I Like You | ✔

De NurMiraHani

653K 29.8K 676

[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hat... Mais

I Like You
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Nota
Epilog
Epilog II
Ending

Bab 47

10.9K 474 14
De NurMiraHani

🎸🎸🎸




Hana membetulkan kolar kemeja putih yang dipakai Nuh. Tali leher dirapikan. Rambut Nuh dibetulkan agar kelihatan lebih kemas. Hana tersenyum, berpuas hati dengan penampilan suaminya.

"Thanks, wife." Perlahan Nuh berkata.

Hana memandang Nuh. Sejak dia bertanyakan mengenai lengan Nuh beberapa hari sebelum ini, Nuh tidak banyak bercakap dengannya. Sepatah ditanya, sepatah juga jawapannya.

Hana mengangguk.

"Jom." Nuh menarik tangan Hana keluar dari bilik.

Pn Zayana juga baru keluar dari bilik ketika itu. Siap berbaju kurung dan berselendang. Nampak berseri seri ibunya membuatkan Nuh tersenyum lebar.

"Nuh, dah siap?" Pn Zayana menegur.

"Dah ibu."

"Jom, makan dulu. Hana ada goreng nasi. " Hana mengajak Pn Zayana ke ruang makan. Tangan Nuh yang masih bertaut dengan tangannya ditarik.

Setelah suami dan ibu mertuanya duduk, Hana melayani mereka. Menyenduk nasi ke dalam pinggan dan menuangkan minuman.

"Bad datang ambil kan?" Hana bertanya pada Nuh.

Nuh hanya mengangguk setelah menyuapkan nasi ke mulut.

"Kalau macam tu Hana pergi dulu, ya." Bahu Pn Zayana disentuh lembut. "Nak kena uruskan beberapa perkara sebelum majlis."

"Ya lah. Tapi Hana tak makan dulu ke?" Pn Zayana bertanya.

"Tak, dah lewat. Hana dah bawa bekal sikit. Makan kat sana saja. Hana pergi dulu, ya?" Tangan Pn Zayana disalami.

Dia dekati pula Nuh. Tangan suaminya dicapai dan dicium. Lama, sehingga Nuh memanggilnya.

"Hana..."

Hana mengangkat muka.

"Awak okey?" Nuh bertanya.

Hana tersenyum dan terus meminta diri.

Nuh pandang Pn Zayana. "Ibu, kejap ya. Nuh hantar Hana ke kereta." Terus Nuh bangun mengejar langkah isterinya. 

"Hana..." Nuh memanggil apabila Hana sudah berura ura masuk ke dalam kereta.

"Kejap."

Hana menanti di tepi kereta sehinggalah Nuh mendekatinya.

"Wife, are you okay?" Tangan Hana dicapai.

"Kenapa tak okey pula? Hari ni kan majlis konvokesyen awak. Takkan lah saya tak okey."

"You sure?" Nuh merendahkan wajah, mengintai mata Hana yang asyik mengelak pandangannya.

Hana menunduk. "Saya minta maaf." Perlahan dia berkata.

"Kenapa?"

"For everything. Kalau saya buat awak marah, saya tak senangkan hati awak, saya tak faham awak." Hujung matanya sudah berair.

"Hana... kenapa cakap macam tu? Awak tak salah apa apa pun. Awak isteri yang baik. Tak ada sebab saya nak marahkan awak." Nuh meyakinkan. Bahu Hana diusap usap.

Hana hanya memandang Nuh dengan pandangan yang berkaca. Tanpa kata.

"Kalau pasal malam tu, saya yang sepatutnya minta maaf, bukan awak. Saya yang salah. I'm so sorry."

"Kalau macam tu, kenapa awak tak hiraukan saya lepas malam tu?" Hana berbisik perlahan.

"Sebab saya rasa bersalah pada awak. Saya tak dapat bagi jawapan pada pertanyaan awak. Sorry, Hana."

Hana terdiam seketika, merenung wajah Nuh. "I'm so sorry. Saya takkan tanya apa apa lagi. Saya akan tunggu awak."

Nuh terdiam. Tersenyum nipis. Ditarik Hana ke dalam pelukannya. Kepala isterinya diusap lembut. Entah bila dia punya kekuatan untuk berterus terang dengan Hana.

"Husband... Kita kat luar ni." Hana mengingatkan membuatkan Nuh tergelak kecil. Pelukan dilepaskan.

Hana tersenyum segan apatah lagi apabila tangan Nuh naik mengusap pipinya.

"Pergilah. Bawa kereta elok elok. Nanti jumpa kat kolej."

"Okey. Saya pergi dulu. Saya tunggu awak kat sana."

"Okey, sayang."

Hana tersenyum, masuk ke dalam kereta. Nuh menghantar kepergian Hana dengan lambaian sebelum dia kembali masuk ke dalam rumah.






🎸🎸🎸






Hana tersenyum melihat jambangan di tangannya. Tiga kuntum bunga ros yang dibalut cantik bersama sebuah patung beruang yang memakai kostum graduasi. Bunga bunga kecil menghiasi jambangan itu.

Dari jauh dia melihat Nuh sedang berbual dengan Badrul dan Pn Zayana. Badrul memberitahu sesuatu kepada Nuh sebelum suaminya itu menoleh ke arahnya. Terus senyuman melebar di wajah itu.

Nuh menghampiri Hana.

"For you, husband. Congratulation. I'm proud of you." Jambangan di tangan dihulurkan kepada Nuh.

"Thank you, wife. I'm proud having you as my wife on this day."

Senyuman Hana terukir dengan kata kata Nuh.

"Jom, kita bergambar dengan ibu." Tangan Hana dicapai dan mereka beriringan ke arah Pn Zayana.

Beberapa keping gambar diambil sebagai kenangan.

"Nuh, aku bawa ibu kau ke restoran dulu la. Nanti kau dengan Hana datang ya. Jangan pergi dating berdua pula." Badrul mengingatkan.

"Ya lah. Ibu tunggu Nuh kat sana ya?"

"Ya. Nuh jangan risaukan ibu lah. Bukan tak biasa dengan Bad ni."

"Jom mak cik. Nuh, tempat Isya tau. Jangan pergi tempat lain pula." Badrul sempat berpesan sebelum dia berlalu pergi bersama Pn Zayana.

"Siapa Isya, Nuh?" Hana bertanya.

"Mak we kita la." Nuh mengusik. Perlahan lahan dia berjalan ke parkir seraya membuka jubah graduasinya.

Hana mengekori dari belakang. "Betul betul lah."

"Betul."

Melihat muka bersungguh Nuh, terus dipukul kuat bahu suaminya.

Berkerut kerut wajah Nuh. "Sakit, sayang."

"Main main lagi." Marah suara Hana. Bibir sudah muncung.

"Ya lah. Ya lah. Betul betul ni. Isya tu adik Bad. Dah macam adik saya juga. Isya tu own a restaurant. Jadi, kita celebrate dekat restoran dia kejap lagi. Dia dah ada boyfriend la." Hidung Hana dicuit. "Jealous sangat."

"Mestilah, husband kita."

Nuh tergelak. "Husband awak ni setia orangnya. Jangan risau la."

Hana mencebik. Terus dipaut lengan Nuh. "Kalau macam tu, jom lah. Saya dah lapar."

"Amboi, gelojohnya kalau bab makan." Nuh sempat tarik hidung Hana sebelum satu suara memanggil namanya.

"Noah..."

Nuh menoleh ke belakang. Begitu juga dengan Hana.

"Ann..."

Wajah Lianna sedikit pucat. Namun tubuh itu kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini.

"Kau okey ke, Ann. Kau nampak pucat." Nuh menegur.

Lianna tersenyum kelat. "Aku dengar kau konvo hari ni. Aku datang nak bagi hadiah pada kau." Lemah suara Lianna.

Sejambak bunga dihulurkan pada Nuh yang teragak menyambut. Sempat Nuh menjeling pada Hana di sisinya.

"Aku nak cakap dengan kau sikit boleh?" Pinta Lianna.

Hana menyentuh bahu Nuh. "Saya tunggu kat kereta ya." Hana cuba memberi ruang pada mereka.

Nuh menarik tangannya namun dia hanya mengangguk meyakinkan. Tangan Nuh dileraikan dari tangannya dan Hana terus meninggalkan suaminya bersama Lianna.

Nuh melepaskan keluhan, melihatkan wajah sugul Hana.

"Ada apa, Ann?"

"Jadi betullah? Kau dah kahwin dengan Hana?" Lianna bertanya.

