I Like You | ✔

Da NurMiraHani

653K 29.8K 676

[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hat... Altro

I Like You
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Nota
Epilog
Epilog II
Ending

Bab 40

11.2K 465 21
Da NurMiraHani

🎸🎸🎸






"Papa dengar dari Fakhrul, ceritanya lain." En Hasnol bersuara setelah Hana menceritakan semuanya.

Hana dan Nuh berpandangan sesama sendiri.

"Fakhrul cerita apa?" Hana bertanya.

"Fakhrul call papa pagi tadi. Dia cakap dia dah tahu siapa yang pukul dia."

Hana membuntangkan mata, terus dia memandang Nuh namun lelaki itu kelihatan agak tenang. Dia pula yang menggelabah.

"Siapa yang pukul Fakhrul?" Cepat cepat Hana bertanya.

"Kekasih adik."

"Hah?" Hana tercengang.

"Fakhrul cakap adik curang, ada lelaki lain belakang dia. Bila lelaki tu tahu adik dah bertunang, dia pukul adik. Fakhrul cuba pertahankan adik tapi dia pula yang kena pukul."

Hana menggeleng mengetahui kelicikan Fakhrul. Nuh tersenyum sinis.

"Papa lebih percayakan Fakhrul berbanding adik?" Sebak suaranya.

"Papa tak cakap papa percayakan Fakhrul. Cuma sekarang ni papa dengar dua cerita yang berbeza."

"Pa! Adik kena pukul dengan Fakhrul! Kalau betul adik kena pukul dengan orang lain. Kenapa adik nak tuduh Fakhrul pula?"

En Hasnol melepaskan keluhan. "Fakhrul cakap kekasih adik ugut adik."

"Pa, adik tak pernah ada kekasih sebelum bertunang dengan Fakhrul."

En Hasnol terdiam. Nuh dipandangnya. "Nuh siapa dik?"

Hana menjeling pada Nuh sekilas. Tiada tanda tanda lelaki itu akan membuka mulut.

"Adik sukakan Nuh tapi adik tak pernah ada apa apa hubungan Nuh."

Nuh terkesima, tidak menyangka Hana akan membuat pengakuan sebegitu di hadapan papanya.

"Nuh yang banyak tolong adik kat sana. Nuh jaga adik dari Fakhrul. Jujur adik cakap pada papa, adik tak pernah sayangkan Fakhrul. Adik bertunang dengan dia hanya sebab papa."

"Nuh, kamu suka Hana?" En Hasnol tiba tiba bertanya kepadanya.

Nuh bungkam. Lama barulah dia membuka mulut. "Saya... hanya anggap Hana kawan saya. Tak lebih dari tu."

Hana terus memandang Nuh. Sakit hatinya dengan kata kata Nuh. Benarlah, Nuh memang tidak pernah serius dengannya. Hana bangun dari sofa, meninggalkan Nuh bersama En Hasnol. Dia terus masuk ke dalam biliknya.

Nuh menunduk.

"Nampaknya Hana betul betul sukakan kamu."

Nuh memandang En Hasnol. "Saya dah cakap pada Hana. Hana tahu. Saya tak pernah fikir... untuk buat hubungan kami lebih serius. Kami hanya kawan."

"Kalau macam tu tak apa lah. Uncle bukan apa. Kalau betul Fakhrul buat macam tu pada Hana, uncle takkan teragak agak untuk putuskan pertunangan mereka. Uncle hanya nak yang terbaik untuk Hana. Uncle ingat Fakhrul yang terbaik rupanya tak. Kali ni, uncle serahkan pada Hana saja soal jodoh dia."

Nuh tidak membalas kata kata En Hasnol.

"Kamu betul tak ada apa apa perasaan pada anak uncle?" En Hasnol bertanya lagi.

Nuh mengetap bibir. "Saya bukan dari keluarga yang baik baik, uncle. Saya tak ada apa apa. Diri saya tak layak untuk Hana."

"Tu bukan ukuran kebahagian Nuh. Kalau betul Hana dengan Nuh sama sama suka, apa salahnya kalau kita lanjutkan hal ni kepada langkah yang seterusnya."

Nuh terkedu.

"Kamu fikir fikirkan lah Nuh. Uncle tak kisah siapa pilihan Hana asalkan anak uncle bahagia."






🎸🎸🎸








Nuh keluar dari bilik tetamu. Tadi En Hasnol menyuruhnya berehat dulu sebelum pulang. Hampir 3 jam juga dia tertidur. Langkah dihala dihala ke dapur.

Nuh masuk ke bilik air terlebih dahulu untuk membasuh wajahnya, menyegarkan diri. Keluar dari bilik air, pembantu rumah menjemputnya ke ruang makan. Nuh terus mengekori langkah wanita yang membahasakan dirinya Kak Yam itu.

Masuk ke ruang makan, dilihatnya Hana sedang berselera menikmati hidangan. Nuh terus menarik kerusi di tepi Hana.

Hana menjeling. "Banyak lagi kerusi, kenapa sini juga nak duduk." Nuh ditempelaknya.

"Nak bermanja sikit pun tak boleh ke?" Nuh mengusik walaupun menyedari kemarahan gadis itu.

"Awak jangan mengada ya. Saya baling dengan pinggan ni." Hana berkata garang. Tangannya sudah mencapai pinggan di depan Nuh.

"Eh, sabar." Tangan Nuh mengambil semula pinggan yang dipegang Hana sebelum diletakkan kembali. Nuh mencebok nasi ke dalam pinggannya.

"Awak ni memang tak malu kan? Awak reject saya depan papa. Lepas tu boleh pula suka hati saja makan kat rumah saya."

"Kak Yam cakap, papa awak suruh saya makan sebelum balik. Nak malu apanya orang dah jemput. Awak tu yang tak malu, cakap awak suka saya depan papa awak. Tak malu eh?" Selamba Nuh berkata.

"Ishh." Hana mengetap bibir. Bengang betul dia dengan Nuh. Sudu dicapai sebelum menguis kasar nasi di dalam pinggannya.

"Tak elok buat makanan macam tu. Makan betul betul." Nuh menegur.

Hana mengeluh. Sudu diletakkan kembali. Dia bangun dari kerusi.

"Nak pergi mana? Makanan tak habis tu."

"Tak selera."

"Elok lah tu, membazir. Orang kat luar sana punyalah susah nak makan. Kita kat sini, makanan cukup, membazir pula." Nuh berleter.

Hana menjeling tajam pada Nuh. Nak tak nak, dia kembali duduk. Pinggannya ditarik. Laju dia menghabiskan makanan di dalam pinggannya. Nuh hanya tersengih.

Selesai, minuman diteguk hingga licin. "Puas?" Gelas diletakkan kasar.

Nuh hanya mengangkat bahu. Suapan diteruskan.

"Saya ni ada saja yang tak kena kat mata awak kan? Semua yang saya buat salah, memalukan diri sendiri. Patutlah awak tak boleh nak serius dengan saya. Awak tak boleh nak terima saya yang macam ni kan? Gelojoh, selekeh, tak tahu malu. Kan?" Hana meluahkan ketidakpuasan hatinya.

"Apa cakap macam tu?" Nuh menegur. Sudu sudah diletakkan ke dalam pinggan.

"Betulkan Nuh? Saya saja yang selalu luahkan perasaan pada awak. Saya saja yang tergilakan awak. Sedangkan awak, tak pernah serius. Awak tak ada pun perasaan yang sama macam yang saya rasa. You know what, Nuh? Saya rasa bodoh sangat sebab sayangkan awak sampai macam ni. Sampai malukan diri sendiri."

Hana segera bangun, keluar dari ruang makan.

"Hana." Nuh memanggil, turut bangun mengejar langkah Hana.

"Hana." Kali ini dia menarik lengan gadis itu. Nasib baik En Hasnol tiada di rumah ketika itu.

Nuh terkelu. Hana sudah mengalirkan air mata. Sehabis boleh gadis itu mengalihkan wajah daripada pandangannya.

"Hana, saya minta maaf. Saya tak maksudkan macam tu." Nuh memujuk lembut. Dia merendahkan kepalanya supaya separas dengan wajah Hana.

"Tak ada yang kurang pada awak. Everything about you is beautiful. Semua yang awak cakap tu tak betul. Bukan sebab awak saya tak boleh nak serius, tapi sebab saya. Saya yang salah."

Hana hanya terkebil kebil memandang Nuh. Kalau dia bertanya pun Nuh tak akan beritahu.

"Stop crying, sweety. Awak buat saya rasa nak peluk awak." Nuh tersenyum apabila Hana sudah membeliakkan mata. Terus dia menepis tangan Nuh di lengannya.

"Jangan nak mengarut." Air mata di wajahnya di kesat kasar.

"Kalau saya nak mengarut juga? Awak nak buat apa?" Nuh mendekati Hana yang sudah mengundur ke belakang.

"Apa awak cakap ni? Awak nak buat apa ni?" Hana bertanya panik.

"Awak rasa saya nak buat apa bila papa awak tinggalkan kita berdua dalam rumah ni. Hmm, kak Yam pun kat luar tu. Kalau saya buat apa apa pada awak, dia takkan perasan." Langkahnya semakin mendekat pada tubuh Hana yang sudah melekap di dinding.

"Awak gila? Jauhlah Nuh." Hana menggigil. Tangannya menahan tubuh Nuh daripada terus mendekatinya

Nuh menyimpan senyuman. Tubuh Hana sudah dikepung pada dinding.

Wajahnya didekatkan pada wajah Hana. Terus gadis itu menutup mukanya dengan kedua dua belah tangan.

"Kalau awak tutup muka awak, saya akan peluk awak." Kata kata Nuh terus membuatkan Hana mengalihkan tangannya.

"Oh, jadi awak nak kena cium berbanding peluk?"

Hana terus memandang Nuh tidak percaya. Tubuhnya dilorotkan jatuh ke bawah sebelum memeluk kakinya erat. Wajahnya disembamkan pada lutut.

"Hey, Hana. Saya gurau saja la. Awak menangis ke? Hana... pandang sini." Nuh sudah melutut di depan Hana.

Hana langsung tidak mengangkat muka.

"Hana, sorry. Saya tak buat lagi. Saya bergurau saja lah. Takkan lah saya nak buat macam tu pada awak. Hana..."

Hana mengangkat muka. Jelas wajah sugulnya. "Jangan buat lagi."

"Ya, ya. Saya tak buat lagi. Sorry, okey?"

Hana hanya mengangguk.

"Hei, apa kau buat ni!" Jeritan bergema sebelum seorang lelaki masuk menerpa ke arah Nuh. Satu tumbukan melayang ke wajah tanpa sempat Nuh mengelak.







❄❄❄

Continua a leggere

Ti piacerà anche

26K 1.2K 53
[NAILA The Series] Afra Naila Qhadija Edirne Jibril One of the saddest love story I have ever written. Takdir menemukan mereka sebagai seorang pelaj...
810K 20K 74
[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup...
Less than Three <3 Da Jiyan

Narrativa generale

178K 3.2K 10
[MALAY FICTION] 9th Wattpad Story by _ljskwb. Kesinambungan kisah Alif dan Ara selepas 'Some'. Alif Arqem dan Jihan Maisarah. Kisah persoalan hati ya...
416K 15.3K 62
Mia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam...