Bab 24

3.5K 206 5
                                    


"Rose tak datang ?"

Puan Maya termangu sebelum menggeleng kecil. Wajah Encik Zainuddin di sebelahnya dipandang sekilas. Cuba memberitahu sesuatu namun hanya senyuman tipis yang diterimanya sebelum tangan tuanya digenggam lelaki itu.

Razif mengeluh kecil. Tangannya yang bersambung dengan IV drip diusap perlahan."Dah tiga hari ma. Dia langsung tak datang."

"Abang.." Puan Maya tersentak apabila belakang tubuhnya diusap perlahan tangan tua suaminya. Seakan memujuk dirinya supaya tidak terhasut dengan mainan emosi.

"Mama dengar apa yang abang cuba cakap dekat Rose hari tu."

Razif mengerling sekilas sebelum pandangannya dilemparkan ke tingkap tepi katilnya. Memandang langit cerah dengan sinaran mentari pagi. Namun tidak sedikit pun dapat mengembalikan mood nya kepada yang asal.

"Abang tak tahan ma."

"Abang please. Abang dah janji dengan mama dan papa kan yang abang takkan buka mulut ?"

Razif diam. Perlahan nafasnya diatur tatkala deruan air-cond menampar lembut tubuhnya. Fikiran melayang memikirkan gadis nan satu itu.

"Abang buat apa yang abang nak."

"Tapi mama tak suka ! Abang sendiri tahu kan-"

"Dia hak abang."

Ujaran sepotong ayat itu berjaya membuatkan Puan Maya terdiam. Seakan jelas terasa dengan kata-kata yang cukup mendalam buat hati seorang ibu. Ibu mana yang sanggup terima semua perkara yang dia sendiri tak mahu. Dia tak rela.

"Ma abang minta maaf. Tapi-" Tangan naik meraup muka. Seakan menanggung beban yang menggunung di dada. Sungguh dia terasa sesak dengan semua masalah yang membelenggu diri."Abang tak boleh hidup berpura-pura macam ni. Abang tak boleh berhadapan dengan orang yang-"

Nafas dihela berat."Abang sayang."

"Abang." Suara Encik Zainuddin membuatkan Razif memejam kelopak mata. Seakan tahu apa yang cuba disampaikan oleh bapanya. Seakan tahu apa yang bakal dituturkan lelaki itu.

Yang pasti,tidak akan sesekali berpihak padanya..

"Papa tak nak abang buat sesuatu yang luar daripada pengetahuan papa dan mama. Just focus on your study and also SPM. Please,"

"No. I won't." Razif mengalihkan pandangan memandang tingkap semula. Sungguh sebelah hatinya meraung mahukan keadilan. Mahukan kebenaran. Tetapi batasan daripada kedua ibu bapanya membuatkan harapan dia.

Hampir terkubur.

"Selagi Rose tu hak abang. Abang tak akan give up."

"Abang tolonglah ! Biarkan Rose tu dia pun ada hidup dia sendiri."

Encik Zainuddin merengus kasar sebelum menarik Puan Maya turut berlalu keluar. Meninggalkan anaknya bersendirian. Yang berpegang teguh dengan ego. Sungguh hati lelakinya agak memberontak dengan gelodak emosi. Namun demi sifat seorang bapa. Dia sanggup hadam.

Razif yang melihat pemergian kedua orang tuanya hanya mampu menghela nafas perlahan. Bukan niat dia mahu bersikap kurang ajar. Tapi sekurang-kurangnya dia berusaha. Berusaha untuk dapatkan apa yang pernah dia hilang. Berusaha untuk dapatkan semula apa yang pernah dimiliki.

"No matter what,I'ill fight for her."

***

Buku teks sejarah ditutup sementelah rasa bosan menyapa dirinya. Sungguh sejak beberapa hari ni dia rasa kurang selesa. Rasa macam ada yang tak kena. Emosi dia pun macam tak betul. Rasa seperti berkait rapat dengan seseorang yang rasanya dia ada buat salah.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now