I Like You | ✔

By NurMiraHani

653K 29.8K 676

[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hat... More

I Like You
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Nota
Epilog
Epilog II
Ending

Bab 42

10.4K 490 19
By NurMiraHani

🎸🎸🎸







Hana tersenyum lega. Akhirnya, pertunangan dengan Fakhrul terputus juga, secara baik. Ibu bapa Fakhrul berkali kali memohon maaf padanya dengan apa yang Fakhrul telah lakukan.

Sejak hari itu juga, dia langsung tidak nampak Fakhrul. Alongnya sendiri berjumpa Fakhrul, entah amaran apa yang diberi pada Fakhrul, dia juga tidak tahu.

Beberapa minggu berlalu, Hana pulang lagi ke rumah En Hasnol. Sekarang, kerap juga dia pulang setiap kali hujung minggu.

"Papa tak ke kilang hari ni?" Hana bertanya, menegur papanya yang duduk bersantai di depan televisyen. Dia turut melabuhkan duduk di sisi En Hasnol.

"Tak, ada orang nak datang rumah hari ni?" Mata En Hasnol masih di kaca televisyen.

"Oh, patutlah Kak Yam masak special. Siapa nak datang?"

"Adalah. Kejap kejap lagi adik bersiaplah. Tak lama lagi sampai la tu." Jam di dinding dipandang.

"Kenapa pula adik kena bersiap? Tetamu papa kan? Malas lah."

"Takkan tak nak jumpa tetamu papa pun?" En Hasnol melirik anak gadisnya.

Hana terdiam seketika. "Hmm, okey."

"Pergi bersiap sekarang lah. Pakai cantik cantik. Ya?"

Hana mengerutkan kening namun dia bangun juga dari sofa, naik ke biliknya.

Masuk ke dalam biliknya, Hana menyalin seluar belang belang dan baju lengan pendeknya kepada skirt labuh dan t shirt berlengan panjang. Setelah menyolek ringkas wajahnya, selendang akhirnya diletakkan kemas di kepala.

Keluar saja dari bilik, En Hasnol mendekatinya. "Adik, jemput tetamu papa masuk. Dah sampai tu. Papa nak tengok Kak Yam ni, dah siap masak ke belum."

"Eh, papa la yang jemput. Biar adik tengokkan kak Yam."

"Pergi saja. Papa suruh adik ni." Tanpa mempedulikan wajah cemberut Hana, En Hasnol terus masuk ke dapur.

Hana segera melangkah ke muka pintu. Buka saja pintu, susuk tubuh seorang lelaki sedang membelakangi pintu.

"Encik, sila masuk." Hana menjemput lembut. Terjenguk juga dia mahu melihat gerangan lelaki itu.

Lelaki itu perlahan lahan berpaling ke arahnya. Hana hampir ternganga melihat susuk tubuh yang sedang berdiri di depannya. Penampilan lelaki itu berbeza sekali.

Hana terkesima. Nuh memotong pendek rambutnya. Kelihatan kemas berbanding rambutnya yang mencecah bahu sebelum ini.

Rait wajah tenang yang sedang merenungnya itu diperhatikan. Lebih sebulan, rasanya sudah hampir 2 bulan dia tidak melihat wajah ini. Datang datang terus dengan kejutan sebegini. Mahu melompat rasa jantungnya.

"Ehem." Nuh berdehem perlahan apabila Hana kelihatan kaku di depannya.

Hana tersentak. Cepat cepat dia kawal riak wajahmya. "Buat apa awak datang sini?" Dingin suara Hana bertanya.

"Saya nak jumpa En Hasnol bukan Cik Hana. So, excuse me?" Terus Nuh masuk ke dalam rumah.

Hana memejamkan mata seketika. Mengetap bibir, dia turut masuk ke dalam rumah. "Ada apa nak jumpa papa?"

"Adalah halnya bila saya datang sini."