"Aku dah beritahu kau. Aku dah reply mesej kau. Hana isteri aku." Nuh menegaskan.

"Kau tak reply mesej terakhir aku."

Nuh terdiam sejenak. "Kau minta yang bukan bukan, Ann. Aku tak boleh terima."

Lianna mengetap bibir. "Hanya kau yang baik dengan aku, Noah. Tolonglah aku." Lengan Nuh dipaut. "Aku buntu. Aku hanya percayakan kau."

Nuh menggeleng. Tangan Lianna di lengannya ditepis lembut.

"Kau baik baik saja. Semuanya akan okey. Kau tak perlukan aku untuk teruskan hidup kau. Terima apa yang dah terjadi. Move on. Kau boleh hadapi semua ni." Nuh cuba menasihati.

Wajah Lianna sudah berubah riak. Bagai mahu menangis. "Noah... aku perlukan kau. Please..."

"Ann..." Nuh menggeleng kesal.

"Aku boleh jadi isteri kedua kau. Kita tak payah beritahu Hana. Lepas semuanya selesai, kau boleh lepaskan aku. Ya?"

Nuh bungkam. Sampai begitu sekali Lianna terdesak.

"Ann... tak semudah tu. Masalah tetap takkan selesai. Kau tak perlukan sesiapa. You can survive at your own. Aku akan cakap dengan Hana, ya? Dia boleh temankan kau. Dia boleh tolong kau. Okey?"

Lianna tidak menjawab. Hanya merenung tajam pada Nuh dengan mata yang berkaca.

"Aku akan beritahu Hana, ni anak kau." Perut yang terlindung di sebalik jubah longgarnya disentuh.

Nuh membulatkan mata. "Jangan mengarut!"

Lianna tersenyum nipis. Agak sinis. Dia memandang Hana yang berada di dalam kereta, sedang memerhatikan mereka.

"Kau dah masuk dalam hidup aku, aku tak nak kau keluar."

Lianna berkata dan terus berlalu pergi.

Nuh memejamkan mata seketika, nafas dihela panjang. Dia melangkah ke arah kereta Hana.

"Husband." Hana menegur setelah Nuh masuk ke tempat pemandu. "Ann cakap apa?"

Nuh tersenyum sedikit. "Tak ada apa. Borak kosong saja."

Hana terdiam. Riak wajah Nuh diperhatikan. Kosong, dia memang tak dapat membaca wajah itu.

"Dia... nampak lain sangat."

Nuh menoleh ke arah Hana.

"Macam orang mengandung pun ada." Berhati hati Hana barkata. Risau tersilap.

Kelu. Nuh hanya tersenyum, mengangkat bahu. Dia mula memandu setelah itu. Beberapa ketika, Hana kembali membuka mulut mengenai Lianna.

"Kenapa dia panggil awak Noah?"

"Em... sebab saya kenal dia kat gelanggang. Dalam gelanggang memang saya guna nama tu." Perlahan saja Nuh menjawab.

Hana mencebik. "Saya rasa macam dia panggil awak dengan nama yang special pula. Saya cemburu la..."

Nuh tersengih. Menjeling sekilas pada Hana, terus diraih tangan isterinya itu. "Janganlah cemburu, wife. It's just a name. Tak ada maksud apa apa pun."

Hana diam. Muncung.

"Hey, sayang..." Dielus elus tangan Hana.

"Awak isteri saya la. Tu lagi special. Tak ada yang lagi special dari awak."

Hana memandang Nuh dengan ekor mata. Senyuman mula terukir. Genggaman tangan Nuh dibalas erat.

"Thanks, husband."








❄❄❄

Continue lendo

Você também vai gostar

424K 16.4K 69
Ainul Iftitah budak ketot dalam IMANAFFAN tu aka Adik Affan. Ainul memang tak pernah bercinta. Dia pernah cinta tapi tak terbalas. Dalam diam saja...
77.8K 3.1K 49
[Cinta pertama tak semestinya kekal selamanya] Sophia Alexeev... Pewaris kedua bangsawan Rusia dan keluarga terhormat Malaysia. Tapi, hanya pada nama...
5.9M 237K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
178K 3.2K 10
[MALAY FICTION] 9th Wattpad Story by _ljskwb. Kesinambungan kisah Alif dan Ara selepas 'Some'. Alif Arqem dan Jihan Maisarah. Kisah persoalan hati ya...