I Like You | ✔

Από NurMiraHani

653K 29.8K 676

[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hat... Περισσότερα

I Like You
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Nota
Epilog
Epilog II
Ending

Bab 44

11.3K 525 7
Από NurMiraHani

🎸🎸🎸






En Hasnol tiba di masjid tanpa Hana. Dia hanya datang bersama kak Yam, abang Johan dan dua orang anak buah Hana. Mata Nuh melilau mencari Hana sehinggalah En Hasnol mengambil tempat di sisinya.

"Hana tak datang sekali?" Nuh berbisik perlahan pada En Hasnol.

"Tak, nanti Hana sampai dengan Nadim. Sabarlah, tok kadi pun belum sampai ni." En Hasnol mengusik.

Nuh hanya tersenyum. Bukan itu yang dirisaukan. Nafas ditarik panjang. Dia cukup gelisah ketika itu. Risau jika Hana tidak datang. Seketika kemudian, tok kadi sampai. Lagilah Nuh tidak senang duduk.

"Pengantin perempuan belum sampai lagi." Entah suara siapa yang bercakap dengan tok kadi, makin membuatkan Nuh resah.

"Uncle, saya keluar call Hana sekejap." Nuh meminta izin. Selepas menerima anggukan dari En Hasnol, terus dia keluar ke depan masjid.

Jam ditangan dijeling. Sudah hampir ke jam 9 malam. Sepatutnya mereka sudah dinikahkan sekarang. Telefon dikeluarkan, membuat panggilan kepada Hana. Setiap deringan membuatkan jantung Nuh berdegup makin kencang.

Tidak berjawab. "Hana, jangan buat saya macam ni." Sekali lagi dia cuba mendail. Ketika itu, sebuah kereta masuk ke perkarangan masjid.

Nuh menamatkan talian. Dia menanti pemilik kereta itu keluar. Nadim keluar dari tempat pemandu. Isteri lelaki itu, Jannah turut keluar dari tempat duduk di sisi pemandu. Ingin saja dia melaung, bertanyakan tentang Hana.

Kemudian, Fara keluar dari tempat duduk belakang bersama Hana. Ya, Hana.

Nuh mula tersenyum kelegaan. Gadisnya itu kelihatan sangat cantik dengan persalinan berwarna putih, sedondon dengannya. Langkah mereka diperhatikannya.

"Nuh, buat apa kat luar ni? Jom masuk." Nadim menepuk bahunya. Matanya masih melekap pada Hana yang mengelak pandangannya. "Jom..." Nadim menariknya masuk.

Nuh menyabarkan diri. Beberapa detik lagi, Hana bakal menjadi miliknya.

Dia kembali duduk. Nadim duduk di sebelahnya. Kadi menyampaikan khutbah nikah sebelum menikahkan mereka. Nuh menghadap En Hasnol yang sudah bersedia.

Akhirnya, hanya dengan sekali lafaz, Hana sah menjadi isterinya. Tangan En Hasnol disalami diikuti dengan semua saksi yang berada di situ.

Dia pandang Hana sebelum mendekati gadis yang telah sah menjadi miliknya itu.

Tangan Hana dicapai. Cincin disarungkan di jari manis isterinya. Lama Hana menunduk, mencium tangannya. Ketika itu, perasaan sebak menguasai diri. Hampir saja Nuh menitiskan air mata. Tangannya menyentuh lembut kepala Hana ketika gadis itu mencium tangannya.

Hana mengangkat kepala memandangnya. Senyuman manis terukir di bibir itu membuatkan senyumannya turut terukir. Lega hatinya melihat Hana tersenyum. Tadi dia agak risau apabila tidak melihat senyuman di wajah itu.

Wajah dirapatkan pada Hana, ubun ubun Hana dicium.

"Terima kasih, Hana." Nuh berbisik perlahan sebelum menjauhi Hana.

Hana hanya diam memerhatikan Nuh yang beralih memeluk Pn Zayana. Dia memandang En Hasnol. Papanya sedang mengesat hujung mata. Terus Hana menunduk menahan sebak.

Selesai majlis dan sedikit jamuan, mereka terus pulang ke rumah En Hasnol termasuklah Pn Zayana dan keluarga Nadim. Majlis perkahwinan mereka tidak akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Hana melulu masuk ke biliknya sebaik saja sampai di rumah. Nuh ditinggalkan di ruang tamu bersama keluarga yang lain.

"Yam, tunjukkan bilik untuk keluarga baru saya ni." En Hasnol memanggil pembantu rumahnya.

"Nadim masuk bilik dulu la. Budak budak dah tidur ni." Nadim berkata, mendukung anak bongsunya yang kelihatan lena.

Anak sulungnya pula yang baru berusia 4 tahun kelihatan mamai dipimpin ibunya naik ke tingkat atas. Nuh tersenyum melihat gelagat mereka. Dia melabuhkan duduk pada sofa.

"Mari puan, saya tunjukkan bilik." Kak Yam menjemput Pn Zayana.

"Tak payah berpuan puan. Panggil kak Za saja. Ya?" Mereka berbual kecil sambil naik ke tingkat atas.

"Nuh, pergilah masuk tidur." En Hasnol menegur, namun dia turut duduk di sofa.

"Kejap lagi lah saya naik."

En Hasnol terdiam seketika. "Papa harap Hana tu tak bunting la sebelum majlis perkahwinan kamu. Nanti duduk atas pelamin, memboyot perut tu." Tiba tiba dia berkata.

"Eh, papa ni. Ke situ pula." Nuh tertunduk segan.

"Ya lah. Majlis kamu lambat lagi. Katanya nak tunggu kamu grad dulu, dapat kerja dulu. Bila Nuh tarikhnya kamu grad?"

"Tiga empat minggu lagi. Papa... tak kisah kan saya kerja mekanik tu sebelum dapat kerja yang lebih baik?" Nuh bertanya serba salah walau sebelum ini mereka pernah berbincang mengenainya.

Yalah, mertuanya itu orang berniaga. Risau jika En Hasnol segan pula bila orang mengetahui menantunya hanya seorang mekanik.

"Papa tak kisah Nuh. Asalkan kamu jaga Hana baik baik. Dialah satu satunya anak perempuan papa, satu satunya permata hati papa. Papa serahkan tanggungjawab ni pada kamu. Jaga Hana baik baik, ya."

Nuh menunduk. Sayu kata kata En Hasnol membuatkannya sebak. "InsyaAllah, saya takkan sia siakan Hana. Terima kasih papa, sudi serahkan permata papa untuk saya. Walau dengan nyawa saya sekalipun, saya akan lindungi dia."

En Hasnol tersenyum. Hampir saja dia mengalirkan air mata. Sebentar kemudian, Nadim turun. Mereka makin rancak berbual. Hampir sejam juga, barulah Nuh naik ke bilik Hana.

Pintu tidak berkunci, jadi dia terus membuka pintu. Hana berada di depan meja solek, menyikat rambutnya.

Serta merta Hana bangun dari kerusi. "Awak nak mandi?"

Nuh mengangguk. Beg pakaiannya diletakkan di atas katil. Setelah sehelai t shirt dan kain pelekat dikeluarkan dari situ, dia menoleh ke arah Hana yang tercegat memandangnya.

"Saya tak bawa tuala. Boleh saya guna tuala awak?"

"Hah? Guna tuala saya? Em, basah lagi. Saya baru guna. Saya ambilkan awak tuala baru ya." Kelam kabut Hana menuju ke almari. Nuh tersenyum.

"Nah." Tuala dihulurkan. Nuh mencapai namun dia turut memegang tangan Hana. Matanya merenung wajah Hana sehingga isterinya itu tertunduk segan.

"Kenapa?"

"Macam mimpi..."

Hana mendongak. "Apa yang macam mimpi?"

"Kahwin dengan awak. Rasanya macam mimpi saya jadi kenyataan."

Hana mengalihkan wajah, segan. Rambut Hana jatuh ke depan. Nuh tersenyum lagi. Suka benar dia melihat rambut separas pinggang Hana. Cantik, wangi. Pandai Hana menjaganya.

Helaian rambut Hana yang jatuh, Nuh selit ke telinga. "You're so beautiful, my wife." Nuh berbisik, makin membuatkan wajah Hana berbahang.

"Awak mandilah dulu." Tangan Hana menahan di dada Nuh, mengelak suaminya daripada terus mengusik.

Nuh tersenyum. "Okey." Sepatah balasan dari Nuh, tangan Hana dilepaskan tangan. Dia masuk ke bilik air di hujung bilik.

Keluar saja dari bilik air, Hana yang sedang berbaring di atas katil terus bangun dari pembaringan. Terkebil kebil matanya memandang Nuh yang sedang mengelap rambut.

"Kenapa bangun? Tidurlah. Saya tahu awak penat." Nuh berkata. Tuala disangkut.

"Saya... tunggu awak."

Nuh tersenyum. Perlahan lahan dia mendekati katil, memanjat naik ke situ. Dia duduk bersila di depan Hana.

Dada Hana berdegup kencang. Nuh duduk benar benar rapat dengannya.

"Hana..."

"Em?"

"Tadi, awak lambat sampai. Saya betul betul risau. Takut awak tak datang."

Hana tergelak kecil. "Sengaja saya datang lambat. Nak bagi suspense."

"Pandai saja. Saya risau tahu tak?"

"Kenapa pula nak risau. Mestilah saya datang."

"Pasal semalam. Saya ingat awak betul betul balik, fikir semula, lepas tu decide untuk cancle. Hanya tu yang bermain dalam fikiran saya."

Hana teragak agak mencapai tangan Nuh. "Saya takkan buat macam tu. Sebab... saya sayangkan awak. Saya tak dapat nafikan perasaan saya walaupun saya marahkan awak." Hana menunduk memandang tangan Nuh di dalam genggamannya.

"Awak marahkan saya lagi ke?" Nuh bertanya. Tangan Hana dielus lembut.

Hana menggeleng. "Tak. Saya tak marah." Mereka diam seketika. "Nuh, tadi lepas akad nikah, kenapa awak cakap terima kasih?"

"Terima kasih... sebab awak datang. Terima kasih sebab awak jadi isteri saya."

Hana tersenyum.

"Hana..."

"Ya?"

"Saya nak peluk awak?"

"Hah?"

"Lepas awak salam saya masa batal air sembahyang tadi, time tu juga saya rasa saya nak peluk awak. Tapi apa pula orang kata, kalau tiba tiba pula saya peluk awak." Nuh tersengih.

"Awak ni..." Hana menunduk. Nuh terus menarik tubuh itu ke dalam pelukannya. Ubun ubun Hana dicium.

Lama Hana berada dalam pelukan Nuh. Suaminya langsung tidak berkata apa apa. Hanya sesekali mengelus lembut bahunya dan mencium kepalanya.

Hana tersenyum, mengeratkan pelukan. Tak dapat diungkapkan betapa dia bahagia sekarang ini.

Tiba tiba, Nuh meleraikan pelukan. Suaminya itu bangun dari katil untuk menutup suis lampu.

"A... awak nak buat apa?" Hana bertanya, sudah cuak.

"Tak ada apalah." Nuh merebahkan badan ke katil. Hana ditarik kembali ke dalam pelukannya.

"Eh, eh. Kenapa?"

"Saya nak tidur peluk awak." Nuh sudah memejamkan mata.

"Nanti awak lenguh."

"Tak apalah. Nanti saya lenguh, saya campak la awak ke tepi." Nuh menjawab selamba.

"Amboi." Terus Hana bangun dari pelukan Nuh.

Nuh menahan, kembali memeluk Hana. "Gurau saja la. Saya campak elok elok la nanti."

Hana tergelak. Dia mengangkat muka, mengintai wajah Nuh yang sudah memejamkan mata. Bibir Nuh masih menguntum senyum. Dia turut tersenyum dan teragak agak membalas pelukan dari Nuh.





❄❄❄

Συνέχεια Ανάγνωσης

Θα σας αρέσει επίσης

Cinta Tak Setaraf [ C ] Από M y n ’ s

Γενικό Φαντασίας

3M 162K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
48.2K 3.7K 80
Semuanya bermula kerana satu malam. Perkahwinan secara tiba-tiba dalam persahabatan mereka, Melina dan Aryan. "So sekarang ni, satu sahaja jalan yang...
77.8K 3.1K 49
[Cinta pertama tak semestinya kekal selamanya] Sophia Alexeev... Pewaris kedua bangsawan Rusia dan keluarga terhormat Malaysia. Tapi, hanya pada nama...
291K 10.6K 51
4th Story ❤ Anggun Adhiya Affan Al-Haq Cinta dan Sayang. Dua perkara yang tidak boleh dipaksa dan kehadirannya tidak kita ketahui. ANGGUN ADHIYA...