I Like You | ✔

By NurMiraHani

653K 29.8K 676

[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hat... More

I Like You
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Nota
Epilog
Epilog II
Ending

Bab 41

10.7K 491 25
By NurMiraHani

🎸🎸🎸






"Maaf lah. Aku mana tahu kau ni kawan Hana. Kau tu, mencurigakan sangat. Aku ingat kau nak apa apakan Hana."

"Tak ada apa lah. Sikit saja ni." Nuh menyentuh hujung bibirnya yang lebam.

Hana datang dengan membawa sebekas ais dan tuala kecil. "Nuh, tekap kat muka."

"Tak payah lah. Bukan teruk pun. Awak ni, bukannya saya tak biasa kena pukul macam ni." Nuh berbisik perlahan apabila Hana melabuhkan duduk di sisinya.

"Eii, dia ni. Buat degil pula. Sini." Hana terus menekapkan ais yang dibalut dengan tuala di hujung bibir Nuh.

"Tskk..." Nuh mengerang kecil. "Perlahan sikit."

"Ya."

Nuh kemudian memandang Nadim yang masih leka memerhatikan mereka. "Saya buat sendiri lah." Balutan ais diambil dari tangan Hana. Segan pada Nadim yang memerhatikan mereka.

"Dik, sini kejap." Nadim bangun dari sofa, menarik tangan Hana menjauhi Nuh.

Mereka kemudian menghilangkan diri ke dapur. Nuh pula mengeluarkan telefon bimbitnya, menelefon Pn Zayana. Risau juga meninggalkan ibunya sendiri. Dia sudah menyuruh adik Badrul menemani ibunya. Namun, bila berjauhan begini, dia risau pula.

"Along, kenapa?" Hana memeluk tubuh. Nadim masih terintai intai gerak geri Nuh dari dalam dapur itu.

"Ni along nak tanya. Siapa budak Nuh ni?"

"Kawan je la."

"Kawan apa sampai bawa ke rumah? Lepas tu tadi tu, dia buat apa pada adik?"

"Ish, along ni menyibuk betul. Dia kawan adik saja lah. Tadi tu erm...dia main main je."

"Adik..."

Hana menunduk.

"Cepat bagitahu along betul betul." Nadim mendesak.

"Adik suka dia."

Nadim membulatkan mata. "What? Habis tu Fakhrul?"

"Fakhrul, Fakhrul, Fakhrul. Benci tahu tak!" Hana membentak namun apabila melihat wajah terkebil kebil alongnya, Hana menhela nafas perlahan.

"Fakhrul pukul adik. Ni, ni nampak ni. Fakhrul pukul!" Hana menunjukkan wajahnya yang beransur sembuh.

Nadim memaut wajah Hana sebelum dibelek beleknya. "Fakhrul pukul?" Serius dia bertanya.

Hana mengangguk. "Nuh yang tolong adik."

Nadim melepaskan keluhan. Kepala Hana diusap beberapa kali. "Tahulah along nak mengajar budak tu nanti."

Sesuai itu, Nadim terus berlalu meninggalkan mereka. Hana membiarkan. Kunci kereta diambil sebelum dia keluar ke ruang tamu.

"Nah." Dihulurkan kunci kereta pada Nuh.

"Kenapa?"

"Balik lah. Tak nak balik lagi?"

"Dari tadi lagi awak menghalau saya kan?" Nuh bangun dari sofa, bercekak pinggang.

"Habis tu, tak faham faham lagi?"

Nuh tersengih. "Ya lah. Nak balik lah ni." Perlahan lahan Nuh mengorak langkah ke muka pintu.

"Ambil kunci ni, bawa kereta saya." Hana mengekori Nuh.

"Tak payah lah. Saya naik bas saja. Awak hantarkan saya ke stesen bas ya?"

"Nuh, saya tak nak awak balik naik bas. Bawa kereta saya." Hana memujuk keras.

Nuh menoleh ke arah Hana. "Kenapa? Awak takut seat saya sebelah perempuan. Jealous?"

"Eii, tak kuasa nak jealous."

"Betul ni? Jadi, awak tak kisah la kalau saya tertidur atas bahu perempuan lain. Lepas tu, saya terpeluk pula pinggang dia. Ya lah, mana sedar, tertidur kan?"

Hana mengetap bibir. Bahu Nuh dipukul kuat. "Gatal!"

Nuh hanya tergelak, menggosok gosok bahunya melihat wajah berkerut Hana.

"Menyakitkan hati betul lah. Dah balik, balik!" Ditolaknya badan Nuh keluar dari rumah.

"Eh, garangnya. Hana...sampai hati awak halau saya."

Hana mendiamkan diri. Kunci kereta dihulurkan pada Nuh yang akhirnya mencapai.

"Saya balik dulu tau. Jangan rindu pula. Nanti cepat cepat balik KL. Saya takut saya datang sini cari awak pula."

Hana mengerutkan kening. "Kenapa?"

"Rindu..."

Hana mencebik.

"Oh ya, tadi saya call ibu. Dia kirim salam."

Hana hanya menjawab perlahan.

Nuh berdiri di depan Hana, memandang gadis itu.

"Apa lagi? Balik lah."

Nuh tersenyum nipis. "Hana, saya minta maaf ya? Awak janganlah marah marah. Tak senang hati saya nak tinggalkan awak."

Hana terkelu, perlahan lahan wajah tegangnya menghilang. "Saya tak marah."

"Kalau macam tu senyum la sikit, mengubat rindu saya malam ni."

Hana mengetap bibir. "Tak payah."

Senyuman di wajah Nuh menghilang perlahan lahan. Masing masing mendiamkan diri seketika.

"Saya tak nak awak kecewa. Saya bukan lelaki yang baik. Tak layak bergandingan dengan awak. Awak berhak dapat lelaki yang lebih baik dari saya. Buka hati awak pada lelaki lain ya. Jangan pernah tunggu saya. Jangan pernah cintakan saya."

Hana terdiam memandang Nuh.

"Saya balik dulu. Jaga diri. Kirim salam papa awak, ya." Nuh terus berpaling dari Hana.

"Nuh..."

Nuh menoleh.

"Sampai hati awak kan? Tanpa sebab awak buat saya macam ni." Hana berkata.

"I'm really sorry, Hana." Nuh berpaling pergi. Dia hanya memekakkan telinga dengan panggilan Hana.


"Sekurang kurangnya beritahu saya sebabnya."

Nuh terus berjalan tanpa menoleh ke belakang.

"Nuh! Saya benci awak!" Hana menjerit.

Langkah Nuh terhenti sebelum sekali lagi dia menoleh pada Hana. "Itu yang sebaiknya Hana. Nanti saya akan hantar kereta awak pada Fara. Tak perlu lah kita jumpa lagi lepas ni."

Hana terkedu. Bukan itu yang dimaksudkan. Nuh masuk ke dalam kereta, memecut laju meninggalkan perkarangan rumah Hana.

"Nuh..."








🎸🎸🎸









Nuh melemparkan sarung tangannya ke atas but kereta. Duduk dilabuhkan kasar di kerusi. Kepala ditundukkan ke bawah. Satu kerja pun tak dapat disiapkan. Dalam kepalanya hanya dipenuhi dengan bayangan Hana.

Hampir sebulan dia tidak berjumpa dengan Hana. Dia yang meminta agar mereka tidak lagi berjumpa. Sekarang, dia pula yang angau rindukan Hana. Keluhan dilepaskan kasar.

"Kau apa hal ni? Kereta Pak Tam tu dah siap ke belum?" Badrul menegur.

Rutin kerja Nuh selepas habis waktu pejabat di tempatnya membuat latihan praktikal. Memang dia akan berada di bengkel Badrul. Hujung minggu pun dia akan bekerja di situ.

"Belum."

"Habis tu yang kau tercongok kat sini lagi kenapa? Dah, pergi buat kerja."

"Nantilah." Nuh terus menyandarkan kepala pada kerusi. Mata dipejamkan.

Badrul mendekati Nuh. Kerusi ditarik rapat sebelum dia duduk berdepan dengan Nuh. Paha lelaki itu ditepuk kuat. Nuh membuka mata.

"Apa hal? Cakap dengan aku. Ibu kau sihat?"

"Sihat."

"Habis tu, ayah kau datang ganggu ke?" Badrul cuba menarik perhatian Nuh untuk bercerita.

"Bukan. Ni pasal... Hana."

"Kenapa dengan dia."

Nuh tegakkan duduk. "Kau ingat tak masa aku hantar Hana ke Ipoh dulu?"

"Ya, kenapa?"

"Papa dia ada cakap, kalau aku suka Hana, dia nak bincang untuk hal seterusnya."

"Dah tu? Baguslah macam tu. Kau suka dia kan? Apa masalahnya?"

"Masalahnya aku, Bad. Kau rasa mereka tu boleh terima ke aku yang macam ni?"

Badrul terdiam sbelum menghela nafas perlahan. "Benda tu terjadi bukan sebab kau yang nak. Kau cakap elok elok dengan Hana. Dia faham punya."

Nuh menggeleng. "Aku tak nak Hana tahu."

"Payahlah macam ni Nuh. Kalau kau nak kongsi hidup dengan dia, dia kena tahu semua ni." Badrul membalas.

Nuh mengeluh.

"Kau beritahu saja Hana. Jangan beritahu keluarga dia. Biar Hana saja yang tahu." Badrul memberi cadangan.

"Aku takut dia tak boleh terima."

"Beritahu elok elok. Kalau dia betul betul sayangkan kau, dia boleh terima."

"Aku nak hilangkan benda ni sepenuhnya dulu?"

"Kau ingat sekejap? Naknya Hana disambar orang?"

Nuh termenung.

"Aku rasa kau kena beritahu Hana dulu. Suruh dia tunggu kau. Nanti melepas, kau juga yang frust menonggeng. Lepas tu, kau selesaikanlah masalah kau kalau kau tak nak Hana tahu."

"Tapi, aku dah beritahu Hana, jangan tunggu aku."

"Apalah bodoh sangat kau ni cakap macam tu pada dia. Kau nak tengok orang yang kau cinta, kahwin dengan orang lain ke?" Badrul menggeleng. "Kau ni macam tak pernah bercinta pula."

"Aku tak pernah rasa macam ni sebelum ni." Nuh membuat pengakuan. "Hanya Hana yang buat aku tak keruan macam ni."









❄❄❄

Continue Reading

You'll Also Like

3M 162K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
77.8K 3.1K 49
[Cinta pertama tak semestinya kekal selamanya] Sophia Alexeev... Pewaris kedua bangsawan Rusia dan keluarga terhormat Malaysia. Tapi, hanya pada nama...
85.2K 4K 48
Pertemuan atau lebih lagi salah faham yang berlaku diantar mereka berdua. "you don't remember me Miss Muffin?" Pertemuan pertama kali,tidak.Mereka be...
375K 19.6K 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang...