I Like You | ✔

By NurMiraHani

653K 29.8K 676

[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hat... More

I Like You
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Nota
Epilog
Epilog II
Ending

Bab 16

8.5K 505 13
By NurMiraHani

🎸🎸🎸







"Thanks sebab tolong aku. Aku tak tahu apa jadi kalau kau tak ada." Wajah Lianna masih sugul, mata jelas sembap.

"Jangan risaulah. Aku tolong selagi boleh."

Selesai sudah segala urusan pengebumian mak Lianna. Laporan polis pun sudah dibuat. Cuma sekarang, dia agak bimbangkan gadis itu.

"Habis tu kau nak duduk mana sekarang. Bahaya kau sendiri kat rumah. Buatnya along along tu datang balik?"

Lianna terdiam. Wajah diraup beberapa kali.

"Bapak kau memang tak balik rumah ke?" Berhati hati Nuh bertanya.

"Dia datang. Dia menangis nangis minta maaf pada aku."

Nuh berkerut kening. Sedar gerangan lelaki itu semasa urusan pengebumian kelmarin. Cuma tak disangka lelaki itu adalah bapak Lianna.

"Sampai mati pun aku takkan maafkan dia. Dia tak pernah ada untuk kami. Dia sentiasa sibuk dengan urusan sendiri. Balik saja, bawa balik along sampai mak aku mati. Nak tengok muka dia pun aku tak boleh, Noah." Lianna mengetap bibir. Mata kembali memerah.

"Mungkin terlalu awal. Mak kau pun baru saja meninggal. Aku doakan hubungan kau dengan bapak kau baik baik saja." Nuh teringatkan nasihat ibunya. Ayah tetap ayah walau apa pun yang terjadi. Walau sejahat mana pun dia.

Lianna tersenyum sinis. Menggeleng.

"Ann..."

"Aku tak nak cakap pasal dia." Lianna memutuskan dan terus melarikan pandangannya.

Nuh hela nafas perlahan. "So, apa kau nak buat sekarang?"

Lianna teragak agak. "Kedai mak aku sewa kat kolej tu... Boleh kan aku tidur kat situ. Lagipun lengkap dengan bilik air semua. Senang sikit aku uruskan kedai tu juga."

"Eh, Ann... bahaya lah."

"Mana lagi aku nak duduk? Memang taklah aku nak ikut bapak aku, Noah."

Nuh renung wajah gadis itu. Buntu juga sebenarnya. Dan entah bagaimana dia boleh terlintas idea sebegini. "Kau duduk rumah aku saja lah."

Mata Lianna terpaku pada wajah Nuh usai kata kata itu. "Serius la, Noah?"

Nuh kelihatan teragak agak namun mengangguk juga. "Sampai semuanya selesai. Sampai pihak polis dah dapat tangkap along tu, kau duduk lah dengan ibu aku. Aku boleh duduk bengkel."

Lianna terdiam. Nuh hanya memandang gadis itu. Benarkah keputusannya? Ah, dia sudah terlanjur menghulur bantuan. Apa nak jadi pun jadi lah.






🎸🎸🎸






Habis sahaja kelas jam 4 petang, Hana tidak terus pulang ke rumah. Aisha yang menyelia kelab bola jaring memintanya untuk memantau pelajarnya berlatih pada jam 5 petang memandangkan Hana juga mempunyai kemahiran dalam sukan itu.

Aisha terpaksa pulang awal kerana anaknya tidak sihat.


Tit. Tit.

Pesanan whatsapp masuk ke dalam telefonnya. Lambat lambat Hana capai telefon. Mata sesekali menjeling pada perlawanan yang sedang berlangsung.

Dari Nuh, terus saja pesanan itu dibuka.

'Penat.'

Ringkas saja. Hana menjongket kening.

'So?'

Dia bertanya. Lama juga dia menanti Nuh kembali membalasnya.

'Need to see you. To charge in my energy.'

Amboi. Siap ada emoji kenyit mata lagi. Hana tersengih.

'Pandang ibu awak. InsyaAllah, hilang penat.'

Hana memerli. Dia sertakan dengan emoji yang sedang tersenyum sinis.

Nuh balas dengab emoji tergelak sampai keluar air mata.

'Awak kat mana?'

'Kenapa?'

'Saja tanya.'

'Court bola jaring.'

Nuh sudah tak membalas mesejnya setelah itu. Hana memandang pelajar yang masih aktif bermain. Balqis turut berada dalam gelanggang.

"Hai."

