I Like You | ✔

By NurMiraHani

653K 29.8K 676

[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hat... More

I Like You
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Nota
Epilog
Epilog II
Ending

Bab 50

13K 491 7
By NurMiraHani

🎸🎸🎸





Dari tadi lagi Nuh cuba menghubungi Hana, namun langsung tidak berjawab. Dia risau. Sudah hampir ke jam 11 malam tapi Hana masih tidak pulang.

Nuh sudah menghubungi Fara, gadis itu juga tidak mengetahui apa apa. Bingung. Tadi, ibunya berkali kali bertanya kenapa dia pulang sendiri. Terpaksalah dia berbohong memberitahu Hana terpaksa pulang ke Ipoh, ada hal keluarga.

Deringan telefon menyentak lamunannya. Bingkas dia bangun mencapai telefon. Matanya terbuntang melihat nama Hana tertera di skrin. Cepat cepat dia menjawab panggilan itu.

"Hana, sayang! Awak kat mana?" Terburu buru Nuh bertanya.

"Nuh..." Perlahan Hana memanggil. "Kenapa awak tipu saya?"

Nuh mendiamkan diri.

"Awak cakap awak akan cerita semua pasal awak pada saya." Hana menyambung lirih.

"Tak, saya tak cerita semua." Nuh mengaku.

"Kenapa? Kenapa Nuh? Sanggup awak buat macam tu?"

"Wife, awak balik dulu. Saya akan cerita semuanya pada awak." Nuh cuba memujuk.

"Bohong. Awak tipu. Saya tak percayakan awak lagi."

"Jangan macam ni. Beritahu saya awak kat mana. Saya datang."

"Tak payah. Saya kecewa dengan awak. Rupanya itu yang awak sorokkan dari saya selama ni. Awak buat tatu!?" Hana hampir menjerit.

"Hana, balik dulu. Please, jangan buat saya macam ni."

"Saya tak suka. Nuh, saya tak suka benda tu ada pada awak. Saya balik rumah papa. Tolong, izinkan saya dan jangan cari saya."

Talian terus dimatikan. Nuh meraup wajahnya kasar. Telefon bimbit dicampak ke tepi.

Perlahan langkah diatur ke bilik Pn Zayana. Tangan mengetuk pintu bilik sebelum dia terus masuk.

"Ibu..." Nuh memanggil.

"Kenapa Nuh?" Pn Zayana yang sedang membaca di atas katil terus meletakkan bukunya ke tepi.

Nuh duduk di birai katil. "Ni rantai ibu." Nuh meletakkan rantai berlian itu di atas katil.

"Alhamdulillah, ada pun. Nuh ambil rantai ni bagi pada Hana ya."

Nuh menoleh ke arah Pn Zayana, dahinya berkerut.

"Sebenarnya memang ibu nak bagi rantai ni pada Hana. Hadiah untuk Hana sebab jadi menantu ibu. Rantai ni nenek yang bagi pada ibu lepas ibu lahirkan Nuh." Pn Zayana memegang rantai itu.

"Rantai ni sangat bermakna pada ibu. Rantai ni sentiasa ingatkan ibu pada anak kesayangan ibu ni. Jadi, ibu nak Nuh pun sentiasa dekat dengan hati Hana bila Hana pakai rantai ni."

Nuh merasakan tubir matanya panas. Terkelip kelip menghalang air mata daripada jatuh.

"Ibu, pagi esok Nuh nak ke Ipoh. Nuh nak jumpa Hana."

"Tak boleh tunggu Hana balik ke? Esok bukan ke Nuh ada interviu kerja?"

"Nuh risaukan Hana sebab tadi dia kelam kabut balik. Takut ada apa apa. Ibu jangan risau, petang esok Nuh terus balik. Nanti Nuh call Isya suruh tengokkan ibu."

"Ibu tak kisah Nuh pergi. Ibu cuma risaukan Nuh."

"Nuh tak apa apa. Nuh nak rehat dulu, ya. Esok pagi pagi lagi Nuh nak bertolak." Nuh bangun, rantai yang ditolak oleh ibunya dicapai, erat digenggam. Langkah diatur keluar dari bilik.

Keesokannya, jam belum pun menunjukkan pukul 8 pagi, Nuh sudah bertolak dari rumahnya.

Laju dia memecut meninggalkan kawasan rumah. Dia mengambil jalan pintas, malas mahu bersesak dengan kereta dan motosikal lain yang berasak untuk ke tempat kerja.

Hampir 15 minit perjalanan, Nuh perasan sebuah kereta mengekorinya. Dia melajukan motosikal memecah hening pagi. Sampai di satu selekoh, kereta itu menghimpit rapat sebelum melintasi motosikal Nuh.

Nuh mengerutkan kening apabila kereta itu kembali perlahan di hadapannya. Dia cuba memotong kereta itu. Lepas sahaja, tanpa sebarang amaran, motosikalnya dirempuh kuat dari belakang.

Nuh melambung ke tepi jalan. Tubuh terjatuh kuat ke tepi semak. Dia mengerang kesakitan. Dari kejauhan, dia melihat pemandu kereta keluar dan berjalan mendekatinya. Pandangan Nuh kabur, dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki itu.

Lelaki itu duduk mencangkung di hadapannya. "Tinggalkan Hana atau aku takkan teragak agak untuk bunuh kau." Hanya itu yang Nuh dengar sebelum dia sudah tidak sedarkan diri.



🎸🎸🎸



Nuh membuka mata perlahan lahan. Perit rasanya menahan silau cahaya dari bilik putih itu. Seluruh badannya terasa sakit sakit.

Nuh cuba menggerakkan tangan kirinya namun terlalu perit dan lenguh. Tangan kanannya terasa digenggam oleh seseorang. Terus dia menoleh. Hana sedang lena di kerusi disisinya. Tangannya berada dalam genggaman Hana.

Nuh mencari Pn Zayana sebelum melihat ibunya tertidur di sofa di dalam bilik itu.

Tangannya ditarik perlahan lahan, mengelakkan isterinya dari tersedar. Tekaknya terasa haus. Namun, dia terus terkaku apabila badan Hana bergerak. Terpisat pisat Hana membuka mata sebelum memandangnya.

"Nuh..." Mata Hana terus berair. "Awak dah sedar." Tubuh suaminya dirangkul erat. "Saya minta maaf sebab tinggalkan awak. Saya takkan tinggalkan awak lagi. Maafkan saya, Nuh." Teresak esak Hana berkata.

Nuh tersenyum kelegaan. Tangannya mengusap lembut kepala Hana yang bersandar pada dadanya.

Hana mengangkat muka. "Awak okey kan?" Sebak dia bertanya.

Nuh mengangguk dalam senyuman. Hana kembali merebahkan kepala di dadanya.

"Wife..."

Hana melepaskan tubuh Nuh. Dia duduk memandang Nuh. Tangannya menggenggam tangan suaminya.

"Awak sakit ke? Saya minta maaf. Awak nak apa apa? Air?" Tanpa menunggu jawapan Nuh, dia terus menuang air kosong ke dalam cawan sebelum disua ke bibir Nuh.

Nuh meneguk perlahan. Hana dipandang. "Awak dah tak marahkan saya?"

Hana berpura pura sibuk menyusun kembali gelas di atas meja.

"Hana..."

"Awak rehat la. Doktor cakap awak kena banyak berehat."

Nuh mengeluh, memandang siling.

"Husband, awak jangan fikir apa apa. Rehat saja. Okey? Saya ada kat sini kalau awak perlukan apa apa."

Nuh kembali memandang Hana. "Macam mana saya boleh rehat? Isteri saya marahkan saya?"

Hana menunduk. "Saya tak marah." Perlahan dia berkata.

"Betul?"

"Nuh, boleh tak awak jangan tanya lagi? Boleh tak kita tak cakap pasal tu lagi? Awak tak sihat. Awak rehat ya?"

"Saya nak cerita semua pada awak apa yang berlaku pada saya. Saya takkan sembunyikan apa apa lagi."

Hana tersenyum nipis. "Awak rehat la dulu. Bila awak dah sihat, kita cakap. Saya tak nak awak susah hati. Awak jangan risau, saya okey. Saya janji takkan tinggalkan awak lagi."

"Nuh...Nuh dah sedar?" Pn Zayana yang baru sedar, tiba tiba bersuara menegur Nuh.

"Ibu, Nuh minta maaf. Nuh buat ibu risau."

Hana bangun memberikan tempat duduknya pada Pn Zayana.

"Benda dah jadi Nuh. Tak apa lah. Yang penting sekarang ni, Nuh dah sedar." Pn Zayana memandang Hana.

"Hana kalau nak balik, balik lah dulu. Nuh pun dah sedar tu."

"Tak apa. Hana tunggu Nuh." Dia melabuhkan duduk di birai katil.

"Hana terus datang sini dari Ipoh. Ibu takut Hana penat. Nanti Nuh dah sihat, Hana pula yang sakit." Pn Zayana lebih memberitahu pada Nuh.

Nuh terus merenung wajah Hana. Nampak riak kelihatan di wajah itu. Mana taknya, sampai ke Ipoh Hana memandu dan pulang semula ke sini.

"Hana, balik rehat dulu ya?" Nuh memujuk.

"Saya nak tunggu awak." Hana menunduk.

Pn Zayana ketawa kecil. "Hana risau sangat dengan Nuh. Tak apa lah, nanti ibu balik dengan Bad, ambilkan pakaian Hana."

"Terima kasih, ibu." Hana tersenyum juga.

"Ibu nak ke surau, solat. Takut tak sempat pula nak tunggu Bad." Pn Zayana terus bangun meninggalkan pasangan itu.

Hana turun dari birai katil. Selimut di tubuh Nuh dibetulkan cermat.

"Saya sayangkan awak, wife." Nuh tiba tiba berkata. Matanya masih di wajah Hana.

Hana tersenyum. Dia duduk di sisi suaminya. Tangan Nuh digenggam erat.

"Saya sayang awak, husband." Kepala di lentokkan ke bahu Nuh.





🎸🎸🎸







Nuh hanya menerima suapan daripada Hana walau dia tidak berapa berselera.

"Nak lagi tak, Nuh?"

Nuh menggeleng. Semangkuk pun bagai terpaksa dia telan. Bibirnya dilap setelah segelas air kosong dihabiskan.

Diperhatikan Hana yang mula mengemaskan sisa makanannya.

"Wife..."

"Ya?"

Diam.

"Kenapa ni, Nuh?" Hana mengambil tempat di sisi katil. Tangan Nuh terus dicapai.

"Ann... ada datang jumpa awak?"

Hana terdiam seketika. "Kenapa awak tanya?"

Nuh tidak terus menjawab. "Saya minta maaf. Saya ada beberapa kali berhubung dengan dia. Dia ada mesej dan call saya."

Hana kelu. Pegangan pada tangan Nuh dilonggarkan namun dia dapat rasa Nuh kembali mengemaskan pegangan.

"Sayang."

Hana menunduk. Bibir diketap.

"Saya tak ada layan dia pun. Semua mesej mesej dia saya delete."

"Mula mula delete lah. Lepas tu lama lama Ann tu pujuk rayu, saya takut nanti termakan juga. Lelaki kan, takkan nak tolak perempuan tengah goda depan mata." Tegang Hana menjawab.

"Fikir bukan bukan pasal suami awak, Hana?"

Hana diam. Wajah mencuka. Nuh melepaskan keluhan.

"Takkan ada perempuan lain dah dalam hidup saya, Hana. Cukuplah awak seorang. Saya bukannya tamak. Saya tak nak hilang isteri yang saya sayang hanya kerana perempuan lain. Hidup saya baru nak rasa bahagia, Hana. Saya tak nak benda benda macam ni rosakkan kebahagian kita."

Hana angkat muka.

"Trust me, wife."

Hana tersenyun nipis. "I'm sorry, sayang."









❄❄❄


Continue Reading

You'll Also Like

234K 8K 36
STATUS | COMPLETE START | DEC 7, 2017 END | JUN 29, 2018 Hanara Aisha Aku mencari tetapi dia pergi. Aku pergi tetapi dia mencari. Aku menerima dan d...
85.2K 4K 48
Pertemuan atau lebih lagi salah faham yang berlaku diantar mereka berdua. "you don't remember me Miss Muffin?" Pertemuan pertama kali,tidak.Mereka be...
5.9M 237K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
810K 20K 74
[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup...