Sleeping Prince Love (✔Comple...

By Choco_Lyn

2.2M 86.4K 1.9K

(Fully Completed✔) Sleeping Prince Love@Novel Ke-2 @Chocolyn@WATTPAD Nurul Zyara Qairah- Sejak berusia lapan... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Epilog

Bab 44

34K 1.2K 30
By Choco_Lyn

Sejak pulang dari KLIA lagi, Pyqa tak henti-henti tersenyum. Duduk dalam kereta pun, senyumannya masih melebar. Abang tak ada pun tak apa, asalkan Fikh ada di sebelahnya. Sungguh dia tak sangka Fikh yang akan menjemput kepulangannya ke Malaysia.

Isy, abangnya pun buat suprise taknak beritahu pun. Sampai saja ke platform penunggu, dia lihat kelibat Fikh melambai-lambaikan tangan padanya. Sejak dari itulah, senyumannya langsung tak pernah luntur.

"Macam mana study? Okey?" soal Fikh masih fokus pada pemanduannya.

Semangat sahaja Pyqa menganggukkan kepala. Matanya langsung tak lepas dari terus memandang Fikh.

"Bolehlah. Sem lepas pun Pyqa dapat first class result." ujarnya dalam nada bangga.

"Pyqa dengan Raziq itu memang tak jauh beza. Masa zaman belajar dulu pun, abang Pyqa itu pun selalu dapar first class result." sempat Fikh buka cerita fasal Raziq.

Makin lebar senyuman Pyqa. Dia pun tahu itu. Raziq itu sejak sekolah rendah lagi otaknya sudah geliga. Result selalu okey even abangnya itu jenis yang suka bermain. Budak lelaki, biasa lah kan?!

"Abang pun tak jauh beza dengan abang Raziq itu."puji Pyqa.

Fikh sekadar menarik senyum nipis. Tak adalah sebagus Raziq, tapi result degree dia pun boleh tahan juga tapi tak segempak Raziq lah.

"Kesihatan abang macam mana? Dah okey?"soal Pyqa kini berubah risau pula.

"Abang dah okey, semuanya berkat pertolongan Zyara juga sebenarnya."ujar Fikh.

Kali ini, senyuman Pyqa pudar. Z.. zyara? Siapa itu? Dan, kenapa tiba-tiba abang Fikh sebut nama perempuan itu?

"Siapa yang abang maksudkan ni?" soal Pyqa sudah berkerut dahi.

Fikh mengerling pada Pyqa lalu dia menarik senyum pendek. " Tunang abang."jawab Fikh dalam nada mendatar.

Tergamam Pyqa dibuatnya. "Ab.. abang dah bertunang? Lepas kak Qurratun meninggal, abang ganti dengan perempuan tu?" kali ini Pyqa sudah buntu habis.

Dia fikirkan bila balik ke Malaysia bolehlah dia mencari ruang untuk mendapatkan Fikh tapi nampaknya Fikh sudah ada perempuan lain. Tapi, dia langsung tak sangka yang Fikh dapat cari pengganti dalam masa yang singkat. Sudah hilang ke rasa sayang Fikh pada Qurratun?

Fikh mengeluh kecil. Takkan mungkin ada perempuan dapat gantikan Qurratun tapi Zyara adalah gadis yang sudah mula dia sayang.

"Apa yang Pyqa cakapkan itu semuanya betul."

"Kenapa abang langsung tak beri peluang pada Pyqa? Pyqa pun ada hati pada abang tapi abang langsung tak hiraukan perasaan Pyqa ni." luluh saja kenyataan Pyqa kali ini. Sedih saja  bunyinya.

Tergamam Fikh mendengar luahan hati Pyqa itu. Bukan dia tak tahu mengenai hati gadis itu padanya.  Sewaktu zaman sekolah dulu, berkali-kali Pyqa menyatakan cinta tapi dia cuba untuk katakan pada Pyqa bahawa dia hanya anggap Pyqa tak lebih daripada seorang adik.

"Maafkan abang Pyqa, kita tak boleh paksa hati abang untuk cintakan Pyqa. Itu ibarat abang beri harapan palsu pada Pyqa saja." ujar Fikh cuba untuk memujuk gadis itu.

Pyqa mengeluh perlahan.

"Tapi, abang boleh cuba kan?" perli Pyqa yang sudah menyandar pada bahu kerusi.

Matanya dialihkan ke luar tingkap. Tiada lagi senyuman lebar menghiasi bibirnya. Perasaannya sakit, mana mungkin dia boleh senyum?
...
Selesai sahaja menunaikan solat fardhu Asar, aku terus melipat telekung. Rambutku yang sudah panjang paras pinggang aku ikat kemas lalu aku mengatur langkah ke luar.

Dari dalam bilik lagi, aku sudah dengar riuh rendah. Bunyi orang ketawa dan bersembang sakan. Nampaknya, ada tetamu yang datang ke rumah Tengku Arifah.

Turun sahaja ke ruang tamu, aku lihat kelibat seorang gadis yang sedang duduk bersama-sama Tengku Arifah. Aku terus tersenyum. Rasanya itulah adik abang Raziq yang aku dengar cerita itu.

"Zyara.."seru Tengku Arifah apabila melihat kelibatku mendekati mereka berdua.

Gadis itu terus mengalihkan pandangannya pada aku. Sebingkis senyuman tipis dia hadiahkan pada aku. Aku membalasnya.

"Awaklah Zyara itu. Tunang abang Fikh kan?"soal Pyqa dalam nada mesra.

Aku anggukkan kepala. "Yup. Awak ni pula mesti Pyqa. Adik abang Raziq, betul tak?"

Pyqa sambut soalan ku dengan senyuman panjang. Kami berjabat tangan lalu aku melabuhkan punggung di sebelah Pyqa.

Banyak benda yang kami bicarakan. Tak sangka betul yang Pyqa ni jenis mulut murai. Banyak betul topik yang dibincangkan. Aku pula fengar saja ceritanya. Tengku Arifah pula nampak lebih selesa dengan Pyqa.

"Pyqa, auntie nak solat dulu yea. Kamu berboraklah dengan Zya." ujar Tengku Arifah.

"Hmm. bolehlah cerita banyak dengan Kak Zya. Yea..!!" balasnya dalam nada teruja.

Tengku Arifah menepuk bahuku perlahan lalu dia mengatur langkah menaiki tangga. Suasana mulai hening antara aku dan Pyqa. Terus aku pandangnya semula.

Tak semena-mena senyumanku luntur apabila melihat pandangan Pyqa yang sudah mulai berubah pada aku. Dia sudah berpeluk tubuh. Langsung tak menonjol sikap mesranya tadi.

"Lier.."panggil Pyqa dalam nada perli.

Aku tergamam tatkala panggilan itu diberikan pada aku. Dahiku sudah berkerut. "Ke-kenapa Pyqa panggil Zya macam itu?"

"Tengku dah ceritakan semuanya pada aku. Jijik betul perangai macam kau ni. Dahlah menumpang dalam rumah orang lepas itu, suka hati kau aje berlakon jadi tunang Fikh. Dasar perempuan tak sedar diri.." perli Pyqa dalam nada oenuh jengkel.

"Ap-apa maksud Pyqa ni?"

"Kau.. kau ni siapa sebenarnya? Sepatutnya abang Fikh itu jadi milik aku bukannya jadi milik kau. Sepatutnya, bila kak Qurratun pergi.. abang Fikh itu pilih aku jadi tunang dia dan kahwini dia." jelas Pyqa dalam nada perlahan.

Takut-takut kalau perbincangan hangat mereka ini didengari oleh Tengku Arifah. Selama Tengku Arifah ada dengan mereka, dia hanya berlakon saja. Mana mungkin dia akan berbaik dengan perempuan yang dah rampas lelaki yang dia suka kan? No way and no more!

"Tengku yang minta saya buat semua ini. Bukan saya yang nakkan semua ni." jelasku bersungguh.

Pyqa sekadar menggelengkan kepala. "Kau tak malu ke? Asal usul kau pun abang Fikh tak tahu then.. kau boleh dengan gembiranya tinggal dalam rumah ni? Muka apa kau ni sebenarnya?" makin dalam cela yang Pyqa hamburkan.

Kata-katanya itu buatkan air mataku menitis. Sungguh, aku terkesan dengan kata-katanya itu. Pyqa langsung tak pedulikan tangisan Zyara. Gadis itu tak patut diberi muka.

"Aku.. akan rampas abang Fikh daripada kau. Ingat tu!" Pyqa berikan amaran kepada aku.

Terus dia berjalan ke dapur meninggalkan aku terpinga-pinga di ruang tamu. Aku sudah tidak sedap hati.
...

Continue Reading

You'll Also Like

127K 11.6K 54
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
537K 22K 32
Credit cover photo from :- @onceuponatimes- Nur Syauqina, dilanda masalah psikologi dan perasaan. Syauqina gadis tidak ada perasaan, hati batu dan s...
236K 11.3K 89
Kepulangannya langsung tak di duga, hampir 8 tahun menyepikan diri kini dia kembali melunaskan dendam lama serta janji yang termeterai demi keluarga...
109K 10K 84
﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan...