I Like You | ✔

By NurMiraHani

653K 29.8K 676

[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hat... More

I Like You
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Nota
Epilog
Epilog II
Ending

Bab 26

8.8K 481 14
By NurMiraHani

🎸🎸🎸

Hana mengenakan sehelai blouse berwarna ungu dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam. Selendang senada dengan warna seluarnya dililit kemas di kepala. Pagi pagi lagi dia sudah berada di situ.

Mereka dijadualkan untuk bertolak pada jam 7 pagi namun hanya beberapa orang pelajar yang berada di situ. Bas sudah tersedia.

Hana berdiri di tepi pintu bas, senarai nama pelajar yang akan berangkat ke penempatan orang asli di pegang di tangan.

Dia hanya menunduk menanda kertas di tangan apabila pelajar menyebut nama mereka sebelum masuk ke dalam perut bas.

"Nuh Ziyad."

Hana terkaku seketika apabila pelajar itu memberitahu namanya. Mukanya diangkat perlahan. Nuh merenungnya tanpa berkata apa apa.

Hana kembali menunduk pada kertas di tangannya. Nama Nuh dicari pantas.

Nuh Ziyad! Nama Nuh ada dalam senarai itu. Kenapa sebelum ni dia tidak perasan?

Hana hanya memerhati dengan hujung mata langkah Nuh yang menaiki bas.

"Cik?"

"Hah?"

"Nama saya, Farid Amin." Pelajar itu tersengih memandangnya.

Hana diam sebentar sebelum mencari nama pelajar itu. Dia agak hilang fokus ketika itu.

Setelah semua pelajar berada di situ dan menaiki bas, mereka bertolak tepat jam 7.30 pagi. En Kamal juga mengekori bas dari belakang. Sampai sahaja di sana, mereka di sambut oleh tok batin di situ.

"Pelajar lelaki, tolong bawa barang barang ke dewan." Hana memberi arahan.

"Awak, angkat yang ni. Berat sikit ni." Hana menunjuk ke arah seorang pelajar lelaki yang agak tegap badannya.

Nuh kemudian muncul di situ. Hana hanya menjeling sekilas. Satu beg plastik terakhir yang berisi makanan diangkat.

"Saya bawakan." Nuh menghulurkan tangannya kepada Hana.

Tanpa berkata apa apa, Hana menghulurkannya dan terus berlalu dari situ. Nuh mengekori dari belakang.

"Hana." Nuh memanggil.

Pelajar lain sudah meninggalkan mereka di depan. Hana berpura pura tidak mendengar. Langkahnya dilajukan.

Nuh menghela nafas perlahan. Membiarkan Hana yang semakin menjauh.

"Cik Hana. Sini." Kamal melambaikan tangannya ke arah Hana yang segera mendekati.

"Tok, ni cik Hana. Orang kuat kami untuk program ni." Kamal menjelaskan.

Hana hanya tersenyum, mengangguk ke arah tok batin.

"Oh, terima kasih lah cik Hana dengan Kamal. Sudi datang ke sini untuk buat program. Lagipun pihak kolej selalu buat lawatan ke sini. Kami kat sini sangat mengalu alukan kedatangan awak semua."

"Terima kasih tok." Hana membalas.

"Jadi, apa yang kita akan buat hari ni?" Tok batin bertanya membuatkan Hana tersenyum.

"Kita akan mula dengan gotong royong dulu. Lepas tu kami akan buat sedikit perkongsian ilmu untuk masyarakat kat sini. Akhir sekali, ada persembahan sikit dari pelajar kami." Kamal menerangkan.

Tok batin hanya mengangguk. "Kalau macam tu sarapan dulu la sebelum mula. Kami dah sediakan sarapan."

"Terima kasih tok. Buat susah saja."

"Tetamu datang, kena raikan."

Selesai menikmati sarapan, tok batin membawa mereka ke sebuah dewan serbaguna yang telah lama terbiar. Mereka akan membaiki bahagian yang rosak serta mengecat kembali dewan itu.

Hampir 5 jam membersihkan dewan, meraka diberikan rehat selama 2 jam. Selepas ini, mereka akan memulakan perkongsian ilmu pula.

Hana melangkah ke sebuah kawasan berdekatan dewan yang digunakan untuk mereka berehat. Di situ, dia melihat beberapa orang kanak kanak sedang berlari berkejaran. Hana tersenyum melihat kegembiraan mereka.

Perlahan lahan Hana mendekati membuatkan mereka menghentikan larian.

"Hai." Hana menegur.

Mereka sudah tersipu malu. Hana mengeluarkan pek biskut dari beg sandangnya sebelum dihulurkan kepada kanak kanak itu. Namun, mereka semakin menjauhi Hana.

"Eh, sini lah. Kakak ada biskut." Hana memujuk. Kanak kanak itu kelihatan segan.

"Mereka tak biasa dengan orang luar."

Hana menoleh. Nuh di situ, menyandang beg gitarnya.

"Kalau awak bagi biskut tu, mereka tak termakan pujuk." Nuh membalas renungan Hana.

"Habis tu, nak bagi apa?" Hana menjongket kening. Macam pandai sangat!

Nuh menjongket kening. Dia mengeluarkan gitar dari dalam beg. "Hei, sini. Tengok apa yang abang bawa." Nuh memanggil kanak kanak yang ada di situ.

Hana hampir ketawa namun dia terus terdiam apabila kanak kanak itu menunjukkan minat. Hana kembali memandang Nuh yang sudah mula memetik gitarnya. Lagilah kanak kanak di situ kelihatan teruja.

"Suka tak?" Nuh bertanya kepada mereka. Mereka mengangguk dengan sengih di bibir.

"Kalau suka, mari sini dekat abang. Abang mainkan muzik untuk adik adik." Nuh menggamit.

Hana terus tersenyum lebar apabila kanak kanak di situ merapati Nuh. Nuh duduk di atas batang pokok yang tumbang di antara mereka. Hana turut duduk namun sedikit jauh di belakang Nuh.

Bunyi petikan gitar dari Nuh kedengaran. Hana turut menghayati alunan dari gitar itu. Sebentar kemudian, dia mendengar Nuh menyanyikan lagu kanak kanak untuk mereka. Hana senyum lagi. Betapa dia menyukai sisi Nuh yang ini.

Sekejap saja, kepala digelengkan. Sedar diri, Hana! Jangan ikutkan perasaan!

Gelak tawa kanak kanak menarik kembali Hana untuk memandang ke arah mereka. Kanak kanak yang ada di situ sedang bermain main dengan gitar Nuh. Mereka hanya menyentuh nyentuh tali tansi pada gitar itu untuk menghasilkan bunyi.

"Hana?"

Hana menoleh ke arah Nuh yang sudah memandangnya. "Saya ingat awak dah pergi."

"Awak nak saya pergi ke?" Hana kembali bertanya.

"Tak, bukan tu maksud saya. Saya ingat..."

Hana terdiam apabila Nuh tidak menghabiskan kata katanya.

Nuh yang kembali melayan kanak kanak di situ dipandang seketika. Ketika dia bangun untuk berlalu dari situ, Nuh menoleh.

"Hana." Nuh memanggil. "Awak nak pergi?"

"Saya ada kerja. Saya pergi dulu."

Nuh mengeluh dengan jawapan gadis itu. Dia kembali memandang kanak kanak yang sedang seronok bermain gitarnya. Nuh tersenyum.

"Arghh!" Hana terjerit kecil. Nuh terus menoleh dengan wajah yang cemas.

"Hana, kenapa?" Pantas dia bangun mendekati Hana yang sudah pucat lesi.

"Arghh, Nuh tolong saya." Hana menghentak hentak kakinya panik.

"Kenapa?" Tubuh Hana dipaut, mahu menghentikan rontaan gadis itu.

"Pacat! Kaki saya!"

Mata Nuh jatuh di kaki Hana. Terus dia melutut di depan Hana. Kaki seluar gadis itu disingkap.

"Nuh..." Hana mahu melarang.

"Awak diam la kejap. Saya buangkan." Nuh menyentuh kaki Hana, dengan susah payah pacat yang masih kuat melekat pada kaki Hana dibuang. Darah mengalir keluar dari situ.

"Tskk, pedih." Hana merengek perlahan namun masih dapat didengari oleh Nuh.

Nuh terus mendongak memandang gadis itu. Hana hanya terkelu membalas pandangan Nuh.

"Sakit?"

Hana menggeleng pantas. Kakinya ditarik namun Nuh menahan.

"Kejap, darah ni. Kotor seluar nanti. Duduk kejap." Nuh menyuruh.

Hana akur, perlahan lahan kembali duduk di atas batang pokok.

Tangan Nuh terus naik menyentuh luka pada kaki Hana sebelum di sapu lembut.

"Dik, boleh abang minta air tu?" Nuh berkata pada kanak kanak di situ yang leka memerhatikan mereka berdua.

Salah seorang daripada kanak kanak itu menghulurkan. Nuh terus menuangkan pada darah di kaki Hana.

"Saya boleh buat sendiri."

Nuh terus memandang Hana.

"Saya boleh buatkan untuk awak." Tanpa menghiraukan kata kata Hana, luka itu terus dibersihkan.

Selesai, Hana segera menarik turun kaki seluarnya. Mata Nuh terus tertumpu pada tangan Hana yang sedang membetul betulkan seluarnya.

"Hana..."

Hana mengerling ke arah Nuh yang masih melutut di hadapannya.

"Saya nak tanya sikit boleh?" Nuh bertanya perlahan.

"Apa?"

"Saya tak pernah tengok awak pakai cincin sebelum ni. Boleh saya tahu..." Nuh menggantungkan kata katanya membuatkan Hana terdiam seketika.

"Em, cincin tunang." Hana berkata ringkas.

"Awak dah bertunang? Fakhrul?"

Hana hanya mengangguk.

Nuh tersenyum kekok. "Tahniah." Dia bangun namun matanya masih memandang Hana. "Awak tak buat semua ni sebab nak lupakan saya kan?" Nuh bertanya tanpa berlapik. Dia tidak mahu apa yang dilakukan oleh Balqis berulang kepada Hana.

Hana mengerutkan kening. "Awak ingat saya tergila gilakan sangat awak tu. Tak ada maknanya. Saya bertunang sebab saya dah sedia untuk terima Fakhrul. Bagi saya lebih baik terima orang yang suka saya daripada berharap pada orang yang langsung tak sukakan saya." Hana menempelak.

Nuh tersentak. "Mana ada saya tak sukakan awak."

"Ya lah. Suka sebagai kawan? Atau pensyarah?" Hana menjongket kening.

Nuh terdiam. Dia ingin menidakkan namun tak terluah kata katanya.

Hana bangun, berdiri di hadapan Nuh. "Saya maksudkan bila saya cakap selamat tinggal. Saya takkan menoleh lagi. Jadi, berhenti mesej saya dan jangan ganggu saya lagi."

"Kalau awak betul betul dah buang perasaan awak pada saya, tak salah kalau kita terus berkawan. Lainlah kalau awak masih tak dapat lupakan saya." Nuh menyelar.

Hana bungkam. Hilang kata kata.

Nuh melangkah setapak, mendekatkan jarak mereka. "Saya sentiasa ingat awak, Hana."

"Stop messing with my heart, Nuh." Bibir bergetar, Hana terus melangkah meninggalkan Nuh di situ.





❄❄❄

Continue Reading

You'll Also Like

85.1K 4K 48
Pertemuan atau lebih lagi salah faham yang berlaku diantar mereka berdua. "you don't remember me Miss Muffin?" Pertemuan pertama kali,tidak.Mereka be...
5.9M 237K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
286K 11.3K 61
[COMPLETED ] A piece from the Caramel Series. But can be read as a stand alone. ∆∆∆ Natelia Aisyah tak mampu nak duduk diam. Terpaksa buat sesuatu ta...
424K 16.4K 69
Ainul Iftitah budak ketot dalam IMANAFFAN tu aka Adik Affan. Ainul memang tak pernah bercinta. Dia pernah cinta tapi tak terbalas. Dalam diam saja...