"Hal apa? Awak cakap awak tak nak jumpa saya lagi. Kenapa datang sini? Kalau nak jumpa papa, jumpa kat luar. Tak payah datang sini. Saya tak nak tengok muka awak."


"Benci betul awak pada saya ya?" Nuh berkata. Sendu. Tersebek memandang Hana.

"Ya, saya bencikan awak. Tak faham ke?" Hana membentak.

"Adik... kenapa tak jemput Nuh duduk?" En Hasnol keluar dari dapur.

Hana pantas menghampiri En Hasnol. "Papa, ada apa papa nak jumpa Nuh? Tak boleh jumpa kat luar ke? Kenapa kena jumpa kat rumah pula?"

"Apa masalahnya? Nuh dah datang dari jauh kan. Mari Nuh, duduk. Hana, suruh kak Yam bawa keluar air."

Hana merengus, terus dia masuk ke dapur mencari Kak Yam.

"Hana, tolong bawa keluar air tu. Kak Yam sibuk ni." Tangannya lincah memasak.

Tanpa membantah, Hana mengangkat dulang keluar ke ruang tamu. Namun, mulutnya sudah terkumat kamit membebel.

"Ibu tak dapat datang. Tak sihat sikit dua tiga hari ni." Sebaik saja Hana meletakkan dulang di atas meja, kata kata Nuh menarik perhatiannya.

Terus Hana mengangkat muka memandang Nuh. "Kenapa dengan mak cik?"

"Ibu demam. Demam biasa saja. Demam nak dapat menantu agaknya." Ayat akhirnya diperlahankan namun En Hasnol sempat menangkap kata katanya.

Mereka tergelak sesama sendiri membuatkan Hana mengerutkan kening. "Orang demam pun gelak? Awak Nuh, dah tahu ibu awak demam, kenapa tinggalkan dia sendiri?"

"InsyaAllah, ibu okey. Saya minta tolong adik Badrul temankan ibu." Nuh menjelaskan.

Dari hari tu lagi adik Badrul yang tengokkan Pn Zayana. Nak juga dia berjumpa dengan gerangan yang selalu disebut Nuh itu.

Kata kata Nuh dibiarkan tidak berbalas. Dia bangun meninggalkan mereka berdua berbual bual di situ. Entah apa yang dibualkan, dia juga tidak tahu. Dan malas mahu ambil tahu. Hana masih ingat kata kata Nuh padanya tempoh hari. Jadi, dia tidak mahu terhegeh hegeh pada Nuh lagi.

Hana menarik kerusi di dapur, melabuhkan duduk di situ. Kak Yam masih menyiapkan hidangan.

"Kak Yam, banyak lagi ke nak masak? Hana tengok dah banyak lauk atas meja tu." Hana menegur.

"Dah yang akhir ni." Ringkas kak Yam memberitahu.

"Kenapa masak special sangat hari ni? Nuh je pun."

"Ishh, Hana ni. Hana tak tahu ke?"

"Tahu apa?"

"Hana tanya lah dengan papa Hana nanti. Tak nak lah Hana tahu dari kak Yam."

Hana mengerutkan kening dengan kata kata kak Yam. "Kak Yam...beritahu la." Hana memujuk. Dia bangun merapati Kak Yam. Wanita itu dipeluk dari belakang, cuba menagih simpati.

"Tak payah, tak payah." Tangan Hana yang membelit di pinggangnya dileraikan. "Ni, tolong kak Yam hidang kat meja makan. Lepas tu, panggil mereka makan."

Hana memuncung namun apabila kak Yam buat tak peduli, Hana akur juga dengan arahan wanita itu. Selesai menghidangkan lauk pauk di atas meja, dia kembali ke ruang tamu.

"Tak payah tunang tunang. Kahwin terus. Mudah." Kata kata papanya membuatkan Hana tersentak. Nuh nak kahwin ke?

"Saya pun setuju kalau macam tu. Lama lama nanti, melepas pula." En Hasnol dan Nuh sudah berkongsi gelak sebelum Hana mencelah.

"Papa, makanan dah sedia." Perlahan Hana berkata.

"Mari Nuh, kita makan dulu." En Hasnol menjemput dan mereka sama sama bangun ke ruang makan.

Hana berjalan ke arah tangga untuk naik ke biliknya. Malas mahu berlama di situ. Marahnya pada Nuh masih tersisa.

"Hana tak makan sekali?" Nuh menegur. Hana hanya menjeling tajam sebelum meneruskan langkah.

"Dik... Nuh tanya tu." En Hasnol pula menegurnya.

"Em, tak papa. Adik tak sedap badan. Papa makanlah. Adik masuk bilik dulu." Hana berkata, langsung tidak memandang Nuh.

Masuk saja ke dalam bilik, pintu dikunci. Hana menghempaskan badan ke katil. Pelbagai persoalan menerjah fikirannya mengenai kedatangan Nuh ketika ini. Hana berguling guling di atas katil sehingga akhirnya dia tertidur.

Dia hanya tersedar apabila pintu biliknya diketuk. Suara papanya kedengaran. "Adik, Nuh dah nak balik ni. Tak keluar jumpa Nuh dulu? Hana Nadeera..." Kata kata En Hasnol diselangi dengan ketukan.

Hana hanya membatukan diri. Malas mahu berjumpa dengan Nuh. Sebentar kemudian, ketukan di pintu terhenti. Hana terus bangun menuju ke bilik air. Membersihkan diri, sengaja berlengah untuk keluar dari bilik.

"Adik, kenapa tak buka papa ketuk tadi? Nuh dah balik dah." En Hasnol menegur apabila melihat Hana masuk ke ruang makan.

"Adik tertidur." Beralasan. Tudung saji dibuka dan dia mula menjamah makan tengah harinya.

"Dik, lepas makan masuk bilik papa kejap." En Hasnol menyentuh lembut bahu Hana.

"Kenapa?"

"Makan dulu. Nanti masuk bilik papa." Tanpa menunggu balasan dari Hana, En Hasnol terus memanjat tangga naik ke tingkat atas.

Selesai makan dan membersihkan pinggannya, tanpa berlengah Hana masuk ke bilik En Hasnol. Papanya sedang duduk di birai katil memegang sesuatu. Hana duduk di sisi En Hasnol.

"Ada apa papa?"

En Hasnol hanya tersenyum sebelum meletakkan kotak baldu kecil berbentuk hati di tapak tangan Hana. "Hana setuju ya? Papa dah terima."

Hana mengerutkan kening. Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Sebentuk cincin bertatahkan berlian di sekelilingnya terletak elok di situ. "Papa terima apa?"

"Papa dah terima lamaran Nuh untuk adik." Kata kata papanya membuatkan Hana hampir hilang nafas. Bulat matanya memandang En Hasnol.

"Lamaran apa?" Hampir terjerit Hana bertanya.

"Lamaran apa lagi kalau ada cincin? Lamaran Nuh pada adik untuk dijadikan isteri Nuh." En Hasnol menjelaskan satu persatu.

Hana ternganga. Nuh dah gila. Nuh gila. Hanya itu yang bermain di fikirannya ketika itu.









❄❄❄

Continue Reading

You'll Also Like

291K 10.6K 51
4th Story ❤ Anggun Adhiya Affan Al-Haq Cinta dan Sayang. Dua perkara yang tidak boleh dipaksa dan kehadirannya tidak kita ketahui. ANGGUN ADHIYA...
48.1K 3.7K 80
Semuanya bermula kerana satu malam. Perkahwinan secara tiba-tiba dalam persahabatan mereka, Melina dan Aryan. "So sekarang ni, satu sahaja jalan yang...
5.9M 237K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
3M 162K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...