Bab 39

3.2K 271 14
                                    

There's too much silent readers.

Sis kecik hati dgn korang sumpah.

***

Aku menjeling sekilas lalu meneruskan mencuci pinggan. Kalau mama dengan papa tak ada kat meja makan tadi,memang hilanglah sopan santun aku. Lantak kau lah kau abang ke kau adik aku ke. Kau kurang ajar dengan aku. Perlu ke aku balas dengan kebaikan ?

"Rose.." Aku jernihkan semula senyuman memandang papa yang sedang mengisi air ke dalam botolnya. Papa yang lengkap berpakaian sukan membuatkan kening aku berkerut. Jangan kata yang papa pun ahli persatuan kelab golf ?

"Papa nak pergi mana ?"

Papa menghampiri lalu kepala aku diusap perlahan."Papa nak pergi main badminton dengan kawan papa. Nak ikut tak ?"

Aku menggeleng."Tak apalah pa. Iya duduk rumah dengan mama."

"Okay." Kepala aku dikucup sekilas."Papa pergi dulu. Jangan balik dulu tau. Tunggu papa balik dulu."

"Okay pa. Hati-hati."

Aku mengelap tangan dengan kain kering dan terus menuju ke luar rumah. Kelihatan mama sedang rancak berbual dengan Raisya menggamit aku ke sana. Walaupun aku tahu dia memang tak suka aku. Tapi demi mama.

Why not ?

"Hai ma..Raisya."

Mama mendepakan tangannya menyuruh aku mendapatkannya manakala Raisya hanya memberi cebikan kecil. Saat dia mahu berlalu,pantas aku pegang tangan dia.

"Lepas." Raisya menepis tangan aku lalu terus berlalu masuk ke dalam rumah. Raut wajah mama berubah tatkala melihat Raisya dan aku yang tak sefahaman.

Aku jadi serba salah.

"Ma..Ma tunggu sini kejap tau."

Aku berlari masuk ke dalam. Raisya yang baru mahu memijak anak tangga pantas aku dapatkan lalu tangannya aku pegang. Dia berpusing dengan wajah yang tak berperasaan.

"Siapa kau nak sentuh aku ?"

"Siapa kau nak kurang ajar dengan aku ?"

Aku pulangkan soalan dekat dia. Aku tak kisah kalau dia nak kurang ajar dengan aku asalkan bukan depan mama atau papa. Tu je aku minta. Tak kisahlah hipokrit mana pun kami,asalkan bukan depan mama dan papa.

Dia menjeling aku sekilas lalu merentap tangan dia. Dia berpusing sambil memeluk tubuh dan badan disandarkan di penghadang tangga sambil mata men'scan aku dari atas ke bawah. Mengundang rasa terkilan di hati.

"Look,kau baru stay kat rumah ni dua hari tau. Asal kau nak berlagak macam kau dah lama duduk dalam rumah ni ?"

Dush !

Abang dan adik. Dua-dua sama. Ni kalau aku lagakan dua-dua kepala manusia ni memang sedap. Mulut macam minta kena pijak.

"Raisya Zahirah Zainuddin. Mana adab kau masa bercakap dengan aku ?"

"Erghh..Tolonglah sis. Kau siapa sampai nak suruh aku beradab dengan kau ?"

Tanpa sempat aku sedar,bahu aku ditolak membuatkan badan aku tak stabil lalu terjatuh dua anak tangga ke belakang. Aku terkedu campur terkejut.

"For your information. Tak kisahlah kau nak duduk sini berapa lama. Kau kena tahu yang kau tu menumpang. Menumpang kasih sayang mama dan papa. Menumpang kasih sayang keluarga aku. Menumpang dalam rumah kitaorang. Kau tak sedar ke kau ni pengemis ?"

Air mata aku menitis buat kesekian kali. Pedih dengan kata-kata nista Raisya. Dan paling sedih,Razif yang berada di penjuru tangga juga turut memerhatikan adegan kami adik-beradik.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now