Oh My Husband

By missyhzy29

420K 12.5K 301

[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apat... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
Rehat jap
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
REHAT JAP
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
100% Recommend
BAB 70
A/N
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
A/N
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
A/N
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
BAB 87
BAB 88
BAB 89
BAB 90
BAB 91
BAB 92
BAB 93
BAB 94
BAB 95
BAB 96
BAB 97
BAB 98
BAB 99
BAB 101
SPECIAL CHAPTER 1
SPECIAL CHAPTER 2
NEW STORY PROMOTION

BAB 100

4.9K 139 3
By missyhzy29

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Memandangkan selepas chapter ini merupakan ending dia, kali ini diperlukan 110 votes untuk buka bab terakhir ya. Bab terakhir memang panjang. Jadi i take banyak masa untuk siapkan sebabtu lah diperlukan 110 votes untuk buka bab terakhir ya. Thank you sudi support and have fun guys.   

                 SUASANA di rumah milik Ryan Datin Fauzian dan Dato Aziz itu. amat meriah dengan kedatang keluarga mereka. Esok hari mereka akan adakat majlis cukur jambul untuk Areen. Aryan juga telah pulang dari asrama. Areen sudahpun berusia 4 bulan, sepatutnya 2 bulan. Sebab sepatutnya Areen dijangka lahir pada 29 September, tapi dia lahir awal iaitu pada 17 Julai.

Ahli keluarga dan kawan yang tidak mengetahui hal ini memang terkejutlah bila tahu Hani beranak awal. Dan hari ini, buat pertama kali Ryan dan Hani akan memperkenalkan mereka pada bayi mereka. Mereka akan sabar dan reda sahaja jika ada mulut-mulut busuk bercakap buruk pasal fizikal Areen. Mereka tidak kisah apa orang kata kerana Areen merupakan bayi comel dan sempurna di mata. Walaupun fizikal Areen tidak sempurna, mereka tetap sayang dekat si kecil itu.

Sungguh khusyuk Haziqah membantu Rania untuk membungkus hadiah kepada tetamu yang datang untuk mencukur jambul adiknya. "Aunty yang ni kena ikat reben ke?" Tanya Haziqah sambil membetulkan tudungnya. "Ha'ah" jawab Rania.

"Amboi along rajinnya" Tegur Hani lalu duduk bersama mereka. Haziqah sengih sahaja. Antara mereka adik beradik, dia paling rapat dekat Areen. Memang dia sayang gila dekat adiknya itu. Malah dia tidak malu menceritakan pada kawan-kawannya mengenai adiknya itu. Dan bila ada orang cakap benda tak elok dekat Areen, dia akan marah dan benci orang itu. Dia tidak suka orang cakap benda tak baik pada adiknya itu.

Tidak lama kemudian Ryan turun bersama Areen dalam dukungannya. Terus dia menghampiri tempat di mana isteri, anak dan adiknya itu. Haziqah terus senyum dan memandang adiknya. Sempat dia cium pipi bulat Areen sebelum dia sambung membungkus hadiah.

Areen tertawa melihat wajah mamanya. Tangan kecilnya cuba untuk mencapai wajah mamanya. Hani senyum sahaja lalu mencium Areen. Bayi itu semakin suka bila pipinya dicium oleh mamanya. Areen memang rapat dengan mamanya. Selama 3 bulan pertama memang susah Hani mahu berpisah dengan Areen.

Bayi itu pula akan menangis tiap kali dia sedar mamanya tiada di sebelahnya. Dia perlukan sentuhan dari mamanya kerana semasa 2 bulan pertama, dia memikir dia masih berada di dalam rahim mamanya. Tapi sebenarnya tidak.

"Dia baru bangun ke?" Hani bertanya. Mereka memang tidak pernah meninggalkan Areen seorang diri. Pasti ada yang akan menemani Areen. Bayi itu memang akan cepat menangis bila dia sedar tiada sesiapa di sampingnya. Ketika tidur pula, dia tidak boleh tidur jika tiada bau mamanya. Kalau Ryan yang menjaga pasti dia akan letak baju isterinya di samping Areen supaya si kecil itu tidur.

"Ha'ah. Terus nangis cari Sayang." Beritahu Ryan. Bila dia serahkan Areen pada isterinya terus si kecil itu menyembamkan mukanya ke dada mamanya. Dia mencari sesuatu di sana.

Hani kemudian terus membawa Areen masuk ke bilik tetamu untuk menyusukan si kecil itu. Dia malas mahu naik ke atas, ke bilik suaminya.

Di dalam bilik tetamu ini lah anak-anaknya tidur. Haziqah tidak mahu tidur sebilik dengan papa dan mamanya. Jadi dia ajak adik-adiknya untuk tidur di bilik tetamu. Memang buat sementara waktu ini Hani tidak mahu balik ke rumah mereka. Banyak kenangan pahit di sana. Dia tidak mahu teringat dekat agenda mesra antara suami dan si perempuan jahat itu.

Ryan sudahpun mendapat rumah baru untuk mereka, tapi masih direnovasi untuk ditambah lif. Lif ini bergunaan untuk Areen di masa akan datang. Dan rumah baru mereka itu lagi besar dari rumah sebelumnya. Dia sedaya upaya mahu rumah itu diubah suai untuk kemudahan anak bongsunya itu.

Mata Areen bulat sahaja memandang mamanya. "Kenapa? Lapar ya anak mama ni." Hani senyum sendiri sambil membelai rambut Areen. Rambut Areen dah tumbuh bila bayi itu berusia 1 bulan. Sekarang, memang makin lebat rambutnya.









       BUAT pertama kali, Areen dikenalkan pada keluarga dan kawan-kawan rapat mereka. Hani memang tengah nervous sekarang ini sebab takut dengan apa yang bakal keluarga dan kawan-kawan rapat mereka kata setelah melihat Areen nanti.

Ryan mendukung Areen supaya senang untuk rambut anaknya digunting oleh tetamu yang hadir. Dimulakan dengan ketua kampung dan kemudian diikuti dengan Haji Haris dan Dato Aziz. Seterusnya barunya yang lain mengambil bahagian. Sepanjang majlis itu berjalan, mereka memasang alunan surah-surah.

Hani setia di sebelah Ryan kerana takut Areen menangis bila dia tidak berhampiran bayi itu. "Comelnya cucu atuk ni ya." Puji Haji Haris. Sempat dia cium dahi Areen sebelum memberi gunting itu kepada Dato Aziz pula.

Bila sudah semua selesai, Ryan memberi Areen pada Hani sebelum dia berdiri. "Ok sebelum tu. Mesti korang tertanya-tanya kenapa kami tak tengokkan muka anak kami sebelum ini. Sebenarnya ada sebab. Dan kami berdua harap, kamu semua boleh terima lah apa yang kami bakal tunjukkan sebentar lagi." Dia memeluk bahu Hani lalu mengumumkan pada tetamu yang hadir.

Dia kemudian berpusing memandang isteri dan anaknya itu. Perlahan-lahan dia menanggalkan bedung yang membaluti tubuh badan Areen. Bila semua sudah dibuka, dia tengokkan Areen pada tetamu yang hadir.

Suasana rumah itu terus sunyi, hanyak bunyi kipas yang kedengaran. Masing-masing terkedu bila melihat Areen. "Dia lahir tanpa kaki kanan. Jadi aku harap korang semua boleh terima kekurangan dia." Beritahu Ryan. Terus masing-masing riuh semula. Masing-masing bersimpati dengan nasib Areen. Ada juga yang memuji kecomelan Areen.

"Hah korang, ni lah anak terakhir aku." Ryan mendudukkan Areen di atas ribanya. Tadi Areen sudah dikenalkan dengan lebih dekat dengan kawan rapat isterinya. Kini gilirannya.

"Weii comel gila anak kau ni. Pipi dia tembam." Puji Airil. Dia teruja sekali tengok Areen. Ini pertama kali dia lihat Areen. Selama ini Ryan tidak pernah melihatkan gambar mahupun video Areen pada kawan-kawannya.

"Kesian dia lahir macam ni. Kau pasangkan kaki palsu ke nanti? Aku tanya je." Syafiq bertanya. "Tak tahu lah. Tapi baru 4 bulan kot. Kau ni cepat sangat lah. Aku tunggu lah dia setahun macam tu baru kami berdua decide." Sebenarnya dia mahu nanti melatih Areen untuk berjalan tanpa menggunakan kaki palsu. Dia mahu anak kecilnya itu membiaskan dirinya. Tak kan lah asyik bergantung dengan kaki palsu pula kan.

Lagipun orang lain ada yang senasib dengan adik, elok sahaja mereka bergerak tanpa kaki palsu. Ada yang melompat-lompat untuk bergerak dan ada juga yang menggunakan tongkat.

Areen hanya memandang pakcik-pakcik di hadapannya itu. Rasa takut ada dalam diri kecilnya itu kerana dia tidak pernah nampak lagi pakcik-pakcik di hadapannya itu. Dia mula sebek sendiri.

"Weii Ryan, dia nak nangis." Zidan memberitahu. Lantas Ryan tunduk memandang Areen. "Kenapa ni? Takut?" Perlahan dia bertanya. Bila dengan suara papa, Areen terus memandang papanya. Makin sebek mukanya.

"Alah. Kejap ya." Ryan terus memanggil Arina. "Kakak tolong pergi ambil sapu tangan yang adik selalu pegang tu." Itu sapu tangan ada bau Hani. Jadi Areen memang suka. Jika Ryan menjaga anaknya itu, sapu tangan itu wajib ada. Sapu tangan itu sentiasa menemani Areen. Bayi itu akan berasa tenang dan selamat bila dia menghidu bau mamanya. Seolah-olah Hani ada dengannya setiap masa.

"Nah papa." Arina bagi sapu tangan itu lalu duduk semula di sebelah mamanya. Dia sambung makan balik. "Dia ni tak boleh jauh dari mama dia. Jadi jalan penyelesaian dia is, bagi dia pegang ni sapu tangan. Ni sapu tangan wife aku." Ryan menerangkan.

"2 bulan lepas dia lahir memang susah dia nak berpisah dengan bini aku. Maybe dia fikir dia masih dalam perut lagi. Memang susah lah kami masa tu." Dia ingat lagi akan Hani yang tidak boleh bergerak ke mana-mana. Mesti 24/7 bersama dengan Areen.

Dia masih tunduk memandang Areen. "Tapi sekarang dah ok. Dia dah boleh berpisah dengan Hani. Dan boleh duduk lama dengan aku walaupun sapu tangan ni tetap ada. Tak boleh tak ada." Beritahunya. "Dia bukan macam bayi lain, pembesaran dia lambat. Dia nampak je macam bayi normal berusia 4 bulan, tapi sebenarnya dia macam baru 2 bulan." Tambahnya.

"Apa pun aku salute dengan kau. Selama ni kau tak pernah mengeluh pun. Ini ujian untuk kau dengan wife kau serta family kau. Jangan risau lah, dia ni yang akan tolong korang nanti." Dia yakin yang nanti Areen pasti menolong mama dan papanya untuk masuk ke Syurga.

"Bukan dia je. Ada lagi sorang anak aku tengah menunggu depan pintu syurga tu." Anaknya yang meninggal di dalam kandungan isterinya. Dia yakin, bayi syurganya sedang menunggu dia dan Hani.

"Eh korang ni bersembang pula. Jom lah makan. Semua wife aku yang masak tau. Korang better makan sebelum dia mengamuk." Sempat lagi dia bergurau. Tapi memang betul lah. Kebanyakan makanan yang dihidang, disediakan oleh Hani. Dia pun ada tolong juga. "HAHAHAHAH, ok-ok. Aku tengah lapar ni. Jom." Zidan sudah terlebih dahulu berdiri lalu menuju ke tempat di mana makanan sedang dihidang. 


******

Puteri akan dapat karma dekat last chapter. So jangan risau ya.

Continue Reading

You'll Also Like

184K 2.9K 62
Ayis liyana seorang yang dingin sombong berlagak dan kurang ajar baginya harta adalah segalahnya sampai sanggup membuat apa sahaja demi kemewahan yan...
59.1K 2.5K 41
Imam Misteri Series "Amboi Insyi nak jadi arwah mummy ke?" Adhiya Afira Insyirah satu satunya anak perempuan arwah Alyna dengan Faliq. Dia jatuh cin...
1.2M 60.2K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
697K 23.2K 44
"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Isk...