Cuti Semester (Buku 1) ✔

Por Shim_Yoo

102K 4.4K 420

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang tinggal di asrama kerana tidak dapat balik untuk CUTI SEMESTER. I... Más

Trailer
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part Last
The facts (Part 1)
The facts (Part 2)
Sequel

Part 5

5.6K 290 15
Por Shim_Yoo


Wani dan Mira kini sedang duduk terdiam tidak tahu hendak berkata apa. Masing-masing masih tidak tahu bagaimana Aminah boleh hilang begitu sahaja di tandas. Malisa turut berfikir. Dia kini sudah seperti seorang penyiasat. Jyra dan Farra masih lagi kebingungan. Tidak tahu apa yang patut dikatakan.

"Apa yang dah jadi sekarang ni?" Malisa sudah tidak tahan lagi. "Dah tiga orang hilang!"

Jyra mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dia sendiri tiada kesimpulan untuk semua perkara itu.

"Dahlah tak ada tempat untuk minta tolong." gerutu Malisa dengan suara yang nyaring.

"Masalahnya sekarang..." Farra memandang kawan-kawannya itu satu-persatu. "Apa punca mereka hilang? Kita tak tahu. Kita langsung taka da apa-apa pentunjuk yang tepat sekarang ni."

"Kamu rasa ni ada kena-mengena tak dengan apa yang Nasrul cakap tu?" Wani memandang mereka satu-persatu dengan wajah yang lain dari yang lain. Dia memandang mereka penuh harapan.

Tidak seorang pun dari mereka bersuara.

"Kamu tak rasa macam tu ke?" tanya Wani lagi.

"Maksud kau yang dia suruh kita berhati-hati tu?" tanya Jyra untuk kepastian merenung gadis itu.

Wani mengangguk perlahan. "Dia kata akan ada satu masalah melanda kita. Dan kita kena hati-hati."

"Benda tu sama kan dengan apa yang Fadhli cakap pada Misrah?" Farra mengangkat keningnya.

Wani hanya mengangguk sekali lagi. "Tapi yang peliknya... Macam mana mereka tu boleh ada kat sini? Bukan kita je ke yang tak balik?"

Sekali lagi tiada seorang pun yang bersuara. Masing-masing tidak tahu apa jawapan kepada soalan itu.

"Yang Aminah jumpa dengan Adi tu pun..." Malisa bersuara. "Perkara yang sama juga dia cakap kan??"

"Tapi... Kamu perasan satu benda tak??" Jyra membetulkan kedudukannya. "Ketiga-tiga mereka ni cakap... Akan ada seseorang yang boleh bantu kita."

Wani, Malisa, Farra dan Mira tersentak kemudian mengangguk baru perasan. Mereka hampir terlepas pandang mengenai itu.

"Dan kita kena cari orang tu." sambung Jyra lagi.

"Tapi masalahnya..." Wani mencelah. "Siapa orang tu? Kita tak boleh nak buat apa-apa sebab kita tak tahu."

"Tapi apa jadi dengan Fiza, Misrah dan Minah??" Mira bersuara dengan nada yang sayu. "Mereka diculik ke?"

"Masalahnya..." Farra menyampuk sekali lagi. "Tiada tanda-tanda yang mereka tu diculik. Sebabnya pun kita tak tahu."

"Dan..." Jyra memandang kawan-kawannya satu-persatu. "Kita tak tahu yang menculik mereka tu manusia atau tidak."

"Hish!! Mulut kau ni!!" Malisa mengetap giginya kegeraman.

"Lagi bagus kita cari bantuan sementara masih pagi ni." Ujar Wani.


-------------------------------


Malisa berjalan sendirian di bangunan kuliah itu dalam keadaan tergesa-gesa. Walaupun hari masih pagi, keadaan yang sunyi itu membuatkan dia berasa seram sejuk. Yang ada difikirannya pada ketika itu adalah meminta bantuan sahaja. Dia langsung tidak memandang ke kiri dan kanan.

"Psst!! Psstt!!"

Langkah Malisa terhenti tiba-tiba apabila mendengar bunyi itu. Tidak pasti sama ada dia tersalah dengar atau tidak.

"Psst!! Psst!!"

Malisa segera menoleh ke belakang. Dari mana datangnya suara itu?

"Psst!! Psst!!"

"Hoi!!" pekik Malisa dengan berani. "Jangan nak main-main lah!! Kalau berani kau keluar sekarang!!"

"Hahahahaha!!"

Malisa tersentak sekali lagi. Seorang lelaki yang memakai baju melayu berwarna hitam sambil memasukkan tangannya ke dalam kocek baju melayu itu ketawa berdekah-dekah keluar dari salah satu bilik kuliah di situ.

"Azim??" Malisa terkejut kerana lelaki itu benar-benar dikenalinya.

"Bertenanglah!" ujar Azim selamba. Senyuman manis tidak lari dari wajahnya sama seperti biasa.

Malisa tidak memberi sebarang reaksi sebaliknya merenung Azim dengan dahi yang berkerut. Dia teringat tentang tragedi Wani terjumpa Nasrul, Misrah terjumpa dengan Fadhli dan Aminah terjumpa dengan Adi. Sekarang ini, gilirannya pula untuk berjumpa dengan seseorang dan dia tidak begitu senang hati.

"Kenapa kau macam takut je ni?" tegur Azim apabila melihat wajah pucat Malisa yang tidak seperti biasanya.

"Kenapa kau ada kat sini?" tanya Malisa teragak-agak.

Azim merenung Malisa. "Kau rasa??"

"Mesti ada tujuan kan??" Malisa cuba meneka yang mana dia yakin dengan perkara itu.

Azim ketawa lagi. Dia berjalan mendekati Malisa. "Kalau kau bijak... Dan berfikir betul-betul... Kau akan dapat tahu nanti."

"Fikir betul-betul??" ulang Malisa agak bengang. "Hei! Jangan nak mengada-ngada lah!!"

Azim hanya mengukir senyuman sinis. "Saya tak paksa."

"Azim..." Malisa cuba menyusun ayat. Dia benar-benar putus asa dan cuba menenangkan dirinya sendiri. "Kami sekarang ni dah nak jadi gila! Kawan-kawan kami dah hilang. Boleh tak kalau kau bantu sikit?"

Azim berfikir sedikit kemudian mengeluarkan sesuatu dari kocek bajunya dan menghulurkan benda itu kepada Malisa. "Ambil ni!"

Malisa melihat benda itu dengan wajah yang bingung. Satu beg kecil berwarna merah jambu. Dia mencapai benda itu tanpa berfikir panjang. "Apa ni??"

"Ambil je." arah Azim. "Kau akan perlukannya nanti."

"Perlukan??" Ulang Malisa agak pelik.

"Ini je yang saya boleh tolong." beritahu Azim. Wajahnya bertukar serius secara tiba-tiba. "Tapi ingat!! Kamu hanya boleh buka benda ni jika kamu perlukannya dan pada tempat yang betul."

Setelah itu, Azim terus beredar dari situ. Malisa hanya berdiri kebingungan di situ sambil merenung beg kecil berwarna merah jambu itu.


-------------------------------------


Mira memandang sekeliling dengan penuh berhati-hati. Politeknik itu kelihatan benar-benar sunyi dan menyeramkan. Dia tidak tahu hendak mencari bantuan di mana lagi pada ketika itu. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam kafeteria itu. Agak janggal kerana ia terlalu sunyi.

"Mira..."

Mira terkejut apabila mendengar sapaan itu. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang sambil menelan air liurnya. Seorang lelaki yang memakai baju melayu berwarna hitam sedang duduk di sebuah kerusi berdekatan salah satu tiang di situ.

"Faiz??" Mira tercengang.

"Hai, Mira..."

"Apa Faiz buat kat sini?" tanya Mira tidak percaya dengan apa yang kini sedang dilihatnya.

Faiz hanya tersenyum kemudian berjalan perlahan-lahan mendekati Mira dengan selamba. "Ada hal."

Mira agak kebingungan bagaimanapun tidak mahu bertanya lagi.

"Ambil ni..." Faiz menghulurkan satu beg kecil berwarna merah jambu secara tiba-tiba membuatkan gadis itu semakin bingung.

Mira segera mencapai beg kecil itu. "Apa ni??"

"Jangan buka dulu!" Faiz memberi amaran. "Awak hanya boleh buka benda ni jika awak betul-betul perlukannya dan pada tempat yang betul."

Mira mengerutkan dahinya.

"Akan ada satu situasi di mana awak akan memerlukan benda ni." beritahu Faiz kembali tenang. "Masa tu baru awak boleh buka benda ni."

Mira masih lagi kebingungan bagaimanapun Faiz terus berlalu pergi. Dia ingin menghalang bagaimanapun tidak berani kerana dia tidak tahu sama ada lelaki itu benar-benar di situ ataupun tidak.


_________________________________________________


A/n: Haii guys. Sorry lama tak update. Eh, lama ke? Hahaha. Saya cuba nak update ni cepat. Memandangkan ia hanya perlu di edit. Harap korang bersabar. Dah lah cerita ni ada buku kedua. Aduhaiii. Sabar ek. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Seguir leyendo

También te gustarán

38.8K 4.2K 76
Gerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawan...
20.2K 987 23
"Hello! Siapa? Siapa tu?" Tiada jawapan. Semakin dia mendekati tingkap, semakin hilang bunyi aneh itu. Aishah membuka tingkap. Di amati suasana lua...
5.9K 356 13
sekadar contengan dari hati! <3 semoga ada baiknya! <3 from me to you! <3 ~~~setiap chapter untuk "healings" ini tiada diambil dari mana-man...
39.8K 3.7K 29
҂৲ stray.kids fanfic : ❝Aku masih tak tahu kenapa korang culik aku!❞ -Y/N ❝Sebab darah kau sedap...❞-SKZ START : 15 Mei 2020 END : 10 Oct 2020