tak boleh tak boleh ! Dengan sakit badan macam ni.

"Alaa korang !" Kaki dihentak geram. Wajah Rabiatul dah bertukar cemberut. Geram barangkali apabila masing-masing membantah. Dalam hati dah merungut tak puas hati. Susah dapat member tak aktif sukan ni.

"Kenapa ni ?" Cik Zul yang entah dari mana datangnya mencelah di antara Afiy dan Rabiatul. Faqira mengecilkan mata memerhati Cik Zul. Pagi-pagi dah merayap.

"Kau ke mana hah ?"

Tangan diangkat simbol 'peace'."Saya pergi kelas H lepas tu pergi kantin jap." Susu dutch lady strawberri di tangannya digoyang-goyang. Seronok betul dapat minum susu pagi-pagi. Susu strawberri pula tu.

"Cik Zul..Tengok diorang. Semua tak nak stay. Semua tak nak teman aku. Hmm..." Lengan Cik Zul dipeluk. "Jom Cik Zul ? Teman aku ?"

"No ! Saya dah janji dengan mak saya nak pergi Mcdonald."

"Alaaa korang ni tak sporting laaaa ! Merajuk lah macam ni !" Rabiatul mencangkung lalu bibir dijuih ke depan. Tali kasut dimain-mainkannya sehingga terlerai ikatannya. Masing-maisng yang melihat menggeleng kecil. Dah serupa budak-budak.

"Rabi wake up." Arah Aisyah sambil bibir bawah digigit tanda geram. Boleh pula dia memprotes dekat sini.

"Tak nak ! Korang tak nak teman aku."

"Faqira kan ada ?"

Faqira yang mendengar namanya dipetik melopong. Jari telunjuk dihala pada diri sendiri sebelum mengetap gigi memandang Afiy dengan geram. Rasa macam nak je cubit mulut dia tu.

"Kau kata kau stay kan hari ni ?" Rabiatul yang mendengar laju sahaja bangkit. Bibir mula membentuk senyum nipis. Suka lah tu.

"Aku stay pun sebab aku bertugas dekat spbt. Kau Rabi ? Kau join training ke ?"

Rabiatul tersengih. Pipinya digaru perlahan."Aku-"

"Dia nak tengok Tash main bola keranjang."

"Ehehehe..."

Faqira mengeluh dalam hati. Tashriq. Razif. Haih dua-dua manusia tu ada pula petang ni !

"My answer is no ! A big no ! Aku nak pergi spbt."

The Rose [ C ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang