Bab 20

4.3K 208 6
                                    


"Aisyah."

Tubuhnya dibalikkan menghadap ke belakang sebelum dia tersentak kecil. Baru sahaja dia mahu pergi,sekali lagi namanya diseru. Kali ni seakan berbeza sekali cara lelaki itu memanggilnya.

"Kau nak apa ?"

Luthfi mara ke hadapan setapak. Berdiri bertentangan dengan Aisyah. Sempat juga dia memberi isyarat tangan pada Cik Zul,Iylia serta Afiy supaya meninggalkan mereka. Sampai bila mereka mahu bermusuh ?

"Kau masih marahkan aku ?"

Bibir Aisyah terjongket sebelah. Seakan memberi reaksi sinis pada lelaki itu. Kedengaran lucu di telinganya."Tak ada faedah pun lah kalau aku marah kau. Please lah..Macam tak ada benda lain nak tanya."

"Aisyah." Luthfi menghela nafas berat."Aku tahu kau marahkan aku lagi. Tapi sumpah aku dengan Syifa tak ada apa-apa pun. Kau tak percayakan aku ke ?"

Aisyah mengerling Luthfi sekilas. Hatinya sakit tatkala perasaan yang sama kembali menebar di dada. Dia cuba untuk membuangnya tetapi setiap kali terserempak dengan Luthfi,semuanya punah.

"Aku still sayang kau,Aisyah."

"Luth please." Nafas dihela kasar."Last aku cakap. We're over. Anggap je kita tak pernah couple. Kau teruskan dengan hidup kau dan aku dengan hidup aku. "

"Aisyah-" Kata-katanya laju dipintas dengan isyarat tangan Aisyah yang memaksanya supaya berhenti.

"Lagi pun,kita still underage. Rasanya tak perlu kot nak bercinta-cinta bagai kat sekolah. Buang masa. Silap aku lah kan yang bodoh sebab ajak kau couple dulu. But please,jangan mengharap. Kita stop kat sini."

Luthfi memejam mata sekilas."Kau benci aku ke Aisyah ?"

"Kan aku dah cakap jangan cakap benda ni."

Bibir diketap rapat."Aku tanya,kau bencikan aku ke Aisyah ?" Soalnya lagi. Gila betul kalau dah terlibat dengan cinta beruk ni.

"Haih..Kau nak tahu sangat kan ? Yup. Memang aku benci kau. Aku benci kau sangat-sangat sampaikan aku rasa aku tak nak tengok muka kau pun. Puas hati ?"

Lambat-lambat Luthfi mengangguk. Sungguh hati lelakinya benar-benar terasa dengan bait-bait kata yang cukup membuatkan hati lelakinya terguris. Namun dia cuba tepis semua itu,malah dipaksa ukirkan senyuman di bibir. Walau kelihatan sungguh kelat.

"Kau maafkan aku ?"

Aisyah menjeling menyampah. Walhal sedaya upaya dia memujuk hati supaya jangan menangis di sini.

"Kalau dah benci,then ?"

Perlahan kepala mengangguk mengerti. Poket seluar kanan diseluk lalu sekeping gambar yang mempamerkan mereka berdua dihulur. Kening Aisyah terjongket sebelah tanda tidak mengerti.

"Ni je gambar yang aku ada. Gambar aku dan kau. Kau pegang lah. Kalau rasa nak bakar,ikut suka lah."

Gambar bertukar tangan. Sempat Aisyah melirik senyuman di bibir Luthfi. "Aku pergi dulu. Thanks for everything."

Susuk tubuh Luthfi yang berlalu pergi dipandang. Entah mengapa terasa berat hati saat lelaki itu melangkah semakin jauh. Tapi itulah hakikatnya. Yang dia sendiri mahukan.

Aisyah menunduk merenung gambar di tangannya. Ditenung wajah Luthfi yang tersenyum itu.

'Aku tak patut mulakan..'

***

'Rose Faqira'

Kelopak mata dicelikkan semula. Sedaya upaya dia cuba mengerah otak untuk mengingati semula sebaris nama yang sama disebut. Tetapi dia lupa siapa dan bila nama itu disebut.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now