I Like You | ✔

By NurMiraHani

653K 29.8K 676

[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hat... More

I Like You
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Nota
Epilog II
Ending

Epilog

16.3K 547 36
By NurMiraHani

🎸🎸🎸







"Nuh..."

Nuh mengangkat muka mendengar panggilan meleret isterinya.

"Ya, nak apa?" Dia bangun mendekati Hana yang berada di atas katil. Sejak semalam, Hana sudah dimasukkan ke wad. Doktor memberitahu bila bila masa saja isterinya akan melahirkan putera mereka.

"Saya rasa nak makan pau daging yang jual kat bawah semalam tu. Semalam saya tengok saja. Hari ni macam teringat ingat pula."

Nuh tersenyum. Kepala Hana digosok gosok. "Kenapa tak cakap semalam?"

"Ingat kan dah nak beranak semalam."

Kali ini Nuh tergelak kecil. "Ya lah. Saya turun kejap. Pergi beli."

"Okey." Laju Hana mengangguk.

Sebaik saja Nuh keluar, Hana turun dari katil. Ibu mertuanya memberitahu, banyakkan berjalan untuk memudahkan proses kelahiran.

Perlahan lahan Hana berjalan di sekeliling bilik itu. Tangannya memegang pinggang manakala sebelah lagi mengusap perut.

"Sayang, nanti sayang keluar cepat cepat ya. Jangan buat mama sakit lama lama. Mama takut..." Dia tersenyum sendiri. Tak sabar mahu melihat bayinya.

Tak lama selepas itu, pintu bilik dibuka. Wajah Nuh terpacul di situ. Tangan memegang beberapa plastik makanan.

"Wife... buat apa ni? Jatuh nanti macam mana?" Berkerut kerut wajah Nuh. Dia meletakkan plastik makanan di meja sebelum mendapatkan Hana.

"Ala, saya jalan jalan saja. Ibu cakap nanti mudah nak bersalin."

"Ya. Tapi boleh tunggu saya kan. Ish, dia ni. Degil sangat. Jom duduk makan dulu." Hana dipimpin duduk di birai katil.

Hana hanya tersengih sengih. Matanya tunak memandang ke arah plastik yang sudah di buka oleh Nuh.

"Nuh, cepat lah..."

"Sabar sayang. Nah, elok elok. Panas lagi tu."

Hana mencapai pau yang dihulurkan oleh Nuh namun hanya seketika sebelum dia kembali melepaskan.

"Panas..."

"Kan saya dah cakap panas. Gelojoh lagi." Pau itu dicubit sedikit. Ditiup nipis sebelum diletakkan di bibirnya.

"Dah, tak panas dah." Cubitan pau itu disuakan ke mulut Hana.

Hana terus membuka mulut. Perlahan lahan dikunyah dengan mata terpejam. "Sedapnya..."

Nuh hanya menggeleng. Lucu melihat reaksi isterinya. "Nak lagi tak?"

"Nak."

Nuh terus menyuap. Dua biji pau juga dihabiskan oleh Hana. Sesudah itu Nuh menyuapkan pula dengan yogurt yang dibeli.

"Makan sampai habis. Nanti baru ada tenaga nak bersalin."

"Baik, ayah." Hana menjawab dengan manja. Seolah olah mahu meniru suara anak mereka.

Nuh tersenyum panjang. Pipi Hana dicuit sedikit. "Jom turun. Kita jalan jalan kat luar nak?"

"Boleh ke?"

"Kenapa tak boleh pula? Awak cakap nak suruh mudah bersalin."

"Okey, husband." Huluran tangan Nuh dicapai sebelum dia turun dari katil.

Perut Hana sudah memboyot benar. Perlahan saja langkah mereka mengelilingi kawasan hospital. Tangan Nuh kemas di pinggang dan tangannya. Langsung tidak dilepaskan.

Sedang leka berbual, Hana perasan kakinya terasa basah. Langkah dihentikan.

"Kenapa Hana?"

"Nuh, saya rasa saya dah nak bersalin." Matanya memandang ke bawah. Air ketuban membasahi di bawahnya.

Nuh panik. Dia turut memandang ke bawah kaki Hana. Kiri kanan dipandang cemas.

"Nurse, isteri saya nak bersalin." Tanpa melepaskan tangan Hana, kalut kalut dia memberitahu pada jururawat yang lalu di situ.

Jururawat tadi terus mengambil kerusi roda untuk Hana dan menyorongnya ke bilik bersalin.

"Awak sakit ke Hana?"

Hana hanya menggeleng namun wajahnya sudah pucat. Masuk saja ke bilik bersalin, terus dia menangis. Nuh setia di sisi menggenggam tangannya.

"Saya takut Nuh..."

"Shh, it's okay. Awak dan baby akan selamat. Awak jangan risau. Saya tunggu awak kat sini ya."

Hana mengangguk namun dia masih menangis. Kesakitan mula menjalar di segenap tubuhnya.

"Nuh, sakit..." Berpeluh peluh dahinya. Wajah berkerut kerut. Tangan Nuh digenggam kejap.

Nuh terus merapatkan mulutnya di telinga Hana. Doa nabi Yunus dan potongan ayat dari surah Maryam dibacakan di telinga isterinya berkali kali. Kadang kala Hana mengikut bacaannya.

Sampai satu masa, doktor menyuruh Hana menarik nafas dan mula meneran.

Nuh sudah berdebar sakan. Hana apatah lagi. Berkali kali dia cuba meneran mengikut arahan dari doktor.

Akhirnya suara bayi mereka kedengaran. Nuh mengucapkan kata syukur. Dahi Hana dicium berkali kali. "Thanks, sayang." Bisiknya ke telinga Hana.

Mata Nuh melirik pada tubuh bayinya yang sedang dilap oleh seorang jururawat. Beria ia anaknya itu menangis. Setelah ditimbang berat, bayi itu dihulurkan pada Nuh.

"Anak ayah..." Nuh melabuhkan satu ciuman di dahi kecil itu.

Rengekan kecil masih kedengaran. Nuh menepuk lembut belakang badan bayinya sebelum mengalunkan azan di telinga si kecil. Bergetar suaranya menahan sebak. Syukur dengan anugerah terindah yang diberikan kepada mereka.

"Hana..." Nuh meletakkan bayi di kendongannya ke dada Hana.

"Anak kita, sayang."

Hana kembali mengalirkan air mata. Kepala bayi mereka dicium berkali kali. Nuh tersenyum. Tangannya mengusap kepala Hana. Sebelah lagi masih menampung tubuh bayi mereka di dada Hana.

"Handsome macam saya, wife."

Hana tergelak kecil. "Nuh..." Suaranya masih lemah. Namun, rasa terujanya tak dapat dibendung.

"Puan, kami akan pindahkan puan kembali ke wad ya. Lepas ni, boleh susukan bayi."

Suara jururawat mematikan perbualan mereka. Mereka akur. Setelah Hana dipindahkan kembali ke wad, jururawat segera menyerahkan bayi mereka untuk disusui.

"Nuh, tengok anak kita, Nuh. Comel..."

Nuh mengintai bayi lelaki yang sedang menyusu itu. Dengan mata terpejam dan mulut kecil yang bersungguh sungguh menyusu.

Nuh mendekatkan wajahnya ke arah bayi itu sebelum mencium cium wajah montel itu.

Mungkin terganggu, bayi mereka merengek kecil. Hana tersenyum. "Marah la tu."

"Geram nya..." Nuh buat tak peduli dengan rengekan itu. Terus digomolnya sehingga ke kaki si kecil.

Kali ini bayi mereka hanya diam. Membiarkan saja perlakuan si ayah yang beria ia menciumnya.

"Nuh... nama anak kita?" Hana bertanya walaupun dia sudah tahu. Mereka sudah berbincang mengenai nama anak mereka sejak mengetahui jantina bayi itu.

"Nazran Hafiy." Terpacul sebaris nama itu dari bibir Nuh. "Nazran Hafiy bin Nuh Ziyad. Hero ayah dengan mama." Sekali lagi pipi Nazran diciumnya.

Nuh mendongak memandang Hana. "Wife, terima kasih sebab kandungkan anak saya, lahirkan anak saya. I love you, sayang. Ni hadiah yang paling bererti yang awak beri pada saya. Thank you so much." Pipi Hana diusap perlahan.

Hana tersenyum panjang. "Kalau macam tu saya nak minta hadiah dari awak boleh?"

"Apa saja yang awak nak. Just tell me. Awak nak apa?"

"Saya nak awak... selamanya di sisi saya dan anak."

Nuh tersenyum. "I'm yours, wife. Selama lamanya I'm your husband and your child's dad."

Hana menunduk segan. Wajahnya memerah. Wajah Nazran diusap usap. "Nuh, Nazran dah tidur..." Hana berkata menyedari mulut kecil itu sudah berhenti bergerak.

"Kalau Nazran dah tidur, saya nak dodoikan awak pula."

Hana mencebik. Nuh hanya tergelak. Bayi diambil dari dukungan Hana.

"Nazran tidur ya sayang. Ayah nak dodoi mama pula." Setelah dicium pipi Nazran, berhati hati Nuh meletakkan Nazran di dalam katil bayi di sisi katil Hana.

Ditepuk tepuk lembut tubuh bayi mereka yang mula bergerak gerak kecil itu. Senyuman tak lekang dari bibirnya melihat keletah Nazran.

Setelah Nazran kelihatan lena, Nuh kembali ke sisi Hana.

"So, wife. Awak pun rehat ya. Kejap lagi family kita sampai, tak sempat nak tidur dah." Katil Hana diturunkan sehingga selesa untuk berbaring.

"Tidur la wife. Awak tak penat ke?" Nuh berkata apabila Hana masih terkebil kebil memandangnya.

"Ke nak saya dodoi macam saya dodoi anak?" Nuh senyum mengusik.

Hana hanya tersengih sengih.

Nuh menggeleng. Selimut Hana dibetulkan sebelum dia mencium lama dahi Hana. "Kalau dodoi mama dia lain sikit." Nuh berbisik di telinga Hana.

Hana mengerutkan kening. "Bukan tepuk tepuk?"

"Bukan... dia panggil raba raba."

"Nuh...!" Lengan Nuh ditepuk kuat. Muncung bibirnya dengan kenakalan si suami.

Nuh tergelak kecil. Tangannya berlingkar di bawah dada Hana.

"Nuh, naik sini." Hana menepuk nepuk tempat di sisinya.

"Eh, awak ni. Jangan main main. Awak tu baru lepas bersalin." Nuh membulatkan mata.

"Ala...baring la sini. Saya nak peluk awak..." Hana merungut. Dia mula mengengsot ke tepi. Mahu memberi ruang pada Nuh.

"Wife...elok elok. Risau la saya." Nuh bangun membantu Hana.

"Saya okey. Awak naiklah." Terkedip kedip matanya memandang Nuh.

Nuh memandang Hana seketika sebelum berhati hati naik ke katil. Dia terus mengiring di sisi Hana yang sedang berbaring. Kepalanya ditongkat pada tangan memandang Hana.

"Boleh macam ni?"

"Boleh, husband." Hana tersenyum. Jarinya disilangkan dengan jari Nuh.

"Macam macam la mama orang ni. Nasib baik sayang." Bibirnya dijatuhkan ke dahi Hana.

"Sayang?"

"Sayang sangat. Dah tidur. Pejam mata tu."

Hana terus memejamkan mata. "Jangan turun tau."

"Ya..."

Nuh tersenyum merenung wajah kesayangannya itu. Wajahnya ditundukkan, menjatuhkan bibirnya di hujung bibir Hana.

Hana membuka mata. "Husband..."

"Shh, just sleep sayang."

Hana kembali menutup mata. Sekejap saja dia sudah terlena. Nuh menjatuhkan kepala di sisi Hana. Sesekali matanya mengintai ke arah bayi mereka.

Nuh tersenyum dan tanpa sedar dia juga turut terlena.




❄❄❄

Continue Reading

You'll Also Like

26K 1.2K 53
[NAILA The Series] Afra Naila Qhadija Edirne Jibril One of the saddest love story I have ever written. Takdir menemukan mereka sebagai seorang pelaj...
798K 25.6K 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) ...
286K 11.3K 61
[COMPLETED ] A piece from the Caramel Series. But can be read as a stand alone. ∆∆∆ Natelia Aisyah tak mampu nak duduk diam. Terpaksa buat sesuatu ta...
291K 10.6K 51
4th Story ❤ Anggun Adhiya Affan Al-Haq Cinta dan Sayang. Dua perkara yang tidak boleh dipaksa dan kehadirannya tidak kita ketahui. ANGGUN ADHIYA...