Bab 32

3.6K 187 2
                                    

"Makanlah dulu. Pak cik nak solat jap."

Faqira mengangguk bersama secebis senyuman kelat. Tubuh berisi pak cik yang berlalu pergi dipandang sebelum dia kembali memandang lauk-pauk yang dihidangkan di atas meja. Walaupun makanan tersebut tampak menyelerakan. Namun sedikit pun tidak mampu menarik selera dia.

Dia menoleh memandang pintu utama rumah yang terbuka. Dengan hati yang berat,dia paksakan juga langkah kakinya walaupun dalam keadaan terhinjut-hinjut. Rasa bersalah kembali menghantui dirinya tatkala memandang Razif yang sedang termenung menikmati suasana waktu malam.

Salah dia ke sampai lelaki itu tak mahu bertegur sapa ?

Salah dia ke sampaikan Razif sanggup tahan lapar.

Faqira menghampiri Razif yang sedang berbaring di bangku kayu yang panjang. Dengan mata terpejam rapat. Seakan tenggelam dalam dunia sendiri. Atau mungkin juga sedang berjauh hati.

"Razif."

Tampak perubahan melalui cara Razif bernafas tatkala hadirnya dia. Namun tak pula dia menjawab atau memandangnya.

"Jom makan ?"

Senyap. Faqira menunduk bersalah. Belum sempat dia mahu menghampiri Razif dengan lebih dekat,suara lelaki itu terlebih dahulu menghalangnya. Cukup membuatkannya tersentak.

"Blah."

Hatinya bagai dihentam sebiji batu yang panas. Cukup membuatkan Faqira hampir merundum hancur. Kenapa ?

"Tapi dah dua hari kau tak makan-"

"Kau kisah apa ?Aku ni bukannya orang yang penting dalam hidup kau."

Kelopak mata dipejam rapat menahan rasa hati yang bagaikan ditoreh dengan pisau. Air mata yang seakan mahu bertakung cuba ditahan.

"Razif-"

"Tolong blah. Kalau aku mati kelaparan pun kau dah tak payah risau. Dah tak ada yang kacau kau dengan kenyataan yang kau sendiri nafikan kan ?"

"Aku tak cakap pun macam tu kan ?!"

Razif bangkit daripada baring sambil menyarung selipar. Wajah Faqira dipandang bersama pandangan dingin yang dilitupi dengan secebis duka. Dia tahu Razif terasa dengan dia.

"Dah lah Qira. It's okay. Pak cik sendiri cakap esok dia nak hantar kita balik. So lepas ni kau tak payah risau. I will just follow my flow. Kau pun sama. So lepas ni kau boleh anggap yang aku tak pernah wujud."

Usai sahaja berkata,Razif berlalu pergi meninggalkan Faqira. Sempat juga bahu gadis itu dilanggar kasar sebelum dia hilang dibalik pintu kayu itu. Faqira terdiam sebelum tangisannya terhambur. Sungguh dia terluka sangat. Kenapa sampai macam ni sekali Razif benci dia ?

"Kau sendiri tak nak percaya so terpulang."

"Anggap je lah abang kau dah mati."

Air mata semakin bercucuran mengalir. Dia sendiri masih keliru dengan kenyataan atau andaian. Kenapa Razif perlu menghukum dia sampai macam ni sekali ?

Besar sangat ke silap dia ?

***

"Alhamdulillah syukur korang selamat."

Air mata Faqira mengalir tatkala tubuhnya dipeluk oleh Puan Maya. Ibu kepada Razif yang juga dikatakan bahawa ibu kandungnya. Tak pasti kenapa tetapi pelukan Puan Maya cukup membuatkan hati Faqira terusik. Seakan cuba menyampaikan sesuatu yang masih belum mampu diteruskan.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now