I Like You | ✔

By NurMiraHani

653K 29.8K 676

[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hat... More

I Like You
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Nota
Epilog
Epilog II
Ending

Bab 52

13K 501 4
By NurMiraHani

🎸🎸🎸



"Ubat, Nuh." Hana menghulurkan 3 biji pil untuk Nuh setelah selesai makan malam. Ketika itu mereka sudah berada di dalam bilik.

Nuh menelannya sebelum meneguk segelas air kosong. Hana keluar dari bilik dan kembali dengan beberapa perkakasan untuk mengganti pembalut luka pada lengan Nuh.

Dia duduk di atas katil, berdepan dengan Nuh. "Buka baju awak. Saya nak sapu ubat pada luka tu."

Nuh teragak agak. Dia hanya membatu di situ.

"Sini, saya tolong." Hana sudah memegang hujung baju Nuh namun tangan suaminya itu menahan.

"Hana..." Nuh melepaskan keluhan sebelum menggeleng. "Jangan. Saya boleh buat sendiri. Awak keluarlah."

"Macam mana awak nak buat sendiri? Kalau luka tempat lain, boleh lah. Tu kat lengan tu, macam mana?"

"Saya boleh buat. Semalam pun saya buat sendiri."

Hana menjeling. Memang lah semalam Nuh buat sendiri gara gara dia merajuk teruk malam tadi. Sebut lagi pasal Lianna.

"Buka baju awak." Hana buat tak peduli dengan kata kata Nuh, hujung kembali baju Nuh ditarik.

"Hana, saya tak sedia."

"Tak sedia untuk apa?"

Nuh tidak menjawab, hanya memandang Hana mohon pengertian.

Hana tidak berkata apa apa lagi. Tangannya terus membukakan baju Nuh dari tubuh itu.

Mata tertancap pada badan Nuh setelah baju ditanggalkan. Nuh dipandang namun suaminya itu terus melarikan pandangan. Dia dapat melihat Nuh mengetap bibir dengan kasar.

Hana menarik nafas panjang. Ubat disapukan pada luka di badan Nuh. Balutan luka di lengan kiri suaminya dibuka setelah itu. Mata Hana melirik ke arah tatu naga di bahu kiri Nuh. Sebenarnya sudah tidak jelas kesan dari kemalangan. Teruk juga luka Nuh disitu. Kulitnya terkoyak sekaligus menghapuskan hampir separuh tatu naga di situ.

Terketar juga tangan Hana ketika merawat luka Nuh di situ. Selesai, berhati hati dia membalut semula luka itu.

"Dah." Hana tersenyum nipis ke arah Nuh namun senyumannya tidak berbalas. Baju dicapai semula oleh Nuh namun dia cepat cepat melarikan jauh baju itu.

"Kenapa?"

"Saya kan baru sapu ubat. Tak kering lagi tu. Biarlah dulu."

Nuh mengalah. Hana mendiamkan diri di hadapan Nuh. Matanya kembali memandang ke badan Nuh yang dipenuhi dengan kesan parut. Bukan kesan kemalangan tapi parut lama. Perlahan lahan tangannya naik menyentuh parut di dada Nuh.

Nuh terus memegang tangan Hana. "Jangan." Dari tadi, sememangnya tiada senyuman di wajah Nuh.

Hana menelan liur. "Kenapa Nuh? Kenapa banyak sangat parut pada badan awak." Perlahan suaranya bertanya.

"Saya dah cakap pada awak. Masa silam saya buruk. Saya orang jahat."

Hana menarik nafas panjang. "Beritahu saya semuanya." Pintanya.

Nuh akhirnya menceritakan semuanya pada Hana. Tentang ayahnya, tentang kumpulan yang memerah tenaganya dulu, tentang tatu naga di lengannya. Tiada satu pun yang tertinggal.

"Kenapa awak tak pernah cuba untuk buang tatu ni?"

"Mana saya ada duit, Hana. Sebelum ni saya kerja memang hanya untuk tanggung perubatan ibu. Lepas ibu sihat, rumah sewa pula. Simpanan yang ada saya guna untuk nikah hari tu. Sekarang, saya menyimpan untuk majlis kita pula nanti."

Hana terdiam. Duit Nuh banyak digunakan untuk Pn Zayana dan dirinya. Dan sekarang dia pula marah marah kerana tatu itu masih ada di tubuh suaminya.

Perlahan lahan tubuh Nuh dipeluk.

"Hana?"

"Suami saya seorang yang kuat. Suami saya bukan jahat." Hana eratkan pelukan.

"Awak... tak marahkan saya?"

"Kenapa saya nak marah?" Hana mendongak memandang Nuh.

"Hana... masa silam saya..."

"Husband..." Hana memotong kata kata Nuh. "Keadaan yang buat awak jadi macam tu. Lagipun tu semua dah berlalu. Saya tahu awak takkan buat macam tu lagi. Janji dengan saya awak takkan buat lagi?"

"Saya dah lama tinggalkan semua kerja tu."

Hana tersenyum. "Saya bangga dengan awak Nuh. Saya bangga jadi isteri awak. Awak janganlah cakap macam hari tu lagi. Masa kat hospital hari tu, awak cakap awak tak layak untuk saya. Benci tahu tak saya dengar. Awak yang paling layak untuk saya. Hanya awak yang sempurnakan saya Nuh."

Hana mengemaskan pelukan. Sudah tak peduli pada ubat yang baru disapunya pada tubuh Nuh.

"Hana..." Nuh mengerang kecil. Terus Hana melepaskan pelukannya.

"Saya buat awak sakit ke?" Bulat mata Hana bertanya.

"Sakit..." Nuh mengadu.

"Ni mengada ke sakit betul ni?"

"Sakit betul, wife."

Hana tersengih. "Sorry, husband. Awak rehatlah. Saya nak kemas dapur." Selimut di pinggang Nuh dikemaskan.

Dia bangun dari katil namun belum sempat berlalu, Nuh capai tangannya.

"Wife, saya ada hadiah untuk awak."

Mata Hana membulat, teruja. "Ya? Mana? Nak tengok." Terus dia kembali duduk di depan Nuh.

Nuh mengeluarkan seutas rantai dari bawah bantalnya. Rantai itu ditayang di hadapan Hana.

"Cantiknya! Untuk saya?" Tangan sudah menyentuh butiran berlian pada loket di rantai itu.

"Untuk awak la. Mari saya pakaikan."

Hana mendekatkan dirinya pada Nuh. Nuh tersenyum sepanjang rantai itu dipakaikan untuk Hana.

"Cantik." Nuh berkata sebaik saja rantai itu tergantung pada leher Hana.

"Siapa yang cantik? Saya atau rantai ni?" Hana menjongket kening.

"Isteri saya yang cantik."

Hana tergelak. Sudah dapat diagak jawapan itu.

"Rantai ni dari ibu. Ibu cakap rantai ni buat ibu sentiasa ingat saya. Jadi dia harap, bila awak pakai rantai ni, awak sentiasa ingat saya sebab rantai ni dekat dengan hati awak. Saya akan sentiasa dekat dengan hati awak." Nuh capai tangan Hana.

"Oh, jadi ni rantai ibu yang hilang tu ke?"

Nuh mengangguk.

"Ibu bagi saya?"

"Ya."

"Kenapa?"

"Sebab awak menantu kesayangan dia la."

Hana tersenyum gembira. "Saya nak jumpa ibu." Terus dia bangun dari katil.

Sampai di muka pintu, Hana kembali menoleh ke arah Nuh. "Terima kasih, husband. Saya sayang awak."

"Hana..."

"Em?"

"Awak sayang saya lepas dapat rantai ke?" Nuh sengaja mengusik.

Hana mengerutkan kening. Dia kembali melangkah ke katil.

"Kenapa cakap macam tu? Sampai hati. Saya sayangkan awak sebab awak suami saya. Bencilah. Awak selalu macam ni. Awak ingat saya tak sayangkan awak ke? Saya sayang awak sangat sangat. Awak janganlah fikir bukan bukan pasal saya. Saya tak teruk macam tu la." Hana muncung.

Nuh tergelak. "Saya gurau saja la. Saya tahu awak bukan macam tu."

Hana menjeling tajam. "Malas nak layan. Tidur. Kalau saya masuk kejap lagi awak masih tak tidur, saya cubit awak."

"Eh, ingat saya budak budak ke?"

"Ya, budak." Lidahnya dijelirkan pada Nuh sebelum Hana berlari keluar dari bilik.

Nuh hanya menggeleng dengan keletah isterinya.






🎸🎸🎸





Hana terkaku. Tubuhnya sedikit menggigil. Rasa bagai nak jatuh air matanya. Dia pandang Nuh, kosong riak wajah itu.

"Nuh..."

Nuh mengeluh. "Tengok, apa dah jadi. Sebabkan rasa cemburu buta awak, benda ni jadi."

Hana terdiam. Dia hanya menunduk apabila Nuh bangun meninggalkan dia di situ.

Salah dia ke?

Mata berkaca. Hana menekupkan wajah ke tangan dan bahunya mula terhincut perlahan.

Nuh salahkan dia. Nuh salahkan dia atas kematian Lianna.

Sebentar tadi, pihak polis menghubungi Nuh. Mengatakan Lianna ditemui mati dalam keadaan mulut yang berbuih. Pil pil bertaburan di sekitar mayat Lianna.

Dan kata mereka nota untuk Nuh ada bersama Lianna. Disebabkan itu mereka menghubungi Nuh untuk pengecaman mayat. Mayat yang sudah hampir seminggu terbiar sendirian di dalam rumah.

Hana bangun juga dari bangku. Air mata dihapus. Dia mengintai ke dalam bilik mayat. Nuh kelihatan sugul.

Hatinya pedih tersiat. Begitu kecewakah Nuh?

Bibir diketap kasar, Hana berlalu dari situ. Lianna mati bunuh diri. Mati bersama bayi dalam kandungan wanita itu yang berusia hampir 5 bulan.

Mungkin Lianna hadapi tekanan yang teruk. Dia pula menghalang Nuh daripada membantu wanita itu. Ya, mungkin benar. Dia yang bersalah.

Air mata jatuh lagi. Masuk ke dalam kereta, dia terus memecut laju meninggalkan perkarangan hospital.






❄❄❄

Continue Reading

You'll Also Like

798K 25.6K 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) ...
69.1K 3.5K 66
STATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja ki...
416K 15.3K 62
Mia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam...
123K 6.2K 54
Book 2 Ada ka orang yang Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta?. Yes, ada. Nelyna Naira, dia lah orang yang telah jatuh hati pada si Dia. Tapi, Nelyna...