I Like You | ✔

By NurMiraHani

653K 29.8K 676

[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hat... More

I Like You
Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Nota
Epilog
Epilog II
Ending

Bab 2

12.2K 630 14
By NurMiraHani

🎸🎸🎸



Nuh memecut laju motosikalnya menuju ke sebuah hospital. Sebaik saja motosikal diparkir, bergegas Nuh naik ke bilik ibunya.

"Doktor sedang bagi rawatan pada Pn Zayana. Tunggu kat luar ya." Seorang jururawat menegahnya daripada masuk.

Nuh akur namun dia sudah tidak senang duduk. Mundar mandir dia berjalan di hadapan bilik ibunya. Sebentar tadi dia menerima panggilan daripada pihak hospital mengatakan ibunya tidak sedarkan diri. Terus saja dia bergegas ke mari.

Nuh duduk di kerusi. Wajahnya ditekupkan dengan tangan. Satu keluhan dilepaskan.

Sudah bertahun ibunya sakit. Namun sejak beberapa bulan yang lalu, dia berusaha keras agar ibunya boleh mendapatkan rawatan di hospital itu. Dan sejak itu, hospital ini bagaikan menjadi rumah kedua buatnya.

Pintu bilik Pn Zayana dibuka. Seorang doktor pertengahan umur keluar dari situ diiringi dengan beberapa orang jururawat.

Nuh segera bangun. "Doktor, kenapa dengan ibu saya?"

"Saya risau ibu awak masuk ke fasa koma. Tapi keadaan ibu awak stabil dan kami akan terus memantau keadaan dia. Jadi, saya harap awak bersabar dulu sementara kami melakukan rawatan."

"Jadi, sekarang dia masih tak sedarkan diri?"

Doktor menggeleng.

Nuh menelan liur yang terasa kesat.

"Terima kasih doktor." Lemah suaranya berkata. Kaki dihala masuk ke dalam bilik.

Sekujur tubuh ibunya yang kaku di atas katil didekati. Dahi Pn Zayana dicium lembut sebelum dia berbisik di telinga wanita itu.

"Ibu, ibu kena kuat ya. Nuh akan lakukan apa saja untuk ibu sembuh kembali. Ibu kena lawan sakit ibu. Nuh sayangkan ibu."

Dia duduk di kerusi. Tangan Pn Zayana digenggam lembut. Ketika itu, seorang jururawat masuk.

"Nuh." Jururawat tersebut memanggil. Sememangnya dia sudah mengenali beberapa orang jururawat yang menjaga ibunya di sini.

"Ya?"

"Bil hospital untuk bulan ni Nuh belum jelaskan." Jururawat itu berkata serba salah.

Nuh mengangguk. "Saya akan jelaskan sebelum hujung bulan."

Jururawat itu tersenyum. Setelah memastikan keadaan Pn Zayana dia terus berlalu keluar dari situ.

"Ibu, Nuh pergi dulu ya." Nuh berkata. Tangan Pn Zayana dicium lama.

Nuh bangun meninggalkan bilik ibunya. Telefon bimbitnya dikeluarkan, mendail nombor seseorang. Kaki melangkah ke arah parkir motosikal.

"Wan, malam ni ada game tak?" Terus Nuh bertanya apabila suara Wan kedengaran.

"Ada, macam biasa."

"Kalau ada kosong lagi, masukkan nama aku."

"Kejap." Suara Wan menghilang seketika.

"Cun, ada. Aku dah masukkan nama kau. Pukul 10 malam ni, sharp. Jangan lambat."

"Ok, thank you."

Talian dimatikan. Topi keledar disarung ke kepala. Motosikal dihidupkan, terus dia menuju ke sebuah gimnasium. Dia perlu membuat persedian sebelum pertandingan malam ini.


🎸🎸🎸


Sorakan orang ramai memenuhi sekitar gelanggang. Dua orang lelaki berbadan sasa sedang bertumbuk di dalam gelanggang.

Nuh hanya memandang sekilas ke arah gelanggang. Sebaik saja ternampak kelibat Wan, dia terus mendekati lelaki itu.

"Nuh, awal sampai." Wan menegur. Di tangannya beberapa keping kertas dipegang.

"Hmm."

"Apa hal? Kau okey ke tak ni."

"Okey." Tanpa riak dia berkata. "Siapa lawan aku?" Nuh mula memandang Wan.

"Jep."

Nuh mengeluh. "Tak ada dengan orang lain ke?"

"Tak ada. Kau pun tahu kan diorang ni mana nak kalau lawan dengan Jep. Kau jangan risau la. Aku tahu kau boleh." Wan menepuk nepuk bahu Nuh.

Nuh hanya mengerling. Dia kemudiannya masuk ke dalam sebuah bilik yang disediakan untuk peserta. Beberapa minit kemudian, Wan masuk mendekati.

"Nuh, turn kau lepas ni. Ready!" Wan mengingatkan.

Nuh mengangkat ibu jarinya kepada Wan. Beg dibuka, mengeluarkan  bandage. Tangannya dibalut dengan bandage. Nuh mula memanaskan badan sehingga namanya dilaung untuk memasuki gelanggang.

Noah!

Sorakan orang ramai memenuhi sekitar gelanggang. Namanya dan Jep dilaung membingitkan suasana di situ.

Nafas dihela perlahan. Langkah diatur masuk ke gelanggang. Jep sudah berada di tengah gelanggang menantinya.

Sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel, Jep mula menyerang. Tumbukan dilepaskan berkali kali ke wajah dan perutnya. Nuh tersentak. Dia langsung tidak mendapat peluang penyerang Jep. Lelaki itu terus menendangnya sehingga jatuh tersungkur.

Jep naik ke atas badannya. Bertubi tubi pukulan dilepaskan ke wajahnya. Pengadil akhirnya menahan Jep daripada meneruskan pukulan.

"Noah! Noah! Noah!" Sorakan di sekelilingnya membuatkan dia menarik nafas kasar, cuba mengembalikan aturan nafasnya.

Wajah ibunya bermain di mata. Perlahan lahan dia bangun. Langkah diperkemaskan. Apabila Jep kembali menyerang, langkah Jep dipatahkan. Mereka mula bergelut dan bertumbuk hampir 10 minit.

Bump!

Tubuh Jep jatuh ke tengah gelanggang. Nafas Nuh tercungap cungap menahan lelah.

"And the winner is Noah!" Namanya dilaung serentak dengan sorakan orang ramai.

Terus Nuh keluar dari gelanggang menuju kembali ke bilik peserta. Wan mendekatinya menyerahkan sampul surat berisi wang.

"Aku dah cakap, mesti kau menang punya la."

"Menang tu menang tapi kau tengok lah." Nuh menunjukkan ke arah wajahnya yang lebam dan luka.

Wan hanya tersengih.

"Wan, nanti aturkan game untuk aku dalam 2-3 game lagi ya." Sampul surat yang diberikan oleh Wan dibuka. Beberapa keping not RM50 dikeluarkan dari situ.

"Ni untuk yuran malam ni dengan satu game lagi. Nanti untuk game seterusnya aku bayar kemudian."

Wan mencapai wang yang berikan. Wajah Nuh merenung. "Kau perlukan duit ke?"

"Macam biasa lah." Nuh bangun. Beg disangkut ke bahu.

"Nanti apa apa roger aku." Bahu Wan ditepuk sebelum dia melangkah keluar dari situ.

Matanya tertumpu ke tengah gelanggang. Pertandingan masih diteruskan di situ.

Jam di pergelangan tangan dipandang. Masih awal. Akhirnya, Nuh mengambil tempat di kerusi penonton paling hujung. Jauh dari penonton yang lain.

Kala itu seorang gadis menghampirinya. Tempat kosong si sebelah Nuh diduduki.

"Hey..."

Nuh kalih pandang. Kening diangkat pada gadis di sebelahnya itu.

"Luka kau nampak teruk." Serentak itu, beberapa keping plaster dihulurkan pada Nuh.

Lambat lambat Nuh mengambilnya dari tangan gadis itu. "Thanks."

"Aku Lianna. Boleh panggil aku Ann."

Nuh hanya mengangguk. Mata kembali ke tengah gelanggang. Fokusnya mula terganggu dengan kehadiran gadis yang bernama Lianna ini.

"Aku selalu nampak kau kat sini."

Nuh menoleh pada Lianna. "Kau datang tengok orang bertumbuk?" Gadis itu dipandang sekilas. Atas bawah.

Jeans, siap koyak di lutut lagi, jaket kulit membalut tubuh dan rambut lurus separas dada diikat kemas.

"Kenapa? Aku tak boleh tengok orang bertumbuk ke?" Soal Lianna selamba. Duduk dibetulkan menghadap Nuh.

Nuh tersenyum nipis. "Orang perempuan, malam malam macam ni, baik duduk rumah." Dia terus bangun namun masih memandang Lianna.

"Anyway, tu hak kau. See you."

Lianna mencebik dalam senyuman. Matanya mengekori langkah Nuh yang berlalu pergi dari situ.






🎸🎸🎸





Pintu rumah yang tidak berkunci ditolak perlahan. Ruang yang gelap gelita menjadi terang benderang setelah suis lampu ditekan.

Nuh menjongket kening. Keluhan dilepaskan.

Keadaan rumah berselerak. Ayahnya yang sedang tidur di sofa dipandang meluat. Terus sahaja kaki dihala ke dalam biliknya.

"Woi, kenapa kau buka lampu." Norman menjerit kasar dengan suara tersekat sekat.

"Bangunlah ayah. Bersihkan diri tu dulu. Masuk tidur dalam bilik." Dingin Nuh menjawab.

"Kau jangan nak mengajar aku!" Norman bangun dengan keadaan terhuyung hayang ke arah Nuh.

"Kau tu sama macam mak kau. Bodoh! Tak guna!" Norman meracau racau dengan menepuk bahu Nuh.

Nuh merengus. Tangan ayahnya ditolak kasar. Tidak mempedulikan si ayah yany masih meracau, dia berpaling dan terus masuk ke dalam bilik.

Pintu dikunci. Beg dilemparkan ke atas katil. Tubuh turut dilambung di situ.

Mukanya yang sudah kelihatan lebam disentuh lembut. Wajahnya berkerut kerut menahan pedih.

"Nuh, Nuh!" Dari luar kedengaran suara Norman menjerit dengan mengetuk ngetuk pintu biliknya.

"Nuh, bagi aku duit! Bagi aku duit! Woi, buka pintu ni."

Nuh bangun dari katil menuju ke bilik air. Jeritan ayahnya langsung tidak dihiraukan. Bukan tidak biasa ayahnya mabuk begitu. Sudah jemu dengan perangai Norman. Masih tak berubah sampai sekarang.

Ibu yang terlalu baik, masih memberi peluang kepada ayah. Sedangkan ayah, sedikit pun tidak pernah memikirkan tentang keluarga mereka.

Wajah dibersihkan. Pantulan wajahnya dari dalam cermin dipandang lama.

Semakin jelas kesan lebam. Menunduk, tangan ditongkatkan di sinki. Mata dipejamkan rapat.

'Ibu hanya ada Nuh. Hanya Nuh tempat ibu berharap. Ibu tak tahu apa akan jadi pada ibu kalau Nuh tak ada. Terima kasih anak ibu.'

Mata dibuka. Kata kata ibunya yang menguatkan. Ya. Hanya kerana ibunya dia masih bertahan.






❄❄❄

Continue Reading

You'll Also Like

77.7K 3.1K 49
[Cinta pertama tak semestinya kekal selamanya] Sophia Alexeev... Pewaris kedua bangsawan Rusia dan keluarga terhormat Malaysia. Tapi, hanya pada nama...
700K 27K 71
Book 2 of The Faith. Romance | General Fiction "Kejujuran..Itu penting." "Saya sayangkan awak." "Pilih je lah dia apa masalah kau ?!" "Kalau kau ka...
1.1M 26.2K 57
[ COMPLETE ] Perjanjian yang disebabkan oleh perkahwinan paksa telah dipersetujui oleh Rafeeq Irham dan Sara Ilyana telah membawa mereka ke arah per...
424K 16.4K 69
Ainul Iftitah budak ketot dalam IMANAFFAN tu aka Adik Affan. Ainul memang tak pernah bercinta. Dia pernah cinta tapi tak terbalas. Dalam diam saja...