Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]

By fatinciara

56.8K 4.9K 763

[TERSEDIA DALAM BENTUK E-BOOK] __________ LOVE, "Kau maksudkannya atau cuma untuk menenangkan hati aku?" "Ked... More

Prolog
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
E-book

Part 24

1K 98 12
By fatinciara

"D- daniel?"

Dia tidak bereaksi, hanya memandang aku lama sebelum menundukkan kepalanya penuh rasa bersalah. Ya, mungkin. Melihat perlakuannya seperti seorang yang sedang mendedahkan semua rahsianya.

"Bryan, apa maksudnya ni?", soalku lagi. Mengharapkan jawapan yang akan menenangkan perasaanku.

"Itu keluarga aku."

Aku melipat tangan ke dada. "Saya tahu tap.."

"Kau kenal mereka. Mereka pernah rapat dengan keluarga kau masa kecil. Daniel pernah janji nak jumpa kau balik selepas tiga tahun berpindah, sebab dia sukakan kau. Dia janji dengan kau, kan?"

Aku menelan liur. Daniel? Kawan aku yang aku suka dulu. Walaupun ketika dia berjanji itu, kami masih budak-budak lagi tapi aku masih ingat tentangnya. Wajahnya yang comel dihiasi lesung pipi dan senyuman.. Aku terkedu melihat wajah Bryan.

Kenapa semua ciri-ciri Daniel tu ada dekat Bryan? Mereka orang yang sama ke? Atau mereka kembar? Aku meraup wajahku.

"Aku bukan Daniel."

Dia tahu apa yang aku fikirkan.

"Aku bukan Daniel, aku abang kembar dia yang tinggal bersama nenek aku masa kecil. Ingat bila diorang kata nak pindah? Selain sebab dapat tawaran bekerja, mereka pindah sebab nak jaga aku balik."

Aku mengetap bibir. "Jadi awak ialah abang Daniel?"

"Aku kahwin dengan kau sebab... aku anggap kematian dia disebabkan kau."

Aku tercengang. "Apa kena mengenanya dengan saya, Bryan? Kalau dia mati saya tak salah."

Pandangan tajam Bryan lemparkan kepada aku. Aku tak bermaksud hendak bertanya seperti itu tetapi apa yang dikatakannya amat tidak masuk akal. Kenapa pula kematian Daniel dikaitkan dengan aku? Sedangkan kami sudah lama tidak berjumpa? Ya, tentulah aku terkejut kerana baru menyedari bahawa adik yang sudah meninggal itu ialah Daniel tetapi..Ah!

"Dia mati terkena demam panas sebab balik kampung nak tengok kau!"

Dia tinggikan suara. Jadi itu salah aku?

"Kalau kau tak iyakan janji dia tu, mesti dia takkan berkeras nak balik ke kampung tu! Dia terkena demam panas di kampung tu! Kalau dia duduk diam-diam dekat rumah anak yatim dia pasti sihat!"

Aku mengangguk perlahan. "Jadi sebab itu awak kenakan saya syarat untuk berkahwin dengan awak?"

Bryan mendengus.

Aku tersenyum sinis. "Betullah, kan? Awak anggap kematian adik awak tu disebabkan saya yang berjanji dengan dia. Saya berjanji dengan adik kembar awak yang kami akan berkahwin bila dah besar jadi dia balik ke kampung untuk cari saya. Tapi dia mati terkena demam panas dan awak cakap saya penyebabnya. Patutlah awak sangat memusuhi saya sejak awal pertemuan kita lagi dan awak sanggup buta hanya sebab nak pastikan saya rasa bersalah sehingga sanggup berkahwin dengan awak."

"Aku buta sebab nak selamatkan kau, kan?"

Aku mengangguk. "Dan awak buat semua tu untuk pastikan saya terperangkap dengan perkahwinan ni."

"Jadi kau menyesal?"

"Ya", jawabku ringkas tanpa berfikir panjang sebelum beredar. Tanpa aku sendiri sedar pipi aku dah basah. Hati aku sakit sangat bila dengar semua tu. Patutlah dia beriya sangat mahu aku bercuti hari ini.

Bryan. Dia buat semuanya yang aku ingat sebab dia benar-benar cintakan aku tapi tak. Semua ni hanya permainan bodoh yang dimulai dengan syarat bodoh. Aku diperbodohkan sehingga sanggup menggadai masa depan aku untuk hidup bersama orang yang langsung aku tak suka. Dia berjaya membuatkan aku rasa bersalah supaya tak mempunyai alasan untuk menolak perkahwinan ni.

Hebat!

Masuk sahaja ke bilik, almari pakaian aku buka. Kardigan aku capai bersama beg tangan dan kunci kereta sebelum ke luar. Apabila melihat kelibatnya di dapur, aku melajukan langkah. Aku tidak mahu melihat wajahnya atau mendengar apa-apa saja sebab yang bagi aku amat mengarut itu.

Semua itu pembohongan.

"Where are you going?"

Aku mengabaikan soalannya. Kasut aku capai namun belum sempat aku berlalu terasa lengan aku digenggamnya. Aku menghentikan langkahku.

"Kau nak pergi mana?"

Aku menunjukkan kunci di hadapannya tanpa mahu bersuara.

"Betul kau menyesal berkahwin dengan aku?"

Aku mengangguk. Sebab itu aku mula bencikannya.

"Kau dah janji takkan tinggalkan aku."

Aku memandangnya sekejap sebelum menepis tangannya. Kunci kereta aku buka sebelum menempatkan diri ke dalamnya. Tanpa berpaling lagi aku terus memandu pergi.

***

Aku memasang earphone ke telinga setelah memainkan lagu. Beg aku bawa ke paha sebelum menyandarkan badan ke bangku. Aku hanya ingin menenangkan diri. Kalaulah semua yang berlaku tadi hanya mimpi. Bukankah itu lebih baik?

Selama ini aku benar-benar tertipu dengan perlakuan dan pertuturannya. Dia seperti sudah menerima dan mencintai aku, makanya aku percaya. Sehingga aku dengan bangganya sentiasa menyebut tentang kebaikannya kepada Lina dan Ain. Malah aku juga dengan tidak tahu malunya menyatakan kerinduan aku ketika berjauhan dengannya.

Bodohnya aku, padahal di sebalik semua itu Bryan sudah tersenyum kemenangan kerana berjaya menawan aku untuk dendamnya.

Hanya kerana kematian Daniel, teman sepermainan aku.

Aku tergelak kecil. Masuk akal, kan?

"Evelyn?"

Aku mendongak apabila mendengar suara yang aku kenal. Sesaat kemudian aku tersenyum melihat wajahnya. "Hai."

Sam melabuhkan punggung di sebelahku. "Awalnya saya ingatkan awak dekat rumah bersama Bryan. Tapi bila terlihat awak dekat sini, saya dah agak yang awak tengah hang out dengan Bryan."

Aku tergelak kecil. "Saya sendiri saja, dia ada kat rumah."

Sam mengangguk. "Awak buat apa dekat sini? Nak bersenam?"

Aku menggelengkan kepala. "Nak tenangkan fikiran. Sam?"

"Hmm."

"Awak memang tahu Bryan tu ada kembar?"

Dia mengangguk. "Kenapa? Bukan awak dah lama tahu ke? Awak kan isteri kesayangan, mesti dia dah cerita semuanya."

Aku mengangguk lagi. Dia dah ceritakan semuanya, malah terlalu mendalam. "Tahu, cuma pelik saja bila dia langsung tak nak bawa saya jumpa adik dia."

Aku berbohong.

"Adik dia dah tak ada. Hal tu terlalu sensitif untuk dia, jadi saya pasti awak mesti tak tahu lagi."

Aku berpura-pura terkejut. "Dah tak ada?"

Sam mengiyakan. "Terkena demam panas, jadi Bryan tak dapat terima kenyataan tu. Nasib baik dia berjaya dipulihkan sebelum kemurungan dia menjadi teruk."

Kemurungan? Dia ada penyakit ke? "Murung sebab?"

"Dia tak punya sesiapa dalam dunia ni setelah kematian adik dia. Dia ingat semua orang tak nak berkawan dengan dia jadi dia mengalami tekanan dan kemurungan. Nasib baik saya ada. Saya berjaya jadi kawan pertama dia ketika ikut atuk saya melawat rumah anak yatim tu." Sam tergelak.

Aku mengangguk. Patutlah Sam dan Bryan sangat rapat. Dan... Sebab itu Bryan berdendam dengan aku.

"Tapi saya lega melihat dia sekarang. Nampaknya awak berjaya tambat hati dia, Evelyn. Saya yakin dia mesti dapat menjadi suami yang baik."

Aku tersenyum. "Ya, sangat baik."

"Okey, saya kena pergi dulu. Cakap dekat dia permohonan cuti untuk hujung minggu ni diluluskan."

Aku mengangguk. Tangan aku angkat melambai Sam. Kemudian telefon aku capai. Nombor yang sudah lama aku lupakan dalam kenalan aku dail. Setelah selesai bercakap, aku bingkas berdiri.

Aku mahu melepaskan tekanan.

***

Aku merebahkan badan ke sofa sambil melepaskan beg dari badan. Kepala aku terasa berat yang amat. Aku mengantuk dan letih. Pandangan aku berpinar jadi aku memilih untuk memejamkan mata saja. Sambil itu aku mengurut dahiku bagi mengurangkan sakit.

Aku menyesal.

"Qis."

Aku bingkas terduduk mendengar suara Bryan. Badan aku menjadi berpeluh dan takut melihat pandangannya. Aku tahu aku salah. Rambut aku betulkan sambil mengetap bibir.

"Kau minum?"

Aku laju menggeleng. Aku marah sebab itu aku meneguk arak untuk melepaskan tekanan aku. Tapi sekarang aku tahu aku sedih. B- bukan. Lebih kepada rasa bersalah dan takut. Mungkin. Aku tak tahu apa yang aku rasa. Ah bodohnya! Perasaan sendiri pun kau tak tahu, Eve?

"S- saya cuma teguk sikit. Emm banyak.. mungkin.." Aku teragak-agak menjawab.

Bryan melipat tangan ke dada sambil menghela nafas kasar. "Untuk apa kau minum? Hanya sebab kau marahkan aku?"

"Iya", jawabku pantas sebelum menggeleng. "Tak tak! Maksud saya.. saya..."

Aku sendiri lupa apa yang aku nak cakap.

Dia menggelengkan kepalanya. "Kau cuba lari dari masalah tapi akhirnya menyusahkan diri sendiri."

Aku mencebik. "Semuanya salah awak! Awak jadikan saya isteri awak sebab nak balas dendam untuk Daniel!"

Bryan mendekati aku. Bahuku dipegangnya. "Aku dah tak anggap macam tu dah. Aku minta maaf."

"Awak tipu!" Aku menumbuk dadanya. "Awak tak cintakan saya! Awak bencikan saya! Penipu! Tak guna!"

Dia hanya membiarkan. "Aku benar-benar cintakan kau, Qis. Aku tak tipu semua perasaan aku terhadap kau."

Aku tak percayakannya. Apabila menyedari butang bajunya terlepas akibat tumbukanku, aku berhenti. "Saya cintakan awak, tak ada sesiapa selain awak."

Dia mengangguk. Kepalaku diusapnya dan aku membiarkan. Lama kelamaan aku menangis. Perasaan aku bercampur. Sakit hati, rasa bersalah dan sayang akan dia.

"Aku salah sebab meletakkan semua kesalahan terhadap kau, sedangkan kau tak bersama dia pun."

Aku mengetap bibir. Ada sesuatu dalam badan aku yang membuatkan aku tak tenang. Ini kesan minuman itu ke? Tak! Aku menolak badannya sebelum berlari masuk ke bilik. Badan aku terasa hangat. Perasaan aku jadi tak menentu. Sekejap gelisah dan sekejap tenang. Tak guna!

Sekarang aku benar-benar menyesal!

Kardigan aku buka. Ikatan rambut aku lepas. Poket seluar aku raba namun telefon aku tak ada. Mungkin dalam beg, di bawah. Aku mendengus. Belum sempat aku capai tombol pintu, Bryan sudah membukanya dahulu. Renungannya mematikan pergerakan aku.

Mata aku larikan ke begku dan telefon di tangannya. "Saya baru nak ambil beg saya."

Dia membuka beg aku lalu membalikkannya menyebabkan semua barang dalam begku jatuh ke atas lantai. Aku baru sedar ada sesuatu yang pelik di situ. Kotak kecil berbalut kain baldu merah. Baru aku hendak bersuara dia mula memainkan sesuatu di telefonku.

'Hye I'm calling you because I want to hear you answer. I really can't wait, Evelyn. Please say yes darling. You even kissed me back just now so..Evelyn? Ev..'

Aku ternganga mendengar suara Alvin. Pasti dia menelefon aku dan Bryan yang jawab dan merekod perbualan itu. Aku cuba mendekati Bryan namun dia memberi isyarat agar aku menjauhinya.

"Bryan.. saya tak tahu apa-apa pasal tu. Saya tak tahu pun ada kotak tu. Saya cuma minum dengan dia ta.."

"What about 'kissed me back' he said just now?"

Aku menggelengkan kepala. "Tak! Dia cuma bergurau. Kami tak buat apa-apa."

Dia mengangguk perlahan. Telefonku dibaling ke lantai sehingga berkecai. Kemudian aku ditariknya rapat sebelum merapatkan bibir kami.

Aku patutnya gembira, tapi aku tak sukakannya. Dia buat macam ni sebab dia marahkan aku. Dan dia memaksa aku. Sepenuh tenaga aku menolak badannya sehingga dia terundur.

"Kenapa? Kau tak suka aku sentuh kau? Kau lagi suka dia sentuh kau? Kau hak aku! Hak aku!"

Aku terkedu mendengar tenkingannya. Aku menggigit bibir menahan esak. Aku salah. Aku tahu aku salah. "Saya tak sedar.. saya tak sedar tadi. Saya salah."

Dia merengus kasar. "Apa lagi yang kau buat dengan dia?"

Aku hanya diam. Ya Tuhan, aku sangat malu berada di hadapannya sekarang. Aku terasa kotor dan jijik. Aku tak patutnya pergi jumpa Alvin lagi hanya sebab nak hilangkan stres. Aku patutnya dengar penjelasan Bryan secara baik tadi. Tentunya perkara memalukan macam ni takkan jadi.

Inilah karma yang aku terima. Aku jadi isteri yang kurang ajar dan aku disentuh oleh lelaki bukan suami aku.

"Jawab aku sebelum aku periksa badan kau!"

Aku menyeka air mataku. Aku tahu dia marah dan kecewa. Malah suaranya kedengaran bergetar.

"Kami... kami cuma..." Aku tertunduk. Aku malu.

Tiba-tiba bajuku direntap. Aku tersentak melihat perbuatannya. Kardigan cuma aku capai bagi menutup badanku yang terdedah namun dia menghalang.

"Bryan saya tak selesa", ujarku apabila dia memandang aku lama.

"Dengan suami sendiri tak selesa, dengan lelaki lain kau selesa."

Hati aku sakit mendengar sindirannya. "S- saya.."

Daguku ditolak naik sebelum tangannya berhenti di atas dadaku. Kedengaran keluhannya. Aku cuba memegang tangannya namun dia menepis. Bekas itu digosoknya perlahan.

"Aku sendiri tak pernah sentuh kau sampai macam ni, tapi dia berjaya buat, huh?" Matanya menikam aku tajam.

Aku hanya mampu diam dengan tangis. Aku menyesal. Aku bencikan diri aku yang terleka dengan permainan setan Alvin tadi. Aku patutnya sedar status aku sebagai isteri Bryan.

"Kau buat aku rasa tak berguna sebab permata yang aku jaga selama ni dah dicalarkan oleh tangan kotor."

Pedih mendengar kenyataan itu, aku akhirnya beranikan diri membalas pandangannya. "Maafkan saya, dan saya akan maafkan awak juga."

Dia tergelak kecil mendengar permintaanku. "Maafkan kau? Seteruk aku, aku tak pernah jatuhkan maruah kau selepas berkahwin dengan kau. Tapi kau?"

"Sama saja. Awak kecewakan saya!"

"Kau pun kecewakan aku."

Aku terdiam. Apa yang dikatakannya benar. Ya, kesalahan aku teruk. Lebih daripadanya.

"Jadi.. awak jijik dengan saya?", soalku menahan sakit.

Bryan tidak menjawab sebaliknya kembali memandang bekas tadi. "Benarkan aku sentuh kau, malam ni."

Aku mengerutkan dahi. Jadi dia menuntut haknya?

"Aku.. cuma nak hilangkan kesan calar tu."

Belum aku menjawab dia sudah membenamkan bibir ke bekas tadi.

"Janji awak akan maafkan saya?" Aku menginginkan kepastian.

Dia mengangguk. "Janji"

Continue Reading

You'll Also Like

504K 23.8K 57
Nara Khalisya. Hidupnya tak pernah berputar pada satu paksi. Bebas tak terikat. Angkuh tak terkata. Sehingga kehadiran Haril Yusuf, mengubah segalany...
1.7K 166 19
Cerita ini bukan kisah sejarah srikandi syurga iaitu Zinnirah...cuma seorang gadis biasa yang bernama Zinnirah yang diuji hebat hampir setaraf dengan...
20.8K 2K 54
Kebolehan yang dimilikinya bukanlah sesuatu yang dipinta, tetapi hanyalah satu kebetulan dan satu bala buat dirinya. Disebabkan dendam dan benci, keb...
15.1K 778 51
Cover by @ayriesy Atas dasar simpati sesama manusia, dia kekal. Janji dibuat pada diri sendiri. Dia akan kekal sehingga tiba waktu. Pertemuan kerana...