Bab 15

4.1K 251 5
                                    

Thanks for all the silent readers

°°°°

"Aisyah !"

Pantas tangan Afiy ditarik dengan langkah laju mara ke kelas dengan segera. Bibir terkumat-kamit memarahi orang belakang. Tak mahu dia berjumpa dengan si malaun tak guna tu.

"Weh dia kejar kita." Kalut Afiy yang curi-curi tengok belakang. Bangunan kelas yang tak berapa jauh lagi dipandang.

"Laju lah sikit jalannya. Aku tak nak jumpa dia."Tegas Aisyah bersuara. Tanpa sedar,lengan Afiy dicengkamnya mungkin kerana takut atau geram atau juga terlampau marah.

"Aisyah kejap !"

Alah apa mamat ni nak ?! Blah lah weh !

Satu rentapan berjaya membuatkan pegangannya pada lengan Afiy terlepas. Wajah bengis Luthfi dipandang dengan kerutan di dahi. Jelas nafas lelaki itu berombak laju.

Luthfi berpaling menghadap Afiy."Please,leave us." Pintanya perlahan. Afiy mengangguk dan saat dia membuka langkah pantas Aisyah menahan.

"No,Afiy stay here." Luthfi dipandang."Kalau kau nak cakap,cakap depan dia. Aku tak nak cakap berdua dengan kau." Tangannya yang dipegang Luthfi direntap. Meluat disentuh lelaki curang sepertinya.

"Aisyah please."

"No."

Luthfi mendengus geram."Afiy,please."

"Jangan pergi,Afiy."

Ah sudah. Afiy memandang kedua-dua manusia itu bersilih ganti. Sebolehnya dia juga tak mahu mencampuri urusan dua orang rakannya ini. Tapi Luthfi dan Aisyah,dua-dua kawan baiknya.

Mana satu harus dia pilih ?

Afiy tersentak apabila mendapat isyarat melalui panahan mata Luthfi yang tajam. Lambat-lambat dia menapak ke belakang sebelum meloloskan diri. Aisyah yang melihat hanya mampu menyumpah seranah Luthfi dalam hati. Sesuka hati halau kawan dia pergi !

"Kau nak apa ?"

Wajah Luthfi bertukar redup."Tashriq kata kau break hubungan kita. Why ?"

Aisyah yang mendengar tergelak kecil atau jelas sekali kedengaran sarkastik bunyinya. Kaca matanya ditolak mengena pada batang hidung. Rasa kelakar pula dengan ex dia ni.

"Kau sendiri ada jawapannya."

"Sebab Syifa ?"

Aisyah tersenyum sinis. Haih dah tahu tapi pura-pura tak tahu. Alahaiii..

"Aisyah,kau dah salah faham."

"Kau nak kata yang,kau dengan Syifa tak ada apa-apa lah ni ?" Tebaknya sebelum mendapat anggukan laju daripada Luthfi. Serta-merta tawanya terlepas sehingga mengundang kerutan di wajah Luthfi. Entah kenapa lelaki itu kelihatan seperti dituduh bersalah.

"So lame." Mata dijulingkan ke atas."Macam ni lah Luth. Aku tak nak tahu dan tak nak ambil kesah even sekecil kuman pun pasal kau dengan Syifa. Kau nak bercinta dengan dia ke apa ke just go."

"Aisyah apa ni ?"

"Aku apa ?" Dah kenapa dengan mamat ni ? Kena langgar kereta ke semalam. Muka polos semacam macam mengaku yang dia langsung tak bersalah.

Luthfi mengetap bibir. "Aku cuma sayangkan kau bukan Syifa."

"Kau dah berpaling tadah ke sekarang ni ? Daripada aku lepas tu Syifa and return to me ?" Aisyah tergelak sinis. Tangan naik menyentuh dada.

The Rose [ C ]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum