I Like You | ✔

By NurMiraHani

653K 29.8K 676

[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hat... More

I Like You
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Nota
Epilog
Epilog II
Ending

Bab 27

8.7K 472 7
By NurMiraHani

🎸🎸🎸




Mata tertumpu pada Hana. Gerak geri gadis itu diperhatikan. Akhirnya, dia bangun, mendekati Hana.

Tadi, kumpulannya menerangkan kepada anak anak orang asli di situ tentang kebersihan tangan dan menunjukkan kepada mereka cara cara untuk membasuh tangan dengan betul.

"Hana..."

Hana menoleh sekilas dan kembali menumpukan perhatiannya pada kanak kanak di depannya.

"Hana." Kali ini keras Nuh memanggil. Geram apabila gadis itu langsung tidak mempedulikannya.

"Jangan kacau saya la Nuh. Awak pergi tangok budak budak awak tu."

"Mereka dah selasai la. Tengok tu." Nuh menunjuk ke arah sekumpulan kanak kanak yang sedang menikmati roti.

"Jadi pergilah layan mereka makan. Saya tak ada masa nak dengar apa yang awak nak cakap." Hana menekan kata katanya. Tidak mahu Nuh terus bercakap dengannya.

Nuh terdiam. Dan apabila Hana mengagihkan makanan pada kanak kanak yang ada di situ, Nuh semakin mendekat.

"Saya tolong ya." Tanpa menunggu balasan dari Hana, dia terus mendekati. Bungkusan makanan dicapai dan dihulurkan pada kanak kanak yang sudah beratur menunggu giliran itu.

"Awak marah saya ke?" Sempat Nuh bertanya. Perlahan saja, cukup di pendengaran Hana.

Hana diam. Jadi Nuh turut mendiamkan diri. Selesai pengagihan makanan, Hana mengumpulkan kotak kotak kosong. Nuh mengekori. Menghulurkan bantuan dengan apa saja yang gadis itu lakukan.

"Awak belum jawab soalan saya." Nuh berkata setelah kerja mereka selesai.

"Soalan apa?" Hana sengaja menunjukkan wajah bosannya.

"Awak marah saya?"

"Tak."

"Nampak macam marah." Nuh mengagak.

"Saya tak marah. Boleh tak awak jangan ikut saya? Tak payah kacau saya. Ramai lagi kawan kawan awak kat sana." Hana menunjuk ke arah sekumpulan pelajar perempuan. "Pergi cakap dengan mereka. Saya tak nak cakap dengan awak."

Nuh mengerling ke arah yang ditunjukkan oleh Hana sebelum kembali memandang gadis itu. "Saya nak cakap dengan awak." Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Saya tak nak." Hana menjongket kening sebelum meninggalkan Nuh.

"Kenapa tak nak? Takut tunang marah?" Nuh menyaingi langkah Hana.

Gadis itu hanya menjeling tajam padanya.

"Hana..."

"Apa! Saya dah cakap saya tak nak cakap dengan awak. Saya tak nak jumpa awak. Eii, dia ni tak faham betul la. Pergilah sana. Kenapa masih nak ikut ikut saya ni?" Hana membebel membuatkan Nuh tersengih.

"Nak tahu kenapa?" Nuh bertanya membuatkan langkah Hana terhenti. Tangan disilangkan ke dada.

"Kenapa?" Garang Hana bertanya.

"Semakin awak jauhkan diri macam ni, semakin meyakinkan saya yang awak masih tak boleh lupakan saya."

Hana merengus kasar. "Jangan perasan boleh tak? Saya dah bertunang!"

"Dan awak masih sukakan saya?"

Hana mengetap gigi. Lelaki ni memang boleh buatkannya naik angin.

"Saya tak sukakan awak." Yakin Hana berkata.

"Buktikan." Nuh masih selamba.

"Saya sayang tunang saya. Saya sayang Fakhrul. Awak...dah tak ada tempat dalam hati saya. I'm sorry, Nuh. Saya ada harga diri. Saya dah tak nak ingat orang yang dah tolak saya. Sebab tu saya tak nak jumpa awak. Bukan saya tak boleh move on but I'm totally over you."

Nuh terdiam. Mata saling bertentang dengan Hana, mencari kebenaran di sebalik lantunan kata kata tadi.


Telefon Hana berdering mematahkan pandangan mereka. Hana mengeluarkan telefon bimbit. Nama Fakhrul tertera di skrin.

Dia menjeling pada Nuh, berpaling membelakangi lelaki itu, panggilan disambut.

"Ya, sayang?" Sengaja! Dia nak Nuh dengar.

Fakhrul terdiam seketika di sebelah sana. "Hey dear, what are you doing?"

"Kan I dah cakap I kat penempatan orang asli ni. Lambat lagi la nak balik." Suara dimanjakan.

"Oh, ya. I lupa. I rindukan you la. Sebab tu I call. I ingat nak you temankan I dinner."

"I pun rindu you, sayang. Tapi I kerja ni. Malam ni I call you, okey?"

Fakhrul terdiam lagi. Hana mengetap bibir. Berbahang terasa wajahnya. Pasti Fakhrul keliru dengan sikapnya sekarang.

Biarlah. Dia mahu tunjukkan pada Nuh yang dia bahagia bersama Fakhrul.

"Hana..."

"Em...?"

"You okey ke tak ni?" Suara Fakhrul sudah serius.

"Em...kenapa?"


"Tak lah. Pelik sangat bila you cakap macam ni dengan I."

Hana diam. Tak tahu balasan yang bagaimana harus diberikan pada lelaki itu.

"Tak apalah. I call you malam ni. You penat sangat ni. Jangan paksa diri kalau penat. Duduk rehat dulu. Okey?"

"Okey..."

