I Like You | ✔

By NurMiraHani

653K 29.8K 676

[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hat... More

I Like You
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Nota
Epilog
Epilog II
Ending

Bab 18

8.2K 502 10
By NurMiraHani

🎸🎸🎸




Hana sedang menyiapkan kerjanya di dalam bilik ketika Fara mengetuk pintunya.

Pintu biliknya terus ditolak setelah itu. Wajah Fara terjengul di muka pintu.

"Hana, cuba kau tengok siapa kat luar tu. Dari tadi lagi aku perasan dia ada kat depan pagar." Fara menyuruh tanpa masuk ke dalam bilik. Dia hanya berdiri di depan pintu.

"Siapa? Fakhrul?" Mata Hana langsung tidak dialih dari skrin komputer.

"Bukan Fakhrul. Aku kenallah Fakhrul. Ni lagi handsome tau."

"Kalau handsome, dia cari kau la tu." Seperti tadi, mata masih melekat di skrin komputer.

Fara menjulingkan mata. "Kau ni. Cubalah tengok kejap. Kawan kau tak?"

"Aku nak buat kerja la. Sikit lagi ni."

"Suka hati kau lah. Aku nak pergi tanya dia nak cari siapa. Kesian pula. Salah rumah ke apa." Fara mengomel dan terus keluar dari bilik Hana.

Namun, hanya beberapa minit kemudian, Fara kembali ke bilik Hana.

"Hana, lelaki handsome kat luar tu cari cik Hana."

Jari jemari Hana yang rancak menaip terhenti. Dia mengangkat muka memandang Fara.

"Kau tanya nama dia?"

"Nuh Ziyad." Fara mengangkat kening.

Terus Hana terbangun dari kerusi. Langsir diselak sedikit. Dari situ dia dapat melihat Nuh yang sedang bertenggek di atas motosikal di luar pagar rumahnya.

"Apa dia buat kat sini?" Hana berkata sendiri. Jam di dinding dipandang. 9:30 malam. "Ish, mengarut la dia ni."

"Kau kenal ke? Siapa Nuh Ziyad ni?" Fara turut mengintai dari celahan langsir.

"Kau cakap aku ada ke?" Hana kembali bertanya, tanpa menjawab pertanyaan Fara.

"Ya, lah. Dah kau ada, aku cakap kau ada. Lain la kau dah pesan awal awal. Aku beritahu dia, kau busy. Lepas tu dia cakap tak apa, dia nak tunggu."

"Apa? Dia nak tunggu? Alamak, Fara... Apa aku nak buat ni?" Hana sudah mundar mandir di depan katilnya.

Resah. Gelisah. Semua ada. Apa yang Nuh nak, malam malam macam ni, berani datang ke rumahnya.

"Buat apa? Pergi lah jumpa dia."

Hana memandang Fara yang berpeluk tubuh, bersandar di pintu biliknya. Senangnya cakap!

Nafas dihela berat. Baju tebal disarung ke badan. Turut mencapai tudung sarung, menutup kepalanya.

Sengaja dilengahkan, lambat lambat Hana keluar dari rumah menuju ke pintu pagar. Nuh segera turun dari motosikal melihatkan Hana sudah memunculkan diri.

"Kenapa datang rumah saya malam malam macam ni? Awak nak apa? Jiran tengok nanti." Hana bertanya, sedikit garang.

"Saya nak jumpa awak. Saya..."

"Kejap." Hana mencelah. "Awak?" Hana menunjuk ke arah dirinya.

"Kita kat luar kolej."

"Still, cik Hana."

"Please, Hana. I really hate it."

"Okay, fine." Hana berpaling, berura ura untuk kembali masuk ke dalam rumah.

"Okey, sorry cik Hana." Nuh menekan suaranya. Jelas tidak senang.

Hana hentikan langkah. Mengeluh, dia kembali ke pagar. "Awak nak apa, Nuh?"

"Please, jangan buat saya macam ni." Nada tertekan. Sungguh, dia benar benar tidak senang dengan perlakuan Hana yang tiba tiba saja dingin dengannya.

"Apa yang saya dah buat?" Selamba, Hana menyilangkan tangan ke dada.

"You ignore me!" Nuh meninggikan suara. Apa Hana langsung tak sedar itu?

"Jadi kenapa?"

Nuh terdiam. Matanya tajam memandang Hana. "Beritahu saya, apa salah saya."

Hana menggeleng. "Apa maksud awak ni? Salah apa? Saya tak faham."

"Kalau cik marahkan saya. Kalau saya ada buat salah, saya minta maaf."

Hana melepaskan keluhan. "Dah la Nuh. Awak balik lah. Jangan datang rumah saya sesuka hati awak."

"Cik..."

"Apa lagi?"

"Cik balik ke Ipoh esok?"

"Ya." Hana hanya mengiyakan. Sudah malas mahu mengelak.

"Drive sendiri?"

Hana mengangguk.

Nuh terdiam seketika. Helaan nafas dilepaskan. "Hati hati bawa kereta."

Hana memandang Nuh tanpa membalas kata kata itu. "Kalau tak ada apa apa lagi, saya masuk dulu."

"Hana."

Langkah Hana terhenti lagi. Nuh dipandang tajam. "Awak memang degil kan?"

Nuh mengeluh. "Saya tak tahu apa masalah awak. Betullah orang kata. Perempuan ni complicated. But, it's okey. Saya nak tengok sampai bila awak nak layan saya macam ni. Atau awak sengaja nak uji kesabaran saya?"

Hana menjeling semakin tajam sebelum akhirnya dia mengalihkan wajah dari terus memandang Nuh.

"Tak boleh ke awak jangan hiraukan saya macam yang saya buat pada awak. Just leave me alone. Can you?" Mencuka wajah Hana.

"Mana boleh saya buat macam tu." Nuh membalas.

"Kenapa? Kenapa tak boleh?" Nuh dipandang.

"Tak ada sebab saya nak buat macam tu. Kenapa saya kena buat macam saya tak kenal awak? We close to each other, Hana."

"Saya tak suka kita rapat lebih dari seorang pensyarah dan pelajar." Hana menegaskan. Memang itu yang dia mahu. Cukuplah hatinya terdera selama ini. Cukup cukuplah wajah lelaki ini hadir dalam mimpinya.

"Apa masalahnya kalau kita rapat. Kenapa? Kita tak boleh jadi kawan?"

"Tak. Tak boleh."

Nuh menggeleng. "Saya tak faham la dengan awak ni."

"Tak payah faham. Saya tak suruh awak faham pun."

"Jadi, awak masih nak marah saya la ni." Nuh menongkatkan tangan pada pagar.

"Bila masa saya marah pula."

"Ya la tak marah. Awak dingin sangat dengan saya. Saya cakap awak tak layan, saya panggil Hana awak marah, tak nak cakap dengan saya. Saya tertanya tanya. Saya ada buat salah ke? Awak beritahulah. Mungkin saya tak perasan." Nuh memujuk lembut.

Hana tidak membalas kata kata Nuh.

"Okey lah. Macam ni, apa pun yang saya dah buat. Apa pun yang saya dah cakap, yang awak rasa saya dah sakitkan hati awak. Saya minta maaf sangat. Saya tak bermaksud nak buat macam tu. Saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak. Tak pernah terdetik dalam hati saya nak buat awak marah sampai macam ni sekali. Saya minta maaf, okey?"

Terkedip kedip mata Hana memandang Nuh. Sedikit sebanyak hatinya terpujuk dengan kata kata lelaki itu.

"Jangan marah lagi, please." Nuh masih memujuk.

Hana menundukkan kepala. "Apa apa lah Nuh."

Nuh tersenyum nipis. "Hana Nadeera."

Hana kembali angkat wajah, mata terus bertentang dengan padangan redup Nuh.

"Saya balik dulu. Esok awak nak bertolak kan? Jangan tidur lewat sangat. Rehat cukup cukup. Jauh perjalanan tu. Jaga diri, okey?"

Nuh melangkah ke motosikal apabila Hana tidak membalas kata katanya.

"Saya jumpa awak minggu depan, ya. Happy holiday. Jangan rindukan saya pula." Nuh tersengih apabila Hana membuntangkan mata.

Naik ke motosikal, topi keledar disarung ke kepala. Dia memecut laju meninggalkan kawasan rumah Hana.

Hana hanya melihat bayang Nuh yang semakin menjauh. Dugaan betul!







🎸🎸🎸






"Nuh..." Pn Zayana memanggil ketika Nuh sudah mahu meninggalkan rumah. Seperti biasa, sejak Lianna menumpang di rumah mereka, Nuh akan tidur di bengkel.

"Ya, ibu?"

"Ibu nak cakap dengan Nuh sikit." Perlahan lahan Pn Zayana keluar dari rumah, duduk di bangku batu yang tersedia di situ.

"Kenapa, ibu?" Nuh bertanya, mengambil tempat di sisi ibunya.

Pn Zayana menjeling sekilas ke dalam rumah. "Sampai bila Ana duduk dengan kita?"

Nuh terdiam. Kemudiannya, menunduk. Dia sendiri tidak tahu. Namun sedikit sebanyak rasa tidak selesa mula bersarang.

"Ibu bukan apa. Ibu bukan tak suka Ana duduk dengan kita. Tapi Nuh tu. Tengoklah. Exam dah nak dekat. Ibu nak Nuh selesa belajar, ada tempat rehat sendiri bila penat. Bukan duduk dekat bengkel tu."

Nuh tersenyum nipis. "Bengkel tu selesa, ibu. Ada bilik, ada bilik air. Selesa."

Sememangnya, bengkel tempat dia bekerja itu cukup lengkap dengan bilik rehat. Kata Badrul, senang kalau mereka mahu berehat.

"Ibu tahu. Tapi sekarang ni, Nuh yang kerja keras sewa rumah ni untuk kita duduk. Bukan untuk orang lain tumpang dan jadikan Nuh macam pelarian pula." Pn Zayana menggeleng kesal.

Lagipun dia tidak berapa berkenan dengan sikap Lianna. Dia sangat tidak suka anak gadis yang tanpa segan silu tumpang menginap di rumah lelaki. Meskipun dia ada di rumah itu, tetap tidak manis dipandang orang.

"Nantilah. Nuh cuba cakap dengan dia."

Pn Zayana mengangguk. "Ibu kesiankan Nuh..." Lengan anaknya diusap lembut.

Terus Nuh capai tangan ibunya dan dicium lembut. "Jangan risaukan Nuh. Nuh okey."

Tangan ibunya dilepaskan. "Nuh pergi dulu, ya. Ibu masuklah rehat. Dah lewat ni."

Setelah memastikan ibunya masuk dan telah mengunci pintu, Nuh menunggang motosikalnya ke bengkel Badrul.

Tidak jauh pun sebenarnya dari rumah sewanya. Sengaja dicari yang dekat dengan bengkel. Mudah dia mahu menjenguk Pn Zayana ketika bekerja.

Sampai saja, baru dia perasan satu mesej masuk ke telefonnya.

Mesej dari Lianna.

Maaf aku dah menyusahkan kau dan ibu kau. Esok bila kau sampai rumah, aku janji aku akan pergi. Thanks bagi aku tumpang rumah kau selama ni.

Nuh melepaskan keluhan. Pasti Lianna terdengar perbualannya dengan Pn Zayana.






❄❄❄

Continue Reading

You'll Also Like

416K 15.3K 62
Mia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam...
291K 10.5K 51
4th Story ❤ Anggun Adhiya Affan Al-Haq Cinta dan Sayang. Dua perkara yang tidak boleh dipaksa dan kehadirannya tidak kita ketahui. ANGGUN ADHIYA...
424K 16.4K 69
Ainul Iftitah budak ketot dalam IMANAFFAN tu aka Adik Affan. Ainul memang tak pernah bercinta. Dia pernah cinta tapi tak terbalas. Dalam diam saja...
178K 3.2K 10
[MALAY FICTION] 9th Wattpad Story by _ljskwb. Kesinambungan kisah Alif dan Ara selepas 'Some'. Alif Arqem dan Jihan Maisarah. Kisah persoalan hati ya...