I Like You | ✔

By NurMiraHani

653K 29.8K 676

[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hat... More

I Like You
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Nota
Epilog
Epilog II
Ending

Bab 13

9.4K 523 4
By NurMiraHani

🎸🎸🎸






Lianna melajukan langkah apabila melihat Nuh sedang berjalan ke parkir motosikal.

"Noah!" Panggilnya.

Nuh menoleh ke belakang. Topi keledar yang tersangkut di motor dicapai.

"Lama tak nampak kau. Kau ke mana?" Tercungap cungap Lianna bertanya.

"Ada je. Tak ke mana pun. Kau kenapa nampak penat sangat ni?" Nuh naik, duduk di atas motosikalnya.

"Aku kejar kau la. Berjalan dah macam berlari. Laju kemain." Lianna mengomel.

Nuh tersengih. "Dah kenapa kejar aku?"

"Lama tak nampak. Saja tegur. Eh, kat gelanggang pun aku dah lama tak nampak kau. Kau dah tak lepak sana ke?"

"Ada juga aku pergi. Tapi sekarang jarang la. Ibu aku kat hospital, baru lepas pembedahan." Nuh berterus terang.

"Ya ke? Ibu kau sakit? Sekarang macam mana? Dah okey?" Bertalu talu Lianna bertanya.

Nuh angguk. "Alhamdulillah, dah okey."

"Baguslah." Lianna jeda sejenak. "Eh, Noah. Kalau kau ke sana, ajak lah aku sekali. Bosan lah. Aku lepak sendiri saja."

Nuh menggeleng. Topi keledar disarung ke kepala. "Kan aku dah cakap. Tak payahlah ke sana. Kau tu perempuan."

"Alah, kau ni. Bapak aku pun tak peduli, kau pula yang cakap macam macam." Lianna merungut perlahan.

Nuh terdiam seketika. Wajah Lianna kelat apabila soal bapanya disebut. "Bapak kau tak peduli macam mana? Mungkin kau tak perasan cara dia pedulikan kau."

Lianna tergelak sinis. "Dia tak peduli. Langsung tak peduli apa yang jadi pada aku atau mak aku."

Nuh kelu. Teringat mengenai ayahnya. Samakah apa yang dilalui oleh gadis ini dengannya?

"Tak apalah, Noah. Aku pergi dulu." Lianna berpaling.

"Ann."

Gadis itu kembali menoleh pada Nuh.

"Lewat petang ni aku ke gym, terus sampai malam di gelanggang. Nak ikut aku?" Nuh menawarkan.

Lianna tersenyum teruja. "Boleh ke aku ikut kau?"

Nuh angguk. "Jom lah. Kau cakap bosan sendiri. Sini telefon kau, nanti aku whatsapp kau."

Bertukar nombor telefon, Lianna tersenyum menghantar pemergian Nuh yang memecut laju meninggalkan kawasan kolej.





🎸🎸🎸








"Adik, bila cuti panjang?" Suara En Hasnol kedengaran dari corong telefon.

"Minggu depan. Kenapa pa?"

"Adik balik kan?"

"Balik. Cuti hari tu pun adik tak balik kan. Adik dah rindu dengan papa ni." Hana merengek manja.

En Hasnol satu satunya tempat dia bermanja setelah kehilangan ibunya kira kira 5 tahun yang lalu.

"Ya, papa pun rindu dengan anak papa ni. Kalau suruh balik ada saja alasannya." Sempat En Hasnol memerli.

"Mana ada. Hari tu adik ada kerja la." Muncung bibirnya walaupun papanya tidak nampak.

"Ya lah. Balik tau. Ada benda papa nak bincang dengan adik ni."

"Bincang apa?"

"Adalah..."

"Papa bagitahu la..." Hana terus merengek. Sengaja mahu memancing belas kasihan papanya.

"Hmm..." En Hasnol mengalah. "Nak bincang hal kahwin adik dengan Fakhrul la."

Hana terdiam.

"Dik..."

"Tak nak lah pa."

"Balik dulu. Nanti kita bincang." En Hasnol sememangnya sudah dapat mengagak bantahan dari anak bongsunya itu.

Hana mengeluh. Talian akhirnya ditamatkan. Terus dia bersiap siap untuk ke kelas.

"Hana." Kedengaran suara memanggilnya di pertengahan jalan.

Hana menoleh. Kening dikerutkan melihat Nuh mendekatinya.

"What? Hana?" Hana bertanya dengan membulatkan matanya.

"Yes, Hana. Why? Tak boleh?" Nuh menjawab selamba.

"Tak boleh. Kita kat kolej. Semua orang panggil saya cik Hana, dah kenapa awak nak panggil saya Hana pula?" Keras suaranya namun masih perlahan.

"Em, entahlah. Kenapa ya? Sebab saya special kut?" Nuh angkat kening beberapa kali.

"Jangan perasan. Awak tu sama saja dengan student saya yang lain." Hana berpaling pergi dan Nuh terus mengekorinya dari belakang.

Masuk ke dalam bengkel, semua pelajar di bawah seliaannya sudah berada di situ termasuklah Nuh yang baru saja melangkah masuk.

"Saya nak ingatkan awak semua. Awak ada masa lebih kurang sebulan saja lagi untuk siapkan semua projek termasuk tesis. Jadi, saya nak tengok progress awak setakat ni. Bentangkan hasil kerja awak depan kawan kawan. Paling tak, awak boleh bersedia untuk final presentation nanti."

Pelajarnya mula bising berbisik sesama sendiri. Kalut dengan permintaan tiba tiba dari Hana.

"Ada sesiapa nak volunteer?" Hana ambil tempat di sisi kelas. Tempat paling depan.

Nasib baik ada juga yang berani menjadi pembentang yang pertama. Seorang demi seorang akhirnya hanya Nuh yang belum tampil ke depan.

"Nuh Ziyad..." Hana memanggil nama penuh lelaki itu.

Nuh mengangkat muka memandang Hana. Perlahan lahan dia bangun. Berbekalkan sehelai kertas di tangan, dia keluar ke depan. Draf projeknya semua terlakar ringkas pada kertas itu.

Hana menjongket kening memandangnya. Tangan bersilang ke dada, seolah olah sedang mencabarnya.

"Apa yang aku buat..."

"Use formal language, Nuh. Awak bukan bentangkan pada kawan kawan awak saja. Your lecturer is here." Hana menegur belum sempat pun Nuh habiskan ayat pertama.

Nuh menunduk seketika. Di hujung bibir terukir senyuman sinis. Hana direnungnya.

"All of my friends are here, including you, Hana." Perlahan saja Hana berbicara pada Hana. Dia tidak pasti sama ada rakan rakan yang lain sempat menangkap bicaranya itu atau tidak.


Hana melopong. Nuh tersenyum sinis sebelum kembali memulakan pembentangan.

Hana resah. Tak sanggup mahu mengintai reaksi pelajarnya yang lain. Apa pula dalam fikiran mereka jika mendengar kata kata Nuh tadi.

Padahnya, dia langsung tidak fokus dengan apa yang Nuh sampaikan walaupun dia dapat melihat kesungguhan lelaki itu dalam menyampaikan hasil kerjanya.

Selesai saja kelas, Hana sengaja melengah lengahkan masa untuk keluar dari kelas. Sebaik Nuh keluar dari kelas, Hana mengikutnya dari belakang.

"Jumpa kat taman belakang. Sekarang!" Hana melewati Nuh, terus saja langkahnya dihala ke taman biasa tempat mereka berjumpa.

Nuh mengekori agak jauh di belakang.

"Nak apa?" Nuh bertanya sebaik saja mereka berada di taman.

"Nak apa? Kenapa awak cakap macam tu dalam kelas tadi? Kalau pelajar lain dengar macam mana?" Hana meluahkan ketidakpuasan hatinya. Tangan bercekak di pinggang.

"Mana ada diorang dengar." Nuh bersilang tangan ke dada. Dia bersandar pada pagar di situ.

"Kalau tak dengar tak apa. Kalau dengar macam mana?"

"Biarlah diorang. Kisah pula saya." Nuh menyeluk ke dalam beg, mengeluarkan kotak rokok dari situ.

Hana mula berkerut. "Tak payahlah."

"Tak payah apa?" Seputung rokok dikeluarkan.

"Tak payah merokok."

"Sebatang saja lah..." Rokok dikepit di bibir, pemetik api dinyalakan.

"Tak payahlah. Busuk. Saya tak suka." Riak wajah Hana menunjukkan yang jelas dia tidak senang.

Nuh menghela nafas perlahan. Putung rokok yang belum sempat dinyalakan itu kembali disimpan ke dalam kotak.

Hana tersenyum kemenangan. Apabila Nuh menjeling padanya, terus dia mencebik.

"Jangan panggil nama saya kat kolej. Orang dengar nanti tak manis. Awak pelajar saya."

"Kat luar tak apa la?"

"Kalau saya tak bagi pun awak buat juga kan?"

Nuh tersengih, angkat bahu. Hana menggeleng. Tak makan saman punya orang. Bukunya yang diletakkan di meja kembali dicapai.

"Tu saja saya nak cakap. Jumpa esok." Selamba Hana mengucapkan kata selamat tinggal dan terus mengorak langkah.

Namun Nuh tidak membiarkan. Tali beg tangan Hana ditarik perlahan.

"Eh, apa ni. Lepas la." Terperanjat juga Hana. Nak saja dipukul pukul lengan Nuh.

"Temankan saya ke hospital tengok ibu saya petang ni?"

"Kenapa pula nak ajak saya?"

"Sebab ibu asyik tanya, mana Hana, mana Hana."

Hana terdiam seketika sebelum menoleh ke arah Nuh di belakangnya.

"Jangan nak kelentong."

"Betul la. Kenapa nak kelentong pula?"

"Em, bila nak pergi?"

Nuh tersenyum. "Sekarang?"

"Sekarang? Baru pukul berapa? Waktu melawat pukul berapa?" Jam di pergelangan tangan dipandang.

"Kita pergi makan dulu? Lepas tu baru ke hospital."

"Saya dah makan tengahari tadi. Kenyang lagi. Petang nanti saya pergi la." Hana melangkah namun sekali lagi ditahan oleh Nuh.


"Kalau macam tu, temankan saya makan. Saya belum makan ni." Nuh buat muka kesian.

"Pergi makan sendiri, Nuh Ziyad."

"Tak selera makan tak berteman."

"Tipu je. Sebelum ni bukan awak buat semua benda sendiri ke? Mengada pula." Hana membentak.

"Saya dah ada awak ni, buat apa kalau awak tak boleh teman saya makan?"

Hana terdiam. Mencerna kata kata Nuh. Sedang terpinga pinga, Nuh melangkah padanya lebih dekat. Tangan lelaki itu masih berada di begnya.

"Hana..."

Hana pegun. Kaku, keras di tempatnya berdiri. Selangkah dia atau Nuh ke depan, pastinya tubuh masing masing akan bersentuhan.

"Come as my friend, okay? Not as a lecturer." Kata Nuh dan usai itu dia keluar dari taman mini itu.

Hana memalingkan tubuh membelakangi Nuh yang semakin menjauh. Nafas dihela berat. Dadanya dipegang. Masih laju berdegup dia dapat rasakan.

"Hana... what's wrong with your heart?" Dia mengomel sendiri. Dadanya dipukul lembut beberapa kali, mahu menenangkan diri dan hatinya.





❄❄❄

Continue Reading

You'll Also Like

810K 20K 74
[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup...
5.9M 237K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
63.2K 1.2K 48
Bella inara..Dipaksa berkahwin dengan Hakim iskandar seorang peguam pilihan Ayahnya..namun dia mencintai lelaki bernama Amir imran kekasih hatinya..p...
3M 162K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...