Bab 36

3.6K 182 5
                                    


"Erk-"

Belum sempat aku nak toleh,ada tangan melingkar di bahu aku lalu kepala aku ditolak rapat ke pangkal bahu abang. Tubuh aku bukan main rapat ditariknya. Nasib baiklah ketiak abang ni peloles tanpa ada hutan belukar dia yang sejemput tu. Kalau tak eee haram nak dekat. Geli.

"Eii ngada-ngada." Pinggang abang dicubit perlahan sebelum aku kembali memeluk abang. Siaran drama korea yang baru sahaja mula ditonton. Tapi cuak jugak la kalau tiber-tiber abang sesuka hati dia nak tukar channel. Aku nak tengok Park So Jun ni..Hensem betul dia malam ni.

"Iya..Marahkan abang lagi ke ?"

Soalan. Ce. Puk. Kau. Kang. Baru.tahu. Tak ada soalan lain ka dei ?

"Abang rasa ?" Abang diam seakan berfikir sejenak.

"Hmm yes. Iya masih marah abang kan ?"

"Hmm boleh tahan la kalau boleh nak je Iya tekup hidung abang dengan boxer abang yang dah koyak rabak macam roti canai tu. Eee tak reti-reti nak buang ke ? Iya nak basuh pun sampai hang mesin basuh sebab boxer abang tu. Eeee."

Eee geram betul aku. Makwe dah cukup lawa dah perfect dah. Tapi dapat boyfriend ? Perghhh ni kalau kak Aini tahu ni mahu kena kaw kaw ni. Ee seriau betul aku nak basuh baju abang aku ni.

"Hahaha. Chill la. Boxer tu kesayangan tau. Ibu yang hadiahkan. Iya apa tau ?"

Perghh berdesing telinga aku. "Habistu nak simpan buat berapa lama ? Sampai dah berbini dah beranak dan bercucu lepas tu nak diframekan tampal kat dinding ? Bila anak cucu tengok abang jawab 'Ni lah art paling berseni berabad lamanya hadiah pertama baba daripada ibu baba..Tadaa..'"

How can I expected that..Eeeuuuwww such a sucks !

"Weh melebih !"Kepala aku ditolak perlahan."Abang tak adalah teruk sangat agak-agak lah. Nanti abang buanglah. Tengah bodek ibu belikan ni abang tengah pokai."

Elemakk sembang rojak ! Tak ada duit jalan terus la dei ! Tak payah nak belok-belok.

"Iya..Jom keluar ?"

"Bila ?"

"Sekarang." Pantas bebola mata aku memanah jam di dinding. Tepat-tepat jam 10 malam. Apa ke jadah ajak keluar malam-malam ?

"Buat apa ? Maleh ah. Esok sekolah la."

Kepala aku dibenamkan lagi ke ketiaknya. Kalau boleh nak suruh aku menjelajah apa yang ada dibalik ketiak dia tu. Apa ?! Ingat ni iklan rexona ke ?

"Jom laaa..Sabtu ni abang dah balik kampus."

"Esok Iya sekolah kang nanti mengantuk. Dah lah esok ada sejarah plus akaun mata kena segar tau. Kalau tak,bamm ! Rotan kat atas meja." Fuh kencang cerita kau Faqira. Hebat ! Hebat !

"Haishh.." Abang menolak aku menjauh dan berura-ura mahu bangkit. Aku memutarkan bebola mata ke atas. Faham sangat la dengan orang sebelah ni. Sikit-sikit merajuk. Lepas tu tak bertegur sapa sampai balik tempat pengajian sana tu. Lepas tu nanti dera perasaan aku dengan sengaja tak nak balik sini.

Hampeh ! Hebat betul lakonan abang ni.

"Ye la ye la. Sabar jap Iya tukar baju."

***

"Abang tahu tak malam ni nak hujan ?"

"Tahu."

"Then ?"

"Suka hati la."

Aku ketap gigi tanda geram. Dia tak faham-faham lagi ke ? Dah lah dalam kereta tadi pasang aircond kuat-kuat macam nak bekukan aku. Ni ajak lepak tepi tasik dengan angin malam yang sejuk menandakan hari nak hujan. Aku ni dah lah tak tahan sejuk. Kang ada yang mati mengejut kat sini tahu la.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now