Hana toleh ke sisi, mata terus membulat apabila Nuh sudah mengambil tempat di sisinya. Selamba.

"Awak buat apa kat sini?"

"Saya dah cakap kan... Nak cas tenaga saya." Nuh mengusik. Tersenyum dia memandang Hana yang hanya terkebil kebil.

"Apa yang awak buat sampai penat sangat ni?" Hana menegur. Malas mahu melayan usikan lelaki itu. Nanti terbawa bawa, dia juga yang angau sendiri.

Wajah Nuh berubah perlahan lahan. Serba salah pun ada, resah pun ada. "Mak kawan saya meninggal. Seharian tolong dia semalam. Dia tak ada saudara mara yang lain."

"Innalillah..." Hana mengucapkan perlahan. "Semua dah selesai la ni?"

Nuh hanya mengangguk. Walau dirasakan masih ada yang tak selesai. Sudahlah, dia malas mahu fikir. Pandang wajah manis di depannya ini lagi senang hatinya.

Tiba tiba terdengar suara menjerit dari arah gelanggang. Mereka yang sedang leka saling memandang terus menoleh ke tengah gelanggang.

"Cik, Balqis jatuh!" Seorang pelajar menjerit ke arah mereka.

Terus Hana terbangun dari duduknya. Hampir berlari dia masuk ke dalam gelanggang.

Balqis sudah dikelilingi oleh beberapa orang pelajar. Baru saja Hana membelek kaki gadis itu, Nuh datang ke sisinya.

"Boleh bangun tak?" Nuh yang bertanya. Hana menjeling sekilas pada lelaki itu.

"Qis terjatuh. Kaki ni sakit. Tak boleh gerak. Sakit sangat ni." Balqis mengadu. Sangat jelas, dia hanya mengadu pada Nuh.

Tangan Nuh spontan hinggap di buku lali gadis itu. Balqis mengerang kecil.

"Sakit, Nuh..."

"Dah, bawa Balqis ke klinik kat dalam. Melarat nanti." Hana bersuara, tidak senang juga melihat Nuh selamba saja menyentuh si gadis.

"Tolong papah." Hana menyambung menyuruh beberapa orang rakan Balqis yang ada di situ.

Mereka cuba mengangkat Balqis namun ditahan oleh Nuh.

"Tak apa. Aku angkatkan. Korang tolong bawa barang barang dia."

Tanpa menanti balasan mereka, Nuh terus mencempung tubuh Balqis yang terus melingkarkan tangan ke lehernya. Beberapa orang pelajar sudah berbisik sesama sendiri.

Hana kaku di situ. Tersentak dengan perlakuan Nuh.

"Cik tak ikut?" Pelajar yang membawa beg Balqis bertanya apabila melihat Hana tidak berganjak.

"Saya ikut. Awak pergi dulu."

Hana menarik nafas panjang. "Be a professional Hana." Dia berbisik sendiri.

"Awak semua boleh buat cooling down. Zura, awak lead kawan kawan. Lepas tu semua boleh balik ya." Hana memberi arahan kepada pelajar lain.

Begnya dicapai dan dia terus menuju ke arah klinik kolej.

Hana melangkah ke arah klinik dengan debaran di dada. Dia bagaikan berharap Nuh tiada di situ.

Masuk sahaja, seorang pembantu perubatan sedang membalut kaki Balqis. Nuh tidak kelihatan di mana mana.

"Teruk ke." Hana bertanya.

"Seliuh saja. Tak ada yang patah. Tapi mungkin bengkak ni dalam 2-3 hari. Kena dapatkan MC lah. Saya tak boleh bagi MC. Cik pensyarah dia ya?" Petugas itu membalas.

"Tak apa. Lepas ni saya bawa ke klinik."

"Cik Hana, tak apa. Qis dah call abang. Nanti abang sampai." Balqis mencelah perbualan mereka.

"Tak apa la macam tu. Ni, macam mana boleh jatuh?" Hana bertanya lembut.

"Entah lah. Tadi berangan entah ke mana? Lepas tu berlanggar dengan kawan, terus jatuh."

"Awak ni, macam mana boleh mengelamun dalam court." Hana menggeleng membuatkan Balqis tersengih.

"Dah. Nanti jangan banyak bergerak. Tunggu saja abang awak kat sini." Petugas tadi bersuara setelah menyelesaikan balutan di kaki Balqis.

"Ok, terima kasih encik."

Balqis berpaling ke arah Hana. "Cik balik lah dulu. Kesian cik, dah lewat ni."

"Tak apa lah, saya tunggu abang awak datang."

"Tak apa cik. Lagipun, Nuh ada temankan saya. Tadi dia keluar belikan minuman."

Hana terdiam sejenak. Diperhatikan wajah Balqis yang sudah tersenyum padanya.

"Kalau macam tu saya balik dululah. Jaga diri ya."

Balqis mengangguk. Hana terus bangun dan keluar dari klinik. Kasut disarung pantas.

"Hana." Nuh menegur di muka pintu membuatkan Hana terperanjat.

Dadanya diusap usap.

"Maaf, saya buat awak terkejut."

"It's okey." Hana mahu melangkah dari situ namun Nuh menahan.

Langkah dihentikan namun dia langsung tidak memandang Nuh. Bagai terbayang bayang di matanya, Nuh yang erat mencempung Balqis tadi.

"Awak dah nak balik ke?"

Hana mengangguk. "Abang dia datang kejap lagi. Lagipun awak ada kan temankan dia. Pergilah masuk, Balqis dahaga tu." Dijeling pada satu tin minuman di tangan Nuh.

Nuh mendiamkan diri. Tidak senang mendengar kata kata Hana.

"Saya pergi, ya."

"Hati hati bawa kereta." Nuh sempat berpesan.

Hana mengetap bibir dan Nuh terus masuk ke dalam klinik mini itu. Itu saja? Sungguh dia sedang menahan rasa.

Perlahan lahan dia kembali masuk ke dalam klinik. Berdebar jantungnya, dia cuba mengintai Nuh dan Balqis di bilik tempat Balqis berehat.

Pintu tidak ditutup jadi dia dapat mendengar dengan jelas perbualan mereka.

"Qis tak sangka Nuh masih pedulikan Qis."

Diam. Nuh tidak memberi respon.

"Say something. Nuh masih sayangkan Qis kan?"

"Apa kau cakap ni? Kebetulan aku ada situ. Kau jatuh, aku cuma tolong."

"Tapi Nuh nampak cemas." Balqis menghela nafas perlahan. "Qis nampak, Nuh dengan cik Hana kat tepi gelanggang. Mesra sangat."

Nuh mengangkat muka memandang Balqis.

"Sebab tu Qis jatuh. Qis asyik curi pandang kat Nuh. Kenapa Nuh buat Qis macam ni?"

Nuh diam lagi.

"Nuh." Balqis memanggil. "Qis masih tunggu Nuh. Qis masih sayangkan Nuh. Lepas kita putus, Qis langsung tak boleh lupakan Nuh. Qis couple dengan Asri untuk lupakan Nuh. Tapi Qis langsung tak boleh lupakan Nuh."

Senyap.

"Nuh, please... Cakap lah sesuatu. Nuh nampak cemas tadi bila Qis jatuh." Balqis menekan.

"Apa guna kalau aku sayangkan kau?" Nuh akhirnya membuka mulut.

"Apa yang kau buat pada aku dulu? Kau tinggalkan aku masa aku susah, bila aku perlukan kau. Tak mungkin untuk kita kembali seperti dulu, Qis." Nuh menyambung.

"Beri peluang pada Qis. Qis mohon. Sekali saja. Qis takkan tinggalkan Nuh lagi." Balqis sudah teresak menangis.

"Qis..."

"Nuh, please..."

Nuh mengeluh. "Bagi aku masa."

Hana mula menjauhkan diri.

Bagi aku masa. Bermakna mereka masih ada peluang untuk terus bersama.

Kaki melangkah laju keluar dari klinik. Dada dipegang. Dia tidak suka dengan perasaan ini.







❄❄❄

Continue Reading

You'll Also Like

85.1K 4K 48
Pertemuan atau lebih lagi salah faham yang berlaku diantar mereka berdua. "you don't remember me Miss Muffin?" Pertemuan pertama kali,tidak.Mereka be...
234K 8K 36
STATUS | COMPLETE START | DEC 7, 2017 END | JUN 29, 2018 Hanara Aisha Aku mencari tetapi dia pergi. Aku pergi tetapi dia mencari. Aku menerima dan d...
416K 15.3K 62
Mia Amanda, gadis yang kehilangan tunang tersayang dalam kemalangan yang meragut nyawa menjadikan dia tidak berminat mahu menjalinkan hubungan dalam...
286K 11.3K 61
[COMPLETED ] A piece from the Caramel Series. But can be read as a stand alone. ∆∆∆ Natelia Aisyah tak mampu nak duduk diam. Terpaksa buat sesuatu ta...