Hana mematikan talian setelah itu. Lambat lambat dia berpaling ke belakang namun Nuh sudah tidak kelihatan di situ.

Helaan nafas berat dilepaskan.









🎸🎸🎸









Semua pelajar sudah masuk ke dalam bas. Hana dan Kamal masih berbual bual dengan tok batin dan beberapa orang penduduk di situ.

Setelah seketika, mereka mengucapkan selamat tinggal. Kamal dan Hana berjalan beriringan ke arah bas.

"En Kamal, nanti elok elok bawa kereta tu. Dah malam ni. Encik pun penat seharian kat sini." Hana menegur.

"Risau juga awak pada saya ya." Kamal tersengih.

"Encik ni. Kalau jadi apa apa kan susah. Jangan bawa laju laju tau. Saya naik dulu."

"Cik Hana." Kamal memanggil.

"Ya?"

"Eh, tak apa lah. Lain kali saja. Budak budak dah tunggu tu." Kamal terus berlalu dari situ membuatkan Hana menjongket kening.

"Awak tu tunangan orang. Jangan nak gatal sangat layan lelaki lain." Suara keras seseorang kedengaran di telinganya.

Hana menoleh. Nuh berjalan tanpa memandangnya, masuk ke dalam bas. Hana mengetap bibir geram. Suka hati saja dia menegurnya begitu. Bukannya Nuh itu tunangnya.

Hana turut masuk ke dalam bas. Kebanyakan pelajar mengambil tempat di bahagian paling belakang. Namun Nuh duduk di situ. Bahagian depan sekali, berdekatan dengan pintu bas. Hana segera duduk di bahagian belakang pemandu.

Nuh dijeling namun lelaki itu hanya menunjukkan muka ketatnya. Hana mencebik. Mahu saja dia meluku kepala Nuh. Suka hati saja kata dia menggatal.

Kepalanya disandarkan pada kerusi. Lega rasanya. Matanya semakin layu. Sebentar saja dia sudah lena.


Hana hanya tersedar apabila bas berhenti. Terpisat pisat dia membuka mata. Kedengaran pemandu bas memberitahu untuk ke tandas.

Hana menegakkan badan, menggeliat kecil untuk menghilangkan lenguh. Ketika itu, sehelai jaket terjatuh dari bahunya. Hana menyentuh jaket yang menyelimuti badannya. Terus sahaja matanya memandang ke arah Nuh di kerusi sebelah yang hanya mengenakan baju berlengan pendek pada tubuhnya.

Nuh kelihatan lena, mengiring di atas lengan kirinya. Tangan kanannya memeluk erat bahu kirinya. Hana mengerutkan kening. Nuh kelihatan mengerekot kesejukan.

Hana memandang ke belakang. Kebayakan pelajar sudah lena. Perlahan lahan dia bangun sebelum duduk di kerusi sebelah Nuh. Dia menyelimutkan Nuh dengan jaket yang membalut badannya tadi. Dia tahu itu jaket Nuh.

Raut wajah lelaki itu diperhatikan. Ada debaran yang terasa. Benarkah, dia sudah melupakan perasaannya pada Nuh?

Hana terus terkaku di situ apabila Nuh menggeliat kecil. Matanya terus membulat apabila Nuh membuka mata, memandangnya.

"Awak buat apa?" Nuh bertanya dengan suara yang sedikit serak. Cepat cepat dia menegakkan badan dan menarik jaket menutup lengan kirinya.

Hana hanya memerhati. "Em, saya nak pulangkan jaket awak. Saya nampak awak macam sejuk je."

"Kenapa jaket saya ada dengan awak?"

Hana membuntangkan mata dengan kata kata Nuh. "Mana la saya tahu. Saya bangun saja dah ada dengan saya."

"Alasan saja. Awak ambil ya? Patutlah saya rasa sejuk." Nuh mengecilkan mata.

Hana mengerutkan kening. "Apa awak cakap ni? Main main betullah." Dia merungut dan terus bangun dari kerusi.

Hanya sedetik, tangannya ditarik kasar. Hana kembali terduduk di sisi Nuh. Tangannya masih berada dalam genggaman lelaki itu.

"Okey, sorry. Memang saya yang selimutkan awak." Nuh akhirnya mengaku.

Hana terkaku tanpa kata. Dia terus membisu memandang Nuh.

Nuh menunduk memandang tangannya yang masih menggenggam tangan Hana. Perlahan saja jarinya bergerak mengelus cincin yang tersarung di jari manis gadis itu.

Keluhan dilepaskan.

Bagaikan tersedar, Hana segera menarik tangannya dari genggaman Nuh.

"Apa awak buat ni?" Bergetar suara Hana. Dia bangun dan terus kembali ke kerusinya.

Tubuh dihadapkan ke luar tingkap bas. Tubuhnya terasa menggigil. Mata dipejamkan rapat. Dia bagaikan terpaku, membiarkan Nuh menyentuhnya sesuka hati.

Sungguh dia tak senang dengan perbuatan Nuh dan dia tak senang dengan apa yang hatinya rasakan saat ini.





❄❄❄


Continue Reading

You'll Also Like

234K 8K 36
STATUS | COMPLETE START | DEC 7, 2017 END | JUN 29, 2018 Hanara Aisha Aku mencari tetapi dia pergi. Aku pergi tetapi dia mencari. Aku menerima dan d...
700K 27K 71
Book 2 of The Faith. Romance | General Fiction "Kejujuran..Itu penting." "Saya sayangkan awak." "Pilih je lah dia apa masalah kau ?!" "Kalau kau ka...
3M 162K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
26K 1.2K 53
[NAILA The Series] Afra Naila Qhadija Edirne Jibril One of the saddest love story I have ever written. Takdir menemukan mereka sebagai seorang pelaj...