I Like You | ✔

By NurMiraHani

653K 29.8K 676

[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hat... More

I Like You
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Nota
Epilog
Epilog II
Ending

Bab 12

9.4K 544 9
By NurMiraHani

🎸🎸🎸





"Saya kawan awak?" Sinis Hana bertanya sebaik saja mereka keluar dari bilik Pn Zayana.

Nuh hanya melangkah tanpa mempedulikan kata kata Hana.

"I know my place. That's why I don't like it when you said we're friends."

Hana hanya berkata perlahan namun Nuh menghentikan langkahnya. Terus dia berpaling ke arah Hana.

"I'm sorry kalau saya buat cik tak selesa. Saya cuma tak nak ibu tahu yang you're my lecturer. Saya tak nak ibu tanya apa apa pada cik pasal saya kat kolej."

"Kalau dia tanya pun takkan lah saya nak cakap yang buruk buruk pasal awak sedangkan ibu awak baru selesai pembedahan. Nonsense. Tak payah cakap sampai saya ni kawan awak." Hana melangkah pergi, melintasi Nuh yang menghalang laluannya.

"Cik benci sangat ke bila saya cakap cik ni kawan saya?" Nuh bertanya tanpa memandang Hana.

Hana menghentikan langkah si sisi Nuh. Saling bertentang.

"Awak sendiri pernah cakap, saya ni hanya pensyarah awak. Bukan kawan atau famili. Dan saya patut sedar diri. Awak dah lupa ke apa yang awak cakap?" Hana berkata sedikit memerli.

Nuh menghembus nafas kasar. Terus berpaling menghadap Hana. "Saya dah minta maaf pasal tu. Kenapa nak ungkit lagi?" Tegang.

"Kenapa awak nak marah pula? Awak minta maaf sebab awak berkasar dengan saya. Awak tak cakap pun awak tarik balik kata kata tu atau awak tak maksudkannya. Nak salahkan saya pula? Saya faham apa yang saya faham. Saya datang hari ni as your lecturer, bukan kawan awak."

"Okey fine, saya minta maaf. Kalau dah cik benci sangat, fine. Saya boleh masuk betulkan balik siapa cik pada ibu saya."

Nuh sudah berura ura untuk kembali ke bilik ibunya apabila suara Hana kedengaran menahan.

"Awak nak masuk, ganggu ibu awak nak berehat semata mata benda kecil ni?" Hana bertanya.

Nuh ketap gigi. Hana dipandangnya tajam. "Kalau cik tahu benda bodoh ni benda kecil, kenapa cik nak perbesarkan?"

Hana merenungnya tajam. "My mistake. Saya perbesarkan benda bodoh ni. I'm so sorry." Menekan suara Hana.

Usai kata katanya, Hana terus meninggalkan Nuh di situ. Ah! Entah kenapa dia begitu marah walhal hal itu tidaklah sebesar mana pun. Bagaikan sengaja mahu mencabar kesabaran Nuh.

Nuh memejamkan mata seketika. Langkah Hana pantas dikejar. Gadis itu sudah sampai di keretanya ketika Nuh menarik kasar lengan Hana. Terus Hana terdorong ke arah Nuh.

Hana tergamam. Tersentak dengan perlakuan Nuh yang tanpa rasa bersalah menyentuhnya. Jarak yang begitu dekat membuatkan Hana spontan menjarakkan diri. Namun, lengannya masih dalam pegangan Nuh.

"Lepaskan saya." Tegas Hana berkata.

Nuh berkeras. Lengan Hana langsung tidak dilepaskan malah makin kemas. Wajah tegangnya hanya memandang Hana.

"Jangan ingat awak boleh sentuh dan pegang saya sesuka hati. Lepaskan saya, Nuh." Hana meronta.

"I hate it the fact that you're my lecturer." Lengan Hana dilepaskan.

Berkerut dahi gadis itu memandangnya.

"Kenapa? Kalau saya bukan lecturer awak, apa awak nak buat? Awak nak pukul saya? Awak takkan hormatkan saya? Macam tu? Do as you wish Nuh Ziyad. Saya dah tak peduli."

Hana menyeluk ke dalam beg tangan mencari kunci kereta. Nuh menarik nafas kasar, cuba menenangkan diri.

Sebaik saja Hana mengeluarkan kunci kereta dari dalam beg tangan, Nuh terus merampasnya. Hana tercengang. Terjegil matanya memandang Nuh.

"Apa lagi Nuh? Saya dah penat. Saya nak balik. Bagi kunci kereta saya." Masih keras suara Hana meminta.

"Saya bawa cik pergi makan dulu." Nuh berkata lembut. Memujuk. Hana kelihatan marah benar padanya.

"Awak masih nak makan dalam keadaan macam ni?" Makin berapi api hatinya dengan tingkah selamba Nuh.

Susah sangat ke mahu faham. Dia hanya mahu pulang. Sekurang kurangnya hanya itu yang dirasakan dapat meredakan kemarahannya ketika ini.

"Hari tu, nurse cakap cik ada gastrik. Masuk sekarang. Saya drive. Kita pergi makan." Pintu kereta, Nuh buka.

"No! Saya tak nak."

"Jangan degil boleh tak?"

"Awak yang degil. Saya cakap saya tak nak, tak nak lah."

"This kiddo..." Nuh merungut, menjeling geram pada Hana.

"Apa?" Hana mencerlung memandang Nuh. Tanpa berkata apa apa, Nuh masuk ke tempat pemandu.

"Suit yourself. Saya nak pergi makan. Tak nak ikut sudah." Nuh berkata selamba. Enjin kereta dihidupkan tanpa menutup pintu kereta.

"Hey, this is my car!"

"Siapa cakap ni kereta saya?"

"Kalau awak tahu bukan kereta awak, keluar sekarang!" Hana sudah menjerit.

"Bising." Sepatah Nuh berkata, pintu kereta terus ditutup.

Hana membuntangkan mata. Keluhan kecil dilepaskan. Dahinya dipegang kasar. Berkira kira seketika, Hana masuk ke tempat duduk belakang.

"Kenapa duduk belakang?" Nuh menegur, tidak berpuas hati. Hana dipandangnya.

"Suka hati sayalah. Kereta saya."

Nuh mengangkat kening dengan senyuman di hujung bibir. Kereta diundur keluar dari parking lot menuju ke sebuah restoran.

Hana langsung tidak bercakap. Nuh menjeling melalui cermin pandang belakang. Mencuka wajah Hana memandang ke luar jendela.

Sampai sahaja, Nuh terus keluar dari kereta. Hana hanya membatukan diri di dalam kereta.

Pintu kereta, Nuh bukakan untuk Hana. "Keluarlah. Dah sampai ni."

Senyap. Wajah kelat.

"Keluar, cik Hana. Ke cik nak saya dukungkan? Bukan saya tak pernah dukung cik..."

Hana menoleh. Tajam. "Kenapa awak cari pasal dengan saya!?"

"Sorry, okey? Jomlah, makan dulu." Nuh memujuk. Hana tetap berkeras di dalam kereta. Apabila dia mengacah, cuba mencapai tangan itu, barulah lekas lekas Hana keluar dari kereta.

"Mana kunci?"

"Saya pegang dulu."

"Tak payah lah. Bagi balik."

Tanpa mempedulikan Hana, Nuh menutup pintu kereta dan menguncinya. Dia melangkah ke pintu masuk restoran.

"Hey, Nuh!" Hana mengejar langkah Nuh apabila lelaki itu sedikit pun tidak mengendahkannya.

Setelah mengambil tempat di sebuah meja, seorang pelayan datang menghulurkan menu.

"Nak makan apa?" Nuh bertanya pada Hana yang duduk di depannya.

Gadis itu langsung tidak menyentuh buku menu di hadapannya. Pandangan dihala ke luar restoran.

"Cik Hana..."

"Saya cakap saya tak nak makan."

"Jangan degil boleh tak?" Nuh mengeraskan suaranya. Perlahan saja, tidak mahu didengari oleh pelayan restoran yang masih tercegat di sisi meja.

Hana mendiamkan diri. Dia langsung tidak memandang Nuh.

"Kejap lagi kami order ya." Nuh berkata membuatkan pelayan itu berlalu dari situ.

Tumpuannya kembali pada Hana. "Susah sangat ke nak suruh makan?"

"Kan saya cakap saya tak nak." Membentak, Nuh dipandangnya.

"Cik tu belum makan. Ni dah pukul 6 petang. Tolonglah jangan degil. Kalau marahkan saya sekalipun, jangan sampai sakit. Kalau lapar, makan dulu. Then, kalau masih nak marahkan saja juga, silakan."

Hana merengus. Buku meni di depannya dibelek dengan kasar. Setelah memberitahu pilihannya pada Nuh, terus saja Nuh memanggil pelayan di situ untuk membuat pesanan.

Wajah Hana yang kelat dipandang.

"Saya minta maaf. Jangan marah lagi."

Diam.

"Saya minta maaf."

Diam.

"Saya minta maaf."

Hana memandangnya sebelum mengeluh kecil.

"Tak payah minta maaf. Saya yang salah." Hana berkata dingin, terus melarikan pandangannya.

"Hana..."

Terus Hana memandang Nuh. "Suka hati awak je kan. Boleh tak jangan melampau sangat. Saya pensyarah awak."

"Tadi awak cakap, do as I wish. Awak dah tak peduli. Sekarang, I do as I wish. I'll call you by your name from now on."

"Nuh!" Bergetar suara Hana menjerit.

"Yes, Hana."

Hana mengetap bibir kasar.

"Awak buat ni sebab awak dah tahu saya lebih muda dari awak kan? Sebab tu awak dah tak hormat saya walaupun saya ni pensyarah awak."

"Bila saya panggil nama, tak semestinya saya tak hormatkan awak. Di kolej, ya. Awak pensyarah. Tapi kat luar tak. Awak bukan pensyarah saya."

"Siapa cakap saya bukan pensyarah awak kat luar kolej? You're still my student."

"Saya yang cakap. Saya yang tetapkan. Dan awak, Hana Nadeera perlu ikut apa yang dah saya tetapkan."

"Gila!" Geram sangat, terluah padanya perkataan itu. Difikir Nuh akan tersentak namun lelaki itu hanya tergelak kecil.

Sebaik hidangan tiba, mereka diam menikmatinya. Selesai menjamu selera, Nuh membuat pembayaran sebelum melangkah ke arah kereta.

"Bagi kunci saya." Hana meminta.

"Saya hantar awak balik."

"Tak nak lah, Nuh. Saya nak balik sendiri"

Nuh tersenyum dan terus masuk ke tempat pemandu. Hana mengeluh.

Seperti tadi, Hana masuk ke tempat duduk belakang. Dia menyilangkan tangan ke dada, membalas tajam renungan Nuh melalui cermin pandang belakang.

Sedang memandu, Hana terdengar Nuh menyanyi kecil. Mula mula perlahan dan makin lama makin kuat pula.

"Diamlah, Nuh." Hana memberi amaran.

Tergelak sedikit, Nuh meneruskan nyanyian.

Dinda jangan marah marah
Takut nanti lekas tua
Kanda setia orangnya
Takkan pernah mendua

Dari jutaan bintang
Dinda paling gemerlapan
Dari segenap wanita
Dindalah yang paling menawan

Hana menjeling pada Nuh dan apabila Nuh menoleh memandangnya, terus saja dilarikan wajahnya.





❄❄❄

Continue Reading

You'll Also Like

69.2K 3.5K 66
STATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja ki...
798K 25.7K 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) ...
3M 162K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
85.2K 4K 48
Pertemuan atau lebih lagi salah faham yang berlaku diantar mereka berdua. "you don't remember me Miss Muffin?" Pertemuan pertama kali,tidak.Mereka be...